TERKINI :

Friday, December 20, 2013

Bersediakah rakyat ikat perut?

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?

Terharunya sebab NAJIB dengar keluhan rakyat..!!!

Saya dengar keluhan rakyat, kata Najib

Photo: Kaji jangan tak kaji....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.

"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.

Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernama, 20 Disember, 2013.

Wanita Taiwan diculik di Pulau Pom Pom diselamatkan

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Seorang pelancong wanita Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lalu berjaya diselamatkan oleh pasukan bersenjata Filipina di Kepulauan Sulu hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya berkata, mangsa, An Wei Chang, 58, kini diberikan rawatan di Hospital Marin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga, selatan Filipina esok.

"Kita tunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa Filipina," katanya dalam laman Twitternya petang ini.

Dalam kejadian pada 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati manakala rakan wanitanya, juga warga Taiwan, Wei Chang, 58, diculik kumpulan terbabit.

Semasa kejadian mereka berada di sebuah calet yang terletak di atas air di pulau tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata. - UTUSAN ONLINE

Macam tektik digunakan untuk menyamun... Nie dia cara terbaru...

Guna alasan kutip derma sebelum samun

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 20, 2013

MARANG - Dua lelaki berpakaian kemas kononnya hendak mengutip derma untuk anak yatim mewakili sebuah syarikat bertindak mencuri wang tunai dan barang kemas di sebuah kedai runcit di pekan Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Dua lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu, berpura-pura mahu membeli barang dengan memesan banyak barangan keperluan supaya dapat mengalihkan perhatian pemilik kedai, sebelum salah seorang daripada mereka menyelinap masuk ke tempat menyimpan wang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, akibat kejadian itu, seorang peniaga kedai runcit berusia 53 tahun kerugian RM9,000 apabila wang tunai dan barang kemas dilarikan dua suspek berkenaan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa berseorangan di kedainya dan hanya menyedari menjadi mangsa curi selepas kedua-dua suspek melarikan diri menaiki Proton Pesona warna kelabu.

"Kedua-dua suspek beri alasan mahu ambil wang dalam kereta, namun mereka tidak muncul sebaliknya terus menghilangkan diri," katanya, semalam.

Ahmad Mazlan berkata, pihaknya percaya dua suspek terbabit turut melakukan jenayah sama di luar daerah ini dengan menjadikan kedai runcit yang agak jauh dari kesibukan orang ramai sebagai sasaran.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai khususnya peniaga kedai runcit supaya lebih berwaspada dengan aktiviti dua lelaki ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 09 6181975 untuk membantu siasatan.

TNB pembohong ka UTUSAN yang bohong atau kami yang tak paham?

Apa la tnb dok mohong nie... Kata keuntungan yg direkodkan 4.6bilion..  ini bermakna dah tolak dengan kos dia laa....kos menyelenggara 7bilion bermakna kos 7b + 4.6b laa itu baru hasil total setahun iaitu 11.6bilion...bila tolak kos selenggara 7b maka untung dia dapatlah 4.6bilion tu...

Hangpa paham ka dak nie?

Bila orang BN pun ingatkan NAJIB bab JANJI DITEPATI..!

Azih Presiden baharu CUEPACS

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com

KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia, Azih Muda dipilih sebagai Presiden baharu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi sesi 2013-2016.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden CUEPACS menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan, Ahmad Shah Mohd. Zain pada pemilihan pucuk kepimpinan kesatuan itu yang diadakan sempena Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26.

Azih memperoleh 701 undi perwakilan manakala Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

BN gagal realisasi manifesto

OLEH: SARINAH MAT KASIM
Tarikh: December 20, 2013

SEREMBAN – Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menangani kos sara hidup rakyat sehingga menyebabkan rakyat terbeban.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong berkata, rakyat kini dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan termasuklah bayaran kadar baharu tol yang dianggap perkara tidak munasabah.

Menurutnya, rakyat juga terpaksa berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, yang mana ia sudah pasti akan memberi banyak kesan kepada peningkatan barangan dan perkara lain.

"Kerajaan dilihat gagal merealisasikan manifesto yang dilaung-laungkan pada PRU13 lalu, di mana dalam Aku Janji itu, kerajaan BN berhasrat akan menangani kos sara hidup rakyat, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Apa yang menyedihkan, tidak sampai tujuh bulan BN memerintah, harga minyak, gula, tarif elektrik bayaran tol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya dinaikkan. Paling teruk sekali sistem cukai perkhidmatan (GST) pula akan dilaksanakan pada April 2015," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, walaupun GST tidak dikenakan kepada barangan keperluan harian, namun tindakan sedemikian sudah pasti akan memberi impak kepada perbelanjaan isi rumah.

Beliau turut menggesa BN merujuk kembali dan membaca setiap manifesto yang dibuat sebelum PRU lalu dan janji kepada rakyat perlu ditunaikan tanpa alasan.

"Saya berharap kerajaan BN membuat penelitian dan kajian yang mendalam mengenai kesan dan akibat, sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan sesuatu harga, sama ada produk makanan mahupun perkhidmatan.

"Jangan disebabkan kenaikan yang dibuat itu, rakyat pula yang terpaksa menanggung beban sehingga mendatangkan kemudaratan kepada isi rumah tersebut," katanya.

Mahfuz: Manifesto BN terbukti cakap kosong

OLEH: MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
Tarikh: December 19, 2013

SHAH ALAM – Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.

"Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

"Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, isu siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.

"Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat." katanya

Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.

Mahfuz: Janji gula beri garam

OLEH: MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
Tarikh: December 20, 2013

SHAH ALAM - Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan BN ini harus menjadi pengajaran supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan 'gula-gula' menjelang pilihan raya.

"Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

"Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.

"Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat." katanya

Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.

Malaysia gagal pertahan 'ibu segala pingat'


Malaysia gagal pertahan 'ibu segala pingat'  
Pemain Harimau Muda ternyata kecewa setelah tewas kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 dalam perlawanan yang dilanjutkan ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir Bolasepak Sukan SEA ke-27, Myanmar di Stadium Bolasepak Zayar Thiri, malam ini. - Foto Bernama

NAYPYITAW - Impian skuad bola sepak negara untuk mengekalkan pingat emas pada Sukan SEA ke-27 berkecai apabila kalah 4-3 menerusi sepakan penalti kepada Indonesia pada perlawanan separuh akhir di Stadium Zayar Thiri di sini hari ini.
  
Perlawanan ulangan final edisi 2011 itu terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit apabila keputusan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan.
  
Pada Sukan SEA Indonesia 2011, Malaysia merangkul emas selepas menundukkan pasukan tuan rumah 4-3, juga menerusi penentuan sepakan penalti.
  
Pada aksi hari ini, penyerang berbisa Yohanes Ferinando Pahabol membalas dendam pasukan Garuda Muda apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas kedudukan terikat 3-3.
  
Dalam lima sepakan penalti, percubaan pemain negara A. Thamil Arasu dan Shahrul Mohd Saad berjaya diselamatkan oleh penjaga gol merangkap kapten Indonesia, Kurnia Meiga Hermansyah.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...