TERKINI :

Friday, March 14, 2014

Satu Letupan Kuat Berlaku di Sarawak petang tadi..

Letupan Kuat Gemparkan Bandar Serian, Sarawak


Satu kejadian letupan kuat menggemparkan bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari sini pada petang Jumaat.

Letupan itu menyebabkan banyak kaca di premis perniagaan pecah termasuk sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan letupan.

Ia turut menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang dan memusnahkan beberapa kenderaan.

Menurut laporan tidak disahkan berkata, letupan itu berlaku dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pemprosesan asetilena pada pukul 3 petang.


Seramai lapan pekerja di kilang itu dikatakan cedera dan sedang dirawat di Hospital daerah Serian.

Difahamkan ada yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan anggota bomba sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka. - mStar Online





No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...