TERKINI :

Monday, December 23, 2013

Pendidikan Terbaik di Mata Najib, macam nie kot..?

 INILAH YANG DIKATAKAN TERBAIK...

[LIVE] PRA-MUSIM 2014 | KEDAH vs PULAU PINANG


Harga naik: Jangan retorik, berjuang bersama rakyat

Dec 23, 2013
MUHAMMAD FAIZAL

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta pemimpin Umno sama ada peringkat Majlis Tertinggi, ahli parlimen ataupun memegang jawatan di dalam kerajaan agar tidak perlu bersikap retorik.

Jelasnya, mereka yang membantah keputusan kerajaan yang menaikkan kadar tol atau barangan lain perlu menyatakan pendirian mereka secara jelas dengan keluar daripada Barisan Nasional dan berjuang bersama rakyat.

"Kita lihat ada sebilangan mereka di dalam Umno menyatakan bantah dan tidak puas hati mereka atas keputusan kerajaan serta menaikkan kadar tol serta barangan lain kerana membebankan rakyat.

"Bagi saya mereka ini tidak perlu bersikap retorik semata-mata, kalau betul mendengar suara rakyat mereka perlu keluar dari kerajaan atau parti yang disertai sebagai bantahan.

"Duduk bersama rakyat berjuang menuntut hak, ini jalan terbaik untuk mereka mengecam keputusan yang dilihat menekan hidup rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Bukti KDN sahkan Mat Sabu dambakan pemerintahan prorakyat

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Semasa saya masih dalam mood bercuti hujung tahun, sambil bersantai meneroka idea baru memantapkan Harakah menjelang 2014, banyak pula gangguan yang membingitkan.

Iklim politik tidak pernah reda walaupun PRU13 baru enam bulan berlalu dan negara masih terkejut dengan banjir besar luar biasa di Kuantan dan Kemaman.

Masakan saya boleh berlepas diri daripada serangan besar-besaran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, bermula atas kapasitinya sebagai Naib Presiden Umno, yang cuba membunuh karektor Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tidak lama selepas mendapat mandat baru dalam Muktamar PAS ke-59. Manakala Zahid kekal sebagai naib presiden paling popular dalam pemilihan sejurus sebelum itu.

Aksinya di hadapan perwakilan Umno dan jutaan penonton siaran langsung TV seolah-olah mengarahkan (atau mengajar) rakan sejawatnya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom supaya menangkap Mat Sabu.

Satu tindakan angkuh (atau daripada satu segi seperti mahu mempermainkan Jamil). Seorang Perdana Menteri pun tidak wajar bertindak demikian kepada anggota kabinetnya.

Dua tiga teman wartawan bertanyakan saya, "benarkah Zahid ada masalah peribadi dengan Mat Sabu?" Mereka agak pelik mengapa menteri yang dilihat celupar dan berlagak samseng itu seperti sengaja mengapi-apikan perseteruan.

Untuk mu #MALAYSIA - Apa ada 60sen pada diri rakyat marhaen

Adakah Kerusi Parlimen ZAHID akan terlepas..???

Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.

Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang.

Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu.

Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar sendiri secara fizikal oleh pempetisyen.

Anggaran KOS YANG DIPERLUKAN untuk anak-anak masuk sekolah..!!!

 

Gambar Terkini Helikopter Nuri Terhempas di Kedah

Helikopter Nuri mendarat cemas di Palau Perak

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - Bernama

 

Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga

OLEH YISWAREE PALANSAMY
December 23, 2013

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya” kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

“Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan,” kata Pua di Kuala Lumpur.

Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.

“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.

Carian Terhangat Google di Malaysia 2013


Pengerusi PAC jangka BN kalah lebih teruk PRU14

http://antarapos.com/en/images/news_images_upload/content/DATUK%20NUR%20JAZLAN%20MOHAMED%20AP%20.jpg
Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” kata Ahli Parlimen Pulai itu dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini.

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya. – 23 Disember, 2013.

Alor Setar - 10 kenderaan berlanggar satu sama lain

10 kenderaan berlanggar

10 kenderaan berlanggar  
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

ALOR SETAR - Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.

Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tecso Mergong menuju Shahab Perdana.

