TERKINI :

Friday, February 28, 2014

Mahkamah arah Papagomo bayar Anwar RM800,000

Anwar menang RM800,000 dalam kes Papagomo
Hafiz Yatim | 11:47AM Feb 28 2014

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris adalah Papagomo dan beliau didapati memfitnah Ketua Umum Datuk seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000. Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.

Wan Mohd Azri yang hadir hari ini, masih menafikan beliau adalah Papagomo.

Daim kritik Najib selepas kritik Anwar....sebenarnya mereka tu sama sahaja...!!

oleh Aspan Alias

Daim sudah terlalu jauh mengkritik Najib dan cuba menunjukkan bukti-bukti mengikut interpretasi beliau sendiri diatas segala kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri. Sebenarnya baik Daim mahu pun Dr Mahathir, mereka tidak boleh dari segi moralnya mengkritik Najib sedemikian rupa. Yang boleh mengkritik Najib itu adalah orang lain…orang-orang seperti saya dan ramai yang lain kerana kami yang mengkritik ini tidak pernah bertanggungjawab menaikkan Najib sehingga menjadi Perdana Menteri.

Seperti Dr Mahathir, Daim juga merupakan pemimpin yang bersama Dr Mahathir menaikkan semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan Dr Mahathir yang mereka (Daim, Mahathir) menjadi Perana Menteri itu. Abdullah Badawi dan Najib merupakan pemimpin yang sudah diatur-atur oleh Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semasa mereka ini semuanya sebalok dengan Mahathir dan Daim ini.

Tanpa kemahuan Dr Mahathir dan sokongan Daim semasa itu Abdullah dan Najib tidak mungkin dengan mudah menjadi Perdana Menteri. Sesungguhnya Daim dengan Dr Mahathir itu adalah sama. Mahathir yang 'terkentut-kentut', Daim pula yang 'ke tandas'. Daim itu sendiri tidak akan kemana-mana jika beliau tidak di bawa oleh Dr Mahathir untuk menggantikan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan selepas perhimpunan agung UMNO pada tahun 1984 dahulu.

Isu PBS: Makin kelam kabut, makin berserabut

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

ISU sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ternyata meletakkan Kementerian Pendidikan yang diterajui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kontroversi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kerana PBS, kerajaan, kementerian, Muhyiddin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, timbalan-timbalan menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan diserang siang malam, termasuk warga pendidik sendiri.

Meskipun rungutan dan keluh kesah sudah biasa kedengaran sejak sistem itu mula dilaksanakan pada 1 Januari 2011, namun keadaannya tidaklah seteruk sekarang.

PBS dilaksanakan untuk menggantikan sistem peperiksaan yang sudah sekian lama diamalkan yang disifatkan membebankan pelajar.

Sehubungan itu, PBS yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam menilai kemampuan pelajar dianggap jalan terbaik untuk keluar daripada masalah itu kepada suatu corak pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan semasa.

Najib perlu rombak Kabinet

YUSOF HARUN

SEBAIK mengangkat sumpah dan dilantik Perdana Menteri ke-6 selepas PRU13 lalu, Najib Razak berdepan masalah merombak Kabinet. Ia isu sensitif kerana melibatkan parti-parti komponen BN.

Kabinet yang ada diwarisi daripada mantannya, Pak Lah justeru ia tentu tidak mahu disalah tafsir.

Perdana Menteri mempunyai kelebihan melantik jemaah menteri bukan mengikut profesionalisme masing-masing tapi lebih mengambil kira aspek politik.

Selain mengekalkan muka-muka lama dan menggugurkan mereka yang kurang berkesan, Najib melakukan sedikit transformasi. Ini dibuktikan dengan membawa masuk beberapa muka baharu bukan dari ahli-ahli parlimen BN sebelum dilantik sebagai senator.

Tiga tokoh ini terdiri daripada Wahid Omar, Paul Low dan tokoh paling kontroversi tentulah Waythamoorthy. Pelantikan Wahid dan Paul diterima umum mengambil kira latar belakang masing-masing.

Balak & Boboi - Air bersih jadi kotor, apa cerita nie?

Air bersih jadi kotor

Air bersih jadi kotor  
Penduduk merungut sumber bekalan air bersih terjejas gara-gara aktiviti pembalakan.

KUBANG PASU-Bimbang sumber air bersih terus terganggu, penduduk di Kampung Wang Perah, Hosba membantah kelulusan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, di sini.

Difahamkan tanah di Hutan Simpan Bukit Perangin itu sudah diluluskan sebagai hak milik kepada 40 pemohon terdiri daripada pegawai tadbir (KCS) Kedah pada 2010 membabitkan keluasan 142.76 hektar.

Imam kampung, Ishak Othman, 63, berkata, disebabkan aktiviti pembalakan berkenaan beberapa kawasan tadahan air penduduk tersumbat dan menjejaskan aktiviti seharian mereka yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada sumber itu sebagai alternatif utama setelah menghadapi masalah tekanan air Syarikat Air Darul Aman (Sada) yang rendah.

Menurutnya, mereka menggesa supaya kerajaan negeri mengambil langkah segera menghentikan aktiviti berkenaan.

Loji rawatan kumbahan serantau di Alor Setar

Loji Rawatan Kumbahan Serantau (LRKS) dicadang dibina di Bandaraya Alor Setar bagi memastikan persekitarannya lebih baik apabila kolam-kolam kumbahan kecil dihentikan operasinya secara beransur-ansur.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar) berkata melalui LKRS bahan kumbahan akan disalurkan melalui paip yang dibina di bawah tanah terus ke loji berpusat yang besar.

"Dulu kalau ada perumahan, setiap rumah akan salur (kumbahan) ke loji yang ada kolam-kolam kecil, kemudian ada proses rawatan di situ.

"Bila ada LKRS, loji yang kecil-kecil ini akan ditutup secara berperingkat, jadi tiada gangguan (pencemaran) kepada masyarakat berdekatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada lawatan kerja beliau ke Loji Olahan Enap Cemar Derga, di Alor Setar hari ini.

Thursday, February 27, 2014

Taib Mahmud letak jawatan YB, sekoq pun macai tak komen..!

