TERKINI :

Wednesday, April 30, 2014

Gelombang 1 Mei membara, rakyat sudah mula mara ke KUALA LUMPUR

Gelombang 1 Mei membara 


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/10268557_737510509603252_8741861835104783013_n.jpgAksi Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka akan menggegar ibu kota , Detik penuh mendebarkan ini bagai tidak sabar untuk dinantikan oleh seluruh rakyat khasnya anak muda di bandar yang sangat terkesan dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Dataran Merdeka akan sekali lagi menjadi ‘padang luas’ untuk aksi ini berjalan.Bagi mendapatkan pandangan mengenai kerahan anak muda ke himpunan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan pada 23 April lalu. Beliau menyeru semua pemuda termasuk Umno turun dalam perhimpunan 1 Mei ini. Perhimpunan aman itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati tentang pelaksanaan GST yang diibaratnya ‘bencana’ kepada rakyat.

Budaya buruk selfie, ia harus dibendung

oleh Siti Aishah Yusoff

Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter, kini menjadi fenomena di seluruh dunia daripada orang biasa hingga kepada pemimpin dunia.

Begitu popularnya trend tersebut sehinggakan perkataan selfie dipilih sebagai perkataan tahunan 2013 selepas penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun sebelumnya.

Pemilihan tersebut dilakukan oleh syarikat penerbit, Oxford Dictionaries selepas perkataan Inggeris itu paling kerap digunakan pada tahun tersebut.

Begitupun, sebagai orang Timur lebih-lebih lagi beragama Islam, obses berkongsi gambar sehingga terlupa batas-batas dan had yang sepatutnya diselindung, tidak sewajarnya dilakukan.

Tambahan pula jika perbuatan itu sekadar mahu mencari kepuasan melihat gambar tersebut mendapat puluhan komen atau meraih ratusan atau ribuan like.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait).

Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud?

Shahbudin Husin,

http://3.bp.blogspot.com/-mfY4K_ZnkTQ/U051aHGM5UI/AAAAAAABlEM/l3vxF7Mfvns/s1600/mahathir-najib.gif
Pendirian UMNO yang berpendirian positif terhadap rancangan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu melalui usul persendirian yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi, akhirnya menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjadi semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak.

Dalam kritikan terbarunya, beliau berkata, usul hudud ini dihidupkan semula oleh Pas adalah kerana kerajaan sekarang terlalu lemah.

Ini katanya, berbeza dengan kerajaan sewaktu pimpinannya dahulu yang ssngat kuat dan memperolehi majoriti sangat besar sehingga usaha melaksanakan hukum itu dapat dihalang daripada dilaksanakan.

Berpegang kepada keyakinan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas itu tidak bersandarkan kepada keadilan yang sebenarnya, terutama berkaitan perbezaan hukuman antara orang Islam dan bukan Islam, Mahathir juga mengimbas bagaimana penentangannya terhadap usaha Pas itu akhirnya membuahkan kejayaan.

Jom Esok Turun Dataran Merdeka, jangan dok 'ceroi' pulak..!!!

Peserta himpunan bantah GST perlu patuh Akta Perhimpunan Aman 2012

April 30, 2014

Polis meminta penganjur dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur esok supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman itu hasil empat kali pertemuan dengan mereka.

"Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf, mereka hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.

"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Amatlah malang jika dalam PKR ada kelaku seperti SPR

Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.


1. Pendedahan mengenai penyelewengan , manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan pantas dijawab oleh Ketua Propaganda Pasukan Keadilan Raya pimpinan Azmin Ali. Namun jawapan Ekmal Ahmud membuktikan dia tidak punya maklumat dan keliru.

2. Dia tidak menafikan sebarang penglibatan pasukan Keadilanraya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),Johari Abdul dan Setiausaha Agong, Saifuddin Nasution yang juga kebetulan merupakan salah seorang calon Timbalan Presiden.

3. Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak ? Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak ? Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur ? SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara.

SAMM - Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM. 

Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?

AL-FATIHAH : Kartina Dahari meninggal dunia



KUALA LUMPUR 30 April - Penyanyi veteran, Kartina Dahari, 73, yang popular dengan lagu Sayang Disayang meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.

Allahyarham sebelum ini menderita barah payu dara dan pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya.

Menteri enggan jawab isu landasan RM100j

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Lima kesilapan Khairy tentang krisis air Selangor

– Yeo Bee Yin

April 30, 2014

Saya merujuk tulisan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertajuk "Who is to be blamed for Selangor Water Woes?".

Beliau dengan cemerlang memasukkan sebahagian fakta sambil tidak mempedulikan sebahagian fakta lain, mengakibatkan pembaca percaya kerajaan Selangor sahaja yang mesti dipersalahkan berkaitan krisis air ini.

Pertama, saya menyatakan kekurangan bekalan air semasa adalah disebabkan perubahan corak hujan akibat perubahan iklim. Oleh itu, sementara ramalan kerajaan persekutuan pada 2010 nampaknya sedang menjadi nyata krisis air akan berlaku pada 2014, punca kepada krisis ini bukan pertumbuhan permintaan seperti yang diramal kerajaan persekutuan.

Berdasarkan trend pertumbuhan permintaan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya pada waktu itu Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk memuaskan permintaan sehingga 2019. Walaupun beliau mungkin membuat kesilapan dengan tidak mengambil kira risiko cuaca (perubahan corak hujan tahun ini berlaku kali pertama dalam sejarah), kerajaan persekutuan mesti berhenti berkelakuan seolah-olah berkata 'kan kami dah cakap' hanya kerana ia secara kebetulan, benar dalam ramalannya tentang krisis air.

