TERKINI :

Friday, March 28, 2014

Pecat Timb Menteri Pertahanan kerana memalukan TUDM...!

| HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Lim Kit Siang berkata, di tengah krisis seperti yang kita hadapi sekarang, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menyebut perkara yang karut di Parlimen pada hari Rabu lalu bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak cuba menghalang MH370 sewaktu pesawat itu dikesan oleh radar tentera berhampiran Selat Melaka pada 8 Mac kerana TUDM “mengandaikan” bahawa pesawat itu telah diarahkan untuk berpatah-balik oleh pengawal lalu lintas udara.

“Tidak cukup untuk beliau menarik balik dakwaannya itu setelah lebih 24 jam mengaibkan TUDM, kerajaan, dan negara serta dengan menyebut bahawa kata-katanya di Dewan Rakyat berkenaan pesawat MH370 yang berpatah balik itu ternyata silap dan hanya berasaskan andaiannya sendiri,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagaimana di bawah..

Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Malaysia telah pun berada dalam kemelut kerana masih belum mampu menjelaskan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines sehingga kini dan berdepan pula dengan kritikan masyarakat dunia yang mempertikaikan kemampuan negara ini untuk menangani krisis apabila keluarga penumpang dan anak kapal terbabit tidak diberikan semua maklumat yang berkaitan.

Seperti yang disebut oleh seorang pakar media dari Kanada, dalam dunia komunikasi krisis, persepsi dapat membawa akibat yang buruk.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...