TERKINI :

Friday, June 27, 2014

OPS WARTA KHAS - Mohon penjelasan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman

OPS WARTA KHAS

Bermula 16 JUN 2014 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) telah menjalankan Ops Warta Khas dengan tujuan antaranya untuk menyelesaikan lebihkurang 1.9juta "saman tertunggak" dan waran tangkap "yang belum selesai.

Difahamkan bahawa Ops Warta Khas tersebut berakhir hari ini 27 JUN 2014. Laporan demi laporan diperolehi melalui siaran media perdana mahupun media elektronik bahawa Polis telah berjaya menahan sekian banyak "pesalah trafik" malah ada juga "pesalah trafik" baru turut tampil menyelesaikan saman dengan segera. Seluruh negara dilaporkan terdapat penahanan malah di Melaka telah dilaporkan oleh sebuah akhbar bahawa seorang "pesalah trafik" yang mempunyai 79 saman telah dirampas kenderaannya.

Dengan berakhirnya Ops Warta Khas hari ini, maka seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui apakah hasilnya.

Saya dengan ini memohon Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Hj Mohd Fuad Abdul Latif memberikan hasil Ops Warta Khas tersebut seperti berikut :

a) Berapakah jumlah kutipan wang kompaun yang dikutip seluruh negara;
b) Berapakah jumlah "saman" yang "diselesaikan;
c) Berapakah jumlah "waran tangkap" yang diselesaikan;
d) Berapakah jumlah "pesalah trafik" yang mempunyai waran tangkap dihadapkan ke Mahkamah;
e) Berapakah jumlah wang kompaun saman dan wang kompaun notis dijelaskan;
f) Apakah tindakan yang akan dilakukan kepada baki "saman tertunggak";
g) Berapakah jumlah denda yang dibayar di Mahkamah daripada kes "saman tertunggak" dan waran tangkap;
h) Berapakah jumlah tuntutan kerja lebih masa oleh anggota Polis, JPJ dan agensi2 terlibat;
i) Berapakah jumlah saman baru yang dikeluarkan di dalam Ops Warta Khas ini;

Saya mohon penjelasan bagi soalan-soalan ini dahulu sebelum penjelasan berikutnya menyusul.

ZULHAZMI SHARIFF
27 JUN 2014
29 Syaaban 1435

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...