MH370 - Depa nak mula bincang kos operasi dah, berapa pulak duit rakyat nak hangus nie..!!

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) akan bertemu pihak berkuasa Australia minggu depan bagi membincangkan kos operasi pencarian penerbangan MH370.

Isu kos tidak pernah dibincang atau dibangkitkan pihak berkuasa sepanjang operasi berjalan, bagaimanapun Hishammuddin berkata memandangkan misi mencari masuk fasa baru maka isu mengenai kos perlu dibincangkan.

"Saya akan ke Australia minggu depan untuk bincang fasa selanjutnya.

"Mereka (Australia) tidak pernah membangkitkan mengenai sen atau kos sehingga sekarang. Tapi memandangkan fasa mencari masuk fasa baru maka penting untuk kita bincangkannya," kata Hishammuddin semasa sidang media yang diadakan di klia2 hari ini.

Hishammuddin berkata perbincangan mengenai kos perlu melibatkan semua pihak berkepentingan dalam operasi pencarian tersebut dan beberapa aspek perlu diteliti terlebih dahulu.

"Semua pihak terlibat perlu berbincang.

"Tapi sebelum kita menentukan kos tersebut, kita perlu pertimbangkan di mana kawasan pencarian, aset apa dan sumber dari mana," kata Hishammuddin.

Cara PM mengelak hudud

SUBKY LATIF | 30 April 2014.

Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.

Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.

Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.

Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak.

Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.

Adakah Tahan 9 individu untuk tunjuk kepada Obama?

KUALA LUMPUR: Penahanan sembilan rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

"Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas mengenai pembabitan mereka," tegas bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Syed Ibrahim mengatakan tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Jelas Syed Ibrahim, akta tersebut yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini, biarpun di bawah SOSMA ada peluang dibicarakan serta membela diri.

"Nampak seolah-olah SOSMA ini lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

" ISMA Kamu Jangan Hanya Pandai Bercakap. Kerja Hanya Menyalahkan Orang Lain "


Aku dok perhati lama dah kenyataan demi kenyataan ISMA nih. Dok sibuk pasal kafir tolak hudud, MCA pun tolak hudud lagi teruk dari DAP tolak hudud. MCA sampai menghina hudud tetapi kenyataan yang dikeluarkan ISMA lebih menjurus kepada DAP.

Jangan sembang lebihlah ISMA. Kalau setakat keluar kenyataan macam nih aku pun bolehlah. Tapi apa ISMA buat????, ISMA ada persatuan, ada kuasa untuk bersuara terhadap kerajaan mahupun rakyat.

Apa salahnya kalau ISMA gunakan kuasa ISMA untuk memberi penerangan tentang hukum Allah ini. Bukannya asyik menyalahkan orang kafir menolak hudud, orang kafir ini sememangnya tidak mengetahui tentang hukum Allah ini, kita yang ada kuasa dan persatuan yang sepatutnya memberi kefahaman kepada mereka-mereka yang kafir ini.

Rupanya Dalang Sebenar Catuan Air Di Selangor Terbongkar

Catuan air di Selangor akan ditarik balik mulai esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kassim dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan hari ini.

Kira-kira tujuh juta pengguna air sekitar Lembah Klang bakal menarik nafas lega dengan pengumuman itu apabila bekalan air dijangka pulih seperti biasa esok dikebanyakan kawasan atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan yang bertekanan rendah.

Keputusan itu dibuat kerajaan negeri dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi lain.

"Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Syabas untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sedia kala," kata Khalid dalam sidang media di SUK di Shah Alam, hari ini.

Ayuh 1 Mei.. lesen sudah dapat..!!!

'Polis benar demo di jalan dekat Dataran'

 
Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.

Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak".

Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.

5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.

6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.

Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)

Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.

Sekian dan terima kasih

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Peminta Sedekah muncul kembali di bandaraya Alor Setar

Peminta sedekah muncul kembali

ALOR SETAR - Terdapat segelintir peminta sedekah didakwa muncul kembali meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, dekat sini, sejak kebelakangan ini.

Jikalau, kelibat beberapa peminta sedekah itu menghilang buat seketika, namun nampaknya mereka muncul semula meminta sedekah di kawasan terbabit baru-baru ini.

Kehadiran mereka dikesan seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Suhaimi, 39, yang mendakwa melihat seorang wanita warga emas meminta sedekah di bank berkenaan.

"Dua tiga menjak ini, ada orang minta sedekah semula sekitar kawasan tersebut. Namun, ia seakan-akan orang berbeza setiap hari sebab ada kalanya nampak muda, ada kalanya tua.

"Itu pun, kejap ada kejap tidak. Terbaru, saya nampak ada seorang mak cik ini. Dengan berbaju kurung biru, sambil membawa satu bungkusan dia duduk minta sedekah di sana," katanya.

Tidak lama kemudiannya, katanya, dia melihat mak cik itu meninggalkan barangannya lalu memasuki sebuah restoran, yang kemungkinan dia juga berhajat menjamah makanan.

Manakala, rakannya juga hanya ingin dikenali Sofian, 41, berkata, ada juga peminta sedekah tertentu meminta wang kepada pelanggan dalam restoran.

"Pernah satu ketika, ada seorang pak cik jalan dari satu meja ke satu meja minta wang. Dia juga membawa satu dokumen menerangkan keadaan dirinya," katanya.

Sofian berkata, meskipun bersimpati terhadap nasib insan berkenaan, namun ada kalanya dia musykil sama ada mereka meminta sedekah kerana kemiskinan hidup ataupun malas bekerja.

Tuesday, April 29, 2014

Suka duka Obama di Malaysia


Barack Obama  
Obama melambai tangan sebelum berlepas ke Filipina, semalam.
SUBANG - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berlepas ke Filipina selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari di Malaysia, semalam.

