TERKINI :

Monday, June 30, 2014

Saifuddin Abdullah letak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM)

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan daripada laman Facebook beliau, tindakan tersebut dilakukan atas dasar prinsip kebebasan akademik dan juga sebagai solidariti berikutan arahan letak jawatan yang diarahkan kepada pengasas yang juga Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman baru-baru ini.

Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan yang juga Dekan Fakulti Sains Sosial (FSS) Universiti Malaya juga turut tidak disambung perkhidmatannya sebagai Dekan FSS meskipun telah dicalonkan semula oleh pensyarah di FSS.

Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menambah arahan tersebut datang daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya tahu cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM) dan Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berlapang dada dan atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau (Prof Redzuan), saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,” kata Saifuddin. 

Pahala mengumpat dalam bulan Ramadan

SEGELiNTiR pro Umno menasihat rakyat supaya berhenti menconteng kezaliman parti asabiah berkenaan di facebook demi menghormati bulan Ramadan.
Apa reaksi kita dengan dakyah ini?
Sangat indah penjelasan Rasulullah SAW mengenai perihal mengumpat, yang juga disebut sebagai ghibah.
Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.Si penanya kembali bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu apabila apa yang diceritakan itu benar ada padanya? Rasulullah SAW menjawab: kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” [HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad]
Pada zaman Rasulullah SAW, Perang Badar umpamanya berlaku pada bulan Ramadan.
Maqasid asy-Syariah atau tujuan syariat berperang ini di antaranya demi menghentikan kezaliman, atau lebih tepat untuk menghilangkan fitnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah:193]
Penjelasan: perang bukan satu-satunya kaedah untuk menghilangkan fitnah (kezaliman), tetapi, salah satu kaedah untuk menghilangkan fitnah.

Kisah sedih Muhyiddin

oleh YUSOF HARUN

BERITA mengenai Muhyiddin Yassin hendak meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikategorikan satu lagi cerita panas. Cerita-cerita begini popular dan mudah dipercayai umum. Contoh terdekat ialah kehilangan pesawat MH370 yang kini masih misteri. Ada yang percaya pesawat itu disorok.

Bagaimanapun penafian Muhyiddin berjaya menamatkan spekulasi itu tetapi kesannya terus dirasai. Dengan disusuli penjelasan Perdana Menteri Najib Razak, keyakinan ahli Umno terhadap hubungan kedua-dua tokoh ini baik belaka dapat dipulihkan.

Berita peletakan jawatan TPM bukan saja menjejaskan kerajaan, malah menimbulkan persepsi iaitu Najib dan Muhyiddin tidak boleh lagi bekerjasama.
Bagi Najib, hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan mengatakan berita tersebut adalah 'rekaan politik'. Kita kurang pasti motifnya tapi tidak menolak elemen melaga-laga atau dendam.

Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka yang terpengaruh. Cerita begini sedap didengar macam tiga bomoh yang mahu menjejaki MH370.

Misteri MH370 : Beranikah Menteri Pengangkutan yang baru menyahut seruan

DATO’ SERI LIOW DIGESA UNTUK SEGERA MENUBUHKAN BADAN PENYIASATAN BEBAS MENYIASAT KEHILANGAN MH370 BESERTA MENDEDAHKAN LAPORAN AUDIT KE ATAS SISTEM RADAR PENERBANGAN AWAM MALAYSIA DAN KLIA2

Saya sambut baik pelantikan semula Dato’ Seri Liow Tiong Lai ke dalam kabinet; kali ini selakui Menteri Pengangkutan dengan ucapan tahniah. Saya berharap dengan pelantikan ini, YB Menteri akan menyelesaikan kemelut yang sedang melanda industri penerbangan awam di Malaysia ; pertama ialah kehilangan pesawat MH370 bersama 241 nyawa, kedua ialah keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam dibawah tanggungjawab DCA dan ketiga ialah keselamatan terminal klia2. Saya mengharapkan tindakan serta khidmat serta merta dari pihak YB Menteri ; tidak seperti yang telah dinafikan oleh menteri yang silih berganti.

Kehilangan pesawat MH370 amat tragik bagi seluruh negara. Sehingga kini, 241 keluarga di serata dunia masih menunggu jawapan berkenaan ahli keluarga tersayang mereka. Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan. Dengan ini, saya menyeru YB Menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara dari seluruh dunia. Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan.

Bukan niat saya digantung daripada Parlimen, kata Surendran

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Ahli Parlimen PKR yang digantung enam bulan daripada Dewan Rakyat buat kali kedua atas kesalahan sama mendakwa hukumannya itu bukan kehendak dirinya sendiri.

“Kita mesti jelas, bukan saya yang mahu untuk digantung. Perumpamaan penggantungan saya adalah seperti menyalahkan mangsa rogol kerana merogol,” kata N Surendran kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Padang Serai itu mendakwa penggantungannya itu adalah sebagai sebahagian perancangan Putrajaya bagi mendiamkannya dan menggagalkan usaha bagi melihat sebuah Parlimen yang lebih baik.

Katanya, pengundi di kawasannya memahami hakikat itu dan oleh itu mereka berdiri teguh di belakangnya.

Surendran berkata, semua 70,000 pengundi Padang Serai menyokong perjuangan dan bersimpati atas penggantungannya buat pertama kali tahun lalu.

Naik cukai taksiran 10%, kerajaan tetap kikis duit rakyat

(Oleh Fiza Abd Halim)

KUALA LUMPUR 25 JUN: Kerajaan tetap mengikis duit rakyat walaupun cukai taksiran dinaik 10 peratus pada tahun ini, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Katanya, kenaikan yang diumum Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor itu membuktikan kerajaan tidak mengambil kira kesengsaraan rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup.

