TERKINI :

Friday, May 30, 2014

Akibat kecuaian mempertahankan Pulau Batu Putih, Sultan Johor terpaksa fail rayuan semula

Perdasama sokong tuntut semula Pulau Batu Putih
NIZAM ZAIN May 30, 2014

SHAH ALAM – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Johor menyokong penuh usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah yang menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Putih.

Yang Dipertuanya, Khalim Mohd dalam satu kenyataan berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan semula selepas kalah dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2008, namun Perdasama yakin Kesultanan Johor mempunyai pelbagai bukti dan tinggalan sejarah untuk mencabar keputusan ICJ itu.

"Perdasama berharap usaha dalam mendapatkan kembali Pulau Batu Putih dapat diteruskan agar kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia terutamanya negeri Johor dapat dilindungi.

"Kami berpendapat, kedaulatan sesebuah negeri terletak di bawah kuasa raja yang menaungi seluruh jajahan takluknya dan harus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut titah Sultan Johor semalam supaya Kerajaan Negeri Johor menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Putih.

Menurut baginda, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar negeri itu tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura.

Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan oleh ICJ di The Hague, Belanda pada 23 Mei 2008 dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

Mengulas lanjut, Khalim menambah keputusan ICJ pada 2008 memutuskan Malaysia mendapat Batuan Tengah (Middle Rocks) bagaimanapun nilainya tidak sama jika dibandingkan dengan Pulau Batu Putih kerana mempunyai implikasi bersifat jangka panjang.

"Lokasi Batu Putih amat strategik untuk mengawal laluan masuk keluar ke Selat Tebrau, Kepulauan Riau dan Laut China Selatan dan merupakan rayuan bagi mendapatkan nilai sekuriti tinggi di samping merebut kembali hak yang sememangnya pernah menjadi hak Kesultanan Melayu Johor," katanya lagi.

Pendang - Puak Syiah anjur perhimpunan

Pengikut Syiah didakwa anjur perhimpunan

Pemuda Umno bahagian Pendang meminta Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan polis menghalang satu perhimpunan yang didakwa anjuran pengikut Syiah di Kampung Alor Berala di Pendang.

Ketuanya Mohamad Fadzil Zulkipli berkata perhimpunan tertutup itu dipercayai akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di sebuah rumah, yang didakwa sebagai pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata perhimpunan itu dipercayai untuk meraikan satu perayaan 'Wiladah Hussein', yang akan disertai oleh pengikut fahaman itu sekitar negeri ini.

"Ada kain rentang yang dipasang untuk menghebahkan perayaan itu (sebelum ini) dan kini ia telah diturunkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hari ini.

Thursday, May 29, 2014

BN kalah PRU14 jika gagal tawan pengundi muda, kata Sabbaruddin

Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Gambar fail The Malaysian Insider.
Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan pengundi muda, kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.

Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.

"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.

"Orang muda, tidak banyak, banyak generasi Y ini tidak bersama dengan kita," kata Sabbaruddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.

Skandal RM32 juta, PAS selar campur tangan menteri

SALMIYAH HARUN | 29 Mei 2014.

KUALA LUMPUR: Tindakan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam pemberian pinjaman membabitkan Bank Rakyat amat bertentangan dengan tadbir urus korporat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, seorang menteri tidak sepatutnya terlibat dalam pemberian pinjaman apabila ia membabitkan sebuah bank yang mempunyai syer individu yang begitu ramai.

"Peminjam sepatutnya berunding dengan pegawai bank bukannya dengan menteri.

"Ini sudah melangkaui bidang kuasanya, suatu perbuatan jenayah dan salah guna kuasa," kata Mahfuz dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS.

Tegas Mahfuz, sehingga hari ini tidak ada penjelasan atau tindakan daripada Perdana Menteri kepada Hasan Malek.

Pendedahan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik bagi Mahfuz ianya menggambarkan bagaimana berlaku ugutan kepada pengerusi dan ahli lembaga pengarah apabila bersetuju dengan individu peminjam terbabit.

Pemikiran dakwah P. Ramlee

 – Muhammad Ismail Ibrahim

http://www.morningrocket.com/webshaper/pcm/pictures/CD/P%20RAMLEE%20-%20Satu%20Indiepretasi/Various_P_Ramlee_Satu_Indiepretasi_l.jpgJika sesetengah daripada kita yang jarang menonton filem hitam putih era 50-an dan 60-an, persoalan mungkin timbul tentang apakah dakwah yang disampaikan di kala aktres yang membintangi filem tersebut boleh dikatakan 'berbungkus nangka' belaka?

Sebelum kita berbicara persoalan sejarah tentang sesuatu perkara, premis pertama yang harus diambil kira untuk difahami ialah berkenaan latar masa dan tempat yang mewujudkan satu suasana kepada seseorang seniman untuk menghasilkan sesebuah karya.

Beberapa persoalan harus diambil kira, adakah Islam benar-benar dihayati ketika itu? Apakah ada penggiat industri filem lain yang turut menghasilkan karya yang 'Islamik' seperti beliau? Kenapa sesuatu tema itu digarap dalam sesebuah filem? Ini semua perlu diberi ruang dan peluang untuk diberikan penjelasan.

