TERKINI :

Monday, December 30, 2013

500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan

BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Nasibku Rakyat Biasa, sudah kena halau keluar negara disebabkan bantah barang naik harga..!!

Dr Maza pun bersama kita nampaknya...
Tahniah ...
Terima kasih dr maza

Himpunan TURUN boleh dielak jika Najib...

RENUNGAN

Kita akan mengakhiri tahun 2013 Masihi yang boleh dianggap tahun tiada kemenangan untuk BN dan PR. Tahun seri. Tahun ini telah berlangsung pilihan raya umum ke-13, Mei lalu dengan kesudahan memberi kemenangan kepada BN (dengan kiraan kerusi), bagi terus memerintah Malaysia selama lima tahun lagi.

Manakala dari sudut undi popular, PR boleh merasa mereka menang kerana mempunyai kelebihan undi sekitar 2%, dengan kedudukan 52% PR berbanding 47% BN.

Beberapa jam lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita dengan membawa seribu kenangan pahit manis terutamanya dalam arena politik. Sepanjang 363 hari lalu bermacam-macam aksi politik yang berlaku, dan telah dirakam oleh sejarah. Dalam pelbagai aksi itu berbagai tunjuk perasaan, himpunan, perarakan, protes telah diadakan. Semua aksi dan keramaian itu meletakkan BN dalam keadaan cemas dan bimbang.

Bolehlah dianggap sebelum pilihan raya umum, 5 Mei 2013 seluruh pemimpin BN terutamanya Umno tidak nyenyak tidur. Mereka pada waktu itu sedang bertarung nyawa sama ada akan dapat meneruskan mempertahankan kerajaan atau pun tidak. Tegasnya tahun 2013 adalah tahun sangsara politik bagi BN dan tahun kekurangan bekalan oksijen bagi Umno.

Pemuda Umno Tanjung Karang menongkah arus, mereka turut sokong TURUN harga..!!


2014 tahun kelaparan, ikat perut buat rakyat

Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan 2014 merupakan tahun kelaparan atau ikat perut bagi seluruh rakyat negara ini apabila kerajaan bertindak meluluskaan kenaikkan kadar harga tol dan terif elektrik.

Jelasnya rakyat terpaksa berhadapan dengan rantaian beberapa kenaikkan harga barang keperluan dan makanan susulan dari kenaikan kadar tol yang terus memberi bebanan kepada mereka.

"Saya melihat 2014 bukan tahun yang mengembirakan rakyat tetapi terus memberi tekanan kepada seluruh rakyat.

"2014 adalah tahun ikat perut atau tahun lapar, rakyat terpaksa membuat catuan dalam perbelanjaan mereka, terpaksa berhadapan dengan satu fenomena yang teruk dari kenaikkan tersebut, " jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau dalam pada itu turut menasihati kerajaan agar tidak takut dengan himpunan yang diadakan pada 31 Disember nanti, jika kerajaan merasakan keputusan kenaikkan tersebut bukan satu kesalahan.

Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
December 30, 2013

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim  menafikan penglibatannya dalam Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut.

"Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut. Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut.

"Maka, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam kes saman ini.

Atas desakan rakyat, tahun ini najib juga umum langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014




Tengok... Tiba-tiba umumkan langkah penjimatan. Kalau rakyat tak bising, ada semua ni nak difikirkan kerajaan BN???

Kami mahu beban rakyat dikurangkan oleh kerajaan dengan menurunkan harga barang keperluan.

INILAH CARANYA PM MEMUJUK RAKYAT YANG SEDANG MARAH

"ELAUN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DIPOTONG 10%" PM NAJIB RAZAK

ADAKAH INI CARA TERBAIK UNTUK MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG DAN KOS SARA HIDUP? DAN KALAUPUN HENDAK MENGURANGKAN PERBELANJAAN AWAM.. ADAKAH INI PILIHAN DAN KEPUTUSAN PALING BIJAK? BANDINGKAN DENGAN PEMBAZIRAN, RASUAH, KETIRISAN, BOROS YANG MENCECAH RM30 BILION SETAHUN?

DAN BUKANKAH SLOGAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ITU SEBENARNYA SESUATU YANG SANGAT BAIK?