Lawatan beliau itu sekali gus mengukir sejarah dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Pesawat Air Force One membawa Presiden AS itu berlepas pada kira-kira 10.15 pagi dari Pangkalan Udara Subang dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Khas Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Sepanjang di Kuala Lumpur, Obama menamatkan atur cara akhir dengan menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan AS bernilai AS$2 bilion (RM6.5 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.

Hudud: Anwar gesa jangan perkecil langkah PAS

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak harus menghormati hasrat Kerajaan Kelantan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian ke Parlimen bagi membolahkan Kanun Jenayah Syariah 1993 Kelantan dilaksanakan.

“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah PAS berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu.

“Perbezaan pendapat patut ditangani dengan saling hormat menghormati,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini .

Mengulas perbezaan pandangan pemimpin DAP dalam isu itu, Anwar berkata seharusnya masing-masing saling menghormati kerana enakmen undang-undang Islam itu termasuk di Terengganu wujud sebelum terbentuknya kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

PAS dan PKR katanya menghormati pandangan DAP, dalam masa sama DAP juga harus menghormati pendirian PAS yang konsisten dalam perkara itu.

Bagaimanapun kata beliau, PAS perlu membawa isu itu ke Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membentangkan RUU seperti yang dicadangkan itu. - HARAKAHDAILY

Lawatan Muhyiddin ke Tok Guru Nik Aziz Petanda UMNO Sedang Parah!!!!

 
 
Kedatangan Muhyiddin ke Pulau Melaka persis kedatangan Tun Razak menaiki helikopter bertemu arwah Dato Asri untuk menubuhkan Kerajaan Campuran 1972 dahulu.

Bila pemimpin2 utama UMNO sudah sanggup mencemar duli melawat pimpinan2 PAS di pendalaman Malaysia ertinya UMNO DALAM KEADAAN PARAH!!!!!!

UMNO sedang desperate. Obama dah suarakan dia tak suka apa yang UMNO sedang lakukan pada Anwar.

Ada kemungkinan Najib terpaksa lepaskan Anwar atas desakan Amerika.. Pada waktu yang sama ekonomi negara semakin murung...Harga barang2 semakin menaik.

Subsidi minyak semakin tidak boleh ditampung. RON95 hanya tunggu masa untuk dinaikkan.

Maka, satu satu jalan untuk UMNO kekal berkuasa adalah Pakatan Rakyat harus dipecahkan.

Hudud: Saya cukup tenang sehari dua ini - TG Nik Aziz

MOHD NOR YAHYA | 29 April 2014.

KOTA BHARU: “Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni.. banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah masyarakat juga menerima dengan baik,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Pada Ahad lalu beliau juga dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di rumahnya di Pulau Melaka.

Sedangkan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu berkata, Perdana Menteri dahulu begitu bersungguh-sungguh menentang pelaksanan hudud di Kelantan.

Pencarian MH370 - Pakat dok bawak balik Kapal Terbang dah..!!

Dua pesawat TUDM pulang ke Malaysia selepas pencarian MH370 fokus kepada dalam laut
April 29, 2014

Kru udara pasukan antarabangsa termasuk Malaysia yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370 bersedia untuk sesi bergambar rasmi di landasan Pierce Base Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Bullsbrook, berhampiran Perth. – Gambar Reuters, 29 April, 2014.
Kru udara pasukan antarabangsa termasuk Malaysia yang terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370 bersedia untuk sesi bergambar rasmi di landasan Pierce Base Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Bullsbrook, berhampiran Perth. – Gambar Reuters, 29 April, 2014. 

Dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual pulang ke Malaysia pada Selasa malam selepas pencarian udara bagi mencari pesawat Malaysia Airlines digantung berikutan pengumuman pencarian di kawasan dasar laut dijalankan secara intensif.

Dua pesawat itu akan berlepas pada 9 malam manakala sebuah lagi pesawat TUDM C-130 buat sementara waktu ini kekal di sini sehingga dimaklumkan kelak, kata Ketua Skuadron ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh kepada Bernama dan RTM ketika ditemui di pangkalan Pearce, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Bullsbrook di Perth.

Muhammad Jafri, yang juga Ketua Detasmen operasi mencari TUDM di sini berkata 53 kru udara, darat dan bantuan daripada sejumlah 78 personel TUDM yang terbabit dalam operasi akan meninggalkan pangkalan Pearce pada Selasa malam.

"Secara peribadi saya lihat seluruh anggota saya tunjuk tahap komitmen dan dan profesionalisme yang tinggi sama ada anak kapal yang melaksanakan tugas penerbangan mahupun anggota bahagian selenggaraan.

"Mereka bekerja keras 24 jam untuk pastikan kesediaan pesawat untuk terbang," katanya.

Kedua-dua pesawat TUDM itu bersama-sama dengan 53 anak kapal dijangka tiba di pangkalan TUDM Subang sekitar 10 pagi pada Rabu.

Penjelasan Husam isu tuduhan Nik Abduh bawa làri duit lebuhraya


Penjelasan husam isu tuduhan nik abduh wat làri duit lebuhraya nie dalam versi fb siap ada pengakuan dari org yg pos bahawa beliau juga ada rakaman apa yg dikatakan Nik Abduh itu...

*parok dah puak2 dalam PAS nie..!!!

Isu Hudud - Jangan masuk perangkap Umno

Jangan masuk perangkap Umno, kata Guan Eng kepada PAS
OLEH JENNIFER GOMEZ
April 29, 2014

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kata PAS perlu berfikir panjang sebelum bekerjasama dengan Umno untuk membentangkan hudud di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider, 29 April, 2014.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kata PAS perlu berfikir panjang sebelum bekerjasama dengan Umno untuk membentangkan hudud di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider, 29 April, 2014.

