TERKINI :

Friday, March 14, 2014

MH370 - Media barat cenderung untuk kaitkan dengan etnik Muslim Uyghur..!!

MH 370, UYGHUR MUSLIM dan GHAZWAH AL-FIKRI
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kalau anda rajin menjelajah ke portal berita dunia barat, ada kecenderungan untuk mereka kaitkan insiden MH 370 dengan etnik Uyghur (Muslim yang tinggal di Xinjiang, barat China). Seminggu sebelum kehilangan MH 370, Muslim Uyghur ini dikaitkan dengan serangan di stesen keretapi Kunming. Bagi yang tahu dengan game play media, automatik akan tahu ini hanyalah rentetan terbaru sebuah ghazwah al-fikri (intellectual war).

2) Tahun 2001 dahulu berlaku tragedi 9/11. Waktu tu ramai percaya itu kerja pengganas Muslim. Tapi kini, akses internet telah mencerahkan mata fikiran. Sungguh tak lojik bagaimana sebuah pesawat komersial berjaya melepasi 'the heaviest guarded airspace in the planet' yang dikawal 24/7 oleh NORAD (North American Aerospace Defence Command). Hari ini semua orang tahu 9/11 ialah inside job untuk melegitimasikan Imperialism US.

3) Dalam kes MH 370, kita mesti bersedia dari segi mental, menghadapi ghazwah al-fikri dari barat dan sekutunya. Kalau benar berlaku pesawat itu dirampas, ianya dilakukan oleh kumpulan terlatih yang memiliki teknologi tinggi, bukan nya etnik Uyghur yang ketinggalan serba serbi.

4) Etnik Uyghur sedang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dari China, dan amat memerlukan international support terutama nya dari negara Islam seperti Malaysia. Mana mungkin mereka melakukan sesuatu yang boleh merosakkan perjuangan dengan menaikkan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Sekian

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...