Rakyat guling kerajaan...Demokrasi, Kerajaan giling rakyat....Autokrasi

NONETekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal

Dec 30, 2013
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.

“Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Najib perlu jelas kondo RM110 juta milik anak tirinya, kata PKR

PKR hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pembelian sebuah unit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York oleh anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz, seperti dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata Najib mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi penjelasan kerana ia berkaitan tentang ketelusan dan akauntabiliti.

"Perdana Menteri harus memberikan penjelasan kerana ia merupakan piawaian ketelusan dan akauntabiliti negara yang mengamalkan politik matang.

"Pihak yang terlibat dengan dana awam menjadi tanggungjawab kepada mereka menjelaskan dan membuktikan sumber dana itu sah dan tidak berkaitan dengan dana awam," kata beliau kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini.

Sabtu lalu, portal berita Sarawak Report mendakwa Riza membeli sebuah kondominium tujuh bilik pada 19 November tahun lalu di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Riza merupakan anak kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan sebelumnya.

Akhir ada POLIS PENCEN dijumpai yang akal waras cara berfikir dan bercakapnya..

Bekas IGP: Himpunan esok mampu dikawal

PDRM

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini melontarkan keyakinan rakyat akan bertindak secara rasional ketika menghadiri perhimpunan yang dijadual esok malam.

Jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, rakyat Malaysia lazimnya menghormati undang-undang selain kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan himpunan seperti itu sebelum ini.

"Saya yakin situasi esok tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.

"... keyakinan saya disandarkan ke atas dua sebab iaitu PDRM boleh kendalikan sebarang situasi yang timbul ketika perhimpunan tersebut.

"Serta yakin dengan masyarakat Malaysia yang sentiasa berfikiran rasional dalam bertindak," katanya dalam satu sidang media khas di Pejabat Yayasan Pengaman Malaysia hari ini.

Siapa akan gulingkan PM 31 Disember, Najib?

– Zainulfaqar Yaacob

December 30, 2013

NGO mesra Pakatan Rakyat digambarkan mahu menggulingkan Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat pada 31 Disember ini di Kuala Lumpur melalui gabungan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Ada satu perkara tidak disebut di sini, iaitu Najib Razak tahu bahawa pasukan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Umno akan menggulingkannya sebagai perdana menteri jika isu kenaikan kos sara hidup rakyat sekarang tidak ditangani segera.

Krisis seperti sekarang tidak jauh berbeza dengan krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, tahun 1997 dahulu.

Mahathir bijak kerana cepat memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi penggantinya, sebagai perdana menteri tidak lama selepas itu.

Mahathir sedar krisis perlu diurus dan salah satu kaedah yang wajar adalah melakukan transisi kepemimpinan negara.

Timb. Ketua Polis KL boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan keterangan palsu.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan keterangan palsu bagi tujuan mewujudkan situasi tidak aman kepada masyarakat awam.
“Kenyataan dikeluarkan Amar berniat jahat, cuba menghalang orang ramai menggunakan hak mereka berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan Persekutuan.
“Tindakkan melakukan satu sidang akhbar dan menamakan empat pertubuhan akan melakukan keganasan serta menyatakan secara teliti bahawa kumpulan itu akan menggunakan bom tangan dan senjata akhirnya disiarkan secara meluas dalam akhbar harian utama.
“Jelas sekali itu satu kes fitnah yang boleh membawa kepada saman fitnah yang jelas,” kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

BOM TANGAN : Siapa PESERTA itu wahai PDRM?

KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2013 (2.10pm)

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?

Respon yang diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang cuba mengelak dari notis saman RM100 juta oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggambarkan dirinya berada dalam kedudukan panik.

Datuk Amar Singh dalam kenyataan terbarunya nafi menyebut NGO merancang pengeboman, tetapi menyebut risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain. Persoalan timbul, siapakah peserta itu? Apakah peserta itu dikenali di kalangan polis? Berapa banyak bom tangan yang ditemui?

Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan 'cakap pusing'nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar.

Ucapan Tahun Baru Najib diserang pengguna Facebook ekoran kenaikan kos sara hidup

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.

Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya.

Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup.

Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.

