TERKINI :

Thursday, December 26, 2013

Akhirnya BUNG MOKHTAR tewas dengan cybertrooper BN sendiri..!!!

Bung Moktar akan tutup akaun Twitter?

Bung Mokhtar akan tutup akaun Twitter?

SHAH ALAM - Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.

Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.

Pakatan tidak terlibat demonstrasi Turun

Pakatan tidak terlibat demonstrasi Turun, tapi Rafizi akan turun “kalau ada masa”
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
December 26, 2013

Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan penganjuran demonstrasi membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru, kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

"Tidak. Pakatan tidak terlibat," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Perkara itu juga jelasnya tidak dibincangkan PR dalam sebarang mesyuarat mereka, katanya.

Rafizi turut berkata, beliau sendiri tidak mengetahui berkenaan kewujudan kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya mempunyai kelapangan, beliau akan turut serta dalam perhimpunan berkenaan dalam kapasiti peribadi.

TAHNIAH POLIS, makhluk yang ajak orang guling kerajaan dah berjaya ditangkap

Polis tahan pemilik akaun Facebook hasut guling kerajaan
DECEMBER 26, 2013

Kata-kata berunsur hasutan yang menjadi perhatian pihak polis. Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama, 26 Disember, 2013.

Najib, Guan Eng dok semeja melantak, ahli kat bawah dok boh api bagi bercakaq satu sama lain..

Tu dia bukan main sempoi NAJIB GUAN ENG & NAZRI dok makan semeja...

Ahli kot bawah dok boh api bagi bercakaq satu samalain...

Ehsan blog.... KLIK SINI

Pengumuman Geng TURUN, Bukan Geng Guling Kerajaan...

Kenyataan Media
25 Disember 2013

Panitia 'Gerakan3112' #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Ditubuhkan

1. Sebuah panitia Gerakan3112 telah ditubuhkan sejajar untuk memastikan himpunan aman protes rakyat pada ambang tahun baru lebih tersusun dan berjalan lancar. 

2. Penggerak Gerakan3112 adalah terdiri daripada beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dan tiada pemimpin parti politik terlibat.

3. Gerakan3112 menggesa penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun pada malam 31 Disember 2013, menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera - ia sebuah protes dari rakyat untuk rakyat, merentasi batasan kepartian mahupun fahaman agama. 

4. Panitia Gerakan3112 ditubuhkan untuk menyelaras 3 perkara penting pra/pasca #RPDM31D iaitu; 
*Mengatur perikatan dengan kumpulan peguam dalam soal perundangan / pasukan 'Urgent Arrest'
*Persediaan pasukan medic
*Soal pengarahan dan keselamatan pada 31 Disember. 

5. Gerakan3112 menyasarkan objektif membawa semua peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan bermula jam 10 malam. Berhimpun secara aman dan bertahan selama yang boleh.

6. Arahan setakat ini, seluruh kekuatan massa disaran berkumpul di Dataran DBKL pada jam 9 malam, mula bergerak masuk ke Dataran Merdeka jam 10 malam. Berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan manakala bendera parti politik amatlah tidak digalakkan.

7. Semua pengumuman rasmi dan arahan terbaru akan disiarkan melalui saluran facebook event page: Gerakan3112 #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis pada pautan:https://www.facebook.com/events/666666776717568/?source=1

8. Manakala sumber maklumat alternatif pula boleh dipetik dari laman web Blog Tukar Tiub di atas pautan: http://tukartiub.blogspot.com/

Sekian

Panitia Gerakan3112

*Kenyataan Bersama Gerakan3112 dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai salah satu badan penggerak Panitia Gerakan3112

Kerja bangang dok edit banner PERKASA

Tak payah lah kot dok edit sampai timbul fitnah pulak... Tak ada faedahnya pun buat menambah dosa ada la lagik...

Rebat Tol, macam nak kena kencing dengan kerjaan ja lagi nie..!

Rebat Touch 'n Go sah mansuh 2014?
OLEH: NINA FARZUIN MD SHAROM & NORUTUL ILHAM MAD JARI
Tarikh: December 26, 2013

SHAH ALAM – Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch ‘n Go dan SmartTag di pejabat operasi tol.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.

"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber lain yang saya tahu.

"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.

Salah UMNO wahai Isa Samad oi, hangpa yang jadi pemerintah sekarang nie..!

Isma: Kos hidup meningkat memang salah Umno

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 26, 2013

SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini membidas kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyebut rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno berhubung kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

Timbalan Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

"Alasan yang diberikan beliau dilihat cuba memperlekehkan minda rakyat. Seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat.

"Walhal adalah menjadi kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, sebagai parti pemerintah, Umno tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perkara itu.

"Mana mungkin kalau dikatakan Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup.

"Mereka yang menentukan dan menjalankan polisi, maka sudah tentu Umno tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan," katanya.

Jelasnya, meskipun kenaikan kos hidup tidak dapat dielak, kerajaan haruslah bijak untuk membuat penyelarasan dengan menaikkan gaji.

"...Tetapi sebaliknya ini (kenaikan gaji) tidak berlaku, sehingga akhirnya menyebabkan rakyat semakin tertekan.

"Yang menjadi persoalannya, pelbagai kos meningkat naik bahkan dalam masa yang sama pendapatan negara juga semakin bertambah.

