Keputusan saman bekas Setpol MB kekal
OLEH: NURUL FATIHAH SULAINI
Tarikh: December 24, 2013
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengekalkan keputusan memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnahnya dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar, membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya.
Abu Bakar menolak permohonan lampiran 22 dan 23 defendan untuk mengenepikan perintah mahkamah berhubung lampiran 16 berkenaan fitnah yang dibuatnya pada 22 Julai tahun lalu terhadap Sanusi berhubung fitnah mengaitkan plaintif dengan jenayah rasuah berjumlah RM1.3 juta. Bagaimanapun keputusan memihak kepada plaintif yang dibuktikan dalam perbicaraan penuh.
Tuesday, December 24, 2013
Kementerian Kewangan membuat penjelasan bab jualan aset kerajaan
MoF perjelas penjualan aset kerajaan
OLEH: Tarikh: December 24, 2013
KUALA LUMPUR - Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.
Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan.
Kementerian berkata penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.
"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.
"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MoF dalam satu kenyataan hari ini.
Tugas "Wakil Rakyat" yang sepatutnya mereka lakukan..!!
Zul Hazmi...
Aku copy dari naqib usrah aku... sengaja aku tak share ja dr fb dia takut nnt dia riak, ujub & takabbur... aku tau sgt perangai dia tu.... cuma aku nak tambah sikit2...
Seorang wakil rakyat samada ADUN atau AP sepatutnya :
- Selalu melawat kawasan dan penduduknya untuk mengetahui masalah dan aspirasi rakyat dikawasannya - melawat/ziarah bkn sekadar pi makan kenduri, ziarah kematian... melawat/ziarah ialah untuk cari masalah penduduk dlm kawasan... kalau takat pi makan kenduri... adik aku pun reti...
- Pastikan pusat perkhidmatan rakyat sentiasa dibuka dan wakil ADUN haruslah bertugas untuk menerima aduan dan isu dari rakyat setempat - pusat khidmat jangan buka saja... jangan terima saja tapi kena ambil tindakan.. buka saja, terima aduan saja lps tu tak buat apa... kat kedai kopi bersepah...
- Sekiranya ada undang-undang baru didebatkan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, ADUN/ AP perlu berbincang dan dapatkan maklumbalas dari pengundi di kawasannya harus diambil kira mengenai undang-undang - bincang, ambil pendapat dan terangkan apa kesan kpd pengundi secara langsung atau tak langsung.....
Alor Setar - Tandas Taman Jubli Perak Indah khabar dari rupa!
Terpaksa bawa air sendiri!

ALOR SETAR - Indah khabar dari rupa! Jika dipandang dari luaran pastinya tidak menyangka di dalamnya menjijikkan.
Namun, begitulah keadaan tandas awam kawasan rekreasi Taman Jubli Perak dekat sini, apabila kelihatan terbiar dipercayai sejak hampir sebulan lalu, malah lebih menyedihkan apabila bau hancing memenuhi ruang kemudahan berkenaan.
Tinjauan mendapati, keadaan tandas awam terbabit mengundang ketidakselesaan kepada pengunjung disebabkan ia didakwa tidak dijaga baik sehinggalah najis bertaburan, manakala air bertakung memenuhi lantainya.
Tambah menyakitkan mata, apabila sampah sarap khususnya lampin pakai buang, tisu dan botol plastik dipercayai milik kebanyakan pengunjung kawasan rekreasi terbabit dibiarkan begitu sahaja.

Yang pakat dok takut dengan himpunan TURUN nie apasal, hangpa suka ka BARANG NAIK..??

