TERKINI :

Monday, February 24, 2014

Agamawan perlu tingkat ilmu tarik anak muda

SHAH ALAM - "Kita perlu sedari bahawa generasi muda kini sudah ramai yang berfikiran kritis dan tidak lagi boleh dipaksakan untuk beragama melalui paksaan cerita-cerita dan hikayat serta proses penindroknisasi," demikian menurut Dr Maszlee Malik ketika menggulas mengenai punca segelintir anak muda kini yang semakin hilang warna Islam dalam hidup mereka.

Menurut Maszlee yang juga merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), oleh itu adalah menjadi salah satu tanggungjawab golongan agamawan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap ilmiah mereka bagi memastikan anak muda tidak hilang kepercayaan terhadap pegangan mereka.

"...bukan semua anak muda kita yang sudah tersesat jauh...ada sahaja mereka yang cemerlang akhlak dan akidah, cuma pada masa kini sudah ramai anak muda kita yang berfikiran kritis, sebab itulah mereka tidak boleh dipaksa untuk beragama melalui paksaan.

"...maka golongan Agama, para Ulama dan institusi agama perlu mempertingkatkan pengetahuan dan tahap ilmiah mereka sebelum ramai lagi anak muda yang hilang kepercayaan terhadap agama.

"...sesuatu yang besar harus dilakukan oleh kelompok ini, supaya anak-anak muda kita tidak terjerumus kepada perkara yang dilarang oleh agama," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

Baru-baru ini tercetus kembali polemik anak muda yang semakin hilang nur keislaman dalam diri mereka.

Yang terbaru adalah mengenai perilaku anak muda yang sanggup menghina agama Islam dengan membuat 'page' di Facebook, dengan mengatakan bahawa agama Islam adalah agama sesat.

Antara 'page' FB yang dikesan adalah Murtad In Pantai Timur, yang didakwa didalangi oleh orang melayu Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...