TERKINI :

Thursday, February 6, 2014

Kes di Sweaden belum selesai kini ada pulak kes di Singapura rakyat kita di tahan.

Wanita Malaysia ditahan di Singapura tidak sihat untuk hadir ke mahkamah

Seorang wanita Malaysia yang sedang ditahan pihak berkuasa Singapura atas dakwaan memandu kereta merempuh sekatan keselamatan di Kementerian Luar republik itu disahkan tidak sihat dari segi mental untuk hadir di mahkamah.

Nurul Ruhana Ishak, 27, kini direman di Institut Kesihatan Mental (IMH), dijadual hadir di mahkamah Rabu ini.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Kamsiah Kamaruddin berkata: "Oleh kerana dia disahkan tidak sihat dari segi mental, kes itu ditangguhkan ke 26 Februari.

"Penangguhan kes itu dipohon oleh pihak pendakwaan berdasarkan nasihat doktor di IMH," katanya kepada Bernama di Singapura hari ini.

Beliau berkata Nurul Ruhana akan terus menerima rawatan di IMH sehingga disahkan sihat untuk hadir di mahkamah.


Pada 17 Januari, wanita dari Kampung Baharu, Bukit Jenun di Pendang, Kedah itu didakwa merempuh sekatan keselamatan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Singapura di Woodlands.

Selama tiga hari berikutnya, dia hilang tanpa dapat dikesan di republik itu sehinggalah didapati berada di perkarangan kementerian berkenaan. – Bernama, 5 Februari, 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...