TERKINI :

Friday, April 18, 2014

'Ajak PM tinggal sehari di rumah pangsa kos rendah'



Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama beberapa NGO hari ini pada persidangan meja bulat mengenai masalah perumahaan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tinggal sehari di sebuah rumah kos rendah bagi memahami masalah rakyat miskin di bandar. 

Selain itu, wakil Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Jayanath Appudural juga mencadangkan supaya Najib cuba hidup dengan gaji RM680 sebulan. 

Pada akhir perbincangan itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jayakumar memberitahu satu memorandum juga akan dihantar kepada Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan bagi menuntut pihak kerajaan campur tangan berhubung isu perumahan rakyat miskin. 

Katanya, masalah perumahaan menghantui hampir 25 peratus daripada 6.7 juta isi rumah di negara ini yang masih tidak memiliki rumah pertama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...