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.

"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?

"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?

"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.

Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR. (SH)

Rasuah : Perasuah BERSALAH, Penerima BEBAS.. Itulah Malaysia..!

SPRM perlu buka semula kes RM40j Musa Aman

SHAH ALAM - Susulan ahli perniagaan Michael Chia yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurutnya, keputusan bersalah yang dijatuhkan terhadap Michael menguatkan lagi spekulasi mengenai isu wang kontroversi RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah.

"Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

"Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, media melaporkan Michael yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu semalam, berkata, Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan SPRM yang berjaya mendakwa ahli perniagaan itu adalah perkembangan yang baik daripada suruhanjaya itu namun perlu dipertingkatkan.

"Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

"Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas," katanya.

Sarawak ke-3 bilangan rakyat termiskin di Malaysia

Pemuda PKR Sarawak mempersoalkan mengapa Sarawak kini di tangga ketiga senarai negeri dengan bilangan penduduk paling miskin selama 33 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri.

Wakilnya, Iswardy Morni berkata ini berlaku walaupun mempunyai RM22 bilion dalam rizab negeri.

Merujuk data Jabatan Statistik, beliau berkata, walaupun Sarawak
di tangga ketiga di belakang Sabah dan Kelantan, bilangan populasinya jauh lebih tinggi.

Ini kerana mengikut bilangan tiga peratus penduduk, bilangannya melebihi 66,000 berbanding Kelantan yang bilangan tiga peratus penduduk miskinnya hanya berjumlah 51,000.

"Rakyat Sarawak bangga Selangor ada simpanan rizab RM3 bilion tapi Sarawak ada RM22 bilion dan masih gagal membantu rakyatnya.

"Jadi saya meminta bakal ketua menteri, Datuk Seri Adenan Satem untuk menjadikan ini satu keutamaan dan tak beri alasan seperti Sarawak terlalu besar," kata Iswardy di ibu pejabat PKR semalam.

Tersenarai Dalam 5 Boros Di Dunia, Satu Lagi Alasan Najib Wajar Diganti

oleh Shahbudin Husin, 

Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih "terangkat" lagi.

Sebuah portal berita Indonesia, Merdeka.com dalam laporan terbarunya telah membariskan Perdana Menteri, Najib Razak diantara lima pemimpin dunia yang paling boros. Bersama dalam senarai itu ialah Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlosconi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.

Dengan memetik laporan majalan The Heat, Najib dianggap boros kerana membelanjakan wang yang banyak bagi kos perjananan beliau dan perbelanjaan keluarganya sejak lima tahun lalu, di samping memperuntukan sejumlah besar wang lagi untuk menggaji pelbagai kumpulan konsultan dan penasihat bagi membantu pentadbirannya.

Robert Mugabe pula terkenal sebagai pemimpin yang boros terutama dalam meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-90 baru-baru ini, walaupun di ketika sebahagian besar rakyatnya sedang menderita kelaparan dan hidup dibawah paras kemiskinan manakala Berlosconi adalah pemimpin playboy yang gemar bersukaria dan menghabiskan hampir setiap malamnya dengan dikelilingi gadis-gadis jelita di beberapa rumah agam yang dimilikinya.

Jangan dok syok lagi meraikan MOU Air Selangor, perjanjian masih belum didedahkan kepada umum..!!

Hati2 Dalam Meraikan MOU Air Selangor......

MoU Selangor - Pusat tepat pada masanya
Sikap yang perlu kita ambil berkenaan MOU air yg di tandatangani oleh MB Khalid dgn kerajaan Pusat adalah tunggu dan lihat.

Ini kerana butiran MOU dan perjanjian masih belum didedahkan kepada umum.

Malahan, Anwar Ibrahim yang jadi Penasihat Ekonomi pun tak tau menahu berkenaan MOU ini.

Kita tidak tahu samada benar2 pengurusan air telah diserah kepada Kerajaan Negeri ataupun ada makenisma2 lain yg sebenarnya tidak menampakkan begitu.

Ongkili sendiri telah membuat pengisytiharan sebelum ini bahawa air di Selangor telah pun diambil alih oleh Pusat.

Lebih2 lagi MOU ini di tt selepas MB Khalid mendapat ganjaran dari Bank ISlam di dalam bentuk pembayaran kadar hutang yang lebih rendah dari kadar asal.

Puak UMNO Kedah dah mula tokak hang aku dah..!!

UMNO Kedah kembali bergolak
oleh Zulkifli Yahaya

http://1.bp.blogspot.com/-Sbk94ETCGIo/UTxSC1TYJjI/AAAAAAAAJuk/eB3LcwYd1Bw/s1600/mukhriz-mahathir-kedah-flag.png

Baru-baru ini, sewaktu Perhubungan PAS Kedah mengadakan program untuk memantapkan organisasi di SP Inn Sungai Petani; Umno Bahagian Merbok pula mengadakan pertemuan khas dengan Pengerusi Perhubungannya Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. Meriah hotel milik anak syarikat kerajaan negeri itu apabila dua buah parti utama yang bersaing mengadakan program sebelah menyebelah.

Jika PAS sebagai pembangkang sedang bangkit semula membina kekuatan, Umno pula sedang berhempas pulas untuk memulihkan masalah dalaman parti pemerintah itu satu demi satu bahagian. Baru minggu lalu Mukhriz terpaksa campurtangan menasihati seorang ADUN BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyaman pemimpin Umno bahagian berhubung pertikaian politik dalaman mereka. Setiap bahagian Umno ada masalahnya masih-masing yang lebih merumitkan berbanding sewaktu jadi pembangkang dahulu.

Selepas sembilan bulan berlalu, tempoh berbulan madu Menteri Besar Kedah itu sudah berakhir. Apa yang terpaksa dilaluinya kini ialah masalah demi masalah yang melanda sebuah parti tua lagi nazak yang talian hayatnya cuma kuasa dan wang dari kerajaan Pusat dan bukan jatidiri perjuangan.

Saman RM2juta - Awat menantu Haji Hadi Kalut sangat nie, pie la sembang elok-elok dengan JUHAM..!!

