TERKINI :

Thursday, June 19, 2014

Jamil pertahan kenyataan M'sia bukan negara sekular

 
Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Malaysia negara sekular, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.
  
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam bagi menjawab pertanyaan Ah Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew yang ingin tahu sama ada Malaysia negara sekular atau negara Islam dalam persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.
  
Jamil Khir turut merujuk kepada kes Che Omar bin Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988 dengan hakim ketika itu, Hakim Tun Mohd Salleh Abas berpandangan bahawa undang-undang yang masih terpakai di negara ini adalah undang-undang sekular dan tidak menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
    

Jamil Khir menjelaskan negara sekular membawa maksud pengasingan negara dengan agama seperti yang ditafsirkan oleh Kamus Oxford.
  
Beliau berkata Amerika Syarikat, India dan Turki secara jelas memperuntukkan bahawa ia adalah negara sekular di dalam Perlembagaan masing-masing.
  
Menurutnya negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama negara, tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing.
  
"Agama mereka adalah terpisah dan merupakan amalan peribadi seseorang," katanya.
  
Jamil Khir berkata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pernah menjawab pertanyaan sama oleh Anggota Parlimen Seremban John Fernandez pada persidangan pada 22 Oktober 2012.
  
Oleh itu, katanya jawapan beliau adalah konsisten dan tidak mengelirukan Dewan Rakyat.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...