Beliau percaya jumlah kenaikan bukan hanya 10 peratus tetapi lebih daripada itu ekoran kenyataan bolak balik Menteri sebelum ini.

tian“Konon naik 10 peratus, padahal lebih tinggi. Kenyataan Menteri sebelum ini tak konsisten, macamana kita nak percaya cukai ini dihadkan hanya 10 peratus kenaikan.

“Berapapun jumlah kenaikan, rakyat masih terbeban, duit mereka tetap dikikis oleh kerajaan,” kata Tian.

Lapangan terbang di Kulim akan dikaji

Liow Tiong Lai  
 Liow Tiong Lai

GEORGETOWN - Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.
  
"Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.
  
"Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.
  
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Datin Paduka Chew Mei Fun, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Piala Dunia: Rehat tiga minit beri van Gaal peluang ubah taktik atasi Mexico

Piala Dunia: Rehat tiga minit beri van Gaal peluang ubah taktik atasi Mexico
FORTALEZA: Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengambil kesempatan daripada waktu rehat rasmi selama tiga minit untuk menukar taktik yang membawa kepada kebangkitan pasukan untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Mexico - sekali gus layak ke suku akhir Piala Dunia kali ini.

Tempoh rehat berkenaan - buat pertama kali dibenarkan pada edisi kali ini - adalah untuk memberi laluan kepada pemain berhenti beraksi dan minum air untuk menyegarkan diri semula daripada bahang cuaca di gelanggang.

“Saya pada mulanya menukarnya kepada 4-3-3 dan kemudian kami berjaya mencipta banyak peluang dalam kotak penalti namun diselamatkan (penjaga Mexico, Guillermo Ochoa).

“Dan kemudian saya berpindah kepada pelan B dan ya.... saya melakukannya pada waktu rehat itu dan ia cara paling bijak untuk mengambil kesempatan daripadanya,” kata Van Gaal.

Doa siapakah yang mustajab di Bulan Ramadhan?


DOA SIAPAKAH YANG MUSTAJAB DI BULAN RAMADAN?

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.

Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya)

Sunday, June 29, 2014

Abim - 'mulur celupar' Zahid tidak mencerminkan ajaran al-Quran.

Abim bidas kenyataan Zahid Hamidi, tidak gambarkan ajaran Islam

OLEH DIYANA IBRAHIM


Menteri Dalam Negeri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengundang kritikan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia yang menyifatkan kenyataan 'mulur celupar' Zahid tidak mencerminkan ajaran al-Quran.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gara-gara kenyataan kontroversi "mulut celupar" terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer berhubung insiden kepala lembu Sabtu lalu.

Menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan, kenyataan Zahid itu bukan sahaja tidak menggambarkan ajaran Islam malah satu penghinaan kepada penganut Hindu.

‎"Respons yang diberikan oleh Zahid tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam al-Quran sendiri menyebut penghinaan terhadap agama bukan Islam akan mengundang penghinaan daripada penganut lain.

Katanya, secara tidak langsung ia memberi imej negatif kepada Zahid yang kononnya dilihat sebagai pemimpin "negara Islam" akan tetapi tindakannya seolah-olah seperti tidak mengamalkan ajaran al-Quran.

Presiden PAS terima kunjungan PM, pemimpin PR

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tengah hari ini.

Pada sebelah petang pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima kunjungan Ketua PArlimen DAP, Lim Kit Siang dan bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga menziarahi beliau.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat Tuan Guru semalam.

Menurut Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Guru terpaksa berehat hari ini kerana menerima ramai tetamu.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang ingin menziarahi Presiden PAS hari ini supaya berbuat demikian esok.

Tuan Guru Abdul Hadi menerusi facebook pada 27 Jun lalu memaklumkan bahawa cadangan awal untuk balik ke Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon kemaafan di atas segala kekhilafan yang berlaku.

Sehari sebelum itu, beliau memaklumkan akan pulang ke Terengganu pada Sabtu dan dijangka tiba di Masjid Rusila sekitar jam 3.00 petang. – HARAKAHDAILY 29/6/2014

Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin

ABDUL MALIK AB RAZAK | 29 Jun 2014.

PEMILIKAN tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.

Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.

Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.

Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.

British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan dibeberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.

Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.

Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.

Nasib Tanah Rizab Melayu


Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia  dan mendesak kerajaan negeri  bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian Tanah Rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar Tanah Rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.

Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan Tanah Rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.

Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.

MCA BIADAP dan lupa diri bila masuk kembali dalam kabinet

MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat

MUHAMMAD FAIZAL | 29 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas.

"Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan.

"Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 29/6/2014

Is it a Proton? A Hondana? No, it’s a Pondana!

In the early part of this year Proton has been supplying the government with the first batches of 3,000 units of what is dubbed as the "new-look Proton Perdana".

Apart from minor cosmetic changes in bumper, twin five-spoke alloy rims, a Proton label, etc., the car is exactly identical to the eighth generation Honda Accord.

This new "proton" car is even assembled at a Honda Malaysia plant in Malacca.

The car has already earned two nick names among civil servants – a polite "Hondana" and a less complimentary "Pondana".

Yes, we recognise that Honda is currently a collaborative partner with Proton but it is still more like a charade and shameful.

Imagine if you had written a book. And because you were in partnership with someone else they allow you to put your own title on the cover and claim authorship.

We would scream plagiarism and not allow such a book to be published. It is false advertisement and just not true.

There is little of Proton here and no technology transfer.

Here we have a failing automobile company. Despite 30 years of government pampering, it still cannot stand on a single adult foot.

This company has doubled the price of all cars for local consumers and caused much hardship for the average Malaysian.

Proton now has the audacity to palm off yet another car as its own.

The first was the Mitsubishi Lancer camouflaged as the Proton Inspira.

In contrast, in just 15 years Hyundai have become the second largest automaker in Asia and the fourth largest automaker in the world.

