TERKINI :

Saturday, December 28, 2013

Hebat Sg Petani hari ini, di luar seronak dengan #JomHeboh di dalam suka tengok pusat...!!

dari rakan FB
NAH!!! Puas hati hangpa.. BN MENANG KEDAH SENANG... senang nak tengok pusat.. macam tu kaaa... kat Luaq dok kalut dengan JOM HEBOH mai kat Dalam dok kalut TAYANG PUSAT...

5 tahun lepas rindu dendam tak boleh tengok benda macam nie maka hari nie nampaknya SG PETANI jadi jammed dengan kedatangan serata genap segi rakyat Kedah menyambut hari kebebasan untuk bersuka ria...

TAHNIAH RAKYAT KEDAH.... hangpa memang membuat pilihan yang bijak....

Bila orang dulunya cerdik buat kerja bodoh, habih satu Malaysia depa nak perbodohkannya..!!

KDN usah timbulkan 'public fear' kepada masyarakat
Nor Azhar bin Baharum

MAHASISWA menyanggah beberapa tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus menerus menimbulkan 'public fear' kepada rakyat berhubung Himpunan Turun pada malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Pihak PDRM masih beralasan 'teknikal' seperti permit dan tema nama Turun walaupun sudah dijelaskan berulang kali bahawa rakyat yang menyokong Turun hanya ingin menumpang bersama himpunan sambutan tahun baru yang sudah bertahun dianjurkan di sana tanpa permit. Ini bertambah buruk dengan ugutan dan gertakan mengenai usaha tangkapan pimpinan mahasiswa melalui media pro-BN. Mahasiswa yang turun ingin meluaskan penerangan membumi kepada hadirin yang hadir kelak berkaitan isu kenaikan kos sara hidup.

Mahasiswa juga berasa kehairanan dengan tindakan media pro-BN yang masih berlagak kepandaian dalam memahami isu sebenar Turun. Sudah dijelaskan secara meluas himpunan Turun langsung tiada kaitan dengan persoalan gulingkan kerajaan. Dilaporkan berita seolah kebudak-budakan dari beberapa pihak yang terus menerus menenggelamkan isu sebenar yang dibawa oleh mahasiswa berkaitan beberapa kritikan membina kepada pihak kerajaan pusat berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Tuduhan sebegini seolah-oleh menunjukkan mahasiswa tidak faham dengan sistem demokrasi raja beperlembagaan di Malaysia. Kami sudah terlibat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, sudah mengundi, maka tersangat bodohkah kami untuk memahami sistem negara ini. Dunia kini yang sudah maju dengan kemudahan meluas dan membumi untuk mencapai akses maklumat sebenar dengan cepat dan mudah namun kehairanan masih tidak dapat dicapai oleh pihak media pro-BN.

Yess!!! Abang Besar pun mau turun 31 December nanti, baru best layan konsert DBKL kat Dataran Merdeka..!!

KUALA LUMPUR: PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar) melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.

Sebagai contoh, katanya PAS akan sama-sama menggerakkan Himpunan Bantah GST yang dirancang diadakan pada Hari Buruh, 1 Mei akan datang.

Tu dia aihh, naik harga maka kerja kena kuat cari wang lebih.. macam celaka puak nie..!!

PPIM: Harga naik, kerja keras cari wang lebih
Lawrence Yong


Di sebalik rungutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebaliknya tampil menggesa pengguna bekerja lebih kuat untuk mendapat lebih pendapatan.

Pemimpin PPIM Nadzim Johan berkata, ekoran kenaikan itu, pengguna disaran bangun dan bekerja lebih keras dan tidak harus hanya duduk menunggu semata-mata.

"Buat sesuatu, cari pendapatan lebih," katanya dalam forum mengenai kenaikan harga barang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Ini turut mendorong sekumpulan aktivis NGO menganjurkan perhimpunan membantahnya di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru yang kini diisytihar perhimpunan haram oleh polis.

nie ada ucapan untuk hangpa....

BN guna kelemahan pengundi Melayu kekalkan kuasa

SUHAIZAN KAIAT

PEMUDA Pas Malaysia kesal kerana kerajaan Barisan Nasional menggunakan kelemahan pengundi Melayu untuk membolehkan mereka terus berkuasa dan menguasai negara.

Strategi dan taktik ini sudah sebati dengan jiwa mereka dengan menjadikan kelemahan pengundi Melayu luar bandar serta masyarakat felda sebagai senjata dan sasaran mereka.

BN memahami bahawa politik masyarakat Melayu yang mudah lupa dan sejuk hanya dengan insentif dan janji yang ditawarkan menjelang 6 bulan sebelum pilihanraya umum.

Selama 4 tahun lamanya rakyat menderita dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang begitu tinggi, namun menjadi lupa hanya dengan kehadiran gula-gula pilihanraya beberapa bulan menjelang PRU.