Pada separuh pertama abad ke-20, perkembangan dan penghayatan tentang agama Islam tidaklah sesegar yang kita hirup hari ini. Islam ketika itu hanya tertumpu di masjid, surau, pondok-pesantren di mana tok-tok guru (tradisionalist) mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan tasawuf dan feqah. Masyarakat kurang menghayati unsur-unsur di 'dalam masjid' itu untuk dibawa keluar supaya dapat diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Terdesak di Teluk Intan, macai wujudkan FB Dyana Sofya palsu..


Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.

Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli. 

Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum.

MH370 : Penyelaras Australia simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan

MH370: JACC simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan

MH370: JACC simpulkan pesawat  tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston - Gambar Fail 
KUALA LUMPUR: Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat penerbangan Malaysia selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam  pesawat penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu, diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

Perkara itu disahkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) ang berkata kesimpulan itu berdasarkan perkiraan profesional agensi penyelaras Australia .

“Kita boleh simpulkan kawasan itu (ping dikesan) bukan kawasan dimana pesawat MH370 hilang”

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi itu hari ini.

Empat isyarat yang dikaitkan dengan penggera pesawat tersebut sebelum ini telah dikesan oleh kapal Tentera Laut DiRaja Australia, Ocean Shield yang menggunakan kelengkapan dari Amerika Syarikat.

Dua daripadanya telah dikatakan begitu konsisten dengan isyarat perakam penerbangan pesawat.

Raja Nazrin dimasyhur sebagai Sultan Perak

Raja Dr Nazrin  
Raja Dr Nazrin

KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang semalam.

Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini.

Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang tadi.

Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.

Tuhan yang sama haramkan babi, judi dan korupsi

– Hamri Ibrahim


Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu beragama Islam digemparkan dengan penemuan DNA babi dalam dua produk keluaran Cadbury oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan penemuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil halal dua produk berkenaan iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara ini menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia kerana menganggap diri mereka ditipu dan diperdaya oleh Cadbury. Pelbagai kritikan dan reaksi negatif juga dilemparkan kepada Cadbury gara-gara kecewa dan tidak berpuas hati dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan.

Yang terbaru, sebuah pertubuhan yang mengaku diri mereka mewakili NGO Islam melancarkan jihad terhadap syarikat berkenaan. Pada sidang media di Kuala Lumpur, presiden Perkid menyeru jihad terhadap syarikat Cadbury kerana cuba melemahkan umat Islam di Malaysia.

Chegu Bard: “PKR rumah perjuangan saya”

Oleh: AFEEQA AFEERA

Chegubard
SHAH ALAM, 29 MEI: Penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebaagai Chegu Bard, semalam (28 Mei) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mematahkan perjuangannya untuk bersama parti itu.

Chegu Bard dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini berkata, beliau akan terus bertahan bersama PKR dan yakin dirinya akan mendapat keadilan.

“PKR ini rumah perjuangan saya dan akan terus bertahan. Saya yakin PKR parti reformasi dan pasti mendapat keadilan,” katanya.

ChegubardBeliau turut memaklumkan masih menunggu surat rasmi daripada parti berhubung tindakan penggantungan berkenaan sebelum boleh mengulas lanjut.

Katanya, isu penggantungan itu hanya diketahui melalui maklumat daripada wartawan yang banyak menghubungi beliau untuk mengesahkan perkara terbabit.

“Tidak akan ada tembok yang boleh menghalang perjuangan memastikan demokrasi tidak mati.

Aduhai AHMAD MASLAN, ingat hebat & berani.. mau wartawan nak tanya lari langkah parit pun sanggup..!!

Ahmad Maslan langkah parit, elak wartawan

 
  Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

GERAKAN yang pulun menentang HUDUD sikit pun UMNO tak ulas, tapi asyik kata DAP jee..!!

Gerakan ekstrem halang hudud, Umno sila jawab

TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menjelaskan pendirian mereka dengan tindakan biadab Gerakan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud selama ini.

Menurutnya, Gerakan bertegas menolak hudud secara tidak demokratik apabila menyerahkan notis saman terhadap PAS untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen.

Gerakan juga kata beliau telah membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di samping mengugut untuk membuat benteng manusia di hadapan parlimen bagi menghalang Ahli Parlimen PAS membawa masuk rang undang-undang itu.

"Adakah Umno sedar Gerakan yang mereka sokong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ini lebih teruk menolak hudud dengan cara penentangannya sangat merbahaya dan ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat di negara ini?

"Saya minta Umno jawab adakah mereka bersetuju dengan segala tindakan Gerakan itu," katanya ketika ditemui Harakah di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, semalam. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Berikan semula Hak Mengajar kepada Guru bukan beri netbook untuk buat kerja kerani..!!

Kembalikan hak mengajar sebagai hadiah

Mohd Nor Izzat Mohd Johari 
 Mohd Nor Izzat Mohd Johari

SHAH ALAM - “Pemberian netbook bukanlah hadiah Hari Guru bagi kami, tetapi kembalikan hak kami untuk mengajar dan bukan membebani kami dengan urusan kerja pengkeranian yang melampau,” demikian respon aktivis pendidikan, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkenaan cadangan kerajaan membekalkan netbook kepada 400,000 guru.