Proton cannot produce its own cars, has declining sales and has wasted many taxpayers ringgit.

Please stop burdening the average consumer with a high import tax on cars to protect a three decade failed dream.

This is no Proton national car, only our national shame. – June 28, 2014.

* The Malaysian reads The Malaysian Insider.

Anwar, Azizah ziarah Abdul Hadi di IJN.

SHAH ALAM - Susulan tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang tadi.

"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.

Muhasabah untuk Pakatan

Muhasabah untuk Pakatan daripada Dr. Dzul
Oleh ABD SHUKUR HARUN

SANGAT menarik ucapan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya, Selangor Ahad lalu, yang saya kira membuka minda kita dalam banyak perkara.

Ucapannya itu bersifat muhasabah, memeriksa kekuatan dan kelemahan bukan saja PAS, tetapi juga semua komponan dalam Pakatan Rakyat. Dengan pandangan yang terus terang ini, pada pendapat saya Dr. Dzul telah menyerlahkan kejujuran dan keterbukaannya untuk menjadi renungan dalam usaha memperbaiki kedudukan PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya itu beliau berkata, seteru PAS dan Pakatan sangat tahu bahawa hanya isu Hudud mampu 'memporak-perandakan' Pakatan.

PAS jauh lebih superior dan unggul dalam penggarapan semua isu pertentangan agama seumpama ‘Isu Kalimah Allah’ dan ‘Penghayatan Tasaamuh Beragama’ dalam isu kitab Injil, serangan Rumah Ibadat dan lain-lain, sebab PAS tahu benar-benar tuntutan ‘Wasatiyyah, sementara Najib Tun Razak dan UBN hanya pandai mewiridkan kalimat itu macam semua Mufti, Perkasa, Jati dan ISMA yakni NGO yang pro-UBN.

Kata Dr. Dzul, mereka memang menampilkan Islam yang ganas dan agresif dengan penganut agama yang lain dan sangat berlawan dengan sifat Islam yang Rahmah dan Adil kepada semua.

Kenapa saya tidak lagi gemar ke pasar Ramadan?

Oleh Nomy Nozwir

Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba pada bulan Ramadan, bulan pada umat Islam berpuasa. Dan selepas melalui 30 kali bulan Ramadan, saya berasa tahun ini, saya mula menyerah kalah.

Pada tahun-tahun sudah, semenjak saya diperkenalkan oleh ibu bapa saya dengan ajaran Islam dan budaya Melayu, antara budaya yang sinonim dengan masyarakat Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah mengunjungi ke pasar Ramadan.

Ada sesetengah daripada kita lebih gemar memanggilnya "bazar Ramadan" berbanding "pasar Ramadan" kerana "bazar" bunyinya lebih Arab, bahasa yang kebanyakan daripada orang Melayu anggap bahasa paling suci, berbanding bahasa sendiri.

Sebelum itu, budaya pasar Ramadan ini mula muncul pada sekitar lewat 70an, menurut apa saya difahamkan – hasil dari keyakinan rakyat terhadap ekonomi, khususnya apabila penemuan minyak di pesisir laut China Selatan.

Walaupun pada sekitar 80an terdapat sedikit kegawatan, pada penghujungnya – merupakan tahun kegemilangan bagi kapitalisme.

Penghujung 80an hingga pertengahan tahun 90an, adalah kemuncak kegemilangannya.

Pada zaman kemuncak kapitalisme ini, pasar Ramadan yang selama ini menjual makanan Melayu – mula bertukar selera kepada makanan Barat, atau ala-Barat.

'Wawancara CEO Petronas bukan isu perkauman'

 
ULASAN Wawancara terbaru Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas bersama The Edge tidak seharusnya menjadikan satu isu perkauman tetapi isu kebajikan dan pertumbuhan negara.

Amat menghiburkan sekali melihat bagaimana PERKASA dan konco-konconya menjadikan segala-galanya berbaur perkauman, bahkan wawancara CEO Petronas itu sendiri yang menyenaraikan masalah sebenar yang dihadapi syarikat petroleum negara dan turut memberi kesan kepada kebajikan orang ramai pada masa akan datang.

Petronas terus mengalami serangan bertalu-talu daripada Umno, PERKASA dan yang lainnya berkait tindakan syarikat tersebut beralih kepada bidaan terbuka, menjauhi amalan peruntukan tetap untuk syarikat tempatan sebelum ini.

PENDANG - 25 tahun kutip barangan terbuang

Md Ali menunjukkan anugerah yang diterima bersama barangan kitar semula yang dikutipnya 
 Md Ali menunjukkan anugerah yang diterima bersama barangan kitar semula yang dikutipnya

PENDANG - Kecintaan terhadap alam sekitar mendorong seorang warga emas mengutip barangan terbuang di sekitar daerah ini untuk dikitar semula selain menjaga keindahan alam sekitar.

Md Ali @ Hassan Awang berkata, minatnya mengutip barangan kitar semula seperti tin kosong, kertas dan plastik timbul sejak 25 tahun lalu selepas isterinya melahirkan anak yang ketiga.

Menurutnya, aktiviti kitar semula ini bukan hanya dapat memelihara alam sekitar malah hasil daripada jualan barangan kitar semula juga dapat memberi pendapatan.

"Saya menyokong seruan kerajaan negeri menyasar meningkatkan kadar kitar semula daripada tiga peratus kepada 22 peratus menjelang tahun 2020 selaras dengan tahap kesedaran kitar semula yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

5,000 rakyat Malaysia berpuasa di Tanah Suci

MADINAH - Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.

Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.

Umat Islam di Tanah Suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini.

Di Makkah dan Madinah, umat Islam akan berpuasa seawal 4 pagi hingga 7 petang, dengan suhu dianggarkan antara 40 darjah celcius dan 48 darjah celcius.