Aku dapat maklumat bahawa Pengerusi NGO TURUN Sdr Muhamad Azan Safar ditahan untuk siasatan di bwh Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dibaca bersama Seksyen 124C Kanun Keseksaan di IPD Dang Wangi dan akan dimohon reman.
Aku nak kongsikan apa peruntukkan Seksyen 9(5) APA 2012.... pakat2 tengok..... Seksyen 9(5) kata sesiapa yg melanggar subseksyen (1) iaitu tak maklumkan OCPD dlm tempoh 10 hari adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM10 ribu.
Soalan - Betul ke NGO Turun yg nak anjurkan himpunan? Di mana himpunan nak dianjurkan? Himpunan untuk apa? Siapa ahli NGO Turun? Berdaftar ke NGO Turun?
Siasatan juga mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Seksyen 124C ni adalah suatu seksyen baru yg digubal bersama dgn Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [SOSMA - yang menggantikan ISA]
Pemuda PAS kutuk penahanan Pengerusi TURUN, sepatutnya tahan orang yang songlap duit negara
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA MENGUTUK PENAHANAN AZAN SAFAR
Semalam Saudara Muhammad Azan Safar, pengerusi TURUN telah di tahan di balai polis Dang Wangi atas tuduhan cubaan menganjurkan himpunan pada 31 Disember ini. Beliau ditahan malam semalam dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada Majistret pada pagi ini (24/12/2013).
Ketidakpuasan hati anak-anak muda terhadap masalah ekonomi terkini seperti kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, cukai GST dan lain-lain masalah-masalah ekonomi negara adalah diakibatkan oleh keborosan dan ketirisan kerajaan yang tidak diambil langkah yang serius oleh pihak kerajaan.
Saya melihat usaha anak-anak muda untuk mengadakan bantahan aman bukan sahaja mewakili anak muda, bahkan ia adalah tindakan membela dan menyedarkan rakyat. Selama mana ianya adalah perhimpunan aman bagi meluahkan kebenaran, maka selama itu ianya perlu dihormati. Mana-mana tindakan dan kenyataan provokasi seperti cuba menggambarkan himpunan aman itu adalah ‘perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan’ sebagaimana yang digambarkan oleh beberapa akhbar arus perdana hari ini, sepatutnya diambil tindakan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa kerana mengeruhkan keadaan dan suasana serta melahirkan rasa tidak selamat di dalam masyarakat.
Benarkah UAE beri sumbangan RM33juta untuk mangsa banjir di Malaysia.. tapi dimana duit tersebut..??

LINK BERITA-BERITA TERSEBUT:
- http://www.kuna.net.kw/ArticleDetails.aspx?id=2351824&language=en
- http://www.newsbcc.com/malaysia/malaysia/uae_donates_usd_10_mln_in_aid_to_malaysian_flood_victims/492184/
- http://news.silobreaker.com/uae-donates-usd-10-mln-in-aid-to-malaysian-flood-victims-5_2267330631249690669
Tapi kenapah perkara seperti dibawah ini terus berlaku... ??
Mai kita tengok Ustaz KDN yang sakan sehari dua nie lantang bab WAHABI, SYIAH & MAT SABU
Hebat ustaz KDN yang dok bertekak sehari dua nie - Siap Cabar Mufti Perlis Berdebat Mengucap banyak kali aku apabila tengok video ustaz ni berceramah. Macam gangster pun ada.
Sepanjang hayat aku inilah kali pertama tonton gelagat ustaz berceramah macam gangster.
Siap berhenjut-henjut badan macam ahli tinju. lihat pd minit ke 6.46. "Saya dah tulis 20 buku tuan-tuan, lebih 20 buku.........."
Patutlaa habih semua dia sergah.....mcm rempang pon ada...
Anda tahukah bahawa bila guna TOL 80X sebulan anda akan dapat rebat 20%
RM49 juta rebat tol Touch’ n Go belum dituntut
Lebih RM49 juta wang rebat Touch’ n Go masih belum dituntut kira-kira lima juta pengguna kemudahan tersebut kerana tidak sedar kewujudan tawaran berkenaan atau merasakan prosesnya rumit.
Kemudahan rebat Touch’ n Go diberikan sebanyak 20 peratus kepada pengguna yang menggunakan kemudahan itu sebanyak 80 kali sebulan.
“Saya pernah cuba menebus rebat, tapi diberitahu hanya tempat tertentu mengendalikannya. Sepatutnya pihak terbabit menambah lokasi penebusan untuk kemudahan pengguna,” kata seorang peniaga, Noridin Saat seperti dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
Rebat Touch’ n Go merupakan salah satu daripada 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009.
Sebelum boleh menikmati rebat ini, pengguna perlu terlebih dahulu mendaftarkan kad mereka di www.touchngo.com.my dan rebat itu boleh ditebus di semua kaunter jualan Touch’ n Go di kebanyakan lebuh raya.
Penjenayah guna tektik tahan kereta lepas tu pukul..!!
Jadi trauma tengok motosikal

BALAKONG – Seorang ejen hartanah mendakwa dirinya trauma setiap kali
melihat motosikal selepas kejadian dia ditumbuk beberapa lelaki di tepi
jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat Langat Jaya, minggu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan tengah hari.
Ketika menghala ke Batu 9, Cheras, Chong mendakwa kenderaannya tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal yang ditunggang laju.
Tiada pelanggaran berlaku namun penunggang terus menjerit ke arahnya dan mengarahkan dia memberhentikan kereta di tepi jalan.
Tidak sampai lima saat kereta diberhentikan, Chong mendakwa datang dua van menghalang bahagian depan dan belakang keretanya.