DAP memberi amaran kepada rakan sekutunya PAS agar jangan jatuh ke dalam perangkap Umno berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebaliknya berkata PAS perlu berfikir panjang kesannya jika mempercayai Umno selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju untuk membantu PAS membentang hudud di Parlimen.

Katanya, tindakan PAS itu seolah-olah cuba mengkhianati sokongan undi bukan Melayu terhadap kemenangan parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

"PAS hanya menambah jurang risiko perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang selama ini diidamkan Umno," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, PAS mungkin akan kehilangan Kelantan sama seperti mereka kehilangan Terengganu semasa PRU 2004 selepas meluluskan undang-undang hudud pada tahun 2003.

Malah tidak mustahil semua kerusi yang dimenangi PAS melalui sokongan bukan Melayu di luar Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Tu dia aihh siap panggil ATM untuk berhadapan Demo Rakyat pada 1Mei nanti...

Sidang Dun Kedah - MUKHRIZ mula dok bagi jawapan data yang bercanggah dah..!!

Ubah tanah: Kenyataan MB Kedah dipertikai

ALOR SETAR: Pakatan Rakyat Negeri Kedah mempertikaikan kenyataan brcanggah yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semasa memberikan jawapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Menurut Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor), terdapat percanggahan dalam jawapan untuk soalan bertulis yang diberikan Mukhriz berkaitan fail-fail kelulusan permohonan ubah syarat tanah yang diluluskan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan hansard dewan pada sidang bajet tahun lalu.

Bercakap pada sidang media seusai sidang Dun hari ini, Phahrolrazi menjelaskan soalan yang dikemukakan untuk sidang hari ini adalah lanjutan daripada ucapan penggulungan Mukhriz pada sidang Bajet tahun lalu di mana fakta yang diberikan itu dipertikaikan kesahihannya.

"Pada masa itu saya bangun membantah dan memohon untuk dibuat semakan. Mukhriz menjawab pada masa itu hanya 282 fail yang diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama 5 tahun sedangkan bila BN mengambil-alih kerajaan, sebanyak 353 fail yang mereka berjaya selesaikan.

Husam Dedah Semula Tembelang UMNO dalam bab 'HUDUD', ini rahsianya..!!!

Husam Musa Dedah Tembelang Sebenar Umno Dalam Isu Hudud.. Ini Penjelasannya

Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Masihkah Pakatan kekal dengan 52% undi popular sekarang ini?

– Aspan Alias

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/04/PAKATAN-RAKYAT.jpg
Anwar berkata "Pakatan Rakyat is the rightful government to this country" kerana mendapat 52% dari undi rakyat negara ini dalam pilihan raya yang lalu.

Kerjasama secara tidak formal ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu berjaya mengumpul sebanyak 52% undi rakyat berbilang kaum dalam PRU yang lalu, walaupun BN menang dalam jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Itu sistem kita selama ini, dalam mana pihak yang mendapat jumlah kerusi yang terbanyak akan menjadi kerajaan.

Tetapi jumlah sokongan rakyat sebanyak 52% itu mungkin tidak lagi menjadi kenyataan jika pilihan raya diadakan sekali lagi, kerana tentunya sebilangan besar daripada penyokong PAS tidak lagi akan menyokong Pakatan apabila isu hukum hudud timbul.

MH370 - Apa yang NAJIB & HISHAMUDDIN sedang cuba membohongi dunia sekarang nie?

Pakar Penerbangan Dedah Bukti Cubaan Malaysia Sembunyikan Fakta Kehilangan MH370

Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.

Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast.

"Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.

Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australia di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.

Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.

Memo Ahli PAS menentang kewujudan semula pergabungan UMNO & PAS disebalik 'HUDUD'

http://4.bp.blogspot.com/_iFDrs2ZBlro/SkMgKvSg1fI/AAAAAAAAAiY/bFaoaw-QvM8/s200/Ustaz+Zolkharnain+Abidin+Al+Hafidz+1.jpg
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

MEMORANDUM SAYA [AHLI PAS CAW ALOR TAMPANG, PERLIS] KEPADA AJK PAS PUSAT.

Saya orang kecil sahaja. Suara saya pun bukan bernilai sangat. Namun jangan dilupa, saya ahli Pas yang tidak pernah alpa menjelaskan yuran keahlian. Malam tadi, saya hadir ke mesyuarat agung tahunan cawangan saya yang ke 25.

Cadangan supaya Pas bawa private bill ke parlimen hanya cadangan Jamil Khir dan Asyraf Wajdi sahaja. Mereka berdua bukan ada suara besar sangat pun dalam Umno. Tidak melayan mereka berdua tidak menjadi kudis apa-apa pun kepada Pas.

Juga, meneliti apa yang berlaku kebelakangan ini, pengaturan pertemuan Muhyiddin dengan TGNA, pertemuan Najib dgn Harun Din dan gaya bahasa kenyataan beberapa pemimpin 'muda' Pas, saya yakin saya tidak terkhilaf jika saya berkata, agenda UG masih berlangusng dengan giat. Pelopornya adalah para pemimpin 'muda' tadi.

Jepun tarik diri dari pencarian MH370


Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera pada Isnin mengumumkan kepada pasukan pencarian pesawat hilang MH370 negara itu bahawa misi mereka tamat setakat ini.

Ia berlaku selepas pencarian hampir dua bulan gagal mencari sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu, lapor Kyodo.

Perdana Menteri Australian Tony Abbott pada Isnin berkata, pencarian akan segera memasuki fasa baru dengan “carian bawah laut dipergiat menggunakan teknologi berbeza” di kawasan lebih luas.