"Ke mana perginya wang negara yang melimpah ruah itu? Ditambah pula dengan isu ketirisan yang ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara yang hampir setiap tahun juga masih belum terjawab," katanya.

Penyokong Bolasepak Kedah tolak penggunaan logo baru..!

Tak perlu ditukar akan logo tersebut... Perkukuhkan team dahulu sekurangnya jadi juara liga perdana baru kita memikirkan akan logo pula....

Nie team pun terumbang ambing lagi.. Friendly dengan Penang pun dah 2x dah kalah... Apa ceritaaa...

Tahun baru 2014 yang memeningkan....

FARUSH KHAN

Ada pula pembodek dan penjilat pemerintah yang mengeluarkan hujah-hujah untuk menghalalkan apa yang dilakukan pemerintah.. maka dibawa keluarlah pelbagai teori nas dan dalil untuk bagi rakyat menerima akan hujah mereka..

SEMAKIN hampir 2014, semakin kencang debaran jantung, bukan kerana gembira, tetapi akibat keresahan.

Harga petrol dan gula sudah naik dan reaksi rantaian daripada kesan domino sudah pun terasa; harga macam-macam barang dan kos perkhidmatan turut naik; yang disedari dan yang tidak disedari.

Tersingkapnya tabir tahun baru ini, kadar tarif elektrik dijadualkan naik. Turut membimbangkan ialah kenaikan kadar tol.

Apabila harga minyak, kadar tarif elektrik dan tol naik, kita tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk membuat jangkaan tentang tindakan pantulannya.

Rasanya, kalau kadar tarik elektrik naik, tentu sekali bayaran bekalan air pun akan turut naik kerana kawasan rawatan air dan sebagainya mengguna tenaga elektrik.

Sejak berakhirnya PRU13 Mei lalu, ramai pengguna, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah, sering meluahkan kebimbangan mereka mengenai keupayaan menangani nasib masa depan, berikutan kenaikan kos sara hidup.

Pas tiada hasrat guling kerajaan


Mohamad Sabu ALOR SETAR – Pas menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Pas terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam Pas pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, malam semalam.

Detik hitam dibadai tsunami

Wartawan Sinar Harian

Detik hitam dibadai tsunami  
Antara rumah penduduk yang musnah akibat dipukul ombak 
masih dikekalkan sehingga kini untuk tatapan generasi akan datang.

KUALA MUDA - Tanggal 26 Disember 2004 pasti menjadi ingatan kekal kepada penduduk di sekitar Kota Kuala Muda, Kedah berikutan gelombang tsunami yang meranapkan 10 kampung, sembilan tahun lalu.

Ombak besar yang tercetus akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, Indonesia itu turut melanda Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myammar dan meragut ribuan nyawa.

Di Malaysia, selain Kota Kuala Muda yang terjejas teruk, pesisiran pantai Pulau Pinang, Perlis dan Selangor turut merasai gelombang tsunami dengan angka kematian dianggarkan 45 orang.

Tsunami yang mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi berskala 8.9 skala Richter, dikatakan paling kuat dalam tempoh 40 tahun.

Hospital Langkawi perlu RM140j


Hospital Langkawi perlu RM140j  
Dr Hilmi berbual dengan pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Langkawi.

KUAH - Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara perlu penambah baik bagi sektor perkhidmatan kesihatan kepada penduduk serta pelancong.

Untuk itu, Hospital Langkawi memerlukan RM140 juta bagi kerja menaik taraf kemudahan peralatan baru dan penambahan bilangan katil dari 110 katil kepada 250 katil untuk memenuhi keperluan semasa.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, Kementerian Kesihatan akan mempertingkatkan segala keperluan yang mendesak demi memenuhi permintaan di hospital itu.

"Hospital ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan tetapi terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat kepada pelancong ke pulau ini.

“Permintaan yang tinggi daripada pengguna menunjukkan ‘trend’ kita mendapat kepercayaan rakyat melalui khidmat terbaik yang diberikan oleh hospital kerajaan, selain pertambahan penduduk Langkawi sekitar 105,000 orang dan jumlah kemasukan pelancong sekitar 3.06 juta,” katanya ketika lawatan ke Hospital Langkawi, baru-baru ini

Sorotan 2013: Kedah bertukar kerajaan

http://mk-cdn.mkini.net/685/7c13d7130bc3db90183a1d0ed623f5b6.jpgALOR SETAR - Tahun 2013 menyaksikan kuasa memerintah negeri Kedah kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

BN Kedah, yang prestasinya dianggap luar biasa ketika sokongan kepada BN di peringkat persekutuan dan banyak negeri dikatakan merosot pada PRU13, menang majoriti mudah bagi menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala Pas (sembilan), DAP (dua), PKR (empat).

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding bagi kerusi Dun Ayer Hitam mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu sehari selepas PRU13 itu.

Pemerhati politik berpendapat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum hari pengundian dengan menamakan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menawan semula negeri ini dilihat menjadi faktor penting kepada kejayaan BN menguasai semula Kedah.

Ia dikatakan menjadi tarikan kepada pengundi muda, atas pagar dan pengundi dari luar untuk memberi sokongan kepada BN kerana yakin terhadap kewibawaan Mukhriz sebagai menteri besar yang baharu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...