Kenyataan JUHAM Bidas Menantu Tuan Guru Haji Haji - Amek Kaw

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/zaharudin-muhammad-pas-010813_200_200_100.jpg

Ada beberapa perkara  ;
1. Menantu tuan guru Ustaz Zaharuddin - kalau diam orang tak kata bisu. Di ulangi, kalau dia mengambil sikap berdiam diri, orang takan kata dia bisu.
2. Bukan dia tak kenal siapa orang2 dalam JUHAM.
3. No telefon ada, alamat ada, jumpa pun boleh.
4. Tapi geng2 neh amek pendekatan serang depan2 gunakan pelbagai media sosial.

Itu sebab aku kata, PAS vs PAS, UMNO tepuk tangan.


Sesama PAS sendiri pun berpecah, apatah lagi PAS dengan PKR.. Itu yang aku nampak dan perhatikan. Yang pelik, bila kita suarakan apa yang kita nampak dan nyatakan respon, melalak pula mereka2 neh. Padahal, yang tunjukkan perangai macam tue, dorang sendiri. Kita cuma tarik keluar berdasarkan kelakuan korang. Tak payah nak marah orang lain la weh. Korang sendiri tunjukkan perangai tak sememeh depan2, lagi nak suruh orang cover2 untuk korang. Apahal.

Lue fikirlah sendiri.

BTW, jika TGHH enggan menarik balik kenyataan asal berhubung isu pil kuda, dan mahu mempertahankan kenyataan tersebut di mahkamah, aku harap dalang2 yang bagi maklumat palsu dan menghasut presiden boleh tampil menjadi saksi di mahkamah. Bawa sekali bukti2 tang mana calon PKR tue terbabit dengan pil kuda.

Pendapat aku kes neh boleh diselesaikan secara baik kalau kedua2 pihak dua bertentang mata dan leraikan kekusutan di jiwa masing2.

PRK Kajang : Apabila BN cakap macam lidah biawak..!!!

Sebelum ini ada dua isu dibangkitkan Umno/BN membabitkan bakal calon ‪#‎PRK_Kajang‬ iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik... pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ turut serta memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

Malahan tindakan DSAI itu mengundang rasa tidak puas hati pemimpin Umno/BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro Umno/BN yang membuat laporan polis berhubung tindakkan DSAI, ditambah lagi portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Apa untungnya pada rakyat jelata apabila Hartawan Malaysia semakin kaya?

Hartawan Malaysia makin kaya

 Robert Kuok Hock Nien  
Robert Kuok Hock Nien

KEKAYAAN terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia melonjak kepada RM217.82 bilion sehingga 18 Januari 2014, atau 11.73 peratus lebih tinggi berbanding RM194.86 bilion tahun lalu.

Menurut majalah Malaysian Business dalam isu bertarikh 16 Februari lalu, pada 2002, iaitu tahun yang mana majalah perniagaan itu mula mengira kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia, aset terkumpul mereka hanya berjumlah RM41.7 bilion dengan pemilik Kumpulan Kuok, Robert Kuok Hock Nien berada di tempat teratas.

Sejak itu, 81 individu pernah tersenarai dalam senarai tersebut dan 15 daripada mereka kekal berada dalam senarai itu sehingga kini.

"Secara keseluruhannya, peningkatan stabil kekayaan mereka disumbangkan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan kekayaan mereka kebanyakannya berdasarkan pegangan saham.

"Ia juga menggambarkan prestasi syarikat mereka masing-masing dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia sejak 12 tahun lalu," menurut Malaysian Business dalam kenyataan, baru-baru ini.

Jom kita lihat apa puak Najib buat dengan Bajet Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM16.45 bilion...???

Peruntukan perbelanjaan bagi badan/agensi (terpilih) di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 2014 disenaraikan di bawah.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberikan bajet sebanyak RM16.45 bilion untuk tahun 2014.
Bajet pembangunan JPM ialah RM10,580,942,500.

Bajet operasi JPM ialah RM5,869,615,000.

BELANJAWAN JPM 2014

Carta palang: Perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
PMOexpenditure
Kos pentadbiran pembangunan

Pemandu — RM39,200,000

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mempunyai seramai 123 orang kakitangan.
Pegawai Pemandu – contohnya wanita gambar di bawah – menjalankan tugas menilai pencapaian jemaah  kabinet. Dalam kata lain, unit Pemandu memantau dan menyediakan report card prestasi kerja Pak Menteri.

Obketif Pemandu ialah (a) Menyokong perancangan dan pelaksanaan GTP dan ETP, dan (b) Menyumbang ke arah transformasi dan pencapaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tuisyen Rakyat untuk pelajar Padang Terap


Mohd Hamizan Hamzah  
Mohd Hamizan

KUALA NERANG - Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap (Terapcare) akan mengadakan Tuisyen Rakyat kepada pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Pengerusinya, Mohd Hamizan Hamzah berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, pihaknya terpanggil bagi membantu pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun ini untuk mengikuti kelas Tuisyen Rakyat itu.

Menurutnya, Tuisyen Rakyat ini lebih ke arah kebajikan bagi membantu pelajar di sekitar Padang Terap supaya mereka mendapat ilmu seperti rakan mereka yang lain terutamanya yang tinggal di bandar.

“Tuisyen Rakyat hanya mengenakan caj sebanyak RM5 bagi setiap mata pelajaran dan RM20 untuk yuran pendaftaran.

"Ia akan bermula pada Mac nanti yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Syariah, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam,” katanya.

Punca Sebenar Kerajaan Pusat Tandatangan MoU Air Dengan Selangor Tersebar?

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.

Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.

"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

Jika MARANG berada dalam negeri PULAU PINANG, kompom akan riuh rendah 1Malaysia..!!

Kalaulah gerai yang diroboh ni di Pulau Pinang.. riuh rendahlah 1Malaysia...

Hujung Januari lalu satu kekecohan yang melibatkan keganasan telah tercetus bilamana pihak Penguatkuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Insiden itu telah dikecam oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata "Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang".

Tambahnya lagi "Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi

oleh Aspan Alias

http://310627192.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/53f00187b3d5c1f3a428b763b1982daa_XL.jpgNajib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir ke darat dan ke baruh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela beliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.

Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakkan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpin mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.

Bila la nak perbaiki ESKALATOR di PEKAN RABU tu...?

Berpeluh panjat eskalator rosak
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 26, 2014

ALOR SETAR - Pengguna eskalator di jejantas pejalan kaki, Jalan Tunku Ibrahim, dekat sini, terpaksa berpeluh apabila kemudahan terbabit rosak semula sejak sebulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke jejantas penjalan kaki menghubungkan Hentian Bas Pekan Rabu ke Kompleks Perniagaan Pekan Rabu mendapati orang awam terpaksa mendaki anak tangga.

Rahmat Salam, 40, berkata, kerosakan eskalator berkenaan sememangnya memenatkan sekali gus menyusahkan orang ramai khususnya warga emas.
“Nampaknya eskalator diharapkan memudahkan urusan orang awam tidak berfungsi malah bagaikan hiasan semata-mata apabila penjalan kaki berpenat lelah memanjat anak tangga untuk menyeberangi jalan.

Bekalan air di Kedah mampu menampung keperluan negeri sehingga 10 bulan lagi..


Kedah tak perlu catu air dalam masa terdekat


ALOR SETAR - Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan di beberapa empangan utama masih mencukupi untuk menampung keperluan domestik, industri dan aktiviti pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrulhisham Hashim berkata jika keadaan kering dan kemarau sekarang berterusan, empangan di Kedah dijangka masih mampu menampung keperluan air untuk tempoh 10 bulan lagi.

"Kerajaan Kedah belum timbang buat catuan air. Kita dapat maklumat daripada Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, air di Kedah di tahap boleh bertahan. Kerajaan Kedah tak pernah bincang untuk buat catuan," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, para pesawah tidak perlu bimbang bakal berhadapan masalah pengairan kerana Mada akan membuat pelepasan akhir seperti yang dijadualkan hujung bulan Mac untuk musim pertama 2014.

126 pelumba hangatkan LTdL 2014 kali ini..

LANGKAWI - Sebanyak 126 pelumba dari 21 pasukan disambut penuh gemilang pada acara pengenalan pasukan Le Tour de Langkawi 2014 di Dataran Lang, di sini malam ini.

Acara pengenalan pasukan yang buat julung kali diadakan pada waktu malam disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab.

Pada majlis pengenalan itu, penganjur LTdL turut memberi penghormatan kepada mendiang Youm Jung Hwan, pelumba dari pasukan KSPO dari Korea yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Februari lepas.

Susulan itu bagi menghormati mendiang, pasukan terbabit menarik diri dari LTdL 2014 dan penganjur LTdL juga bersetuju untuk tidak menggantikan pasukan lain bagi mengisi kekosongan itu.

Majlis pelancaran diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Esok, 126 pelumba akan berada di garisan permulaan yang bakal menyaksikan persaingan sengit mengungguli peringkat pertama di pulau legenda.

LTdL 2014 menjanjikan kehangatan dalam persaingan merebut tiga jersi utama iaitu Jersi Kuning selaku juara keseluruhan, Jersi Merah untuk Raja Bukit, Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia dan Jersi Biru bagi Raja Pecut.

Edisi ke-19 masih mengekalkan 10 peringkat bermula dari Langkawi sejauh 101.1km, Sungai Petani-Taiping (132.5km), Kampar-Kuala Lumpur (166.5km), Subang-Genting Highlands (110.9km), Karak-Rembau (139.3km) dan Melaka-Pontian (199.1km).

Ini diikuti Kota Tinggi-Pekan (230.1km), Kuantan-Marang (202.2km), Bandar Permaisuri-Kuala Terengganu (111.1km) dan Tasik Kenyir-Kuala Terengganu (103.1km). - Bernama

Wednesday, February 26, 2014

Akhirnya Taib Mahmud membazir lagi duit rakyat jumaat nanti..!

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian Jumaat ini

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan beliau akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Adenan yang ditemani dua anak lelakinya Abdul Aziz, 47, dan Azizul Annuar, 23, turut mengesahkan bahawa pemilihannya sebagai bakal ketua menteri dibuat selepas anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang bermesyuarat memberi mandat penuh kepada Taib untuk memilih penggantinya.

"Beliau (Taib) sebenarnya tidak mahu tetapi kami (anggota-anggota MT) memaksa beliau untuk memilih...terima kasihlah kerana beliau memilih saya," katanya.

Menurutnya Taib juga tidak pernah memberitahunya yang beliau akan dilantik sebagai ketua menteri.

Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri. - 26 Februari, 2014.

Apabila Daim Bersuara Lagi....


Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib tidak bijak mengurus perbelanjaan, terlalu bergantung kepada penasihat dan berbagai lagi.

Selain melabelkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lemah, Daim juga membayangkan jika pilihanraya akan datang diadakan dalam situasi seperti ini, ia lebih mengundang kemungkinan BN tewas dan hilang kuasa di peringkat pusat.

Namun, belum pun sempat kritikan beliau itu dibahas dan diperbualkan dengan lebih meluas, ia kemudian tenggelam dengan isu pilihanraya kecil DUN Kajang dan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadi MB Selangor yang tiba-tiba muncul.

Sebelum ini, Daim dan Mahathir dilihat sudah pun memulakan langkah mengkritik beberapa dasar dan pendekatan Najib atas kebimbangan bahawa kelemahan Najib yang berterusan itu akan membahayakan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

BN melanggar pantang di Kajang

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.

Bukanlah sesuatu yang ‘memeranjatkan’ jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan ‘masa menunggu’ PRK Kajang.
Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah ‘hit and run’ beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.

(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)

Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ memberikan komen masing-masing.

Pemimpin dilihat ‘hebat’ bila anak dapat projek mega

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat ‘terlalu lemah’ apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.

Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.

"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.

"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Kassim Ahmad: Perkasa, NGO Umno hilang lantang?

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad melahirkan rasa hairan dengan sikap kumpulan NGO Umno yang seperti 'hilang suara' dalam isu Kassim Ahmad berbanding siu-isu berkait agama sebelum ini.