Pasukan Jepun dijadual pulang ke negara matahari terbit itu bersama pesawat P-3C mereka daripada pangkalan tentera udara Australia di Perth hari ini.

Pada pertengahan Mac, Onodera (kanan) mengeluarkan arahan itu sejajar dengan undang-undang pentadbiran bencana alam negeri itu.

Mereka terbang ke Perth dari Malaysia pada hujung Mac untuk menyertai usaha carian di Lautan Hindi.

Pesawat MH370 hilang daripada radar di Laut China Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Usaha pencarian memasuki hari ke-53 hari ini.

Yang dok tolak & takut dengan HUDUD nie, hangpa jadi pencuri kaa..!!!

JIKA ANDA PENCURI, JANGAN TAKUT...TIDAK SEMUA PENCURI DIHUKUM HUDUD
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Umumnya hukuman hudud untuk pencuri adalah potong tangan. Itu hukum wajib yang termaktub dalam al-quran. Namun teknikal perlaksanaannya adalah berdasarkan ijtihad rasul dan para sahabat - pada zaman tersebut.

2) Masyhur kisah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, khalifah kedua umat Islam, pencuri tidak dihukum potong tangan dek kerana mencuri di waktu kemarau panjang, kerana kesuntukan sumber makanan dan derita kelaparan menular.

3) Kisah ini bukan bererti Khalifah Umar menghentikan perlaksanaan hukum hudud. Hanya hudud bagi kes curi sahaja ditangguh. Fenomena kemarau panjang dan kelaparan, tidak sekali-kali boleh menjadi sebab untuk mengangguh hudud terhadap kes zina/liwat, qazaf dan seumpamanya.

4) Hari ini apabila disebut hudud, orang Islam sendiri memomokkan hudud itu adalah potong tangan. Orang bukan Islam tidak nampak hudud melainkan potong tangan. Malah ada orang Islam yg menyindir hukum hudud "lama-lama habis tangan orang Islam".

Hallo Mukhriz.. Mana dia bandaraya yang dibuat dari getah tu?

http://4.bp.blogspot.com/-cLenXb9N9eI/UVKaBO6IwwI/AAAAAAAAMAE/UcnMqSEmiUU/s320/tires-recycling.jpg 
 
Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 yang membakar semangat para pekebun kecil menuntut hak mereka, mengingatkan kita kepada Akujanji BN PRU13 lalu yang mempunyai kaitan langsung dengan nasib masyarakat getah. Janji BN ialah mahu mewujudkan Bandaraya Getah di Padang Terap yang akan membuka kira-kira 13,000 peluang pekerjaan baharu.

PAS hilang kerusi parlimen Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling dalam PRU13 – empat kawasan yang dihuni paling ramai masyarakat pekebun kecil getah. Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan PAS dan laungan pembelaan BN terhadap masyarakat pekebun kecil getah menjadi salah satu dari faktor berkenaan. Apatah lagi masyarakat getah begitu teruja dengan kenaikan harga getah ketika itu.

Bandaraya getah tidaklah bermaksud semua komponen membangunkan infrastruktur bandar dibuat dari getah. Pelik juga kalau jalanraya, bangunan dan padang permainan semuanya dibuat dari getah. Bandaraya getah bermaksud semua industri atau perniagaan yang berkaitan dengan getah akan berhimpun di bandar tersebut. Ada kilang memproses getah, kilang tayar, sarung tangan, tilam, kondom atau apa-apa produk yang dibuat berasaskan getah. 

{GEMPAR] Kerajaan buat projek jalan 1 meter saja berharga RM100 ribu..!!!




Adakah RASUAH telah berlaku? 
Landasan hanya 1 kilo saja.
- 1000 meter = RM 100 juta
- 100 meter = RM 10 juta
- 10 meter = RM 1 juta
- 1 meter RM 100 ribu
- 1 cm = RM 1 ribu

Hudud : Bola sekarang berada di kaki Kjaan Malaysia nak sokong atau tidak?!?!

Hudud: Ahli Parlimen BN ikut kerajaan

KUALA LUMPUR 28 April - Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan membuat pengundian berdasarkan pendirian kerajaan terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau selewat-lewatnya Disember ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pendirian kerajaan berhubung usul yang bakal dibawa oleh Kerajaan Pas Kelantan itu selepas ini.

"Pendirian saya adalah mengikut ketetapan kerajaan. Jadi, pendirian kerajaan itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti.

"Sebagai salah seorang anggota Parlimen (BN), saya akan ikut dan ahli-ahli Parlimen (BN) yang lain juga akan ikut pendirian kerajaan (mengenai hudud)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Respons Keadilan Jenayah Terhadap Pemerdagangan Manusia ASEAN Kali Keempat: Sokongan Kepada Mangsa Pemerdagangan Dalam Sistem Keadilan Jenayah di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya pendirian beliau sama ada akan mengundi untuk menyokong atau sebaliknya apabila usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud dibawa oleh Kerajaan Pas di Dewan Rakyat nanti.

TAHNIAH PDRM, sebab dapat tangkap 9 militan selepas Obama keluar dari Malaysia

9 terlibat militan diberkas

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 28 April - Polis menumpaskan satu kumpulan militan di Kedah dan Selangor, ekoran tertangkapnya sembilan orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, turut memuji tindakan pasukan Cawangan Khas yang terlibat dalam membanteras aktiviti berkenaan.

"Syabas Cawangan Khas Bukit Aman @PDRMsia, baru sahaja tangkap sembilan orang disyaki terlibat kegiatan militan di Malaysia,' katanya. -UTUSAN ONLINE

Shahanim dan Suhaimi dipilih sebagai Senator

ALOR SETAR 28 April - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd. Yusof dan bekas Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah hari ini dipilih sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa 21 Mei ini.

