Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
SHAH ALAM - Kerajaan perlu menjadi pendengar yang lebih baik bagi mendengar keluh kesah rakyat ekoran tekanan hidup yang kian meningkat kebelakangan ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata,  kerajaan yang baik adalah pendengar yang baik.

"Nak menandakan seseorang itu ada satu perwatakan yang baik, dia mesti antara satu cirinya adalah menjadi pendengar yang baik.

"Jadi, kepada sebuah kerajaan, saya juga sering menggunakan metafora begitu. Kerajaan yang baik adalah yang mesti menjadi pendengar yang baik," katanya kepada Sinar Harian Online.