Katanya, sehingga kini tidak kedengaran suara lantang mereka, yang sebelum ini seringkali mengancam ugutan fizikal malah mengadakan demonstrasi dalam isu-isu terdahulu.

"Mana pergi kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa, Jati mahupun Perkida yang sebelum ini lantang jika Melayu atau Islam itu dipersoalkan.

"Kenapa dalam isu Kassim ini mereka tidak berani ke hadapan, adakah ia berkaitan dengan Umno jadi mereka hanya berdiam diri termasuk juga pihak berkuasa agama tempatan?," soal beliau dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan melalui pihak berkuasa agama agar segera mengambil tindakan terhadap Kassim Ahmad yang secara jelas telah menghina Hadis yang menjadi salah satu sumber pegangan umat Islam.

Adakah NAJIB katakan PERKASA pelampau..??

Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?

Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.

Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".

Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.

Apa la bodoh MCA nie, DAP mana ada ADUN MELAYU & ISLAM.. macamana depa nak tuntut kerusi MB?

MCA: DAP perlu lebih berani tuntut jawatan MB

Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin mahu DAP menuntut hak menjadi menteri besar Selangor kerana DAP lebih layak menuntut kerusi itu selepas memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR pada pilihan raya umum lalu.

"DAP sepatutnya mempunyai keberanian bekerjasama dengan PAS untuk melobi jawatan MB daripada PKR yang angkuh...

"Saya mendesak DAP lebih berani kali ini, berhenti mengecewakan pengundi Selangor serta berkata tidak kepada PKR sambil berlawan untuk jawatan MB untuk parti itu," kata beliau dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun Ng tidak memberi ulasan mengenai Seksyen 51(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan seorang menteri besar haruslah "berbangsa Melayu dan beragama Islam."

Tiada satupun dari 15 ADUN DAP beragama Islam.

Hina Islam: Gesa kerajaan gubal akta baharu

HULU TERENGGANU - Kerajaan perlu mewujudkan satu akta baharu bagi mengekang tindakan pihak tertentu menghina agama Islam melalui laman sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata perkara itu perlu dibincangkan di Parlimen untuk menggubal akta berkenaan bagi membendung tindakan itu.

"Kita berharap kepimpinan peringkat tertinggi negara dapat memikirkan kaedah bagi menangani perkara itu daripada terus berleluasa," katanya ketika mengulas tindakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara di sini yang mencabar dan menghina kesucian agama Islam melalui laman sosial.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil kesal dengan apa yang berlaku sehingga ada yang sanggup menggunakan teknologi maklumat dan menyelitkannya dengan unsur negatif sedemikian.

Tuesday, February 25, 2014

Jangan merasa lebih besar dari parti

Oleh ABD SHUKUR HARUN

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi perhatian secara serius masalah dalaman PAS di mana dalam sejarahnya beberapa tokoh, termasuk yang berpendidikan agama, meninggalkan parti.

Walaupun parti telah mengenengahkan mereka dan mereka telah berkembang hingga menjadi pemimpin, malangnya akhirnya mereka meninggalkan parti, sama ada menyeberang dengan menyertai Umno, menubuhkan NGO, terus menerus mengkruitik PAS atau berdiam diri.

Pada hal, kata Haji Mohamad Sabu, sepanjang sejarahnya para tokoh yang meninggalkan PAS ini telah mendapat tarbiyah malah pernah memberi tarbiyah kepada ahli, menjadi pemimpin penting dan sebagainya. Ertinya, katanya, parti telah mendidik mereka, menyuburkan bakat mereka sebagai pemimpin polilitk, memberikan mereka ruang dan kesempatan untuk membina kekuatan sebagai tokoh dalam PAS yang akhirnya dikenali ramai. Akhirnya mereka meningalkan parti dengan pelbagai alasan.

Mereka ini, termasuk yang berpendidikan tinggi agama dan ada juga di kalangan professional serta ahli veteran.

Kemiskinan Pekebun Kecil Kian Meruncing, Kenapa Kerajaan Diam..?

Cikgu Azmi Abdul Hamid
Kenyataan Media TERAS
25 hb Februari 2014

Kenyataan Media TERAS 
25 hb Februari 2014

KEMISKINAN PEKEBUN KECIL KIAN MERUNCING - KENAPA KERAJAAN DIAM

Mengikut statistik dalam portal resmi RISDA, bancian terhadap pekebun kecil getah mendapati sekitar 61% (kira-kira 90,000 pekebun kecil getah) dari 180,000 pekebun kecil  berpendapatan kurang dari RM 500 sebulan. 

Johor adalah negeri bilangan  pekebun kecil terbesar iaitu sekitar 38,000 orang dan sekitar 17,000 darinya berpendapatan kurang dari RM 500 sebulan. Manakala Kedah adalah ditangga ke dua iaitu kira-kira 20,000 pekebun kecil dan mempunyai 13,800 yang berpendapatan dalam kategori yang sama.

Bermakna dalam keadaan harga getah sekerap yang turun serendah RM 2.29 sekilo, mereka boleh dianggap kelompok yang berada dalam kemiskinan yang meruncing. 

Dalam keadaan musim kering, susu getah jauh lebih mengurang dan pekebun kecil tidak boleh menoreh setiap hari.

Sebab itu keresahan yang akan disuarakan dalam perhimpunan besar-besaran pekebun kecil getah pada 5 hb April ini ada rasionalnya. 

Tidak mungkin pendapatan yang serendah Rm 500 dan kos sara hidup yang meningkat seperti sekarang, kelompok ini mampu bertahan.

Kami menyuarakan kepada pihak kerajaan bahawa jika sesuatu langkah tidak dilakukan, pekebun kecil akan berhadapan dengan keadaan yang sangat sukar untuk hidup pada tahap memenuhi keperluan asas sekalipun seperti makanan dan menyara persekolahan anak-anak.

Pihak kerajaan harus memberi perhatian yang wajar kepada keresahan yang sedang dialami oleh rakyat dikalangan kelompok ini. 

Sehingga ini nampaknya belum ada kenyataan dari mana-mana Menteri atau pemimpin kerajaan untuk meneliti masalah kejatuhan harga komoditi getah yang meruncing.

