TERKINI :

Thursday, June 19, 2014

Tembelang Menteri Ku.Nan pecah, kontrak untuk sykt bumiputera Umno di batal dan pie beri kat sykt di Singapore

Firma ahli Umno dapat injunksi terhadap Ku Nan

Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Tengku Adnan mahu projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...