TERKINI :

Friday, March 14, 2014

Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang, kata MAS

Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang, kata MAS
KUALA LUMPUR: Masuk hari ketujuh misteri kehilangan pesawat MH370, sekali lagi Malaysia Airlines mengulangi pendirian untuk terus memberikan sepenuh sokongan kepada misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Malaysia Airlines sedar akan wujudnya pelbagai spekulasi dalam pelbagai media namun MAS tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan daripada maklumat yang telah diberikan sebelum ini.

Fokus utama MAS pada masa ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral, ulas MAS dalam satu kenyataan media hari ini.
Malaysia Airlines akan terus memberikan maklumat terbaru menerusi media dan laman web rasmi mereka berhubung pesawat MH370.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...