TERKINI :

Monday, February 24, 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah [PBS] + Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] = Kerajaan Bodoh..!!

Pentaksiran Berasaskan Sekolah [PBS] - Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES]

Sama tapi tak serupa.

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah [SPPBS] mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan perlaksanaannya pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan 3. Para pelajar tingkatan 3 tahun ini sudah tidak menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah [PMR] seperti tahun-tahun lepas tetapi menggunakan PBS.

PBS yang mempunyai pelbagai masalah samada dari sudut teknikal mahupun perlaksanaan telah menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau sehinggakan para guru membuat bantahan secara terbuka walaupun bilangan yang membantah adalah kecil kerana "takut" dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].

Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] pula mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya. Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akibat bantahan ramai akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini walaupun Peguam Negara menyatakan bahawa mereka akan menjelaskan kekusutan perkara tersebut dalam masa sehari dua. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan juga akhirnya mengumumkan penangguhan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak. Walau bagaimana pun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah.

Begitu juga PBS, setelah guru-guru menyuarakan bantahan secara terang, maka Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan terbaru Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan bahawa PBS ditangguhkan sehingga suatu masa yang diumumkan kelak.

Kedua-dua PBS dan AES merupakan contoh klasik pembohongan Kerajaan Malaysia kepada rakyat.

Dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan diarahkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini? Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini? Bagaimana pula dengan guru yang akan keliru dan akan tergesa-gesa untuk mengajar jika PBS dimansuhkan selepas kajian untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan?

Mohon KPM mengambil tanggungjawab dan serius menangani isu ini bukannya berlepas tangan menyedapkan hati sesetengah pihak. Kegagalan KPM bertindak, maka kami rakyat Malaysia berjanji akan bertindak sewajarnya.

ZULHAZMI SHARIFF
Timbalan Pengarah
Badan Mobilisasi Rakyat
Dewan Pemuda Pas Pusat.
24 Februari 2014

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...