TERKINI :

Tuesday, June 10, 2014

Rahsia "TIN MILO PAS" terbongkar..!!

Ustaz Rosli Abdul Jabar

Kenapa Aku PAS:

http://www.doorstep.com.my/Corporate/images/products/10358.jpg
Petang semalam singgah minum diKedai kopi, bersembang dengan veteran UMNO, "dengar orang cerita, Ustaz aktif sangat dok bantu orang susah, banyak juga peruntukan kerajaan bagi kat Ustaz ye".. kata dia..lalu saya kata "mmmm, memang banyak sangat, hinggakan poket saya ni sampai koyak, berat sangat ngan duit, beg saya pun sampai minta tolong orang bawakkan, sebab saya tak larat nak pikul duit, kat rumah saya sampai nak lalu pun susah, sebab banyak sangat duit tersusun, banyak sangat kerajaan BN bagi duit kat saya"...ha3, dia macam terkedu sampai tak boleh bercakap, antara faham dengan tak faham, antara bengong dan waras, sengehnya tawar.

Kasihan melihatnya termangu, saya berikan penjelasan bahawa, kerajaan BN tak bagi apa-apa peruntukan pun untuk saya membantu rakyat, sebab saya ni pembangkang, saya ni PAS. Kalau wakil rakyat BN memanglah ada, "takkan sikit pun kerajaan tak bagi Ustaz?", tanya dia lagi, sepertinya dia tak percaya, dia kenal saya dari kecil, dia tahu saya bukan orang senang, sebab tu dia hairan, macamana saya dan rakan-rakan boleh bergerak untk membantu rakyat, "ish,ish,ish" sambil dia dok geleng kepala, saya tanya dia, "apa yang tergeleng-geleng tu", "ish, susah juga tu Ustaz, tak masok akal Ustaz, bukan senang nak bantu rakyat yang ramai kalau takde peruntukan", kata dia. Dia cerita, dulu dia jadi pengapit seorang bekas YB BN, sebab tu dia tahu tentang kehidupan seorang wakil rakyat, "tapi YB BN ada peruntukan, tak lah susah sangat, mesti hari-hari orang minta duit kan Ustaz?", "he3, saya angguk.

http://4.bp.blogspot.com/-QmSPxnqqGQM/U2xRsJ0eJKI/AAAAAAAAW_g/yoM_g9EhkeM/s1600/output_9u4f4Z.gif
IKLAN PENAJA
Sebagaimana biasa soalan cepumas yang dah beratus-ratus orang bertanya keluar buat kesekian kali dari mulutnya pula"habis tu, Ustaz cari duit kat mana, sebab nampaknya besar juga belanja Ustaz nak uruskan rakyat", saya bagitau dia "dari muda saya bersama PAS dari remaja, belum kawin saya dah dok dalam PAS, orang PAS tak sama macam orang UMNO, orang UMNO bila nampak pemimpin dia, dia pergi minta duit, kami orang PAS bila nampak pemimpin kami, kami yang hulurkan duit untuk bantu PAS, UMNO kena sediakan duit untuk bantu orang-orang dia, tapi orang PAS dia yang sediakan duit untuk bantu PAS. Bila saya buka Ma'had Tahfiz, yang banyak bantu saya untuk bangunkannya adalah ahli dan penyokong PAS, waktu balik saya takde kereta untuk berkuliah, orang PAS bagi kereta kat saya, sampai sekarang pun kereta yang saya pakai, semua orang PAS yang sedekahkan kepada saya untuk perjuangan".

Dia diam dan macam terkesima, saya bagi tau dia, "semua ni takde dalam UMNO kan?", dia angguk perlahan, saya senyum je, saya bagitau lagi, "saya tak pernah bimbang, walaupun takde peruntukan, saya bekerja mengikut kemampuan, setakat ni Alhamdulillah, saya boleh bantu rakyat saya, ahli dan penyokong PAS sentiasa bantu saya walaupun kos bulanan saya puluhan ribu untuk bantu rakyat, ahli dan penyokong PAS telah terdidik untuk bersedekah dan berkorban tenaga serta harta untuk perjuangan Islam, kami bekerja dalam PAS untuk Islam, bukan untuk duit, kamilah yang menghulurkan duit untuk perjuangan, apa nak pelik, Allah swt boleh turunkan manna dan salwa kepada Nabi Musa, Allah swt boleh pancutkan air dicelah jari Rasulullah swt ketika sahabat2 dahaga, Allah swt boleh sediakan makan kepada Maryam Ibu Nabi Isa ketika dia bermunajat kepada Allah swt, semua tu datang dari Allah swt, saya tak risaupun tentang duit, walaupun kami ni wakil rakyat miskin, tapi kami bergantung kepada Allah swt yang Maha Kaya".

Dia tak cakap sepatah pun, matanya hanya tertumpu kepada saya, "sebab itu kalau ikutkan dah lama PAS ni mati, sebab UMNO dari dulu dok hentam PAS siang dan malam, macam-macam sekatan dibuat kepada PAS, macam-macam fitnah kami terima, tapi kami semakin ramai, kami semakin kuat, malahan UMNO pula yang semakin lemah, dulu calon PAS selalu hilang deposit, kini giliran UMNO pula yang cemas, sebab Nabi dah bagitau Islam ni umpama air, tak usah nak sekatlah, dia tetap akan mengalir juga dan akhirnya akan merempuh dan membawa hanyut apa sahaja yang dihadapannya, tunggulah satu masa nanti saya yakin UMNO ni akan tenggelam kelemasan". Banyak lagilah bebelan saya, dia diam, namun ada kelihatan macam terharu juga. Waktu kami nak berpisah, dia kata "teruskan perjuangan Ustaz".."InsyaAllah, selagi saya hidup, inilah perjuangan saya"kata saya..

Dia janji nak kerumah saya, mungkin ada sesuatu atau ingin mendengar lagi bebelan saya, namun apa yang saya nak bagitau, kalau setakat tak bagi peruntukan tu, bukanlah satu penghalang bagi kami pihak DUN untuk membantu rakyat, sekatan itu terlalu rapuh dan lemah, semua tu runtuh dengan dengan mudah dirempuh oleh semangat perjuangan dan pengorbanan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dan mereka yang cintakan Islam. 

"Jangan buang masa fikirkan kesusahan ketiadaan harta sehingga kita tak berjuang, yang penting kukuhkan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa limpahkan RahmatNya kepada hamba yang melaksanakan perintahNya samaada didalam susah dan senang, kita tidak kuat kerana harta tetapi kerana pergantungan kita kepada Allah Yang Maha Kaya...

Say, Yes For PAS, no For UMNO. Selamat berjuang.


ADMIN : Itulah jika semua nak tahu kemana wang yang didermakan oleh ahli2 PAS dn orang Ramai dibelanjakan... dengan DUIT DERMA itulah PAS BINA DEWAN MEREKA SENDIRI (MARKAZ), laksanakan program BANTUAN KEMASYARAKATAN serta macam2 lagi...

IKLAN PENAJA:

http://3.bp.blogspot.com/-2rvdeFhb6Ns/Us8_7OyrfSI/AAAAAAAAUkw/y9gQSDxzNnw/s1600/output_sZfH7D.gifhttp://4.bp.blogspot.com/-QmSPxnqqGQM/U2xRsJ0eJKI/AAAAAAAAW_g/yoM_g9EhkeM/s1600/output_9u4f4Z.gif

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...