Saturday, June 28, 2014

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

Mohd Sayuti Omar,

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!!

Baru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja.

Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, "Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib ini akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

"Rugilah kita kalau kabinet XXl itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja."

Malangnya hari ini, seorang menteri kanan dalam pentadbiran Najib sudah pun menunjukkan kedudukannya sekadar menghabiskan beras saja. Seluruh rakyat, pengundi Bagan Datoh, ahli UMNO, pengundi bukan ahli UMNO, pengundi tidak berparti, malah budak-budak sekolah patut malu dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung insiden kepala lembu yang didapati dilemparkan di hadapan rumah ADUN DAP RSN Rayer.

Najib - Rahmat bulan Ramadan satukan umat Islam

http://www.digitalnewsasia.com/sites/default/files/images/digital%20economy/DatoSriNajib_2.pngKUALA LUMPUR - Umat Islam perlu memanfaatkan bulan Ramadan untuk memupuk semangat penyatuan dalam kalangan umatnya dalam satu agenda ibadah yang murni, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam perutusan Ramadannya berkata selain itu, bulan Ramadan juga adalah bagi umat Islam memperteguhkan hubungan dengan Allah swt, serta hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga dan masyarakat.

"Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah swt, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.

"Sesungguhnya, kehadiran Ramadan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah swt," katanya dalam perutusan yang dimuat naik di laman blognya www.1malaysia.com.my.

Perdana menteri berkata komitmen kesatuan itu juga perlu dikekalkan dengan penuh kepasrahan kepada Allah swt dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju.

Jawatan MB bukan milik peribadi : Anwar


Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR  
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Penjelasan Fifa kenapa Piala Dunia 2014 bertepatan Ramadhan

Ini Penjelasan FIFA kenapa Piala Dunia 2014 Bertepatan Dengan Puasa Ramadhan

BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014?

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).

Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).

Tahukah anda, bila masanya Al Quran diturunkan..???


MAAHAD TAHFIZ AL MUQRI - tajaan jamuan untuk sahur

Alhamdulillah... jadual tajaan jamuan untuk sahur pada bulan Ramadhan sudah mula ditempah. Kepada yang ingin menaja 1 hari = RM 550.00 sahaja.. Program bersedekah pada setiap bulan puasa diadakan... mari-mari tambah pahala Ramadhan anda. Semoga Allah memberkati mereka2 yang menaja kami...

hubungi @ whatsapp :

Ustaz Mohdshaari Husin : 016 2932463
En Mohd Rozi Bin Husin : 012 3803814
Pejabat : 03 5614 1194
Email : almuqripuchong@yahoo.com

Bank In atas nama :
MAAHAD TAHFIZ AL MUQRI

MAYBANK
No Akaun 5627 7720 3532

BANK ISLAM
No Akaun 1206 5010 0197 73

 

Maahad Tahfiz Sains Kulim : Mintak belum lagi, tapi dah canang kata nak bagi RM2juta

PERUNTUKAN RM 2 JUTA UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS KULIM HANYA INGIN MEMATIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/988502_620717587948209_1865404621_n.jpg
Pembinaan di Pulau Tuba di tangguhkan sehingga kini..
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menambah baik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.

1. DPPNK menggesa kerajaan Negeri Kedah yang diterajui BN hari ini agar serius dan tidak menjadikan agenda menaiktaraf Maahad Tahfiz Sains sebagai agenda politik BN semata-mata.

2. Pengumuman itu kelihatan sangat tidak serius apabila dinyatakan Kerajaan Negeri masih memerlukan proses rundingan terlebih dahulu bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi meluluskan peruntukan itu.

3. Menurut Exco BN berkenaan juga peruntukan RM 2 juta berkenaan adalah juga untuk penambahbaikan untuk membina blok asrama serta keperluan pembelajaran yang lain termasuk makmal sains di sekolah terbabit. DPPNK berpendapat ianya adalah satu janji retorik memandangkan Maahad Tahfiz tersebut telah dijanjikan perkara yang sama untuk pembelajaran bagi sesi 2014. Namun pelajar masih lagi terpaksa menggunakan makmal sekolah lain bagi tujuan pembelajaran sains.

4. DPPNK berpendapat, Kerajaan BN berlepas tangan dari tanggungjawab terhadap Maahad Tahfiz berkenaan yang kini masih di Jalan Pegawai Kulim, keadaannya padat dengan pelajar serta keadaan surau sementara yang tidak terurus dan tidak kondusif.

Seorang lagi pak menteri menyerlahkan kejahilannya

Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.

Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.

Yang selainnya tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.

Aduhai FAM, sembang gegak gempita, akhirnya Dollah Salleh yang diambilnya..

Dollah Salleh dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/4CALONHANGAT_/pix_gal0
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K Rajagobal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.

Pengendali sementara pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai pengendali Harimau Muda A yang akan mengharungi tugasan di Sukan Asia tahun ini.

Judi rosakkan jiwa, terdedah perbuatan syirik

Dr Mohd Shukri Hanapi

Menjelang Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, dibimbangi ejen-ejen judi bola kembali aktif membuat pertaruhan judi bola.

Mereka menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, ia menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai perkara yang ditegah syarak.

Dalam al-Quran jelas larangan berjudi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib dengan batang anak panah adalah semuanya kotor, keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah, ayat ke-90).

Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai mahupun budi pekerti seseorang.

Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi.” (Riwayat Muslim).

Hiburan ringan punca Melayu leka, mundur

Dr Anwar Ridhwan

http://hu.stockfresh.com/thumbs/ultrapop/673904_zene-emberek-terv-t%C3%B6meg-csoport-klub.jpg

Ibu bapa wajar pupuk intelektualisme

Kalau kita lihat jumlah permit penerbitan majalah di negara ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita boleh membuat penilaian tentang kecenderungan psikologi kebanyakan orang Melayu. Sebagai contoh, terdapat 27 majalah hiburan dalam bahasa Melayu, sementara hanya 11 dalam bahasa Inggeris.

