TERKINI :

Friday, June 27, 2014

Negeri DAP keluar arahan hotel & restoran perlu ada surau

Hotel, restoran perlu ada surau

Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.
Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar
dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.

GEORGETOWN - Kerajaan negeri menyarankan semua hotel dan restoran yang menyediakan pakej berbuka puasa sempena Ramadan supaya menyediakan surau untuk pelanggannya.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, penyediaan surau itu perlu kondusif untuk pengunjung menunaikan solat selepas berbuka puasa di premis berkenaan.

"Jarak solat Maghrib dengan Isyak kira-kira sejam 15 minit. Kita sarankan pengusaha hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa supaya menyediakan ruang solat atau surau yang kondusif supaya pelanggan boleh bersolat.

"Kita akan buat pemantauan tentang perkara ini bagi membolehkan pelanggan selesa untuk berbuka puasa di hotel mahupun restoran. Selain itu, pengusaha hotel dan restoran perlu memiliki sijil halal sebelum menawarkan pakej berbuka puasa," katanya kepada media semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Malik berkata, kerajaan negeri dalam usahanya untuk memastikan surau di negeri ini diselenggarakan dan ditadbir dengan baik dan berkesan.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 596 surau di negeri ini iaitu 456 daripadanya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang kebanyakan terdapat di kampung dan kawasan perumahan.

"Selain itu, 131 surau lagi hanya berdaftar dengan masjid kariah. Saya pasti, JHEAIPP sedang mengemas kini maklumat. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk surau awam yang terdapat di pusat membeli belah, hotel, restoran, stesen minyak dan sebagainya," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...