Jika hari ini rakyat cukup sengsara dengan kenaikan harga gula, tarif elektrik, kadar tol, memperkenalkan cukai GST dan lain-lain lagi Pemuda Pas yakin beberapa bulan menjelang PRU kerajaan BN akan bersikap lunak dengan beberapa pendekatan politik termasuk menurunkan beberapa harga barangan dengan tujuan membeli jiwa rakyat.

Kisah Kondo RM110juta, Kesian Tun Abdul Razak

A Kadir Jasin


KESIAN Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dengan penerbit filem Hollywood yang tidak ada talian darah dengan beliau.

Penerbit filem itu namanya Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain daripada dia anak tiri kepada anak Tun Abdul Razak iaitu Mohd Najib, dia tak ada apa-apa pun pertalian dengan Tun Abdul Razak.

Mengikut cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.

Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.

Ini dia Tan Sri yang memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran..!!

Muhammad Ali: Saya terpaksa buat kenyataan media

MUHAMMAD ALI

SHAH ALAM - Gara-gara artikel ‘Menuntut Hak, Menebus Masa Silam’ yang ditulisnya, bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim disifatkan menderhaka kepada Raja.

Menurut Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, artikel berkenaan menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor dan dikhuatiri artikel itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan Sultan Johor.

Semalam, Muhammad Ali telah memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran yang pernah diterima iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Malah menurut beliau, ekoran tidak dapat menerima dakwaan tersebut, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia itu akui terpaksa membuat kenyataan melalui media bagi menjelaskan perkara tersebut.

MTUC cadang elaun Cola swasta RM300, ada kerajaan nak dengar...??

Khalid Atan 
 Khalid Atan

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam, mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu, adalah penting bagi kerajaan memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

Kini, gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan di Sabah dan Sarawak sebanyak RM800.

Himpunan TURUN 31 Disember tidak guling kerajaan, ini himpunan rakyat sambut tahun baru

Himpunan 31 Disember tidak guling kerajaan
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

SHAH ALAM - Perhimpunan yang akan diadakan pada malam 31 Disember ini, bukan bertujuan mengguling kerajaan kata, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar.

Beliau berkata, agenda utama mereka adalah memprotes kenaikan mendadak kos sara hidup yang akan dirasai rakyat menjelang tahun 2014.

Menurutnya, selain itu perhimpunan ini juga bertujuan bagi mengingatkan kerajaan pada janji mereka dalam manifesto PRU13 yang lalu, serta menentang ketirisan dan penyelewengan dalam urus takbir kerajaan.

“Himpunan ini untuk rakyat suarakan protes mereka bukan gulingkan kerajaan. Kami menjunjung demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang.

“Tiada yang mengetuai himpunan ini, mereka yang rasa terkesan boleh sama-sama turun nyatakan bantahan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Menteri mintak bukti pula kata barang mahal, tunggu 31hb Dec la jika nak bukti..

Jangan sampai rakyat mula masuk bilik gantung diri..!!

Maliki: Saya bimbang rakyat dah tak nak bercakap

Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  
Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

BANGI - Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyatakan kebimbangan dengan situasi penjawat awam yang dilihat tidak sensitif terhadap isu rakyat ketika ini terutamanya dalam menangung kos hidup.

Mengambil contoh satu kejadian baru-baru ini, Maliki berkata, seorang pegawai dari agensi awam berkata, sekiranya rakyat ingin membeli rumah teres bernilai RM300,000  sektor tersebut telah menyediakan banyak pilihan untuk dibeli.

"Pegawai berkenaan berkata, 'cuba cari di Dengkil. Kenapa mesti semua nak beli di kawasan KLCC, orang muda semua nak ‘enjoy’ begitu. Sedangkan saya ada dalam mesyuarat itu.

“Saya beritahu menteri, saya duduk di Bangi, saya merayau sampai ke Beranang, Pajam untuk cari rumah.  Saya cari, memang tak ada. Cuba cari sekarang ini rumah harga RM300,000 di Dengkil. Memang tak ada.

Balak ditebang, duitnya dibawa membeli belah dan ketempat judi di London, rakyat mandi lumpur

oleh Aspan Alias
 
Saya mengucapkan kepada semua khususnya kepada yang rakan-rakan yang beragama Christian Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Bulan Disember ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi hampir semua orang untuk persediaan menyambut tahun baru itu. Ibu bapa sibuk dengan persediaan persekolahan anak-anak.

Kali ini ibu bapa terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan harga yang paling murah dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak kerana setidak-tidaknya pendapatan mereka berkurangan sebanyak RM100 kerana hujung tahun ini tidak ada bantuan untuk anak-anak sekolah dari kerajaan. Sememangnya memang dijangka tidak akan ada bantuan RM100 itu kerana pilihanraya sudah selesai dan yang menyandang masih mendapat mandat. Tidak perlu lagi membeli jiwa dari rakyat.

