TERKINI :

Wednesday, December 25, 2013

Adakah umur Najib menjadi PM Malaysia semakin pendek..?

Berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

DEC 25, 2013 | HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Kritikan demi kritikan yang diterima Datuk Seri Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat, tulis blogger Shahbudin Husin.

Menurutnya, jika sebelum ini kegagalan Najib menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam Umno sendiri semakin lantang mengenainya.

Katanya, selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

Tulisan penuh Shahbudin di dalam blognya sebagaimana di bawah.

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya.

Tak payah buat lawak la Mat Bashah oi, nie tokey ais nie penaik harga apa cerita..

Tindakan tegas peniaga naik harga
OLEH: FAIRUS MOHD
Tarikh: December 25, 2013

PEKAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan ketika gelombang kedua banjir berlaku. Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kementerian melalui pegawai dan anggota penguat kuasa sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kawasan yang terlibat bencana alam itu tidak berlaku kenaikan harga barangan.

“Para peniaga sepatutnya tidak mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir. Kita tidak mahu ada pihak mengaut keuntungan di atas kesukaran dihadapi penduduk yang terbabit dalam banjir,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir pada Program Sayang Pengguna di sekitar daerah Pekan, semalam.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum ada menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga barangan di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini. “Selain memantau kenaikan harga barangan keperluan ini, pihak kementerian juga bertanggungjawab memastikan bekalan barangan keperluan ini mencukupi,” katanya.

Geng TURUN tetap TURUN DATARAN MERDEKA 31 DEC nanti.. Mereka bukan geng GULING KERAJAAN!!

Turun: Himpunan 31 Disember tetap diteruskan
OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: December 25, 2013

SHAH ALAM - Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar berkata, siasatan polis yang dilakukan ke atas beliau tidak sesekali menghalang dirinya untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Jelas Azan, walau apa pun yang terjadi, beliau akan tetap meneruskan perjuangan tersebut bagi memastikan  nasib rakyat terbela dek kerana kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat kini.

"…sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup kini.

BN sedang bersilat isu JUAL HARTA NEGARA, jika Bank dunia dan Rafizi salah sila saman mereka..!

Kenapa Mat Sabu di sasarkan dengan ISU SYIAH... Inilah puncanya....

PRU13 baru habis.....Muktamar PAS sudah pun berlalu begitu jugak Perhimpunan Agung Umno baru selesai. Tiba-tiba Umno kaitkan orang nombor 2 PAS dengan Syiah

Kenapa?

Umno sudah baca majoriti orang Melayu tidak suka Syiah kerana Umno tahu majoriti orang Melayu di Malaysia adalah 'Ahlus Sunnah Wal Jamaah' bermazhab Assyafie.

Mad Sabu memang pernah kata dia menyanjungi perjuangan Imam Khomeini ketika menumbangkan diktator Shah Iran dalam Revolusi Islam Iran pada 1979 kira-kira 34 tahun dulu.

Tetapi kenapa sekarang baru Umno nampak Mad Sabu sebagai satu ancaman pada umat Islam di Malaysia?

Dikaitkan Mad Sabu dengan Syiah saya berpendapat hanyalah sebagai 'appetizer' politik. Ini tidak lain tidak bukan sebagai mengula2kan rakyat.....agar rakyat terbuka selera mempercayai bila diambil tidakan kemudiannya dan akan akan nampak semacam ada justifikasi......bila rakyat sudah terasa benci yang amat sangat dengan sendirinya rakyat akan rasa 'justified' bila Mad Sabu dikenakan tindakan kelak.

Saya rasa 'main course'nya ialah keistimewaan Mas Sabu ialah beliau selalu menjadi 'frontliner' dalam apa-apa isu.

2014 bakal memaparkan atau dalam ertikata lain rakyat Malaysia akan berhadapan dengan berbagai 'musibah' hasil dari 'politik ikut selera' sendiri (Umno)......kenaikan harga barang yang dengan sendirinya kehidupan menjadi tertekan dengan bebanan perbelajaan yang tinggi......kenaikan tariff, letrik tol?, barang-barang keperluan asas dan berbagai kenaikan lagi yang anda sendiri semua maklum.

Dengan kepelbagaian isu itu maka Mad Sabu, Umno nampak sebagai seorang 'frontliner' yang mampu mempengaruhi rakyat turun ke 'jalan raya'.

Itu saja saya rasa puncanya.

