TERKINI :

Wednesday, April 23, 2014

Kerajaan perlu basmi kes buang bayi

OLEH: FATHIN ATHIRAH HASLI
Tarikh: April 23, 2014

Gambar kecil: Keadaan mayat bayi yang ditinggalkan di dalam tandas.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi kes pembuangan bayi luar nikah yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Menurut ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat, lebih 200 ribu kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di seluruh negara dan jika kerajaan tidak bertindak, kes pembuangan bayi akan terus meningkat lebih-lebih lagi di ibu kota.

"Jika kerajaan tidak mahu tangani masalah ini, banyak kesan buruk dan implikasi yang akan dapat dilihat pada masa akan datang, impaknya kita boleh lihat kepada masyarakat dan bayi itu sendiri.

"Antaranya ialah masalah psikologi yang akan dihadapi oleh bayi tersebut, apabila bayi tersebut meningkat dewasa, dia akan menghadapi tekanan di sekelilingnya," katanya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Menurutnya lagi, penekanan oleh kerajaan perlu diberi terhadap permasalahan ini supaya angka pembuangan bayi di seluruh negeri terutamanya di kawasan bandar dapat dikurangkan.

"Jangan hanya fokus terhadap isu-isu semasa, isu yang melibatkan kemasyarakatan juga perlu diambil kira demi memelihara kesejahteraan rakyat," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...