Nor Izzat berkata, hadiah yang paling sesuai untuk semua guru adalah dengan memberhentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya dengan pemberian netbook.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih apabila menteri mengumumkan pemberian netbook kepada semua guru.

“Saya berpendapat bahawa pemberian netbook berkenaan tidak berapa sesuai kerana saya percaya bahawa semua guru di Malaysia sudah pun memiliki laptop masing-masing sejak kami disuruh melaksanakan SPPBS atau dikenali sistem online PBS.

Program MEMALI : Apa Penjelasan PAS KEDAH berkenaan kekecewaan Tun Musa Hitam..?

Sehingga saat ini masih belum ada apa-apa penjelasan berkenaan apa yang dikatakan oleh TUN MUSA HITAM ini oleh pihak-pihak yang terlibat dengan program HIMPUNAN KEADILAN UNTUK MEMALI yang dianjurkan oleh PAS KEDAH.

Jadi untuk mengelakkan nama PAS KEDAH serta nama PAS PUSAT amnya maka dipohon pihak yang terlibat memperjelaskan apa sebenarnya berlaku. Adakah ianya benar seperti apa dikatakan oleh TUN MUSA atau ada hal lain yang berlaku disebaliknya.

Jika benar apa yang dikatakan TUN MUSA jadi kami berharap PAS KEDAH & PUSAT hendaklah mengambil satu tindakan disiplin keatas pihak-pihak yang terlibat tetapi jika TUN MUSA yang menfitnah PAS maka tindakan undang-undang haruslah diambil keatas beliau atas percubaan memalukan nama PAS.

Semoga ada penjelasan dalam perkara ini kerana ini akan menjejaskan nama parti PAS dipandangan masyarakat.

Musa Hitam kecewa sikap PAS

Musa Hitam kecewa sikap PAS
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (Gambar fail) 
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri,  Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Dok Kira BABI aja yang HARAM, nie cara Untung Atas Angin & 'Duit Free' apa pula hukumnya..?

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.
 
Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.
 
Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.
 
Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-
1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.
Hebat Tapi Haram?

Untuk Ridhuan Tee - Lin Dan vs Misbun : Ultra kiasu sokong Misbun!

Siong Siong

http://www.sports-chest.com/wp-content/uploads/2013/gallery/badminton-misbun-sidek-malaysia/misbun-sidek-malaysia_5_20100322_1685548756.jpegSEBAIK sahaja tamat Piala Thomas, media sosial yang masih penuh dengan luahan sedih tiba-tiba hangat setelah pernyataan Ridhuan Tee yang mendakwa kaum Cina di Malaysia menginginkan Malaysia menjuarai Piala Thomas hanya sekadar menyokong pemain Cina Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan trend sokongan kaum Cina di Malaysia dengan menggunakan analogi "Lin Dan vs Misbun". Pernyataan sedemikian sekali lagi membangkitkan isu patriotisme kaum Cina di Malaysia dan turut dibahaskan dalam media sosial.

Saya berkesempatan menyaksikan perlawanan Piala Thomas secara siaran langsung di sebuah restoran yang berhampiran pada malam itu. Suasana di restoran ketika itu sememangnya riuh-rendah dan peminat bersorak setiap kali pemain wakil Malaysia memperoleh mata.

Saya meninjau reaksi peminat yang terpesona dengan aksi-aksi pemain badminton seketika, kesemuanya terdiri daripada berbilang kaum. Kelihatan jelas sukan mampu menyatupadukan masyarakat yang berlainan kaum atau agama.

Selama ini, saya yakin kaum Cina yang menyokong Datuk Lee Chong Wei, bukan kerana beliau berketurunan Cina, tetapi beliau sebagai ikon kebangsaan negara kita.

Rakyat Mesir Boikot p.raya, As-Sisi lawan Sobahi, pemenang ialah Morsi!

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN
http://www.dw.de/image/0,,15976302_303,00.jpg
BERBAKI hanya beberapa jam sahaja lagi ketika saya menulis kenyataan ini, pusat-pusat mengundi bagi pilihan raya Presiden Mesir akan ditutup selepas menyaksikan sambutan rakyat yang paling hambar di seluruh negara semenjak proses pengundian dibuka sejak semalam.

Senario ini memberikan tamparan hebat kepada pemerintah yang benar-benar dimalukan oleh rakyat.

Ia dimulakan oleh rakyat Mesir yang berada di luar negara minggu lalu yang menyaksikan mereka yang keluar mengundi hanya 4 peratus daripada 8 juta pengundi yang berdaftar di kedutaan-kedutaan Mesir di luar negara.

Untuk proses pengundian rakyat di dalam negara, pada hari pertama iaitu 26 Mei, berdasarkan angka yang dikemukakan oleh Pertubuhan Hak dan Kebebasan Arab, sebuah pertubuhan hak asasi manusia hanya 6.58 peratus sahaja.

Apa lagi taktik, pendekatan dan strategi yang belum digunakan oleh pemerintah untuk memastikan rakyat Mesir turun mengundi?

Penduduk bantah lori pemaju perumahan bawa laju dalam kampung

Bantah lori tanah masuk kawasan


Pergerakan lori tanah yang dipandu laju sempat dirakam Sinar Harian, semalam.  
 Pergerakan lori tanah yang dipandu laju sempat dirakam Sinar Harian, semalam.