Pemilihan mereka dicadangkan kerajaan negeri Kedah pada sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pelantikan Shahanim dan Mohd. Suhaimi untuk menggantikan dua Anggota Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 21 Mei ini iaitu Saiful Izham Ramli dan Mohd. Yusuf Hussin.

Mohd. Suhaimi ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN berkata, pelantikan sebagai Senator akan memberi ruang kepadanya untuk terus aktif membantu masyarakat khususnya golongan muda.

"Saya merupakan Bendahari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dan saya akan menggunakan jawatan sebagai Senator untuk terus membantu golongan muda agar menjauhi dadah," katanya.

Sementara itu Shahanim berkata, beliau akan menumpukan perhatian untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan wanita di negara ini khususnya di Kedah.

"Saya akan menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dengan jawatan sebagai Senator ini, saya akan lebarkan lagi bentuk bantuan kepada golongan wanita tanpa mengira batas usia," katanya. - BERNAMA

Punca Sebenar Obama Melawat Malaysia Akhirnya Terbarai

Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.

Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.

"Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang," katanya dalam posting terbaharu blognya www.msomelayu.blogspot.com

Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama.

"Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu," tambhanya.

Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.

Negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China," katanya.

Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.

"Justeru beliau sudah dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang," ujarnya.

Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.

"Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara," tegasnya.

Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.

"Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang," dakwanya.

Katanya, apa yang hendak disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.

Sayuti berharap kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika.

"Kononnya Obama seorang presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia," katanya.

Tambahnya, keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.

"Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO," dakwanya.

Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.

"Kita perlu kenal siapa Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya," dakwanya lagi. ~fmt

Monday, April 28, 2014

Obama & Nik Aziz : TPM dah mula dah, apa kata selepas nie PM pulak..!!

Muhamad Mat Yakim

Obama diraikan di Sri Perdana. Impak yang sangat besar besar kepada pemimpin dan negara kita di level global.

Bagaimana marahnya kita kepada Amerika dan pemimpin-pemimpinnya, apabila mereka datang ke negara kita, kita tetap berasa bangga.

Bagaimana kalau selepas ini, PM undang pula TGNA untuk sama-sama makin tengah hari, berukhwah di Sri Perdana?

Saya yakin, ini akan bawa impak yang besar juga kepada pemimpin dan negara kita, kalau pun tidak di level global tetapi kesannya pasti ketara untuk keharmonian dan perpaduan domestik kita.

Dan saya juga yakin, betapa marah pun orang Pas kepada Datuk Seri Najib, apabila supremo mereka diundang, diraikan di kediaman rasmi Perdana Menteri, mereka tetap akan berasa bangga.

Pemilihan PKR 2014: Ada ahli akan berdemo depan Ibu Pej. PKR 30 April nanti

Pemilihan PKR 2014: Desakkan Itu Atas Kapasiti Anggota Parti

Seperti yang diketahui umum, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah sebuah kumpulan pergerakkan anak muda yang bergerak di atas platform sebuah NGO. Komrad SAMM juga terdiri dari pelbagai latar belakang dan fahaman kepartian.

Mutakhir ini, SAMM telah dituduh oleh sebuah akhbar tempatan kononnya SAMM mendesak pencalonan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dibatalkan di atas sebab penipuan. Tajuk laporan berita tersebut adalah tersasar sama sekali. SAMM tidak terlibat secara organisasi, tetapi dalam masa yang sama SAMM melihat PKR sebagai sebuah parti masa depan yang mampu menjadi pengemudi utama pentadbiran tanahair ini.

​SAMM tidak menafikan telah mengikuti perkembangan Pemilihan PKR 2014 secara dekat. Namun desakkan yang berlaku ketika ini termasuklah protes besar di depan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya pada 30 April ini adalah hadir dari ahli parti yang melihat kepincangan yang berlaku. Chegubard selaku pengasas SAMM juga antara pendesak yang mendesak di atas kapasiti ahli parti.

[Gempar] Kapal Terbang Terhempas Di Padang Golf Di Kota Baharu!


Gempar! 2 Gambar - Kapal Terbang Terhempas Di Padang Golf Di Kota Baharu! - SHAH ALAM - Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia  Pacific (APFT) dilaporkan terhempas di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit. Punca kejadian masih dalam siasatan dan status keadaan terkini juruterbang masih belum dipastikan. Sama-samalah kita doakan semoga beliau terselamat. amin...



Benarkah Pakatan Rakyat Kedah sudah 'malap' dan 'selop'..??

benarkah apa yang di kata... selepas KALAH nie puak PAKATAN RAKYAT KEDAH dah semakin malap dan selop... ada macam tak ada...rakyat pun macam ikut tak ikut aja perkembangan semasa... entahlah jika sebegini terus berterusan nampaknya gayanya susah lah PR KEDAH nak ambil balik negeri KEDAH nie...

Kebanykn Otai-otai dah membawa diri seorang demi seorang....macam masih ada yang tak kena... jadi pakat-pakat tengok balik la no tang mana tak kena tuuu....

Hudud agenda solo PAS, Pakatan boleh tolak

 
Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh menteri besar Kelantan berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan, sama ada pro atau kontra.

Sebagai sebuah parti yang sejak dari awal penubuhannya bergerak di atas landasan demokrasi, PAS menghormati dan mengalu-mengalukan apa jua pandangan dan kritikan yang diberikan.

Dalam hal ini, PAS juga ingin menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan atau memberikan kritikan, teguran atau pandangan terhadap rang undang-rang undang yang ingin dibentangkan dan juga terhadap enakmen kanun jenayah syariah (hudud) yang ingin dikuatkuasakan.

