TERKINI :

Thursday, March 6, 2014

Akhirnya merajuk MCA tak mau jawatan exco Kedah dah berakhir...!

Adun Gurun sedia galas jawatan exco

ALOR SETAR - “Saya sedia terima jawatan exco,” kata Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan MCA Kedah yang mencadangkan namanya sebagai exco kerajaan negeri.

Yong Kong berkata, keputusan untuk menerima jawatan dalam kerajaan negeri dibuat selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu bersetuju untuk menerima semula pelbagai jawatan dalam kabinet dan peringkat negeri.

“Saya setuju sekiranya dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Bagaimanapun, sehingga hari ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai perkara itu.

“Kita tunggu sahaja keputusan dan perkembangan terkini yang akan diumumkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai nanti,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah bersetuju untuk menerima jawatan exco kerajaan negeri bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini khususnya kepada masyarakat Cina.

Menurut laporan itu, Pengerusinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, keputusan itu juga akan memastikan supaya MCA Kedah dapat terus melaksanakan peranan penting dalam kerajaan negeri yang diterajui BN.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri memperuntukkan satu kerusi exco untuk Adun MCA.

Katanya, keputusan itu merupakan pendirian kerajaan negeri sejak dari awal lagi sebelum pelantikan lapan Adun yang lain sebagai exco.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...