KUALA KEDAH – Lebih 1,000 penduduk di Kampung Pekan dan Kampung Masjid, Mukim Kubang Rotan, di sini, membantah kemasukan puluhan lori tanah ke kawasan itu sehingga mengakibatkan kerosakan jalan.

Mereka berhimpun di laluan utama dengan membawa poster bantahan selepas membuat laporan di Balai Polis Kuala Kedah, semalam.

Difahamkan, kemasukan lori tanah ke kawasan itu adalah bagi pembinaan projek perumahan kira-kira satu kilometer dari kawasan perkampungan tersebut.

Wakil penduduk, Hanisah Mohamad, 50, berkata, projek perumahan itu bermula sejak lima bulan lalu.

Namun, kerosakan jalan semakin ketara sejak sebulan lalu apabila lebih 20 lori melalui kawasan itu setiap hari.

“Pemandu lori tidak ambil kira keselamatan penduduk kampung. Mereka pandu laju. Banyak jalan rosak, berlubang dan saliran air sawah padi juga pecah.

Awas!!! Tektik tokey kedai tipu harga...

Periksa dulu elak tertipu

Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga dibayar.  
Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga dibayar.

SUNGAI PETANI - Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan terhadap harga barang promosi yang dipamerkan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada ditipu.

Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yati, 40, mendakwa, dia tertipu apabila harga barangan yang dibeli dengan harga yang dipamerkan berbeza ketika membeli-belah di sebuah pasar raya baru-baru ini.

Dakwanya, dia memilih susu tepung anaknya seperti yang dipamerkan di bungkusan berharga RM17.90 di pasar raya tersebut.

“Apabila pulang, saya memeriksa resit mendapati harga yang dibayar menunjukkan RM25.90 iaitu RM8 lebih mahal dari harga yang dipamerkan,” dakwanya.

'Atuk' lawat 5 beradik yatim piatu

Abdul Khalid bermesra dengan lima anak yatim piatu ketika melawat mereka yang baru kematian ibu bapa di Taman Desa, Cheras. Foto Selangor Kini.

KUALA LUMPUR: Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak semalam hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya kepada pemberita.

ALOR SETAR - Taman Rekreasi Jubli Perak tempat memadu kasih apabila malam

Taman rekreasi tidak ‘bercahaya’

Kelihatan tiang lampu ini tidak sempurna.Keadaan tiang lampu yang tidak diselenggara.
Keadaan tiang lampu yang tidak diselenggara.

ALOR SETAR - Taman Rekreasi Jubli Perak, dekat sini, sememangnya menjadi tumpuan warga bandaraya Alor Setar menjalankan aktiviti riadah.

Meskipun, kawasan persekitaran dikenali Taman Rimba dijaga rapi, namun ada kemudahan awamnya didakwa memerlukan perhatian pihak berkenaan.

Sewaktu tinjauan dilakukan, ada pengunjung melahirkan ketidakselesaan apabila kerosakan lampu taman masih tidak diselenggarakan.

Pengunjung, Rosnah Mahmud, 56, berkata, dia menganggarkan lebih kurang 20 lampu di taman berkenaan pecah mahupun tiada langsung.

“Jikalau, waktu siang tidak mengapa. Namun, apabila malam sebaliknya kerana keadaan menjadi terlalu sunyi dan gelap hingga mengundang risiko tidak ketahui.

Wednesday, May 28, 2014

Zahid Hamidi Sempitkan Lagi Harapan Calon BN

oleh Shahbudin Husin, 

 http://img.astroawani.com/2013-10/81382170342_295x200.jpg
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin UMNO yang paling kerap dan rajin turun berkempen di Teluk Intan. Boleh dikatakan seetiap hari atau selang hari, kelibatnya akan kelihatan di bandar ini. Keadaan ini bukan saja disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin kanan UMNO yang mahu memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong tetapi mungkin juga disebabkan kawasan Parlimen yang diwakilinya, Bagan Datoh adalah bersebelahan dengan Teluk Intan.

Ahmad Zahid juga paling banyak program serta paling banyak bercakap dengan media. Dalam masa yang sama, beliau juga paling banyak mengeluarkan mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi di Teluk Intan ini.

Beliau bercakap mengenai anggota RELA yang tidak mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan memberi amaran agar menunaikan tanggungjawab kali ini. Ini kerana, dakwanya, beliau tahu siapa mereka itu.

Beliau juga menawarkan janji memberi uniform baru kepada anggota RELA jika calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini tetapi jika BN kalah, "belilah sendiri".

Apabila SPR jadi PAK ANGGUK & PAK TURUT di Teluk Intan

BERSIH: SPR hanya jadi pemerhati, tak amanah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengkritik sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap kenyataan menteri dalam negeri beberapa hari lalu sewaktu berkempen kepada anggota RELA di Teluk Intan.

Menurut BERSIH, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa beliau tahu mana-mana anggota RELA yang tidak turun mengundi dan menggesa mereka agar mengundi calon BN adalah satu kesalahan berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Pelanggaran undang-undang secara terang benderang begini tidak boleh berterusan.

"Pihak berkuasa yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sudah tidak mengendahkan seruan rakyat supaya menjalankan tugas mereka.

"Yang paling teruk sekali antara mereka SPR, telah mengurangkan peranannya kepada sekadar pemerhati sahaja, di mana jenayah seperti ini dilakukan tanpa segan.