Memang benar jumlah 11 majalah hiburan tempatan dalam bahasa Inggeris tidak memberi gambaran sebenar, kerana ada ratusan majalah hiburan yang diimport khususnya dari Amerika Syarikat dan Britain. Tetapi oleh sebab pembaca Melayu juga terdedah kepada majalah hiburan asing, maka pada teorinya pembaca Melayu juga mempunyai sumber hiburan yang lebih banyak.

Membiarkan generasi muda kita hanyut dalam gelombang hiburan ringan, akhirnya akan melemaskan bangsa”

Hiburan ringan mencandui kehidupan kebanyakan orang Melayu. Program televisyen tempatan hampir semuanya dipenuhi hiburan ringan, terutamanya yang berbentuk komedi atas pelbagai jenis nama. Ini sealiran dengan penerbitan majalah hiburan ringan yang banyak di negara kita, khususnya untuk bangsa Melayu.

Mengaku aja Malaysia negara ISLAM, tapi nak beli arak kat mana-mana pun boleh..!!!

Bertindak segera kawal penjualan arak

http://farm9.staticflickr.com/8494/8283902046_06d2ecdf9b_b.jpg
KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan digesa mengambil tindakan segera mengawal penjualan minuman keras yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya percaya penjualan minuman keras tanpa kawalan merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah terutama membabitkan generasi muda.

"Pihak kami menerima banyak aduan berhubung perkara ini. Penjualan minuman keras di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan dijual tanpa kawalan serta pemantauan oleh pihak berwajib.

"Perkara ini perlu dibendung segera kerana mengundang kepada kegiatan jenayah seperti rogol, pecah rumah dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Apa yang lebih membimbangkan kata Nadzim, minuman keras kini amat mudah diperoleh kerana turut dijual di kedai serbaneka, kedai runcit dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu melakukan pemantauan secara serius berikutan tiada had umur ditetapkan kepada pembeli.

Contoh nak jadi ISLAM yang baik bukannya dari negara Arab tapi di negara bukan Islam...!!!

Kenapa Melayu Berlumba Nak Ikut Arab? Kenapa Tak Nak Jadi Macam Non Muslim?

http://3.bp.blogspot.com/-MdhgvcUJARY/TdPHoyGyv2I/AAAAAAAAAF0/O0yc1kMoczY/s1600/1111504p.jpg
Kau tau ada kewujudan yang bertajuk Khawwater Ash-Shab (Khuatir Asy- Shabab?) Aku tak tau camna nak eja nama dia betul2.

Rancangan tu ditayangkan kat TV Al-Hijrah, dulu waktu Maghrib, sekarang ni, dah ubah. Aku rasa petang kot. Untuk sesiapa yang tak tau, rancangan tu memaparkan pengacara yang bernama Ahmad Sughairi, seorang belia berumur yang suka buat perbandingan mengenai betapa berbezanya bangsa Arab dia sendiri berbanding bangsa lain yang tak semestinya Islam.

Cara dia mendidik tu, kadang2 agak keterlaluan sebab dia agak berani dan dia jugak tak takut konfrontasi. Ada satu episod, seorang lelaki Arab double park kereta dan block kereta lelaki Filipina ni dan dia dengan selambanya pegi tanya "kenapa kau buat camtu? Kau tak ada rasa bersalah ke buat camtu kat dia? Malu la, dah la kau Islam. Mintak maaf dengan dia!"

Tergelak aku tengok tu sebab kelakar bila tengok seorang Muslim Arab dengan muka bangganya minta maaf tersipu2 dekat seorang lelaki Filipina yang dah berpeluh tunggu nak balik.

Apa saja yang dia tonjolkan dalam rancangan dia, adalah betapa berbezanya kelakuan bangsa Arab berbanding bangsa lain yang menetap di Arab Saudi. Dia ada buat special season melawat Jepun dan yang memilukan hati, sebagai seorang Islam, pada akhirnya, dia terpaksa mengaku...

"Orang Jepun, yang bukan Muslim dan bukan Islam, jauh lebih dekat dengan Islam berbanding orang dia dekat Arab Saudi."

POKOK SENA - Petani susahati sebab Malaysia Airport Berhad bela tikus

Belukar jadi rumah tikus

http://3.bp.blogspot.com/-TiTnfQIUf4w/UnSBap-LpPI/AAAAAAAAEz8/liHw0V-G-wc/s320/rat_control.jpg
POKOK SENA - Petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Kampung, Kawasan Mada A-Tiga merayu kepada pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) supaya dapat membersihkan belukar di sempadan pagar lapangan terbang dengan kawasan sawah mereka.

Penduduk mendakwa kawasan berkenaan dipenuhi belukar sehingga menjadi sarang binatang berbisa dan tikus yang mampu mengancam tanaman mereka.

Petani, Fadzil Puteh, 60, berkata, mereka sudah tidak mampu lagi menjaga kawasan sempadan MAB dengan petani di situ.

Menurutnya, difahamkan tanah sempadan berkenaan adalah hak milik MAB dan petani tiada hak untuk membersihkannya.

"Kami terpaksa membeli racun untuk memusnahkan binatang perosak itu.

"Bagaimanapun dengan bilangan tikus yang banyak kami sudah tidak termampu lagi membiayainya kos meracun yang tinggi," katanya.

Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter, akaun fb yang sebarkan tu akaun palsu

FB SEBENAR : https://www.facebook.com/DrMAZA?fref=ts
Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

Baling - Orang Curi Pasir, #Mukhriz tak tahu kaa? Pihak berkuasa pie mana nie..??

