TERKINI :

Sunday, December 22, 2013

Surat ROSMAH bab nak beri pisang kepada yang mengutuk beliau..!!

SIAPAKAH BLOGGER PERTAMA YANG AKAN MENCATAT SEJARAH MENDAPAT HADIAH PISANG?

 
MR tidak pasti samada surat jawapan DS Rosmah Mansor yang berlegar-legar di laman web, portal dan media sosial (klik-klik) benar-benar jawapan dari beliau atau dari mana-mana pegawai beliau atau dari mana-mana siber trooper beliau.
 
Jika benar itu jawapan beliau, ada sedikit kemusykilan pada para akhir surat tersebut yang berbunyi: 
“Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu”.
 
Kemusykilannya ialah samada wujud atau tidak hadis dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan baginda memberi pisang kepada orang yang mengutuk baginda. 
 
MR ada merujuk kepada seorang ulama terkenal di Pulau Pinang tentang kenyataan itu dan beliau menyatakan “it sounds funny”. 
 
Jika hadis yang dibawa ini tidak ada nas dan riwayatnya maka ini bermakna hadis tersebut adalah hadis palsu. *(Sila rujuk kepada Ustaz Khazim Elias, Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Fathul Bari tentang hukum mengamalkan hadis palsu). 
 

Cina DAP sudah masuk dalam MCA... Jahanamlah MALAYSIA.....

Jika yang bercakap nie DAP... Kompom RTM TV3 akan spin 24 punya..... Tapi nak buat camna....yg bercakap tu geng sepusat sepusing dengan mereka.....

PKR: Isu naikkan harga dulu, rujuk balik janji BN


Nurul Izzah Anwar  
Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa rakyat agar merujuk kembali manifesto dan janji BN berkenaan isu kenaikan harga barang serta penstrukturan semula subsidi bagi menilai sama ada PR mahupun BN yang betul.

Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengatakan bahawa pembangkang hanya pandai bermain drama mengenai isu kenaikan ini, padahal pembangkanglah yang memulakannya terlebih dahulu hanyalah helah politik BN semata-mata.

“Isu siapa yang naikkan harga barang ini sila rujuk kepada manifesto dan janji BN terdahulu dan realiti sekarang.

“…usah berdolak-dalik, sekian,” katanya melalui kiriman SMS kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

PM,dengarlah isi hati kami ini...

Oleh Mohd Zaki Zakaria

Suka saya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkaitan sikap kerajaan BN berhemah berbanding cara PR yang lebih mementingkan tindakan populis dalam polisi kerajaan mereka.

PM menegaskan 1.4 juta penjawat awam adalah tulang belakang dan teras pentadbiran mesti memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan supaya persepsi kepada kerajaan lebih meyakinkan.

Pada saya, penegasan ini tidak akan mendorong penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik apalagi memaksa persepsi rakyat untuk mengatakan kerajaan BN amat berhemah dan bagus.

Secara sedar ataupun tidak, penjawat awam juga merupakan rakyat yang hanya diberikan tugas untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar ini ditentukan oleh PM.

Oleh itu, andainya PM ingin meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam dan mengubah persepsi rakyat ke arah yang lebih baik, maka PM wajib menggariskan dasar-dasar yang bagus untuk rakyat dan dilaksanakan oleh penjawat awam.

Akhirnya, penjawat awam juga merasa selesa dengan dasar-dasar tersebut. Barulah timbul rasa menghargai antara penjawat awam dan rakyat kepada kerajaan.

Benarkan Wang Tebusan RM1juta di berikan kepada Abu Sayaff untuk membebaskan wanita Taiwan..??

Wang Tebusan RM1 Juta Untuk Bebaskan Wanita Taiwan?
Oleh MUGUNTAN VANAR

KOTA KINABALU: Wang tebusan sejumlah AS$300,000 (RM1 juta) dipercayai telah dibayar untuk menjamin pembebasan tebusan seorang warga Taiwan, Evelyn Chang An-wei yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayaff di pulau Jolo selatan Filipina.

