TERKINI :

Tuesday, March 18, 2014

Kes Anwar: Siapa salah sebenarnya?

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

TIGA Hakim Mahkamah Ra yuan telah memutuskan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah dan dihukum lima tahun penjara.

Mengambil kira Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Un dangan Negeri (Dun) Kajang, keputusan tersebut bu kanlah begitu memeranjatkan. Sejak bila perbicaraan kes Anwar adalah normal?

Anwar memulakan langkah ‘Gerakan Kajang’ tetapi musuh beliau juga mengambil langkah lain untuk menggagalkan gerakan Kajang.

Keputusan rayuan Anwar seolah-olah mematikan ‘Gerakan Kajang’ namun musuh Anwar perlu sedar ini bukan permainan chess.Meremehkan Anwar bermakna musuh Anwar masih belum memahami gerakan taktikal Anwar.

Rayuan Anwar memihak kepada pihak pendakwa dan berakhir dengan keputusan Anwar bersalah. Namun mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam mencapai keputusan bersalah itu ramai pihak atau institusi yang juga hakikatnya melakukan kesalahan .


Bezanya Anwar didapati bersalah manakala pihak atau institusi tersebut tidak diisytiharkan bersalah.

Perbicaraan Anwar malangnya menunjukkan be tapa hodohnya rupa penyia satan polis. Kes Anwar menyaksikan penyiasatan polis yang bercelaru yang dike tuai oleh pegawai penyiasat yang integritinya diragu.

Pertama, terdapat keputusan oleh Suruhanjaya Siasatan Suhakam sebagai saksi penipu. Kedua, peguam yang mewakili pendakwa dalam rayuan kes Anwar juga terlibat dalam Suhakam sebelum ini yang memutuskan pegawai siasat ini adalah penipu.

Ketiga, Hakim Mah kamah Tinggi Kuala Lumpur juga menerima bantahan Majlis Peguam yang membantah kemasukan pe gawai penyiasat ini sebagai peguambela dan peguamcara atas alasan pegawai penyiasat ini adalah seorang yang tidak mempunyai integriti.

Saksi ini juga tidak meng ikut prosedur penyimpanan eksibit apabila sampel DNA yang sepatutnya disimpan di peti sejuk hanya disimpan di dalam almari polis. Menyimpan eksibit yang amat mudah rosak (perishable evidence) di tempat yang tidak selamat adalah satu kesilapan yang paling tidak boleh diterima oleh mana mana pengamal undang undang hatta pelajar tahun satu fakulti undang undang

Penyiasatan polis adalah asas utama undang-undang jenayah. Fungsi utama penyiasatan adalah untuk men cari kebenaran sekali gus mengenalpasti punca jenayah dan identiti penjenayah.

Sebab itu kelemahan dalam penyiasatan bukan sahaja menjejaskan kes pihak pendakwa tetapi juga orang kena tuduh. Malahan pihak yang kena tuduh lebih lebih lagi terancam kerana amat mudah seorang yang kena tuduh menjadi mangsa penyalahgunaan pendakwaan akibat penyiasatan yang lemah.

Atas dasar itu integriti dan profesionalisme pegawai penyiasat memainkan peranan penting dalam penyiasatan.

Suatu yang sukar diterima akal bahawa Mahkamah Rayuan boleh menerima hu jah pendakwa untuk menerima keterangan saksi pe gawai penyiasat, Jude Pareira mengambil kira kredibiliti dan integriti beliau yang amat diragui dan boleh dipersoalkan.

Jika peguam pendakwa sendiri yang terlibat da lam siasatan Suhakam me nyatakan Jude Pareira adalah penipu, adakah mu nasabah beliau pula ber hujah di Mahkamah Rayuan meminta Mahkamah menerima keterangan saksi yang penipu tersebut bagi membenarkan rayuan pendakwa.

Bagaimanapun bukan sa haja institusi penyiasatan yang dibicarakan dalam kes Anwar. Agensi pendakwaan juga turut dibicarakan tentang pendirian pihak Peguam Negara tentang rayuan Anwar.

Mengapa Razak Baginda bebas?

Jika keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dirayu mengapa pula keputusan Hakim Mahkamah Tinggi membebaskan tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda tidak dirayu?

Bukankah kes pembunuh an Altantuya lebih se rius dan menjejaskan imej dan integriti keseluruhan sistem keadilan di negara ini? Jadi mengapa Razak Baginda dilayan berbeza dari Anwar?

Bukankah hakim yang membebaskan Razak Baginda pada masa itu hakim yang lebih junior yang mana keputusan beliau mem bebaskan Razak Baginda dari jenyah yang kejam dan memalukan negara sepatutnya diuji di Mahkamah Rayuan tetapi kenapa ia tidak dilakukan?

Bukankah kes Razak Ba ginda lebih serius, mengapakah Peguam Negara bukan sahaja tidak merayu malahan tidak mengetuai pasukan pendakwa membawa pembunuh dan mereka yang bersubahat dalam pembunuhan ngeri itu bagi mendapatkan keadilan sebenar kepada keluarga Altantuya.

Mengapakah dalam kes Razak Baginda khidmat peguam senior persendirian tidak digunakan bagi mendakwa Razak Baginda dan dua yang lain?

Cuma ada sedikit persamaan dalam kes Anwar dan kes Razak Baginda iaitu Razak Baginda kenalan rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Shafie Abdullah juga boleh dikatakan begitu kerana dilantik oleh Perdana Menteri untuk ke Perancis bagi satu misi khas yang ramai mendakwa ada kaitan dengan isu kapal selam.

Malahan pernah dibangkitkan sebelum ini Shafie di katakan berada bersamasama Saiful di rumah Najib.

Diskriminasi juga boleh dilihat dalam kes skandal PKFZ membabitkan bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik. Apabila Ling Liong Sik, pemimpin MCA diputuskan tidak bersalah atas tuduhan menipu Kabinet ber kaitan kes PKFZ, Peguam Negara memilih untuk tidak merayu.

Shafie tidak dilantik sebagai pendakwa untuk men dakwa Ling Liong Sik.

Kesemua ini menunjukkan bahawa jaminan keadilan sama rata di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan adalah palsu.

Satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh musuh Anwar adalah tuduhan ke atas Anwar melibatkan hukum Islam berhubung qazaf.

Saiful sebagai pengadu bersalah di bawah hukum Islam kerana gagal membawa empat saksi bagi membuktikan tuduhan ke atas Anwar. Berdasarkan hukum al-Quran ini orang seperti Saiful yang menuduh Anwar tanpa empat saksi bukan sahaja patut disebat 80 rotan malahan beliau dianggap fasik dan kete rangannya tidak boleh diterima.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...