Penduduk desak hentikan operasi korek pasir

http://2.bp.blogspot.com/-Uq60-K4i-D0/U61fDmUbqZI/AAAAAAAAzvw/Gysu1WYkZBw/s1600/Pasir.jpg
Gambar Hiasan
BALING - Penduduk tiga kampung di Kuala Sedim di sini meminta kerajaan negeri Kedah membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi berikutan kerja-kerja mengorek pasir dan sungai berhampiran kampung mereka itu.

Penduduk Kampung Kuala Sedim, Kampung Permatang Durian dan Kampung Bukit Chong berharap agar kegiatan berkenaan dapat dihentikan kerana aktiviti mengorek pasir di tepi dan dalam Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan sejak lebih setahun itu didakwa boleh menyebabkan kampung mereka tenggelam jika tidak dihentikan segera.

Mereka juga mendakwa pihak terlibat menutup laluan Sungai Karangan sejak baberapa bulan lepas dan membina jambatan merentasi Sungai Sedim untuk memunggah pasir yang dikorek dan disedut dari kawasan sungai itu di daerah Baling dan Sungai Muda di kawasan daerah Kuala Muda.

Apabila orang cina tulis artikal bab "Islam bukan agama main-main"

Islam bukan agama main-main



http://4vector.com/i/free-vector-question-mark-icon-clip-art_104760_Question_Mark_Icon_clip_art_hight.pngDI satu kedai kopi, seorang kawan bertanya pandangan saya mengenai kes perbalahan penjagaan anak antara seorang bapa Islam dan ibu Hindu, perkahwinan seorang wanita Hindu yang bernamakan Melayu dan juga rampasan jasad seorang Cina oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Orang bukan Islam dan bukan Melayu yang mengikuti kes sedemikian melahirkan satu persepsi kurang baik terhadap Islam. Antara punca persepsi kurang baik ialah mereka ‘mengukur’ agama Islam melalui tindakan umat dan penjaga Islam berdasarkan apa yang mereka tahu. Mereka juga ‘mengukur’ Islam terhadap kepercayaan yang dianuti masing-masing.

Dalam satu-satu keluarga bukan Islam, terutama keluarga Cina, agama bukan perkara terpenting dalam kehidupan. Di dalam sebuah rumah, ada Kristian, ada Buddha, ada Taois malah ada yang hilang kepercayaan pada wujudnya Tuhan.

Ketika di musim perayaan, atas dasar menghormati hasrat ibu bapa, anak yang sudah Kristian turut mengikut orang tua mereka ke tokong dan kuil untuk melakukan upacara keagamaan, dan begitu juga sebaliknya. Semua ini dilakukan untuk menjaga keharmonian keluarga.

Bagi bukan Islam, agama bukan penentu segalanya, dan disebabkan tiada pelaksanaan pihak berkuasa untuk agama mereka, maka larangan agama hanya diikuti dengan disiplin sendiri.

Oleh itu, bukan Islam yang tidak mengenali Islam susah memahami konsep Islam sebagai satu sistem.

Friday, June 27, 2014

Muhyiddin tidak faham isu yang saya bawa - Rafizi

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli rasa agak terusik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak faham mengenai konsep penswastaan atau private finance initiatives (PFI).

Ini kerana menurut Muhyiddin ia banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.

Malah, Muhyiddin memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI itu.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Tokoh wartawan sindir kabinet 'XXL' PM

 
Tun Razak Hussein perdana menteri kedua Malaysia. Anaknya Datuk Seri Najib yang keenam.

Tetapi antara mereka berdua, terdapat perbezaan besar.

Mengulas saiz terbaru kabinet Najib dengan 35 menteri penuh, tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin (bawah) mengaitkannya dengan kegemaran orang Malaysia mencatat rekod.

Malah, katanya, bukan sahaja saiz kabinet, Najib juga dikatakan gemar sambutan besar-besaran apabila beliau melawat kawasan, berbeza sekali dengan kepimpinan arwah bapanya.

“Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan.

“Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Menulis dalam blognya, Kadir berkata, bilangan kabinet Najib mungkin rekod nasional baru dan mengatasi jumlah purata kabinet kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia.

“Oleh sebab perdana menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata

“Rugi XXL-lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja,” katanya.

Puasa bermula Ahad

http://nanared.files.wordpress.com/2011/07/puasa.jpg
KUALA LUMPUR: Puasa bermula Ahad, 29 Jun, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebentar tadi.

Bukti Dan Penemuan Terbaru MH370 Didedahkan Oleh Pakar

Sydney (Australia): Penumpang dan anak kapal MH370 yang masih dicari kemungkinan meninggal dunia sebelum pesawat yang terbang menggunakan autopilot berakhir di lautan, kata laporan terbaru daripada pihak berkuasa Australia.
Mengikut laporan 55 muka Lembaga Biro Keselamatan Australia (ATSB), penyiasat memperoleh keputusan berkenaan selepas melakukan perbandingan keadaan dalam pesawat dengan beberapa nahas sebelumnya, walaupun tiada bukti baru.
Laporan itu menjuruskan tumpuan terhadap kemungkinan lokasi berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan yang berdasarkan beberapa kemungkinan, termasuk mengambil kira tiada komunikasi. 
Laluan penerbangan yang dilihat kekal dan beberapa faktor luar biasa turut diambil kira dalam merumuskan penemuan berkenaan.
Semua penemuan itu menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat MH370 berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi. FOTO EPA

Di harap pihak berkuasa jaga sempadan pertingkatkan lagi kawalan, sedih sangat baca berita nie..!!