Walaupun pihak di Filipina dan Taiwan mempertahankan bahawa An-Wei, 58, yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipinan dari pulau Pom Pom di Semporna pada 15 November berjaya diselamatkan, bagaimanapun timbul spekulasi jumlah wang tebusan itu tersebar secara meluas di media Taiwan.

Abang kepada An-Wei, Richard Chang Ta Kong tidak mempertikaikan laporan media apabila dia mengatakan bahawa kakaknya tidak dicederakan semasa tahanannya dan penculik hanya mahu mendapatkan wang tebusan.

Ta Kong, yang berhubung dengan kumpulan penculik semasa adiknya diculik selama 36 hari, tidak bercakap langsung mengenai pembayaran wang tebusan yang dikatakan dibuat oleh keluarga untuk penculik itu bagi menjamin pembebasannya.

Kalau anak jantan apa nak takut, sindir wartawan veteran

The Heat: Kalau anak jantan apa nak takut, sindir wartawan veteran

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
December 22, 2013

Susulan penggantungan akhbar The Heat tanpa sebarang alasan konkrit, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press Berhad, Datuk A Kadir Jasin, berkata langkah berkenaan bukan tindakan proaktif kerana sesetengah akhbar semakin berkembang selepas digantung.

Mengambil contoh akhbar milik MCA, The Star dan Sin Chew Daily yang digantung penerbitannya pada 1987, kedua-dua akhbar berkenaan kini menjadi akhbar utama bacaan rakyat.

"Bagi The Star dan Sin Chew, penggantungan meningkatkan profil dan jualan mereka apabila mereka kembali diterbitkan," kata Kadir dalam blognya.

Tindakan Putrajaya menggantung The Heat, katanya, adalah mengulangi kesilapan lama, seperti ketika pemimpin kerajaan mengkritik blog vokal suatu ketika dahulu yang kemudiannya memberikan publisiti kepada blog berkenaan.

Ketika serangan terhadap blog-blog berkenaan, Kadir berkata, ada menteri yang menggelar mereka sebagai "goblok" (perkataan bahasa Jawa yang bermaksud bodoh) dan "penembak curi", dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu pembantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggelar mereka monyet.

Najib sudah boleh dikategori perdana menteri OKU

– Shahbudin Husin

December 22, 2013

Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU13 lalu. Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang daripada poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PR lebih dulu melakukan kenaikan. Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihan raya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Database Pimpinan PR - DAP terbaik... PKR & PAS paling HAMPAS..!!!

Teguran terbuka untuk pemimpin Pakatan Rakyat
http://3.bp.blogspot.com/-1Y0_Rja0lPo/USMPhLXepkI/AAAAAAAACzk/SBw2B_eyZi4/s1600/pkr+dap+pas.jpg 

Aduan "Nak tegur sikit kat pimpinan PR.

Aku diarahkan buat kajian sepanjang 2 hari ni mengenai database terkini parti-parti politik selepas PRU13.

Pimpinan DAP
 
Aku dapati parti yang paling mudah dapatkan maklumat terperinci mengenai wakil rakyat atau ahli parlimen adalah parti DAP.

Aku Google macamana pun aku dapat maklumat mereka.

Nombor telefon, alamat rumah, alamat pejabat, emel dll.

Even jika aku call, YB atau Pembantu Peribadinya akan jawab dengan mesra dan berbahasa Melayu walaupun mereka kebanyakannya Cina..

Terutama YB Seng Giaw......P.A beliau sangat mesra..

Awas Rakyat Malaysia yang melancong ke THAILAND, ada pihak ugut buat duit cara haram..!!

Kisah benar daripada seorang pelancong Malaysia yang melancong ke Thailand...
Umum Dear friends,

http://fbitravel.com.au/system/offer/image/0000/0007/index/welcome_to_thailand.jpg?1366075644
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ...satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence... quite recent, i.e. about two weeks ago... After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..

Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Rasuah punca utama negara bankrap

Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Masalah rasuah adalah punca utama sesebuah negara bankrap, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan dapat mengelakkan negara daripada bankrap, bukanlah penyelesaian utama.

“Ada yang kata kalau tak laksanakan GST, negara akan bankrap. Tapi kita lihat negara lain yang tak amalkan GST tidak pula bankrap, begitu juga sebaliknya.

“Ini kerana cukai sama ada GST atau bukan GST bukan faktor utama. Sebaliknya masalah korupsi, pemborosan dan pengurusan kerajaan yang tidak cekap adalah punca negara bankrap,” katanya di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini, kelmarin.

Mengenai aspek pendidikan, Kit Siang berkata, kerajaan perlu memandang serius laporan kedudukan sistem pendidikan negara di peringkat antarabangsa.

“Baru-baru ini, kita dapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tapi, kita tidak boleh hanya berbangga dengan laporan pelajar yang dapat semua A.

“Sedangkan kedudukan kita tercorot daripada 65 sekolah di peringkat dunia. Ini menunjukkan kita ada krisis dalam kualiti pendidikan,” katanya.

Ayuh.. Benteras Salah Urus Kewangan Negara

BENTERAS SALAHURUS KEWANGAN NEGARA

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat, sangat membebankan rakyat.

Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros diperingkat kerajaan juga tidak dapat diterima samasekali.

Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam  perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara. Ia tidak lagi boleh dinamakan  rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.

Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu rasionalisasi perbelanjaan.

Apa yang mengecewakan ialah kerajaan maseh sepi ketika usul rasionalisasi perbelanjaan diketengahkan. Isu ketirisan, boros dan salah berbelanja oleh pemimpin kerajaan dan berlaku skandal  seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara,  sangat mengecewakan.

Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan bahawa tidak ada pilihan untuk mengelak negara jadi muflis  selain menghapuskan subsidi. Konsep subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat.

Persoalan yang harus diketengahkan ialah ada subsidi yang tersalur kepada mereka yang tidak layak. Subsidi untuk rakyat berpendapat rendah adalah kewajaran yang mesti ditunai oleh kerajaan. Mekanisme subsidi itulah yang perlu diperbaiki.

Lebih serius lagi wang subsidi yang dijimatkan tidak pula diguna dengan berkesan untuk kebaikkan rakyat, malah gejala salah urus wang awam terus berlaku.

Keghairahan untuk melaksana projek yang tidak rasional seperti Menara Merdeka, konsesi yang berat sebelah kepada PLUS dan IPP, membenarkan Bernas dibolot sepenuhnya kepada seorang korporat,  tidak pula dilihat sebagai membelakangi kepentingan rakyat.

Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mengsubsidi IPP, tetapi kenapa ia harus membeli bekalan eletrik dan gas dari IPP padahal TNB mempunyai lebihan tenaga elektrik.

Isu sebenar yang sepatutya ditumpukan ialah membersihkan salahurus dan salahguna kuasa yang telah menyebabkan wang awam dibelanjakan secara boros manakala rasuah tidak dikekang dengan berkesan.

Sementara itu pula, aliran wang keluar negara secara haram telah mencecah lebih USD 285 bilion. Malaysia, menurut Global Financial Integrity adalah negara ketiga tertinggi didunia mengenai gejala aliran keluar wang haram.

Ketika kerajaan mengumumankan rasionalisasi subsidi, apakah rakyat bawahan yang bergelut untuk mencari nafkah seharian dapat menerima rasional  kenaikan kos hidup sedangkan mereka terus menyaksikan penyelewengan, kelemahan pengurusan wang dan pemborosan berlaku dikalangan pemimpin negara.

Kerajaan harus bersikap jujur dan sensitif  dengan teguran yang diutarakan oleh pelbagai pihak yang menyatakan keresahan akibat pelbagai pengumuman kerajaan yang bertali arus yang telah menyebabkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang semakin terasa bebannya oleh rakyat.

