TERKINI :

Thursday, February 6, 2014

PRK Kajang: Adakah paling kotor atau paling bersih?

KUALA LUMPUR: “Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?” tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
 
Katanya, kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.
 
“Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?
 
Kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.
 
Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan.
 
Hakikat bahawa pilihanraya itu akan diadakan sendiri adalah satu kejutan.

Kejutan pertama, sehari selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihanraya kecil Kajang sebagai percaturan politik utama untuk menempatkan Selangor sebagai tapak peluncuk gerakan menawan Putrajaya dalam PRU14.
 
Kejutan kedua muncul apabila Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tanpa merasa malu telah mengumumkan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan melancarkan kempen menyerang peribadi Anwar dan mengungkit semua dakwaan seksual yang pernah dibuat sejak lebih sedekad yang lalu ke atas Ketua Pembangkang itu.
 
Kejutan ketiga ialah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan untuk mencipta sejarah dengan membuat penangguhan paling lama bagi pilihanraya kecil, menyebabkan Kajang akan terbiar selama 55 hari tanpa wakil rakyat, memandangkan pencalonan hanya akan dibuat pada 11 Mac dan hari pengundian pula ditetapkan pada 23 Mac – berbeza dengan pilihanraya kecil Kuala Besut yang diadakan 28 hari selepas kematian Abdul Rahman Mokhtar dan pilihanraya kecil Sungai Limau yang diadakan 39 hari selepas kematian Azizan Abdul Razak. [KLIK SINI]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...