Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tidak menguntungkan sesiapa, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, pusingan ekonomi menjunam yang sangat dahsyat bakal berlaku bermula daripada kenaikan harga sehingga kadar pengangguran kian tinggi yang menyebabkan jumlah pendapatan kerajaan akan terus berkurang.

"Kerajaan menaikkan harga asas seperti minyak, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam dan tahun depan kemungkinan besar, tol.

"...pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk tampung kos hidup. Majikan terpaksa tingkatkan harga jualan mahupun servis.

"...pelanggan berkurang, untung kurang... Majikan tak lagi mampu tampung kerugian maka di situ bermula pengangguran," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.