TERKINI :

Friday, March 14, 2014

Kecoh isu solat hajat di KLIA, segalanya telah diselesaikan dengan baik..!!

Mar 14, 2014
HAMBALI AKRAM

Solat hajat yang dilakukan oleh Pemuda PAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Namun, yang menariknya ia menjadi polemik di dalam ruangan maya khususnya dalam Facebook.

http://4.bp.blogspot.com/-yU6VYfcEU_w/UyKEFTrMFJI/AAAAAAAAWJ8/v0Z6vbRVdms/s1600/2014-03-14_122226.jpg
Polemik itu timbul apabila dimuat naik gambar Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi keterangan kepada pihak polis (Polis MAHB) berhubung program yang dijalankan. Perkara itu telah selesai apabila Ustaz Syarhan sendiri memberi penerangan melalui Facebook tentang kedudukan sebenar – tidak perlu dibesar-besarkan dan dipolitikkan.

Namun, saya berasakan bahawa polemik itu timbul kerana beberapa hari sebelumnya tindakan beberapa individu melakukan aktiviti perbomohan di kawasan yang sama tidak pula diambil keterangan. Tidak pula ditunjukkan pihak berkuasa lapangan terbang mengambil tindakan serupa. Apatah lagi, sudah jelas perbuatan bomoh tersebut ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh para mufti dan JAKIM.

Dalam dunia maya pada hari ini, saya mencadangkan pihak polis mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menjaga intergriti mereka. Saya percaya, program tersebut turut mendapat sokongan daripada pihak polis MAHB sendiri, cuma dalam suasana yang tegang, sedih dan tertekan seperti sekarang, sebarang kesilapan kecil boleh menimbulkan salah tanggapan masyarakat umum.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama berlapang dada dan terus berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dirungkaikan dalam masa terdekat.

1 comment:

tok ayah said...

Solat hajat yg bagus buat lah kat mana-mana masjid bukan kat airport. Allah tahu apa niat kita.

Kalau buat nak tunjuk kat org itu namanya riak. Ada keinginan nak diketahui oleh manusia. Satu sen tak guna...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...