Jika pilihanraya masih belum diadakan mungkin lebih banyak bantuan akan diterima oleh ibu bapa seperti tahun-tahun yang lepas. Malahan selepas pilihanraya ini, seperti selepas pilihanraya-pilihanraya yang lalu, cukai akan dinaikkan dan segala subsidi yang sudah tersedia diterima selama ini akan dikurangkan. Pendeknya subsidi dikurangkan, cukai ditambah.

Bagi yang sudah menjadi kaya raya seperti ahli-ahli politik yang memberikan bantuan RM100 kepada ibu bapa yang miskin itu, sekarang berada di merata-rata bandar tersohor di seluruh dunia. Didapati beberapa orang Menteri yang pernah menaiki hanya motorsikal dahulu sekarang sudah berkemampuan untuk membeli belah hujung tahun di Harrods dan Bond Street di Kota Raya London dan ada yang sudah mampu untuk berehat di Austrian Alps di Austria.

‘Kera di hutan disusukan, anak di Kuantan dibiarkan'

‘Kera di hutan disusukan, anak di Kuantan dibiarkan,’ kata Fuziah

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit kepada mangsa bencana alam di luar negara berbanding mangsa banjir di kawasannya iaitu Kuantan.

“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.

“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan, kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya sebagaimana dilaporkan Selangor Kini.

Kuantan dan Kemaman menghadapi banjir terburuk dalam sejarah mereka di mana ribuan mangsa terpaksa dipindahkan manakala kerugian dijangka jutaan ringgit.

Anak Tiri NAJIB beli Kondo RM110juta di New York

Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York
 
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Antara GULING KERAJAAN dan TURUN bersantai sambut tahun baru di Dataran Merdeka

 kan polis dah tangkap dah, habih dok sebok apanya lagi??
 Ha Ha Ha. Jika memang kerja PAS nk GULING KERAJAAN pun tapi pas akan GULING dalam pilihanraya laa...  nak GULING waktu nie pun bukan boleh rakyat MALAYSIA tak ada kekuatan dan kemampuan nak turun-turun GULING KERAJAAN nie.. depa sayang lagi kerajaan tu... 

 Tak yah habaq laa... hangpa pun kira DERHAKA juga sebab tak laksana apa yang dijanjikan... hangpa bawa manifesto nak menanggani kos rakyat tapi hangpa tipu rakyat baginda dan tak laksanakan manifesto tersebut... tak derhaka namanya....

Jom TURUN di DATARAN MERDEKA, DBKL kata boleh sambut tahun baru disitu..!!

Sambutan Tahun Baharu 2014 diteruskan - DBKL


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap meneruskan acara sambutan Tahun Baharu 2014 yang dianjurkan pihaknya di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul pihak DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan sepanjang sambutan berlangsung.

Menurutnya, Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara rasmi sahaja termasuk sambutan tahun baharu dan pihaknya juga telah melakukan persiapan sejak minggu lalu untuk mengadakan acara tersebut.

"Setakat ini, DBKL tidak menerima permohonan permit berhubung sebarang penganjuran acara lain oleh pihak luar termasuk Himpunan Guling Kerajaan yang dikatakan akan diadakan pada tempat dan tarikh yang sama.

Tahniah!! Penunggang Motorsikal Bakal Dikenakan Bayaran Tol!!


Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya.

Nanyang Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu.

Beliau berkata, hanya beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal.

"Kami juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka .

"Kami juga akan mengkaji lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal pelbagai saiz. "

Asyik suruh Rakyat saja berjimat, kerajaan pula mana dia senarai nak berjimat..??

Kerajaan juga perlu berjimat
NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM - Masalah kenaikan kos hidup tidak seharusnya dipindahkan kepada rakyat semata-mata sebaliknya kerajaan juga perlu menunjukkan teladan dengan berjimat, terutama bagi perbelanjaan yang kurang perlu.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemimpin kerajaan perlu menanggung beban yang sama selain mengambil langkah proaktif untuk mengawal harga barang.

"Ini penting kerana peniaga biasanya ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang secara luar biasa atas alasan kenaikan kos dan ini akan lebih membebankan rakyat," katanya.

Sivamurugan mengakui langkah berjimat memang perlu tetapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan juga mesti dikawal supaya tidak lebih menghimpit kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar.

"Saya yakin dalam keadaan macam ini, akan ada pihak ambil kesempatan terutama apabila orang ramai lebih cenderung untuk menyalahkan kerajaan jadi tak dapat tidak, pemantauan dan kawalan mesti dilakukan," tegasnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...