PEMUDA UMNO 'bapok', hanya berani bantah naik harga mas kahwin sahaja..
Apa yang anda dapat dari BANTAHAN PEMUDA UMNO nie..?
Naik mas kahwin yang nak kahwin sekali sahaja seumur hidup tu yang dibantahnya tapi kenaikan-kenaikan yang diumumkan oleh BN selepas pru13 tak satu pun suara berbunyi...

inilah dikatakan hipokrit, jika PAS cadang kelam kabut bawa hujahnya.. tapi bila NAJIB yang umumkan semuanya menikus masuk makmal najib...
haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas.
Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?
Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?
Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Christian : Sekarang, saya mengerti.
Jadi haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas.
Tiang Pagar tanah kubur pun 'depa' rembat dah.. Aman sungguh bumi Kedah sekarang nie..!!
Tiang pagar tanah kubur pun kena curi
Wartawan Sinar Harian

Omar menunjuk pagar di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda yang rosak kerana tiang besi pagar telah dicuri.
ALOR SETAR - Urusetia Tanah Perkuburan Islam, Taman Uda dekat sini,
kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mencuri
besi tiang pagar di tanah perkuburan berkenaan.
Urusetianya, Omar Ahmad, 73, berkata, kebanyakan besi yang dicuri itu ialah terletak di belakang pintu masuk dan sukar dikesan kerana kawasan agak luas.
“Kini sebanyak 120 batang tiang besi sudah hilang dan mereka mengambilnya dengan menggergaji batang besi itu.

Tukar huruf alif perbuatan orang jahil
Wartawan Sinar Harian

Tindakan
pihak tertentu mengedar risalah yang mempunyai logo Umno kepada
penduduk, diselar Pas Kawasan Rantau Panjang kerana huruf alif pada
kalimah ALLAH ditukar dengan logo 1Malaysia.
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak
tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu
atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.
Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.
"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

Sorot hitam putih dunia 2013
CORETAN sejarah dan tragedi mewarnai sepanjang detik 2013. Tidak ketinggalan, krisis politik, kejatuhan pemimpin, agenda sulit dan dengki khianat serta drama tebusan menambahkan lagi coretan sepanjang tahun ini.
Apa yang pasti, penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi dan pembocor maklumat sulit Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Edward Snowden yang membuka aib AS, layak menerima gelaran Man of the Year.
Di sebalik semua krisis itu, kehadiran taufan ganas Haiyan di Filipina dan kehadiran salji selepas 112 tahun di Mesir antara mesej tersirat yang perlu direnungkan.
Menjengah 2014, diharap nasib dan masa depan negara Islam di seluruh dunia terus cerah dan terbela demi perpaduan ummah sejagat.

Ini pengerusi TURUN HARGA BARANG bukan TURUN KERAJAAN MALAYSIA..??
Demonstrasi 31 Disember: Penganjur ditahan reman
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup
(Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.
Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.
"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.
"... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.
Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.

Barang naik : Apa khabar pengundi BN.. anda redhakah..??
A Shukur Harun
Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, berbulan-bulan lamanya pemimpin Umno/BN melontarkan pelbagai janji pihan raya - yang disebut 'BN: Janji Ditepati' di merata ceruk rantau, khususnya di kawasan luar bandar.
Selain kempen habis-habisan di televisyen dan media yang mereka miliki, mereka juga mangadakan pelbagai majlis besar dan kecil di perkarangan masjid, di dewan serbaguna, di mana saja dengan membawa pelbagai habuan . Malah masuk ke rumah-rumah orang kampung memberitahu rakyat janji dan murah hati Umno/BN kepada rakyat.
Pemimpin Umno/BN benar-benar dilihat oleh rakyat yang kurang betfikir, sangat murah hati, maka itu merekapun, percaya janji Umno/BN ini. Tidak menjadi rahsia lagi, bahawa pengundi luar bandar ini sangat percaya. Ini kerana pengundi di kawasan ini, majoritinya, tidak ada ekses internet atau media alternatif yang lain, melainkan media tradisinal dan saluran televisyen biasa.
Antara lain, Umno/BN berjanji, harga barangan keperluan - gula, minyak dan barangan lain akan kekal seperti yang sedia ada, tol tidak dinaikkan, demikian juga tarif elektik akan kekal seperti sedia ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)