Kami berpendapat dengan pembayaran BR1M yang sekarang dihebohkan tidak akan meringankan beban penderitaan yang bakal dilalui oleh pekebun kecil dalam masa yang lama.

Kerajaan yang boleh mengambil langkah diperingkat dasar dengan mengujudkan stok pengimbal getah telahpun disuarakan oleh beberapa pihak, namun belum mendapat reaksi dari pihak kerajaan.

Kami mengambil maklum kerajaan mensasarkan peningkatan sumbangan industri getah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kepada RM70 bilion menjelang 2020 berbanding RM25 bilion pada 2009.

Bagi memastikannya berjaya, tiga program utama bagi mencapai sasaran berkenaan telah dikenal pasti di mana kawasan ditanam getah dikekalkan sekurang-kurangnya sejuta hektar dan hasil getah dipertingkat di samping keperluan memesatkan perkembangan produk hiliran dan selanjutnya memperkenalkan produk getah baru bernilai tinggi. 

Industri getah kini menjadi fokus khas di bawah Bahagian Ekonomi Utama Nasional (NKEA) memandangkan industri itu turut menyumbang kepada KDNK sejak dulu lagi.

Soalnya jika jelas industri getah sedemikian besar sumbangannya kepada negara kenapa nasib pekebun kecil getah dibiar terumbang-ambing sehingga pendapatan mereka turun naik dan tidak menentu.

Sepatutnya pihak berkuasa yang memantau dan membangunkan  industri getah boleh membuat jangkaan pasaran getah asli dunia dan dengan itu menyediakan mekanisme bagaimana harga getah dapat dipertahankan pada harga yang munasabah untuk menjaga kepentingan pekebun kecil.

Kami kesal keresahan pekebun kecil yang disuarakan di Sik, Padang Terap dan Baling baru-baru ini tidak mendapat respon yang wajar dari pihak kerajaan.

Harus diingat tunjuk perasan akibat kejatuhan harga getah oleh ribuan penoreh getah pada 19 hb November 1974 di Baling, Kedah adalah pengajaran besar yang perlu diambil iktibar.

Kami ingin mengambil perhatian bahawa BR1M yang dianggap bukti kerajaan berusaha meringankan beban rakyat tidak memberi apa-apa makna apabila dalam masa yang sangat singkat wang RM 650 yang diedar akan habis sekelip mata kerana hakikatnya kerajaan mahu rakyat membelanjakan wang itu untuk merangsang ekonomi, bukan menyelesaikan masalah kesusahan rakyat yang sebenar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)
KEMISKINAN PEKEBUN KECIL KIAN MERUNCING - KENAPA KERAJAAN DIAM

Mengikut statistik dalam portal resmi RISDA, bancian terhadap pekebun kecil getah mendapati sekitar 61% (kira-kira 90,000 pekebun kecil getah) dari 180,000 pekebun kecil berpendapatan kurang dari RM 500 sebulan.

Johor adalah negeri bilangan pekebun kecil terbesar iaitu sekitar 38,000 orang dan sekitar 17,000 darinya berpendapatan kurang dari RM 500 sebulan. Manakala Kedah adalah ditangga ke dua iaitu kira-kira 20,000 pekebun kecil dan mempunyai 13,800 yang berpendapatan dalam kategori yang sama.

Bermakna dalam keadaan harga getah sekerap yang turun serendah RM 2.29 sekilo, mereka boleh dianggap kelompok yang berada dalam kemiskinan yang meruncing.

Dalam keadaan musim kering, susu getah jauh lebih mengurang dan pekebun kecil tidak boleh menoreh setiap hari.

Sebab itu keresahan yang akan disuarakan dalam perhimpunan besar-besaran pekebun kecil getah pada 5 hb April ini ada rasionalnya.

MCA Hanya Kemaruk Jawatan Menteri

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya kecil DUN Kajang yang merupaksn ukuran sama ada MCA sudah mendapat kepercayaan pengundi Cina atau sebaliknya, parti itu sebaliknya membuat keputusan mempercepatkan mesyuarat agung luar biasa atau EGM untuk menentukan sama ada mereka wajar kembali menduduki kabinet atau kekal berada di luar kabinet sepertimana sekarang.

Dalam EGM yang diadakan semalam itu, walaupun ada yang keluar dewan perhimpunan sebagai tanda bantahan tetapi akhirnya MCA memperolehi semula mandat untuk kembali ke kabinet dengan undi menyokong sebanyak 1913 daripada 1922 jumlah perwakilan.

Dengan resolusi ini serta bersamaan dengan janji Perdana Menteri untuk memberi jawatan kabinet kepada pemimpin MCA sekiranya usul menolak jawatan dalam kerajaan yang dibuat semasa kepimpinan Chua Soi Lek dahulu dibatalkan, kini semuanya terpulang kepada Najib untuk menentukan bila dan berapa jawatan yang harus diberikan kepada parti itu.

Apa yang menarik dalam EGM kali ialah bukan saja kelulusan kembali ke kabinet itu diperolehi melalui undi angkat tangan tetapi juga tarikh EGM diadakan juga terpaksa menggunakan kuasa Presiden MCA yang hanya menggunakan notis selama 7 hari berbanding peraturan sebenar yang memperuntukkan notis selama 30 hari.

PRK, lalat khinzir dan Masuk gereja – A Kadir Jasin

February 25, 2014

Cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.

Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”

Kes Altantuya timbul semula...!!

Kes bunuh Altantuya: 27 Februari pengurusan kes rayuan pihak pendakwa

Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota unit tindakan khas polis daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu (gambar).

Timbalan Pendaftar Izuddin Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Cif Insp Azilah Hadri, yang turut menyebut kes itu bagi pihak peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar.

Manoj memberitahu pemberita tarikh pendengaran bagi rayuan pihak pendakwa itu masih belum ditetapkan.

Mengenai isu lain, Kuldeep Kumar menyangkal laporan satu portal berita bahawa Sirul Azhar menghilangkan diri selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan.

"Beliau masih ada di sini," katanya.

Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kakitangan KUIN masih engkar pindah ke kampus Kuala Ketil

http://4.bp.blogspot.com/-FOOeaT9wbWE/T_V_CE-DlrI/AAAAAAAAAxo/gEd5ADvNm3k/s320/20120704_122734.jpg
suatu waktu dahulu
Walaupun sudah berulang kali disaran oleh pihak atasan Universiti, masih ada lagi suara-suara sumbang yang mempertahankan keengganan berpindah. Ini ternyata di dalam blog bersih KUIN, mereka seolah-olah hilang arah. Perjumpaan paling terbaharu berlaku pada hari Ahad 23hb Februari perjumpaan kakitangan dengan Rektor. 

Antara initipati mesej Rektor , hentikan serangan-serangan dari blog-blog Bersih KUIN kerana ia akan mencemarkan nama Insaniah sendiri. Memang itu lah yang berlaku selama ini sehingga kesan nya pendaftaran pelajar baru jatuh serendah rendahnya berbanding masa-masa dizaman mantan Rektor Dato Jamil Osman dan mantan MB Allahyarham Dato Seri Azizan. 

Kalau dahulu mereka bergembira dapat mengnyahkan ramai kakitangan Insaniah Holdings(IHSB) secara zalim, menghina mereka dan sebagainya, sekarang mereka akan merasa kepahitan dan kesangsaraan dari keengganan tersebut. Memang benarlah Allah itu Maha Adil. Roda itu bulat, semalam kamu di atas, hari ini dibawah. Rasakan lah. Kezaliman yang mereka lakukan terhadap bekas2 kakitangan IHSB sekarang sedang mengelilingi mereka.

Nizar menang saman fitnah terhadap TV3

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.

Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

PKR jamin kes saman Hadi Awang dapat diselesaikan

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
February 25, 2014

Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Beza saya dengan Zaid Ibrahim, dia pernah ‘jilat’ Anwar, kata pengarah Umcedel

Datuk Zaid Ibrahim tidak memberikan fakta yang betul dalam menafikan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Redzuan berkata, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.

“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah.

“Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Semalam, Zaid mempertikaikan kajian Umcedel dengan mengatakan Anwar mempunyai pengaruh dalam kajian badan itu berkaitan PRK DUN Kajang yang menghasilkan dapatan positif kepadanya.

Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

“Beza saya dengan orang lain, saya bersangka baik dengan semua orang tidak kira Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Anwar.

Kes tipu NFCorp: "VVIP itu Dr Mahathir"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen, beliau tidak akan berurusan dengan Datuk Shamsubahrin Ismail sekiranya mengetahui dari awal ahli perniagaan itu bukan dihantar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantunya.

Bekas pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) itu berkata ahli perniagaan itu memaklumkan kepadanya yang beliau dihantar oleh Dr Mahathir semasa pertama kali bertemunya di sebuah restoran di Taman Tunku di sini pada November 2011.

Katanya Shamsubahrin menyebut nama bekas perdana menteri sebagai orang sangat penting (VVIP) yang dimaksudkannya selepas beliau menegaskan tidak mahu meneruskan perbincangan sekiranya ahli perniagaan itu tidak mahu menyatakan nama VVIP tersebut.

"Pada masa itu, dia (Shamsubahrin) jawab tidak boleh memberitahu nama VVIP itu, saya kata 'ok' dan terus bangun serta mengambil fail untuk beredar namun Shamsubahrin kemudian menyebut nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta saya duduk semula," katanya.

Mohamad Salleh, 66, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa, yang kini Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan, selepas dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes Shamsubahrin, 48, menipunya membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Kaji PBS, jangan ulangi Kesilapan PPSMI

Merujuk muka depan akhbar Berita Harian yang bertajuk 'Guru Tidak Perlu Laksana PBS' bertarikh 24 Februari 2014, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) menyambut baik cadangan ini. Kami ucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani membuat keputusan baik dan bersifat drastik seperti ini.

Pada hemat kami, biarlah keputusan ini dibuat atas sikap rasional bukan hanya disebabkan tekanan politik dan ingin menjaga imej serta nama baik kerajaan semata-mata, selepas tekanan demi tekanan diberikan hinggalah akhirnya satu himpunan khas 'Bantah PBS' diadakan pada Sabtu lalu oleh Sekretariat Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik).

Tahniah dan syabas juga kepada para guru dan aktivis masyarakat yang sangat berani dan prihatin. Sewajarnya tindakan mengkaji semula dan menangguhkan ini telah lama dilaksanakan. Kerajaan semestinya lebih peka terhadap masalah ini. Moga tindakan hari ini dapat menunjukkan keseriusan kerajaan dan mencerminkan kejujuran pimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyatakan kebimbangan yang sama terhadap isu pendidikan negara ini.

Anwar perlu nasihat ahli PKR tarik saman Hadi

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu.

Calon Bebas yang akan menentang Anwar pada PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Ketua Umum PKR itu tidak berbuat demikian, ia hanya akan menyerlahkan keangkuhan PKR terhadap sekutunya, Pas.

“Dari segi moral, tindakan calon PKR di Terengganu (pada PRU13) menyaman Presiden Pas hanya menunjukkan kecelaruan jelas dalam kerjasama parti komponen PR.

"Namun, pada saya, isu ini tidak harus dilihat secara sempit kerana ianya lebih besar, iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan serius PKR dengan Pas,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Penternak kambing parah ditembak di Lunas

HARAKAHDAILY

KULIM: Seorang penternak kambing parah ditembak ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Makmur, Lunas dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun sedang minum bersama seorang rakannya apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan bersenjatakan pistol meluru masuk ke dalam restoran itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Katanya suspek yang dikatakan datang ke tempat kejadian bersama seorang lelaki lain dengan menaiki sebuah motosikal bergegas meninggalkan tempat kejadian selepas menembak mangsa.

"Mangsa yang cedera di bahagian kaki, dada dan perut rebah ke lantai restoran tersebut dalam keadaan berlumuran darah akibat tembakan bertalu-talu tersebut. Lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kulim oleh pasukan polis yang tiba sejurus mendapat maklumat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kadir Jasin tibai Ridhuan Tee dalam isu Anwar masuk gereja..!!

Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram, kata Kadir Jasin

Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.
Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

Betulkah ada Mesin Cetak Digital RM1.3juta yang baru di beli kat Wisma Darul Aman??

MESIN CETAK DIGITAL RM1.3 JUTA!!! DI WISMA DARUL AMAN
Zulkifli Yahaya


Seorang rakan ‘SCK’ beritahu.. Kerajaan Negeri Kedah beli sebuah mesin pencetak digital yang diletakkan di bawah Unit Tranformasi Media bernilai RM1.3 juta. Timbul kemusykilan ramai pihak ialah mesin tersebut dimasukkan pada bulan November lalu, sewaktu hari cuti tanpa pengetahuan pegawai tadbir. Apa yang pegawai terima ialah bil yang perlu dijelaskan kepada pembekal. Soalnya siapa yang luluskan peruntukan yang sebesar itu, hanya pembelian peralatan sebuah unit yang kecil. Adakah ia diputuskan dalam mesyuarat Exco?

Khabarnya mesin pencetak yang mahal itu setakat ini hanya digunakan untuk mencetak satu keluaran khas Warta Darul Aman. ‘Alim’ sangat bab percetakan tu tidaklah, tapi saya pernah memiliki perniagaan dan memegang lessen mesin cetak lebih 15 tahun. Bagi saya pembelian itu adalah pembaziran dan merugikan!!! Kos bahan mentah seperti kertas dan toner, juga kos penyelenggaraan perlu diambilkira. Lebih jimat pergi hantar kerja percetakan kepada pencetak luar, orang lain pun boleh tumpang cari makan.

Mana RM1 bilion duit zakat?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Subsidi seperti BRIM bukan penyelesaian kenaikan kos sara hidup


Tan Sri Muhammad Ali Hashim  
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
 
SHAH ALAM – Masalah kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta lonjakan inflasi yang tinggi di negara ini tidak boleh diatasi dengan pemberian subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, kerajaan sepatutnya mengatasi kemelut ekonomi itu dengan menyediakan platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi hanya untuk jangka pendek.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inlasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas gologan kelas menengah dan pertengahan malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” katanya pada Wacana Sinar ke-26 bertajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Harga beras wajar turun

ROSLINDA HASHIM
24 Februari 2014

ALOR SETAR - Harga runcit beras di pasaran wajar diturunkan bagi membantu meringankan beban rakyat memandangkan harga beras di pasaran antarabangsa mengalami penurunan ketara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, berdasarkan laporan agensi berita Reuters 19 Februari lalu, berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi kerajaan Thailand, akhir bulan ini.

“Bawah skim subsidi padi Thailand, petani dibayar sebanyak 15,000 baht bagi setiap tan. Apabila skim subsidi ini dihapuskan, petani dijangka terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8,000 hingga 9,000 baht iaitu 47 peratus lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, petani Thailand juga terpaksa menjual padi pada harga rendah kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga kembali pulih.

Cuaca kering hingga pertengahan Mac

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

SHAH ALAM – Cuaca kering yang melanda seluruh negara bersifat sementara dan dijangka berakhir pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, fenomena ini disebabkan negara berada dalam fasa pertengahan Monsun Timur Laut.

“Keadaan ini menyebabkan lebih banyak hari kering berbanding hari hujan. Di Semenanjung Malaysia, cuacanya lebih kering berbanding Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, cuaca kering ini masih berada dalam julat normal dengan suhu maksimum 32 hingga 35 darjah Celcius,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, keadaan cuaca panas seperti itu adalah normal menjelang pertengahan bulan hadapan dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada 1997.

“Situasi ini berlaku setiap tahun dan negara pernah mengalami cuaca kering yang lebih teruk daripada ini pada 1997 ketika fenomena El-Nino. Selepas pertengahan Mac, suhu akan mula lembap,” katanya.

Solat Hajat RM2juta berkenaan saman Presiden PAS isu Pil Kuda...nak pie atau tidak..???

oleh Buluh Madu 2014


Sebelum itu mari kita dengaq dulu Ucapan tersebut

ini pula laporan polis yang dilakukan oleh calon PKR tersebut


akhirnya pada 23hb feb yang lepas mahkamah telah adakan satu keputusan

Monday, February 24, 2014

Batalkan tindakan terhadap guru kritik PBS

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia digesa membatalkan serta-merta semua tindakan tatatertib terhadap sekumpulan guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebelum ini agar ia selaras dengan keputusan kerajaan menggantung pelaksanaannya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata tindakan tatatertib tersebut adalah tidak wajar sambil menyifatkannya sebagai tindakan jahat dan pengecut untuk menghalang guru-guru membuat kritikan yang munasabah dalam perkhidmatan pendidikan.

“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi perhatian peribadi beliau untuk memastikan semua tindakan tatatertib terhadap Nor Izzat dan guru-guru yang mengkritik PBS dibatalkan serta-merta.

“Pelaksanaan PBS telah menyebabkan guru-guru menjadi seperti kerani pencatat data, memaksa mereka bangun pada jam 2-3 pagi untuk memasukkan markah pelajar berikutan masalah jaringan online,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan guru-guru yang mengkritik PBS sepatutnya diberi ruang oleh kementerian terbabit dalam penilaian terhadap sistem tersebut sebagai usaha penambahbaikan mengubah sistem pendidikan negara.

Sehubungan itu, Kit Siang mendesak Muhyiddin mengemukakan laporan lengkap kepada Parlimen berkenaan permasalahan pelaksanaan PBS dalam sidang Dewan Rakyat, Mac depan.

Minggu lalu, Ketua Jawatankuasa Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuat kuasa pada 17 Februari.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut dilaporkan media telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Khamis lalu.

Katanya, pihak JPN tidak menyatakan sebab utama pertukaran sekolah tersebut berlaku.

Penerima BR1M maut ditikam

Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.

Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.
Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.

Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.

Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.

Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.

PBS - Siapa yang tandatangan surat pertukaran guru, apa motifnya.. menteri nafi..!!

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok
SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini.

Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui dirinya bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit.

"Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini.

"Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Hari ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut.

Kenyataan PM NAJIB jenaka paling hebat abad ini

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu...mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...