Kes seludup senjata api dari Thailand meningkat


BUKIT KAYU HITAM: Kes penyeludupan senjata api dari Thailand ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand meningkat kepada 287 kes dengan 292 rampasan pada tahun 2013 berbanding 163 kes dengan 199 rampasan senjata api bagi tahun 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pada tahun 2011 sebanyak 121 kes dengan 161 rampasan direkodkan dan bagi tahun 2010 jumlah kes hanya 92 dengan 137 rampasan direkodkan.

Katanya, keadaan itu amat membimbangkan disamping kes kes lain yang juga berlaku antara sempadan dan ia adalah antara faktor yang mendorong kepada penubuhan Unit Risikan Sempadan (URS) yang dilancarkan hari ini.

OPS WARTA KHAS - Mohon penjelasan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman

OPS WARTA KHAS

Bermula 16 JUN 2014 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) telah menjalankan Ops Warta Khas dengan tujuan antaranya untuk menyelesaikan lebihkurang 1.9juta "saman tertunggak" dan waran tangkap "yang belum selesai.

Difahamkan bahawa Ops Warta Khas tersebut berakhir hari ini 27 JUN 2014. Laporan demi laporan diperolehi melalui siaran media perdana mahupun media elektronik bahawa Polis telah berjaya menahan sekian banyak "pesalah trafik" malah ada juga "pesalah trafik" baru turut tampil menyelesaikan saman dengan segera. Seluruh negara dilaporkan terdapat penahanan malah di Melaka telah dilaporkan oleh sebuah akhbar bahawa seorang "pesalah trafik" yang mempunyai 79 saman telah dirampas kenderaannya.

Dengan berakhirnya Ops Warta Khas hari ini, maka seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui apakah hasilnya.

Saya dengan ini memohon Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Hj Mohd Fuad Abdul Latif memberikan hasil Ops Warta Khas tersebut seperti berikut :

a) Berapakah jumlah kutipan wang kompaun yang dikutip seluruh negara;
b) Berapakah jumlah "saman" yang "diselesaikan;
c) Berapakah jumlah "waran tangkap" yang diselesaikan;
d) Berapakah jumlah "pesalah trafik" yang mempunyai waran tangkap dihadapkan ke Mahkamah;
e) Berapakah jumlah wang kompaun saman dan wang kompaun notis dijelaskan;
f) Apakah tindakan yang akan dilakukan kepada baki "saman tertunggak";
g) Berapakah jumlah denda yang dibayar di Mahkamah daripada kes "saman tertunggak" dan waran tangkap;
h) Berapakah jumlah tuntutan kerja lebih masa oleh anggota Polis, JPJ dan agensi2 terlibat;
i) Berapakah jumlah saman baru yang dikeluarkan di dalam Ops Warta Khas ini;

Saya mohon penjelasan bagi soalan-soalan ini dahulu sebelum penjelasan berikutnya menyusul.

ZULHAZMI SHARIFF
27 JUN 2014
29 Syaaban 1435

Tunggu apa lagi Najib, sila letak jawatan..!


Zulkifli Yahaya,


Kehilangan pesawat MH370 sudah memasuki bulan ke tiga. Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan ia berakhir di Lautan Hindi, tiada secebis tinggalan dari pesawat yang didakwa mendarat atau terhempas di lautan itu dijumpai.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membayangkan kenyataan Najib tidak betul. “Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu,” katanya. Tambahnya, kapalterbang boleh mendarat dengan selamat atau terhempas tetapi tidak boleh hilang begitu sahaja.

Di mata Tun, rakyat Malaysia, mahupun dunia; Najib benar-benar sudah hilang wibawa berhubung isu MH370. Cakap Najib tidak boleh dipakai. Diam beliau berhubung isu tersebut adalah lebih baik dari bercakap tetapi tidak betul. Masalahnya mana mungkin ketua kerajaan tidak bercakap berhubung perkara besar yang berlaku dalam negara.

Najib dihadapkan juga dengan isu pergolakan di Terengganu sehingga terjebak dalam situasi amat mencemaskan, iaitu tumbangnya kerajaan BN. Bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Rosli Daud isytihar keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas. Umno tinggal 14 kerusi manakala Pakatan 15. Jika tiga ADUN tersebut mengambil sikap tidak menyokong sesiapa sekalipun, ia sudah cukup kerusi untuk menumbangkan BN.

'Tak semudah itu dapat kemaafan Memali'

 
ULASAN Ungkapan tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada menteri besar (MB) Kedah kerana julung-julung kali MB daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali.

Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai ‘bughah’ atau penderhaka.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah bersama ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Tajudin, Datuk Rawi, YB Aminuddin dan ADUN Bayu, Datuk Azmi telah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada’ Memali juga diberikan bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi Umno melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suatu ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam Parlimen beberapa kali.

Fatwa BABI habis pakat kalut 1Malaysia, tapi mai saja fatwa yang nie semua pakat buat bodo jaa..!!

 


http://bit.ly/1nCDAi9


Rara.. Si gadis manis aka ikon Puteri BERSIH menyertai DAP

 

Beranikah Najib Pecat Ceo Petronas?

oleh Shahbudin Husin

 http://www.kinibiz.com/wp-content/uploads/2013/03/petronas-najib-and-shamsul2.jpg?2b9359
Ramai benar yang marah dengan kenyataan Ceo Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang lberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya.

Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera dan bukan Bumiputera serta canpurtangah politik menjadi masalah kepadanya. Antara yang mahu beliau meletakkan jawatan ialah Perkasa yang disuarakan oleh Presidennya, Ibrahim Ali.

Dalam interbiu itu, dua isu pokok yang menjadi perhatian ialah berkenaan hak milik minyak dan gas serta campurtangan orang politik. Shamsul Azhar bertegas menyatakan bahawa minyak dan gas bukanlah hak milik Melayu dan Bumiputera semata-mata, tetapi adalah milik semua rakyat negara ini.

