'Ibu pesan jaga diri baik-baik'  
Jenazah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk dibawa pulang ke Changlun.

ALOR SETAR - Jenazah ibu kepada pemain pertahanan bola sepak Kedah, Mohd Fazliata Taib yang meninggal dunia di Jordan pada 12 April lalu selamat dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Pasir, 13 April lalu.

Allahyarhamah Rokiah Husin, 63, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika mengadakan kunjungan ziarah di Jordan selepas menunaikan umrah sejak 28 Mac lalu.

Jenazah Rokiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Pasir, Changlun, kira-kira jam 3 pagi hari yang sama.

Dia yang merupakan anak kesembilan daripada 14 beradik berkata, ibunya juga ada menunjukkan beberapa perubahan sikap sebelum dan semasa berada di tanah suci Makkah.
“Sebelum ibu pergi umrah, saya dan adik-adik berkongsi wang untuk belikan ibu sebuah beg semasa berjalan-jalan di Pulau Pinang. Sepanjang berada di Pulau Pinang, ibu tidak pernah melepaskan beg terbabit dan sentiasa tersenyum selepas menerima hadiah itu.

“Semasa di Mekah pula, segala keinginannya untuk membeli baju baru dan makan buah epal, tercapai. Pada masa sama, segala amalannya juga dipermudahkan oleh ALLAH,” katanya.

Mohd Fazliata berkata, ibunya juga ada meninggalkan pesan untuk dia dan adik-adik yang lain sebelum pergi menunaikan umrah.

“Ibu pesan supaya kami jaga diri baik-baik,” katanya.