Najib, inikah sebabnya rakyat bayar tol

December 23, 2013
Timmy Say


Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

“Ambil lebuh raya ini. Bayar tak apa. Lebih cepat sampai. Jimat minyak,” itulah kata-kata seorang rakyat jelata 10 tahun yang lalu ketika mengambil keputusan sama ada ingin menggunakan jalan yang biasa atau lebuh raya bertol.

Dulu, menggunakan lebuh raya bertol adalah satu pilihan kemewahan. Bayaran tol dikembalikan dalam bentuk servis “menjimatkan masa dan minyak.” Rakyat membayar tol untuk keselesaan jalan yang lebih luas, menjimatkan masa dan juga minyak.

Tapi kini, situasi sudah berlainan. Jumlah kereta di atas jalan meningkat dari hari ke hari. Jalan raya semakin sesak. Lebuh raya bertol bertukar menjadi sebahagian daripada jalan keperluan biasa untuk rakyat bekerja daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, terutamanya di kota.

Menggunakan lebuh raya bertol pada hari ini, bukan lagi satu pilihan seperti dulu, tapi ia adalah satu keperluan. Tapi mutu servis yang dikembalikan daripada harga tol yang dibayar semakin kurang.

Bolasepak Sukan SEA - 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

Kim Swee hilang bisa di Naypyitaw

NAYPYITAW: 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran', itulah perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai kegagalan skuad Harimau Muda A kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA edisi ke-27 di Myanmar yang menutup tirai secara rasmi pada Ahad.

Kegagalan pasukan bawah 23 tahun negara itu mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut selepas edisi 2009 di Laos di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal sebelum momentum berkenaan diteruskan pada 2011 di Indonesia, ternyata menimbulkan pelbagai reaksi berbeza di kalangan beberapa pihak termasuk penggiat bola sepak, pemerhati serta jurulatih tempatan.

Rata-rata mereka berpandangan semua pihak perlu bekerjasama bagi memperbaiki mutu pasukan berkenaan untuk menghadapi edisi Sukan SEA 2015 di Singapura selain Malaysia sendiri yang menjadi tuan rumah pada 2017.

Skuad negara gagal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir selepas tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan pada 19 Dis lepas.

Lebih menyedihkan, mereka turut kalah 1-2 kepada negara jiran, Singapura dalam perebutan pingat gangsa yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri, kelmarin.

Thailand sebaliknya muncul juara acara 'ibu segala pingat' tersebut selepas mengalahkan Indonesia 1-0 pada aksi final.

Kos RM390 juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Kedah


Badrol Hisham Hashim  
Badrol Hisham

ALOR SETAR - Kerajaan negeri komited untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa daerah khususnya Kota Setar dan Kubang Pasu, yang sering berdepan masalah itu setiap kali hujan lebat.

Sehubungan itu, beberapa strategi jangka pendek dan panjang dirangka sejak Jun lalu, bagi menangani masalah berkaitan.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, antara langkah jangka pendek untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di sekitar bandaraya Alor Setar ialah dengan menambah kekerapan pembersihan parit-parit dalaman.

“Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula diberi tanggungjawab menangani masalah penyelenggaraan sistem perparitan itu.

Benarkah Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi?

Malaysia bankrap 9 tahun lagi?

OLEH: NORAWAZNI YUSOF, NOOR AZURA SHARIL & NURULFATIHA MUAH Tarikh: December 22, 2013

PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.

Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.

Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.

Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.

Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.

Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.

Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.

Sorotan 2013... antara masam dan manis....

Tragedi nahas bas Genting catat episod terburuk

OLEH: Tarikh: December 22, 2013

KEMALANGAN bas di Genting Highlands pada Ogos lepas mencatat sejarah sebagai kemalangan jalan raya paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun di negara ini.

Tragedi itu mengorbankan 37 orang apabila bas ulang-alik Genting Highlands ke Kuala Lumpur yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands, pada 21 Ogos.

Semasa kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, bas tersebut sedang menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu kota.

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan itu, antaranya bas dipandu laju melebih 50 kilometer sejam ketika menuruni kawasan bukit, selain brek tidak cekap berfungsi.

Operasi membantu dan menyelamat yang dilaksanakan lebih 150 anggota bomba serta beberapa lagi agensi dilihat sebagai antara operasi paling cemerlang dan teratur kerana dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...