Saya tidak nampak Umno begitu 'desperate' hingga 'berani' mengharamkan PAS dengan isu Syiah kerana dalam Perlembagaan PAS sudah jelas Islam yang diperjuangankan oleh PAS.

Koman sangatlah Yeop kalau nak aibkan Mad Sabu khasnya dan PAS amnya dengan Syiah.

Tidak dinafikan ramai jugak orang Malaysia yang mengkagumi Mandella dan ini tidak semestinya sesorang itu menjadi Mandella......cuma nilai-nilai yang baik yang ada pada Mandella yang selari dengan Islam seperti 'anti-apartheid'.....boleh diambil iktibar kerana Islam memang menekankan keadilan sejagat.

al-brangionline - Aku yang menkagumi Nabi Muhammad SAW......salahkah aku?

Ikan naik ke darat di Lahad Datu, mungkin ini puncanya

Lebih kurang jam 4am tadi telah berlaku gempa bumi di dekat pulau di indonesia berdekatan dengan Lahad Datu....

Ustaz KDN pula suruh Mat Sabu nyatakan pendirian dia bukan Syiah

Peninggggg aaaaaaaaa.....

Apa la hangpa nie... Nak bukti camna lagi... Dia dah terang ngaku dia geng AHLI SUNNAH WALJAMAAH... Habih nak suruh nyata pendirian mcmana lagi...

Sekarang hangpa yang kena nyatakan pendiriannya KDN oi, kata ada bukti GREAD A++++,  jadi tunggu bapok lagi..kasi keluar laa....

Apa la punya turrrrr KDN nie, jadi bahan ketawa jee.. Hangpa punya menteri dah lari pie shopping London sana hangpa disini dok pulun tegak benang basahnya....

Kasi angkat saja jika betul Mat Sabu Syiah... takyah nak belit-belitnya...

Bukti Jelas hendak diberitahu kenapa rakyat bantah kenaikan tarif letrik

Inilah antara satu kesan bila takrif elektrik naik... Tapi macai macai asyik dok sembang dan kutuk pihak yang bantah kenaikan itu mengatakan kenaikan tak ada kesan. Mana yang bil 70inggit kebawah tak kena dan terkesan

Memang la betoi tapi orang dok sembang bila takrif naik maka kilang kilang diluaq sana pun turut naik bil letrik depa.. Jadi bila depa kena bayaq lebih maka sudah pasti mereka juga akan menaikkan harga produk mereka...

Benda nie yang orang dok beritahu dan sebab benda benda macam nie orang dok kempen suruh turun bantah di Dataran Merdeka... Bukannya ajak turun guling kerajaan...

Orang nak habaq bagi hangpa clear... Jangan dok percaya sangat cakap puak yang suka penaik tuu... Contoh mudah spt harga ais batu nie...bila bil letrik naik tokey dia naik harga ais...bila kedai restoran beli ais mahal maka depa pulak penaik harga minuman di kedai mereka...habis yang kena rakyat juga....

Simple macam nie pon tak reti pikiaq kaa...

PR terutama PAS KENA HAPUSKAN yang nie baru boleh kuasai undi Melayu

PAS jadi anjing DAP
PAS jadi kuda DAP
PAS menang DAP perintah

PAS kena hapuskan yg ini dahulu baru PAS dapat menapak dalam hati dan jiwa yang sayang umno...

Ini yang patut PR lakukan sekarang, bukan nya berpeluk tubuh tunggu PRU14

Kuasai pengundi PRU14 mulai sekarang
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 25, 2013

IPOH - Pas perlu menguasai pengundi khususnya yang akan mengundi buat kali pertama pada PRU14 bermula sekarang. Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, jentera khususnya Pemuda Pas perlu berperanan dalam mengenal pasti sasaran pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan PRU14.

Menurutnya, Pas perlu berada di hadapan untuk bersama golongan muda bagi memastikan mereka mendaftar mengundi dan menyokong Pas serta PR. “Pemuda Pas perlu memainkan peranan dalam mengajak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. “Kerja sebegini tidak boleh tunggu di saat tibanya pilihan raya umum sahaja tetapi ia perlu bergerak sepanjang masa ditambah lagi dalam suasana di negeri Perak hanya majoriti 3 kerusi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Apabila MACAI bersuara maka politik kepartian pun di olahnya..