Meskipun undang-undang hudud adalah undang-undang Allah yang bersumberkan al-Quran dan Hadis, namun lantaran penguatkuasaannya dilaksanakan oleh manusia, PAS akur bahawa sudah tentu terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki, baik dari aspek undang-undang substantif mahupun dari aspek prosedural.

Adakan soalan yang di tanya kepada OBAMA telah di tapis sebab kebanyakkannya soalan "kacang" jee..!!

'Soalan mudah cerminkan pemimpin muda Asean'

 

Soalan mudah yang dihamburkan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam sesi dialog di Universiti Malaya (UM) semalam mencerminkan kualiti lemah pemimpin muda di Asean, kata pemimpin pelajar.

Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Fahmi Zainol (kanan) berkata, beliau kecewa apabila mendengar soalan “terlalu mudah” diajuka dalam program Young Southeast Asian Leadership Initiative Town Hall.

Sedangkan soalan sebegitu, tambahnya, boleh didapati daripada buku biografi sahaja.

“Malah ada seorang peserta bertanya apakah maksud kegembiraan kepada presiden, sedangkan tiada seorang pun menyentuh berhubung isu yang mendapat desakan hebat, seperti hak asasi dan TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific),” katanya.

Fahmi, antara pelajar yang mengangkat poster anti-TPPA dan membantah penggulingan kerajaan Mohamad Mursi di Mesir dalam majlis itu berkata, mereka pula tidak diberikan peluang bertanya soalan.

Agenda Obama ke Malaysia dan Agenda Muhyiddin Yassin ke Kelantan.

Khairul Faizi Kamil

 
http://2.bp.blogspot.com/-xERxdgOeqEI/U13FynYRjsI/AAAAAAAAWy4/UVxpts52s74/s1600/2014-04-28_110633.jpg

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Dua perkara besar berlaku dalam masa dua hari ini. Pertamanya, kehadiran Barack Obama ke Malaysia dan keduanya Timbalan Perdana Menteri Malaysia menziarahi Tuan Guru Nik Aziz.

Walaupun ada lagi perkara lain yang berlaku namun saya lebih cenderung untuk memfokuskan kepada kedua-dua perkara ini.

Obama hadir ke Malaysia disambut dengan permaidani merah, tidak perlu bersusah-payah untuk tiba dilokasi yang disusun oleh kerajaan Malaysia kerana segalanya telah diatur dengan rapi. Banyak kawasan di sekitar Lembah Klang kelihatan lengang dek kerana jalan ditutup untuk memberikan laluan kepada Obama menikmati keindahan negara kita.

Kehadiran Obama sudah tentu bukan calang-calang agendanya kerana kali terakhir Presiden Amerika tiba di Kuala Lumpur kira-kira 40 tahun yang lalu. Jika sekadar untuk melihat Masjid Negara atau Bandaraya Kuala Lumpur maka tidak perlulah Obama bersusah-susah untuk datang ke sini.

Kenapa Obama datang? Tentu agendanya besar termasuklah mahu menjalinkan hubungan perniagaan dan berkait rapat dengan TPPA.

‘Bakal pemimpin’ persia peluang, tanya soalan tidak penting kepada Obama, kata NGO

Bakal pemimpin’ persia peluang, tanya soalan tidak penting kepada Obama, kata NGO

OLEH JENNIFER GOMEZ
April 27, 2014

 Kumpulan pejuang hak sivil yang menghadiri sesi perbincangan bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melahirkan kekecewaan apabila belia Asean yang melambangkan bakal pemimpin mempersiakan peluang keemasan apabila tidak membangkitkan isu polisi yang dihadapi hari ini.

Kumpulan berkenaan berkata, kumpulan belia dari Asia Tenggara itu sebaliknya hanya berminat bertanyakan soalan makna kegembiraaan buat Obama dan soalan yang tidak berkaitan polisi antarabangsa dan perundangan di Malaysia.

Timbalan Pengarah Kajian Polisi Antarabangsa dan Keselamatan ISIS Malaysia, Elina Noor, berkata beliau berharap soalan yang ditanyakan khusus menyentuh mengenai situasi sekarang.

Lebih 100 penyertaan daripada Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), yang ditubuhkan atas inisiatif Obama Disember lalu bertanyakan 8 soalan termasuk legasi yang ditinggalkan, cara menangani perubahan iklim dan pengukuhan tenaga kerja serta nasihat untuk Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Obama mai dari jauh sanggup berjumpa golongan pembangkang, tapi Najib haram sekali pun tak berani..!!

Najib Dan Rosmah Pasti Tersentap Dengan Pendedahan Ini..

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengambil kesempatan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca ekstremis agama dan kaum berleluasa di Malaysia.

Maria yang turut aktif dalam gerakan hak asasi manusia di Malaysia berkata, slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan Malaysia bukan sebuah negara demokratik dan tidak sederhana, saya beritahu beliau (Obama)," kata Maria kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

"Kami berbincang dalam tempoh 50 minit... perbincangan berkenaan undang-undang dan akta tekanan, termasuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Hasutan.”

Dalam pertemuan itu, Maria juga sempat berkongsi dengan Obama bagaimana pentadbiran Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Cakap banyak tak mau, apa cerita pun tetap DATARAN MERDEKA 1hb Mei nanti..!!

 
Perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”.

Penganjur perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Bagaimanapun, jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang," kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie'

Shahbudin Husin, 

Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa.

Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang sudah disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu.

Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak terlibat ada mana-mana pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Baik Perdana Menteri, Najib Razak ataupun pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein - kedua-duanya langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi sebagai pemimpin atas kejadian itu. Bukan saja tidak menunjukkan keinginan untuk memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, malah seboleh-bolehnya cuba melindungi dan mempertahankan lagi kedudukan yang disandang sekarang.