Pelbagai pengumuman program transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak membawa erti kepada rakyat bila kehidupan seharian mereka semakin terjejas akibat kenaikkan kos hidup.

Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian bila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikkan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.

Penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.

Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewangan dan salahurus wang negara.

Kenyataan media MAPIM
19 hb Disember 2013

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat, sangat membebankan rakyat.

Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros diperingkat kerajaan juga tidak dapat diterima samasekali.

Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara. Ia tidak lagi boleh dinamakan rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.

Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu rasionalisasi perbelanjaan.

Najib, Rosmah lawat Arab Saudi pula


HARAKAHDAILY

MADINAH: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi dijangka melonjakkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh di tahap lebih tinggi dalam pelbagai bidang.

Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi 'Alauddin Mohd Nor berkata kunjungan ini menunjukkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara sejak lebih 50 tahun lalu.

Beliau bercakap dalam sidang media sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri di Arab Saudi.

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan yang dijadual tiba lewat petang Sabtu (semalam) akan menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W yang terletak di dalam masjid itu.

Esok, Najib dijadual melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain di sini sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Tahniah Kerajaan Selangor - Kedah pun tak macam nie, yang Azizan nak buat di Langkawi pun hangpa batal dah..!!

Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi semua daerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berusaha untuk mewujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di semua daerah untuk melahirkan rakyat berbudi luhur dan mempunyai asas kefahaman Al-Quran yang mantap.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negri, Sallehen Mukhyi, berkata usaha itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 agar permintaan terhadap pendidikan agama dapat dipenuhi.

“Kita akan sentiasa meneliti tahap keupuasan hati dan kecemerlangan agar segala pencapaian yang ditetapkan terhadap kualiti pelajar dapat dicapai,” katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya permintaan terhadap pendidikan agama khususnya Maahad Tahfiz semakin tinggi ekoran kesedaran semakin tinggi kepada kepentingan pendidikan agama.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Graduasi Qurra Pelajar MITST Negeri Selangor 2013 di Dewan Jubli Perak,di Shah Alam.

TNB Untung RM4b pun masih tak cukup?

Rafizi Ramli KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat rundingan semula dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengurangkan kos ditanggungnya sekali gus berupaya menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, TNB banyak mengeluarkan belanja untuk membeli tenaga elektrik daripada IPP pada kadar yang tinggi sehingga terpaksa menanggung kos berlebihan.

“Ini satu faktor mengapa TNB selalu tidak cukup wang kerana mereka terpaksa bergantung kepada IPP untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.

“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kenyataan bahawa kenaikan tarif yang berkuat kuasa 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan TNB sukar diterima kerana syarikat itu mengaut keuntungan lebih RM4 bilion.

Kerajaan perlu telus isu kenaikan tol


tol
SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya bertindak telus terhadap pengguna dengan menjelaskan situasi sebenar punca kenaikan tol.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Sha’ani Muhammad Abdullah berkata, pihaknya menyifatkan tindakan konsesi tol yang mahu menaikkan tol setelah mengaut keuntungan berbilion –bilion ringgit sebagai tidak masuk akal.

“Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa pihak konsesi masih menaikkan kadar tol sedangkan, mereka telah pun memperoleh semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan  yang besar.

“Dalam hal ini kerajaan harus menyemak kembali perjanjian konsesi dan dalam masa sama memperjelaskan keadaan sebenar agar rakyat tidak terus menyalahkan kerajaan." katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tol : nak teliti semula untuk naik ka turun nie?

Kadar baharu tol diteliti semula

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.

"Kita tidak mahu pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.

"Kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain. Mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskaun kepada mereka. Ini langkah-langkah yang kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini semalam.

Beliau berkata, kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielak kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya.

"Bila sektor swasta buat lebuh raya, mereka kena pinjam duit. Anda adalah peniaga, bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon dan perlu membayarnya.

"Duit dari mana, daripada tol. Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai. Bagaimanapun, tol dikenakan kepada orang yang gunakan jalan lebuh raya sahaja," katanya. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...