Katanya, Akta Pembangunan Petroleum dengan jelas menyebut bahawa minyak dan gas adalah hak milik rakyat Malaysia dan ia boleh jadi milik kerajaan, milik pembangkang atau sesiapa saja sementara Petronas hanyalah sebagai penjaganya sahaja.

Rakyat Malaysia sekarang 'gila', umur 57.. dah ada isteri & anak sanggup lagi culik & cabul budak sekolah..!!

 Suspek diberkas polis ketika cuba melarikan diri selepas dia 
bertindak melanggar kenderaan MPV polis di Sungkai, semalam.

TANJUNG MALIM 26 Jun - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.

"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lagi Cubaan culik depan sekolah, apa sudah jadi #MalaysiaNegaraAman

Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.  
Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.

KEMAMAN – Seorang murid tahun enam di sebuah sekolah daerah ini mengalami detik menakutkan apabila cuba diculik dua lelaki tidak dikenali, yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih ketika pulang dari kelas tambahan pada 28 Mei lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari pagar Sekolah Kebangsaan Pusat, Kemaman, terkejut apabila dua lelaki mencurigakan itu memanggilnya datang ke arah mereka.

Menurut sumber, sebaik melihat murid itu keluar dari pintu pagar sekolah, dua lelaki itu yang pada awalnya berada dalam Perodua Kancil putih yang diletakkan berhadapan sekolah dan tidak jauh dari pintu pagar, membuka pintu kenderaan itu sebelum memanggil mangsa.

Perkasa cuba alih maksud 'pancung'

Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) dan Fahmi Fadzil di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor, selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa hari ini.
Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) dan Fahmi Fadzil di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor,
selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa hari ini.

SHAH ALAM - Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim yang enggan menarik balik kenyataan 'pancung kepalanya' sebelum ini didakwa cuba mengalihkan maksud ancaman itu.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sesiapa yang mendengar kenyataan Ruslan itu akan membuat kesimpulan sama iaitu ancaman berbentuk fizikal dan bukannya bermaksud menjatuhkan karier ahli Parlimen Pas.

"Kalau dia ingin memberi maksud lain (jatuhkan karier), dia sepatutnya menggunakan perkataan lain.

"Kenyataan dia supaya pemimpin Pas itu tutup mulut dan pancung itu jelas satu ancaman dan ia tidak bertanggungjawab," katanya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor, selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa itu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ruslan berkata istilah 'pancung kepala' yang diucapkannya sebelum ini merujuk kepada pemimpin yang perlu dihukum oleh pengundi melalui cara demokratik.

Beliau membuat kenyataan itu semasa perhimpunan Perkasa di Shah Alam pada Isnin lalu yang merujuk kepada empat ahli Parlimen Pas Selangor selepas mereka menggesa kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihadkan.

Empat Ahli Parlimen tersebut ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan pemimpin Perkasa itu perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia didakwa boleh menggugat keharmonian masyarakat.

"Satu tindakan tegas perlu diambil dan pihak polis wajib memberikan makluman dan menyiasat secara menyeluruh dan cepat.

"Kita nampak ada trend yang berlaku hari ini di mana kenyataan-kenyataan yang cuba untuk menaikkan emosi dan cuba memecahbelahkan rakyat semakin menjadi-jadi.

"Kerajaan Malaysia perlu mengambil iktibar serta tidak membenarkan suara-suara ektremis ini berleluasa," katanya lagi.

Negeri DAP keluar arahan hotel & restoran perlu ada surau

Hotel, restoran perlu ada surau

Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.
Abdul Malik menunjukkan senarai surau yang berdaftar
dengan JHEAIPP selepas sidang media, semalam.

GEORGETOWN - Kerajaan negeri menyarankan semua hotel dan restoran yang menyediakan pakej berbuka puasa sempena Ramadan supaya menyediakan surau untuk pelanggannya.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, penyediaan surau itu perlu kondusif untuk pengunjung menunaikan solat selepas berbuka puasa di premis berkenaan.

"Jarak solat Maghrib dengan Isyak kira-kira sejam 15 minit. Kita sarankan pengusaha hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa supaya menyediakan ruang solat atau surau yang kondusif supaya pelanggan boleh bersolat.

"Kita akan buat pemantauan tentang perkara ini bagi membolehkan pelanggan selesa untuk berbuka puasa di hotel mahupun restoran. Selain itu, pengusaha hotel dan restoran perlu memiliki sijil halal sebelum menawarkan pakej berbuka puasa," katanya kepada media semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Malik berkata, kerajaan negeri dalam usahanya untuk memastikan surau di negeri ini diselenggarakan dan ditadbir dengan baik dan berkesan.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 596 surau di negeri ini iaitu 456 daripadanya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang kebanyakan terdapat di kampung dan kawasan perumahan.

"Selain itu, 131 surau lagi hanya berdaftar dengan masjid kariah. Saya pasti, JHEAIPP sedang mengemas kini maklumat. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk surau awam yang terdapat di pusat membeli belah, hotel, restoran, stesen minyak dan sebagainya," katanya.

Suarez digantung sembilan perlawanan


Suarez

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung penyerang Uruguay, Luis Suarez untuk sembilan perlawanan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini semasa Piala Dunia 2014, semalam.

Selain itu, Fifa turut melarang Suarez terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan.

Suarez sebelum ini direkodkan terlibat dalam insiden menggigit sebanyak  tiga kali dan dia telah pun digantung 10 perlawanan akibat tindakannya itu.

Menurut pihak Fifa, ianya merupakan satu kesalahan atas padang yang serius dan Suarez boleh dikenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya.

Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam tempoh seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81 sekaligus menjadikan Uruguay layak mara ke pusingan seterusnya selepas membenam Itali 1-0.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...