Hudud: PAS sedia terima keputusan undian di Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Umno wajar menyatakan pendirian dan sikap sebenar dengan ikhlas dan berhenti dari berdolak dalik berhubung rang-rang undang-undang yang ingin dibawa PAS di Parlimen.

Justeru, Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyatakan demikian dalam satu kenyatan hari ini, sebagaimana di bawah.

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Kelantan berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private member’s bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan, sama ada pro atau kontra.

MH370, Obama & Najib : Kalau saya katakan begini bagaimana anda..

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA. Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini. Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA. Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baharu.

Selepas kem tentera di Filipina tiada, Amerika memerlukan base camp baru di laut China Selatan. Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, bila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Realiti kehidupan rakyat kita sekarang ini, ibu mengemis anak tak tahu..!!

Anak tidak tahu ibu mengemis

Anak tidak tahu ibu mengemis  
Che Mah keluar bersama basikal buruknya untuk meminta sedekah.

ALOR SETAR - Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Tongkang Yard, dekat sini, mendakwa terpaksa meminta sedekah kerana kesempitan hidup.

Warga emas yang hanya mahu dikenali Che Mah, 82, berkata, dua anaknya sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berjauhan di negeri lain.

“Seorang anak tok (nenek) tinggal di Melaka, manakala lagi seorang jikalau tidak silap tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Tok tinggal sendirian kerana suami sudah meninggal dunia.

“Tok terpaksa meminta sedekah sebegini akibat tidak berkemampuan sejak kematian suami, malah tidak mampu menjalankan perniagaan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Mah berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan kepada penduduk berdekatan rumahnya.

Aduhai Shabery Chick, inilah malangnya bila menteri sama taraf JKK kampung

Sunday, April 27, 2014

Hudud: Pakar perubatan muslim sedia bantu

APR 26, 2014 | HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (Pakar) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri atau pusat berhubung perlaksanaan hukum hudud.

Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.

"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.

"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.

Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.

Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.

"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.

Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Sekadar membantu nak buat apa, cuba mai bagi kami pie DIego Garcia tengok..!!!

MH370: Obama beri jaminan akan bantu usaha mencari
Oleh KAMIL MASLIH dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

PUTRAJAYA 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini memberi jaminan negara itu akan sedaya mungkin menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk dari segi aset dan kepakaran bagi membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Obama mengakui usaha pencarian pesawat tersebut amat mencabar, namun beliau menghargai ketelusan kerajaan Malaysia berkongsi maklumat dan kegigihan dalam operasi pencarian.

Motosikal besar, kereta mewah dan pokok ekonomi Melayu



TAJUK di atas sinonim dengan masyarakat Melayu sebaya saya yang gemarkan kereta mewah BMW, Honda, Alphard dan juga motosikal berkuasa tinggi.

Muda-muda lagi sudah berjaya dan bergaya. Hanya Alhamdulillah mampu saya ucapkan selain tum­pang gembira kerana dunia saya tidak setanding mereka. Gembira kerana rakan sudah maju dan se­nang, sedih kerana ekonomi Melayu masih belum kukuh seperti pokok sebaliknya goyah seperti lalang.

Kebanyakan peniaga yang saya jumpa lebih berusia dari saya masih terkial-kial seperti saya. Kesedaran untuk berniaga atau membina pokok emas lambat datang pada mereka. Dengan makan gaji seperti mengutip buah yang gugur, akhirnya pekerjaan mereka digantikan orang lain barulah mereka sedar, mereka hanya me­numpang teduh di bawah pokok milik orang lain.

Seharusnya orang Melayu me­ngukuhkan ekonominya dengan berniaga dan mengelakkan dari kebergantungan terhadap majikan, makan gaji dan simpanan semata. Binalah pokok yang teguh yang mengeluarkan hasil yang lumayan dan berbelanjalah dengan hasil tersebut bukan pokok.

Rakyat Kelantan belambak lagi makan tak cukup tetiba dok kalut nak buat HUDUD..!!??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PERINTAH ALLAH: Berlaku adil, ihsan, membantu faqir, bebas riba, hisbah, agihan kekayaan secara adil, pungutan cukai, pendidikan sains, imarah masjid, keselamatan, kebersihan, kesihatan, teknoloji, media, peluang pekerjaan, gaji minimum, sukan, kebajikan OKU, hiburan, masalah anak yatim, anak tak sah taraf, hubungan antarabangsa...

Semua perkara dia atas, dan beribu lagi yang belum tersenarai termasuk perintah Allah kepada pemerintah Muslim yang melibatkan kepentingan rakyat secara langsung untuk diberi keutamaan.

Di celah-celah pengabaian kerajaan terhadap semua itu, tiba-tiba kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memotong tangan pencuri dan merejam penzina.

Mana patut didahulukan antara bersungguh-sunggguh mengesat air mata anak yatim yg miskin dan membina rumah untuk mereka yang tidak punya dengan bersungguh-sungguh mencari jalan supaya tangan pencuri dipotong?

Akhirnya drama MH370 disudahi dengan tandatangani TPPA

– Hj Osama

http://4.bp.blogspot.com/-o0KyCVOs3gc/UhnpzvaPqvI/AAAAAAAAFEw/5jCjYhTtE8o/s400/TPPA+Malaysia.jpg
Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda:

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA.

Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini.

Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA.

Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baru.

Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan kem pangkalan di laut China Selatan.

Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, apabila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya.

Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri, tidak seperti zaman Mahathir dahulu.

Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...

Dan ada yang berkata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangkan curiga tentang TPPA.

Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu! – 27 April, 2014.

* Penulis ialah Penyelaras SAMM Kelantan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...