SETAHU KAMI INI PERJUANGAN YG DIBAWA OLEH MAHASISWA UNTUK TURUNKAN KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENCANAK NAIKNYA SELEPAS PRU13 TEMPOHARI, MEREKA MENGAJAK RAKYAT BERSAMA MEREKA UNTUK MENUNTUT SUPAYA KERAJAAN MENURUNKAN SEMULA KENAIKAN YANG DIUMUMKAN ITU...

JADI APA MASALAHNYA, MANA DATANGNYA PARTI POLITIK DISINI...MEREKA BANTAH SEMUA YANG NAIK TAK KIRA DI MANA PUN YANG NAIK JANJI MEMBEBANKAN RAKYAT

PARTI POLITIK PULA MEREKA YANG MEMBERI SOKONGAN DAH PR YANG DATANG, UMNO BN PUN TAK ADA MASALAH MAI LA JOINT JIKA BERMINAT MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT INI... DAH UMNO BN SUKA BARANG NAIK MAKA TAK PAYAH LA DATANG JOINTNYA KAN...

BAB RUNDINGAN PR & BN ITU HAK MEREKA, INI HAK RAKYAT NAK BERSUARA UNTUK PEMIMPIN DIATAS SANA TAHU RAKYAT SEMAKIN TERBEBAN JADI APA MASALAHNYA SALAHKAN MENYERU SUPAYA RAKYAT SEDAR AKAN PERKARA INI.

# Perhimpunan tambah masalah rakyat
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 25, 2013

BANDARAYA MELAKA – Perancangan perhimpunan 31 Disember bukanlah mekanisme terbaik bagi mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, sebaliknya perhimpunan itu bakal mewujudkan permasalahan lebih besar yang diibaratkan 'sudah jatuh ditimpa tangga' kepada rakyat.

Katanya, gara-gara mahu mendapatkan 'mileage' politik sesetengah pemimpin, rakyat dilanda tekanan selepas kos kehidupan kian meningkat.

"Perhimpunan tidak mencapai objektif mengatasi masalah ini sebaliknya pihak bertanggungjawab dari pakatan pembangkang termasuk kerajaan perlu duduk di meja bulat untuk tangani isu ini.

"Kenapa harus menangguk di air yang keruh kerana masalah kenaikan harga barang tidak semata-mata melibatkan kerajaan tetapi negeri di bawah pakatan pembangkang turut sama menaikkan kos kehidupan rakyat.

"Dari lesen perniagaan naik, cukai pintu, gaji menteri besar sehinggalah kos kutip sampah terus naik," katanya ketika dihubungi, semalam. (sinar harian)

UMCEDEL: Isu harga barang penentu PRU14

OLEH: NINA FARZUIN MD SHAROM
Tarikh: December 24,

2013 KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang, minyak dan tarif elektrik bakal menjadi penentu sama ada kerajaan BN akan terus berkuasa selepas PRU14 atau tidak, demikian rumusan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tiga perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana kajian yang dijalankan itu menunjukkan kenaikan harga akan memberi impak besar kepada masyarakat di negara ini.

"Kajian yang kami lakukan ke atas 1,676 responden menunjukkan bahawa mereka memandang berat terhadap tiga perkara ini, iaitu 42 peratus pada harga minyak, 34 peratus harga barangan dan selebihnya terhadap tarif elektrik.

"Jadi perkara ini perlu dikawal secepat mungkin kerana populariti kerajaan banyak bergantung kepadanya," katanya pada sidang media Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU13, di sini, hari ini.

Katanya, bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan meningkat atau tidak, ia bergantung kepada perkara tersebut.

"Ini isu yang kritikal kerana ia berkait rapat dengan sejumlah besar pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Jadi apa tindakan selanjutnya, perlu diambil secepat mungkin kerana ia akan beri impak yang besar pada pilihan raya akan datang," katanya.

Rakyat nak luahkan rasa BARANG NAIK pun dah kelam kabut dan BN..

Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis - Saifuddin

DEC 24, 2013 HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang. "Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.

"Sebab itu ada di kalangan (ahli) BN pun yang minta supaya kerajaan jangan naikkan tol kerana mereka tahu pertama itu janji dan kedua itu memang antara yang dibicarakan di mana-mana di kalangan rakyat biasa," kata beliau ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini. Beliau juga berkata, kenaikan kos sara hidup menjadi faktor penting yang menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.

"Dapatan ini membuktikan bahawa kenaikan harga tiga perkara iaitu harga barang, minyak dan tarif elektrik memang perkara yang menjadi keutamaan di kalangan rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...