"SPR mempunyai tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan integriti pilihan raya tetapi seperti yang lazimnya tidak memenuhi amanah ini," kata Naib Pengerusi BERSIH, Datuk Dr Toh Kin Woon (atas).

Beliau berkata demikian pada sidang media BERSIH di Teluk Intan, tengah hari ini.

Bukan saja BABI & ARAK saja perlu pikiaq HALAL HARAM, benda-benda lain juga perlu difikirkan..!!

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan.

http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/09/adab-makan.jpg
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Nasir Bilal Khan Nafi Sertai pembangkang


fqPETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54, berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

"Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

"Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Najib PM yang GAGAL jadi Tunggu apa lagi, sila letak jawatan!

Tunggu apa lagi Najib, sila letak jawatan! 
oleh Zulkifli Yahaya




Kehilangan pesawat MH370 sudah memasuki bulan ke tiga. Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan ia berakhir di Lautan Hindi, tiada secebis tinggalan dari pesawat yang didakwa mendarat atau terhempas di lautan itu dijumpai.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membayangkan kenyataan Najib tidak betul. “Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu,” katanya. Tambahnya, kapalterbang boleh mendarat dengan selamat atau terhempas tetapi tidak boleh hilang begitu sahaja.

Di mata Tun, rakyat Malaysia, mahupun dunia; Najib benar-benar sudah hilang wibawa berhubung isu MH370. Cakap Najib tidak boleh dipakai. Diam beliau berhubung isu tersebut adalah lebih baik dari bercakap tetapi tidak betul. Masalahnya mana mungkin ketua kerajaan tidak bercakap berhubung perkara besar yang berlaku dalam negara.

Najib dihadapkan juga dengan isu pergolakan di Terengganu sehingga terjebak dalam situasi amat mencemaskan, iaitu tumbangnya kerajaan BN. Bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Rosli Daud isytihar keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas. Umno tinggal 14 kerusi manakala Pakatan 15. Jika tiga ADUN tersebut mengambil sikap tidak menyokong sesiapa sekalipun, ia sudah cukup  kerusi untuk menumbangkan BN.

Matahari tegak di atas Kaabah 5.16 petang ini

http://savingmemoir.files.wordpress.com/2011/05/istiwa.jpg 
http://www.nizarazu.com/wp-content/uploads/2014/05/arah-kiblat.jpg

KUALA LUMPUR: Tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia hari ini, matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.

Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah di Makkah boleh menyaksikan fenomena itu pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan.

Umat Islam ditempat lain pula boleh menggunakan kesempatan itu untuk mencari arah kiblat dengan tepat.

Cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu berkenaan ialah dengan memacakkan kayu atau tiang, atau di tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah.

Pada jam 5.16 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek berkenaan.

Arah kiblat kita adalah arah yang berlawanan dengan bayang tadi. Fenomena sam

Al Fatihah - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Polis sahkan petugas wanita BN ditumbuk kerana didakwa mencuri mangga dan daun kari..


Seorang peraih undi Barisan Nasional (BN) cedera di leher selepas ditumbuk dan ditendang oleh seorang lelaki semasa berkempen di Taman Desa Aman di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata wanita itu berusia 50-an dan merupakan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam laporan polisnya mendakwa telah ditendang dan ditumbuk di leher semasa berkempen dari rumah ke rumah di taman perumahan itu bersama-sama tiga lagi rakannya pada pukul 1.30 petang semalam.

Wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, 20 minit selepas kejadian dan kes sedang disiasat, katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Dewan Serba Guna, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didakwa mencederakan wanita itu turut membuat laporan polis semalam dengan mendakwa wanita tersebut cuba mencuri buah mangga dan daun karinya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

BN takut Pakatan buat hatrik.. sebab tu yang pakat meroyan habih tuu..!!



‘HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud’. Demikian fatwa politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur.

Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah.

Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi?

PAS yang ISLAM belum istihar harta YB mereka tapi PSM yang 'sosialise & komunis' sudah laksanakan

Bila tengok MP PSM nie istihar harta mereka lalu kami teringat kepada MP PAS yang berbangga dengan Politik Islam yang dibawa...

Jadi kami nak tanyalah mana dia pengistiharan harta YB dari PAS.... adakah semua sudah lupa dan dah tak berani nak istihar harta masing-masing... sedangkan sebelum menang andalah sebahagian dari champion yang berjuang supaya ketelusan dalam kepimpinan di perlukan..

Sebelum ini kita pertikai YB BN memperolehi kekayaan yang melimpah ruah dan sering bertanya darimana harta yang mereka dapat untuk perolehi semua harta tersebut...

YB PAS yang ISLAM itu pun masih belum istihar sampai sekarang sedangkan PSM yang dikatakan SOSIALISE & KOMUNIS itu pula terlebih dahulu mengistihar harta YB mereka...


Pengisytiharan harta Dr JeyakumarMP Sg Siput

Berbanding dengan tahun 2013, rumah kediaman Dr Jeyakumar di Ipoh bertambah RM10,000 menjadi RM140,000.

Teluk Intan - Program DAP masuk BN terkantoi dipertengahan jalan bila ahli DAP pecah lubang..!!

