TERKINI :

Thursday, February 6, 2014

PRK Kajang: Logik ke jawapan SPR atau lawak jenaka?

FEB 06, 2014  HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Logik ke jawapan SPR atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam ekoran SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula 11 Mac.

“Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian,” tulisnya.

Menurutnya, penamaan calon bagi pilihan raya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu Dun Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.

“Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya,” tulisnya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...