Emel palsu: Rafiz minta polis siasat empat 'blog Umno'

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog Umno yangh didakwa menyebarkan emel palsu yang bertujuan mencetus huru-hara.

Rafizi berkata beliau membuat laporan terhadap blog yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com.

Beliau mendakwa blog berkenaan bertanggungjawab menyebarkan satu emel palsu sejak 27 Disember lalu, yang menyebabkan beliau disiasat polis semalam.

MP Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh "blog Umno" tersebut.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut.

"Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya.

GULING : Selepas SAMM & CheguBard nak saman Timb Ketua Polis KL kini giliran Jingga 13 pula..

OLEH DIYANA IBRAHIM
Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mendesak Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh tarik balik tuduhan bahawa Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menimbulkan kekecohan pada sambutan malam tahun baru di Dataran Merdeka.

Menurut Timbalan Koordinator Jingga 13 Amizudin Ahmad, kegagalan Amar Ishar untuk menarik balik dakwaan tersebut akan menyaksikan tuntutan saman keatas Polis DiRaja Malaysia oleh NGO berkenaan.

Semalam pihak polis mendakwa Jingga 12 merupakan di antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan Turun pada 31 Disember, selain Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Pemuda PR ajak Pemuda BN turut serta perhimpunan menurunkan harga barang di Dataran Merdeka

Pemuda Pakatan Rakyat sokong himpunan 31 Disember, ajak Pemuda BN turut serta


Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memberikan sokongan terbuka kepada perhimpunan menurunkan harga barang yang akan diadakan serentak dengan sambutan tahun baru dan mengajak Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk bersama mereka.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (gambar) berkata, pemimpin BN perlu melaksanakan cadangannya untuk perubahan dengan tidak kekal diam dan menyokong hak demokratik rakyat.

"Prinsip kami untuk menyokong hak demokratik rakyat perlu diikuti oleh Pemuda BN khasnya Pemuda MCA kerana pemimpin mereka juga mengajak kepada perubahan," Teo berkata dalam kenyataannya hari ini.

Sambil mendesak Pemuda Umno dan MCA menyertai perhimpunan 31 Disember, Teo berkata jika Pemuda BN tidak menyertainya, "desakan menuntut perubahan oleh Pemuda BN hanya retorik semata-mata".

Polis & BN diminta berhenti jadi “perogol bersiri” hak rakyat, kata Ahli Parlimen PAS

PAS meminta supaya polis dan Barisan Nasional (BN) berhenti dari menjadi "perogol bersiri" hak rakyat sebaliknya jadilah polis yang berintegriti dan dihormati.

Pengerusi Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, polis yang turut menerima bahana dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup sudah tentu tahu bahawa perhimpunan aman yang ingin diadakan 31 Disember ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menurunkan takhta kerajaan BN.

"Sebaliknya perhimpunan aman itu adalah untuk jatuhkan dan turunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang dalam kenyataannya hari ini.

Mohamed Hanipa mengulas kenyataan polis dan media BN kononnya himpunan 31 Disember di Dataran Merdeka bertujuan menggulingkan kerajaan.

Antara penganjurnya iaitu Pengerusi Badan Bertindak Turunkan Harga Barang (Turun), Nor Azan Safar telah ditahan polis untuk soal siasat.

Hari ini, Mingguan Malaysia menyiarkan satu surat dari rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tentang pelan pelaksanaan perhimpunan 31 Disember ini.

Asri: Agaknya Malaysia ini siapa yang punya?


Mohd Asri Zainal Abidin
SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.

Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.

Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.

"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.

"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.

"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya, hari ini.

Ancaman bom: Surendran beri 48 jam untuk polis siasat dakwaan blogger pro-Umno

Ancaman bom: Surendran beri 48 jam

N.Surendran
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik.

“Penyiasatan itu bermotifkan politik untuk memberi sokongan kepada tindakan kerajaan yang mendakwa akan wujud usaha menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

“Kita bagi tempoh 48 jam atau dengan segera, tangkap blogger pro-Umno yang mengeluarkan e-mel palsu itu, kalau tidak, kita akan tahu bahawa mereka itu memihak kepada Umno dan bukan menjalankan siasatan dengan adil,” katanya selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...