Pelik tapi benar... ahli DAP terkejut diumum sokong BN

 
TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, (kiri) seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Kepada Ridhuan Tee, Adakah Datuk Lee Chong Wei akan biarkan Lin Dan menang jika mereka berlawan?

– Yap Boon Kah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.1732.1318841400!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpgPensyarah di Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee bertanya semua 'ultra kiasu' siapa yang mereka akan sokong jika Lin Dan bermain dengan Misbun? Saya rasa sangat sedih dengan soalan ini.

Saya ialah rakyat Malaysia generasi ketiga. Saya berumur 45 tahun. Datuk saya berhijrah ke Malaysia pada 1923, ketika berumur 19. Dia mati di sini pada 1982, dia tidak pernah fikir hendak balik ke China, dia fasih berbahasa Melayu, senang bergaul dengan Melayu dan India. Dia tidak bencikan orang Melayu atau India, sungguhpun daripada segi agama, budaya, kita semua sangat berbeza.

Ayah saya meninggal bulan lalu pada umur 86 tahun. Kalau soalan ini ditanya kepada datuk dan ayah saya hari ini, siapa mereka sokong, saya rasa mereka akan sokong Misbun, sebab mereka tidak kenal Lin Dan, dan Misbun bermain untuk Malaysia.

Datuk saya tidak setia kepada negara China. Dia hanya setia kepada budaya Cina, kepercayaan Cina, tradisi Cina dan kepada ahli keluarganya yang ramai. Dia berhijrah ke Malaya tanpa duit dan pelajaran, untuk mencari hidup yang lebih baik.

Jangan mensyaki kesetiaan orang Cina kepada Malaysia, kami marah bila orang suruh kami balik China. Kami sudah memotong tali perhubungan dengan China, kami hanya lawat sebagai pelancong, bukan sebagai bekas warganegara.

Zahid Hamidi salah guna kuasa, w/pun sudah tahu Kongsi Gelap ada dimana tapi tak tangkap..!!

Kongsi gelap jangan campur urusan PRK Teluk Intan, kata Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini.

"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana.

"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam ini.

Dyana Sofya akan tewas?


Dyana Sofya  
 
APAKAH  Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN.

Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan.

Pengundi Cina

DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.

Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.

Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.

Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."

Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.

Isu babi: Tiada 'bersih darah', tiada samak




BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014

Tuesday, May 27, 2014

BN sangat terdesak di Teluk Intan

oleh MSO

Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon.
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.

BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.

Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.

YB PSM sudah istihar harta, YB PAS, PKR & DAP bila lagi.. takan nak tanya YB BN kot..??

Pengisytiharan harta Dr Jeyakumar – Parti Sosialis Malaysia

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/aset_2014_dr_jeyakumar_psm_300_534_100.jpgIni merupakan surat akuan aset Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi tahun 2014.Ini merupakan surat akuan aset Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi tahun 2014.Ahli Parlimen Sungai Siput Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj hari ini sekali lagi mengisytiharkan harta di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput.

Dia merupakan satu-satunya ahli Parlimen yang berbuat demikian sehingga kini.

Orang yang hadir ke sidang media termasuk penduduk tempatan, Setiausaha Agung PSM S Arulchetvan, Timbalan Pengerusi Saraswathy, Timbalan Bendahari Soh Sook Hwa, Ahli Jawatankuasa Pusat Rani Rasiah, Sukumaran dan pemimpin cawangan Sungai Siput Agastin.

Arulchetvan menjelaskan perwatakan PSM dalam isu nasional seperti peneroka Kampung Hakka, bantah GST, bantah Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), himpunan Blackout 505, pilihan raya kerajaan tempatan, alam sekitar dan pengangkutan.

Arulchetvan memberikan enam program yang disertai oleh PSM: 6 orang ditahan Ordinan Darurat saman Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara menang RM200,000, Soh dakwa Akta Universiti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, menuntut hak pekerja bagi pekerja Myanmar Aye Cho yang dalam proses dibicara oleh Mahkamah Buruh, membentang rang undang-undang ahli persendirian Akta Keterangkuman Sosial, membuka Kedai Buku Kiri Tinta Merah, kes kemenangan 44 orang yang disaman dalam protes tahun 2008.

Untukmu PR : Kalau kebolehan hanya membangkang, teruskan jadi pembangkang, jangan jadi kerajaan....!!

– Aspan Alias
http://1.bp.blogspot.com/-KveCxbHdrKg/U3mIgsEFykI/AAAAAAAA-u0/uPvCijzc_4w/s1600/template+sharing.jpg

Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kian panas dengan kempen kedua-dua pihak yang agresif bagi mendapatkan undi dan sokongan. Masing-masing dengan hujah masing-masing.

Dalam pilihan raya di negara ini ia adalah medan untuk berkelahi dan ejek-mengejek di antara satu dengan lain. Tiada apa yang elok di pihak lawan dan tidak ada yang tidak elok di pihak sendiri.

Apa pun ia bergantung kepada pengundi untuk menentukan di pihak mana mereka hendak berikan undi pada 31 Mei nanti.

Pengundi mempunyai banyak pertimbangan untuk melakukan pemilihan. Di Teluk Intan ini saya mempunyai banyak hubungan sejak dulu lagi kerana puluhan tahun saya bergiat dahulu.

