TERKINI :

Friday, March 14, 2014

MH370: India kerah aset tentera laut dan udara bantu operasi di Laut Andaman


NEW DELHI 14 Mac - Kerajaan India hari ini mengerahkan beberapa buah pesawat dan kapal untuk membantu Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu lalu.

Seorang jurucakap kerajaan yang tidak mendedahkan namanya berkata, kesemua aset tentera laut dan udara India itu dan pasukan pengawal pantai dikerah ke Laut Andaman selepas operasi mencari diperluas ke kawasan perairan itu.

Portal berita dnaindia.com melaporkan, aset yang dikerah melibatkan dua pesawat C-130, sebuah helikopter Mi-17 V5 milik tentera udara, dan masing-masing sebuah pesawat jenis Dornier dan P8i milik tentera laut negara ini.

Selain itu, kapal milik tentera laut dan pasukan pengawal persisiran pantai turut bekerjasama dalam misi mencari MH370. - AGENSI/DPA

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...