TERKINI :

Friday, March 28, 2014

Pencarian MH370 mungkin termahal dalam sejarah penerbangan

Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kemungkinan akan menjadi operasi yang termahal dalam sejarah penerbangan, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini yang memetik saintis China.

Mereka memberi amaran bahawa bil tahunan untuk pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France lima tahun dahulu.

Ia melaporkan bahawa Perancis dan Brazil membelanjakan lebih daripada 40 juta dolar (RM 131.6 juta) dalam masa dua tahun untuk membawa kembali kotak hitam daripada penerbangan 447 Air France tersebut yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada 2009.

Robot selam dihantar untuk mencari di kawasan dasar laut. Pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut apabila mereka menjumpai 50 daripada 228 mayat penumpang.

Seorang pakar oseanografi daripada Universiti Ocean China di Qingdao Zhao Chaofang memberitahu SCMP bahawa dia menganggarkan belanja bagi pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France setiap tahun. – 28 Mac, 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...