Saya hanya mendapatkan pandangan dari mereka yang saya kenal dan memahami sikap rakan-rakan di sana.

Ramai juga di antara pengundi tidak mahu mengambil berat dalam PRK ini kerana mereka merasakan siapa pun yang menang ia tidak membawa perubahan kepada politik negara.

Jika DAP memenanginya ia hanya meletakkan keadaan status quo dalam Parlimen Malaysia. Ia tidak mempengaruhi “equation” kekuatan mana-mana pihak dalam Parlimen negara kita.

Mereka beranggapan jika DAP terus memenangi kerusi itu ia tidak dapat menolak Barisan Nasional (BN) dari kuasa pemerintahan.

Belum Pun Menang, Calon BN Sudah Mahu Lari Dari Tanggungjawab!!

Shahbudin Husin,

 Calon BN bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Mah Siew Keong dilaporkan berkata, beliau tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dibuat oleh menteri sepanjang kempen pilihanraya ini berikutan ia dibuat tanpa kehadirannya.

Katanya lagi, itu adalah janji-janji menteri berkenaan dan bukannya janji beliau.

Mah yang juga Presiden Gerakan menegaskan, beliau hanya membuat janji yang dirasakan mampu ditunaikannya sebagaimana yang terdapat dalam manifesto yang dilancarkannya saja. Antara janji yang terkandung dalam manifesonya ialah mewujudkan sebuah universiti, menyenaraikan Menara Condong Teluk Intan sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco, membina stadium, lebih banyak padang futsal dan menyelesaikan masalah setempat seperti perparitan dan lampu jalan.

Sebelum ini ramai menteri yang datang berkempen di Teluk Intan telah menabur janji-janji manis bagi memastikan BN memenangi pilihanraya pada 31 Mei ini. Antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang menjanjikan akses internet yang lebih laju akan dilakukan manakala Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula menjanjikan lebih banyak pembangunan akan didatangkan ke bandar ini jika BN menang nanti.

Yang lebih gah janji BN ialah apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melancarkan projek lebuhraya antara Taiping dengan Banting yang turut melalui jajaran ke Teluk Intan sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan ekonominya. Lebuhraya ini bernilai RM5 biliion sudah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak 2011 tetapi tiada perkembangan bila ia mahu dimulakan dan pilihanraya Teluk Intan telah dijadikan modal untuk melancarkan projek mega itu.

Boikot Kilang buat Cadbury sebab mereka jual Cadbabi..!!

Boikot barangan syarikat Kraft Foods atau Mondelēz International pembuat coklat BABI Cadbury!


Kementerian Kesihatan telah mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine). Ujian ini dikatakan telah dilakukan pada Februari 2014 yang lalu. Kenapa sekarang baru keluar keputusannya.

Malah dikatakan ada 15 lagi produk yang mengandungi DNA babi (porcine) yang masih dirahsiakan oleh pihak kementerian. Kenapa masih rahsia??
Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury selepas tiga bulan analisis itu dilakukan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam memang celaka dalam hal ini. Sepatutnya umat Islam mesti minta CELAKA ini meletak jawatan!

Benarkah Ketua Polis Daerah Langkawi telah menerima rasuah..???

Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Menurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.

Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.

“Tujuan Supt Harrith berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun kerana Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu sindiket loteri haram di Langkawi.

“Kini, terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada Supt Harrith dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Al Kisah Ibu Dyana yang juga ahli UMNO, Antara Sahabat dan Penenggek Jalanan.

Antara Sahabat dan Penenggek Jalanan.

http://4.bp.blogspot.com/-CAr7qiFd-WA/U3cYn6IfsYI/AAAAAAABnu8/3_oN-KrVbLs/s1600/IMG-20140517-WA021.jpgYami Samat, ahli UMNO yang kuat dalam team B bersama dengan Tengku Razaleigh dahulu. Dia ibu kepada Dyana Daud. Saya kenal secara peribadi dengan beliau. Seorang yang mulut lepas dan tidak segan menyatakan pendapat nya dalam bahasa yang berwarna sekali. Rakan2 lain yang mengenali Yami jauh lebih lama dari saya, faham apa yang saya maksudkan.

Pernah Yami Samat beritahu saya- sudahlah Brahim Ali tu- bawak jumpa bomoh untuk kuatkan lemah tenaga batin pun aku yang cari. Demikian rapat nya Yami Samat dengan Ibrahim Ali. Hari ini Ibrahim Ali pun sama2 membantai Yami Samat. Yami mungkin sekarang sedar bahawa Irahim Ali seorang yang tidak boleh dipercayai.

Bolehkah kita percaya orang yang berdoa untuk Anwar Ibrahim segera dipenjarakan dan akan berkenduri bila Anwar masuk jel? Itulah Ibrahim Ali yang sekarang mengintai ngintai untuk masuk parlimen semula atas tiket UMNO. Marilah kita berdepan dengan fakta bahawa Perkasa itu surrogate UMNO dan pertubuhan yang mesra UMNO. Ianya bayangan ekstremisme UMNO.

Hari ini, anakya Dyana Daud bertanding untuk kawasan parlimen Teluk Intan. Dia bertanding atas tiket DAP, kerabat Pakatan Rakyat yang kerajaan takut untuk beri pendafaran.

GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

GST: Siapa Untung Siapa Rugi

Dari kiri - Moderator Prof Madya Dr Shaharuddin, Rafizi, Nur Jazlan, Muhammad Sha’ani dan Prof Dr Faridah membahaskan topik yang diketengahkan dalam sidang Wacana Sinar Harian bertajuk
GST: Siapa Untung Siapa Rugi.  
Dari kiri - Moderator Prof Madya Dr Shaharuddin, Rafizi, Nur Jazlan, Muhammad Sha’ani dan Prof Dr Faridah membahaskan topik yang diketengahkan dalam sidang Wacana Sinar Harian bertajuk GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet tahun lalu telah mengumumkan yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2014. Susulan pengumuman tersebut, banyak pihak menyifatkan perlaksanaan cukai itu akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, GST telah diakui oleh 160 negara yang mengamalkan bahawa sistem tersebut adalah lebih baik berbanding cukai yang lain. Bagi mengupas sejauh mana keberkesanan GST dan sama ada akan membebankan rakyat, ikuti laporan Wacana Sinar Harian bertajuk, GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

Wacana ini membariskan empat orang panel iaitu Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof  Dr Faridah Hassan, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ni Abdullah dan moderatornya, pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
 

GST akan menyebabkan harga barang naik - Bekas Timb. Pengarah Bank Negara


PELAKSANAAN CUKAI GST : HARGA BARANG AKAN NAIK KATA BEKAS TIMBALAN PENGARAH BANK NEGARA MALAYSIA ~

cukai Gst akan membebankan rakyat. Menteri umno berkata cukai gst tidak membebankan rakyat. Itu hanya pandangan menteri cap ayam umno saja.

Cukai gst dilaksanakan oleh kerajaan kerana sikap boros & tidak berjimat cermat mereka dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Kerugian dana awam berlaku akibat perbagai projek untuk mengkayakan kaum kerabat dan kroni pemimpin umno. Bukannya meringankan beban rakyat.

Setiap projek yang dilaksanakan kerajaan umno, kos nya akan melambung berlipat kaliganda. Dari situ ketirisan dana awam berlaku sekaligus melonjakkan hutang negara ke tahap bahaya.

400,000 netbook untuk guru..ada baik dan buruknya, yang pasti duit negara akan di faraid lagi..!!

Agus: Kaji semula pemberian netbook.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Cadangan kerajaan bagi membekalkan netbook kepada 400,000 guru perlu dikaji keberkesannya terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.

“Pertanyaan saya, untuk apa dibekalkan komputer tersebut?

“Bagi saya ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.

“Alasannya mudah, bagi saya, sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.

“Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.

“Oleh itu, saya tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Alhamdulillah.. rupa-rupanya masih buka pej. Zakat, ingatkan dah tutup tadi..!!

Jabatan zakat jelas status bantuan kepada penerima

Logman (kanan) memberi bantuan keperluan harian kepada Sofiah (kiri) di Kampung Melayu.  
Logman (kanan) memberi bantuan keperluan harian kepada Sofiah (kiri) di Kampung Melayu.

ALOR SETAR - Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) menjelaskan, penerima bantuan wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak layak menerima agihan zakat.

Pegawai Zakat Kota Setar, Logman Husain berkata, pendedahan mengenai agihan zakat dibuat kerana kemusykilan orang ramai terhadap pengagihan bantuan kepada penduduk miskin.

“Jabatan zakat tidak dapat memberikan sumbangan kepada penduduk terlibat, jika dia sudah menerima bantuan kewangan bulanan daripada pihak lain.

“Namun, bantuan diberikan kepada mereka akan dipertimbangkan apabila membabitkan kes tertentu. Sebagai contohnya, pemohon memiliki anak yang ramai dan masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai keadaan warga emas, Sofiah Dahalan, yang mengambil upah mengupas bawang demi menyara kehidupan mereka anak beranak.

Alor Setar sekarang ini sudah semakin ramai 'gelandangan'..tapi pej. Zakat & JKM sudah tutup..!!

Nasib si penghuni tetap kaki lima

Antara gelandangan yang ditemui di sekitar Pekan Rabu  
Antara gelandangan yang ditemui di sekitar Pekan Rabu

ALOR SETAR - Hanya beralaskan lantai simen, berbantalkan lengan dan berselimutkan kepingan surat khabar, kelihatan ada individu tertentu tidak mengendahkan kekurangan terbabit apabila lena dibuai mimpi.

Tatkala jam menginjak angka 11 malam, kebanyakan susuk tubuh terbabit kelihatan sudah tidur baring di kaki lima dan gazebo sekitar Pekan Rabu, dekat sini.

“Bukan diminta jadi begini. Sebaliknya, faktor kemiskinan menyebabkan golongan seperti kami tidak mampu menyewa rumah mahupun bilik sebagai tempat beradu.

“Ada juga mengambil keputusan menjalani hidup tidak terurus sebegini disebabkan hidup sebatang kara tanpa keluarga,” demikian luahan antara penghuni tetap kaki lima itu.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan golongan gelandangan tidak mempunyai tempat tinggal seperti dirinya sebenarnya memiliki pekerjaan tersendiri ketika waktu siang.

Kepayahan hidup mereka diselami pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah dengan kerjasama sukarelawan Kindness dalam usaha membantu golongan ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...