TERKINI :

Thursday, December 19, 2013

Kisah KERANI PEJ. POS yang bodoh sombong..!!

Kisah makcik di pejabat pos yang tidak tahu menulis
ANTI SOMBONG
Joha Ahmad

MASIH saya ingat tarikh 12 Disember 2013, sekitar pukul 10.05 pagi bertempat di pejabat pos kecil, tingkat bawah, AEON BIG, Jalan Peel, Cheras, saya berhadapan dengan satu senario yang menyentuh hati disulam rasa terkilan.

Tanpa disangka pada pagi hari (Khamis) saya ditemukan dengan satu senario yang kurang menyenangkan jiwa, namun ia saya terima sebagai satu takdir dan bukannya satu kebetulan.

Jam menunjukkan 9.59 pagi, pintu pejabat pos kecil di cawangan itu masih belum dibuka. Di luar saya berdiri bersama lima orang pelanggan yang menantikan pintu pejabat itu dibuka.

Tepat 10.00 pagi pintu dibuka. Sungguh efisien, kerana mereka membuka untuk perkhidmatan tepat pada waktunya. Tidak salah kalau memuji kalau ia dirasakan perlu.

Saya mengambil nombor giliran untuk kategori 'bil' dan saya mendapat giliran kedua. Lega rasanya kerana pelanggan di pejabat pos ini tidak begitu ramai. Kelihatan seorang makcik berusia sekitar 60-an bersama cucu lelaki (tanggapan di akal fikiran saya, berlandaskan usia makcik itu) yang berusia 12 tahun antara pelanggan yang ketiga menunggu giliran.

Surat terbuka kepada Perdana Menteri: Ke mana duit kami pergi?

 - Syahir Sulaiman

YAB Datuk Seri,

Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.

Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.

Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.

YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.

Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.

Jika demokrasi adalah pemerintahan “dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat”, ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.

Umno nie nak bendung ajaran SYIAH SESAT atau nak sekat MAT SABU dalam politik Malaysia..??

Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih
MOHAMED HANIPA MAIDIN

MUNGKIN Haji Mohamad Sabu ialah pemimpin PAS paling kerap diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang Umno tidak lakukan bagi mendepani Mat Sabu. Di tahan ISA dua kali Mat Sabu tetap istiqamah. Ditangkap dan ditahan dilokap terlalu banyak dan kerap.

Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia.

Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah.

Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu?

Ingatkan Selepas Jadi SENATOR kamu dah lupa dah MASALAH RAKYAT sepertimana yang kamu perjuangkan dahulu..!!

Senator BN desak kerajaan banteras rasuah, ketirisan sebelum bebankan rakyat
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Senator Ezam Mohd Noor (gambar) dari Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan untuk memerangi rasuah dan ketirisan dalam perbelanjaan negara sebelum membebankan rakyat jelata dengan kenaikan kos kehidupan.

Menurut Ezam yang merupakan timbalan ketua Umno bahagian Kota Raja itu, pimpinan kerajaan seharusnya mengambil langkah tegas dan cepat untuk memperbetulkan orientasi beberapa kalangan pembuat dasar akhir-akhir ini yang mengambil jalan mudah menaikkan tarif untuk selesaikan masalah mereka sekaligus membebankan rakyat.

“Tumpuan harus diberikan kepada soal ketirisan, suapan rasuah, rundingan perjanjian yang berat sebelah dan terlalu untungkan golongan korporat,” kata Ezam kepada The Malaysian Insider mengulas mengenai kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

“Sebagai ahli jawatankuasa rasuah saya mahu ada tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam selesaikan masalah.”

Menurut Ezam yang merupakan bekas Ketua Pemuda PKR itu, kerajaan yang bercirikan negara maju seharusnya lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah.

Kalau AES boleh ambil, kenapa tidak konsesi tol?

ABDUL AZIZ MUSTAFA

KUALA LUMPUR: Jika kerajaan boleh mengambilalih pengendalian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), mengapa kerajaan tidak boleh mengambilalih syarikat-syarikat konsesi tol, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar serius mahu membantu rakyat daripada tekanan kenaikan tol, mengapa tidak ambilalih pengendalian tol dari syarikat-syarikat yang diberikan konsesi seperti yang dilakukan ke atas pengendalian AES?

"Jika kerajaan ambil alih, tidak timbul lagi soal perjanjian atau apa sahaja yang menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan kenaikan tol," kata beliau.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Bagi Mahfuz, hujjah kerajaan itu tidak boleh diterima memandangkan badan-badan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham utama hampir kesemua syarikat konsesi tol.

Tudia Aih BN jadikan tahun 2014 tahun NAIK, PR pula jadikan tahun DEMO

2014 bakal jadi tahun demo

Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.

Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.

"Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.

"Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.

"Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.

"Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.

Himpunan esok bersempena pelancaran kempen seluruh negara "Faham GST, Tolak GST" yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.

BERSIH 4.0 mungkin tahun depan

Sementara itu, Mohamad juga berkata, himpunan keempat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka diadakan pada tahun depan atau 2015.

"Satu lagi himpunan BERSIH akan ditentukan tarikhnya kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Saudari (pengerusi bersama yang baru) Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka," katanya.

Himpunan besar-besaran terakhir di ibu negara anjuran BERSIH sebelum ini diadakan pada 28 April 2012.


Kenaikan tol akan jejas daya saing

OLEH: Tarikh: December 19, 2013

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menilai kesan kenaikan tarif elektrik, gaji dan tol yang akan berlaku memandangkan kos yang lebih tinggi akan memberi kesan kepada sektor besi dan keluli tempatan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) Datuk Soh Thian Lai, menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan langkah untuk menaikkan bayaran tol tahun depan.

Laporan media menyatakan kadar tol akan dinaikkan antara 50 sen dan RM2 berkuat kuasa 1 Jan, 2014.

Soh berkata keputusan kerajaan baru-baru ini seperti dasar gaji minimum, lanjutan umur persaraan, kenaikan tarif elektrik dan harga bahan api, telah memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan.

"Perkara berkenaan akan menyumbang kepada kos pengilangan yang lebih tinggi, dengan itu memberi kesan kepada daya maju dan daya saing industri besi dan keluli tempatan.

"Pengumuman baru-baru ini mengenai peningkatan dalam bayaran tol dan kesan terhadap logistik dan kos pengangkutan akan menambah lagi kesannya dan menolak industri besi dan keluli ke dalam situasi yang sukar," katanya.

Beliau berkata penggunaan kenderaan berat untuk mengangkut produk besi dan keluli di jalan-jalan alternatif tidak praktikal disebabkan oleh isu keselamatan orang ramai yang tinggal di sepanjang jalan sekunder yang menghubungkan kawasan luar bandar.

Selain itu, halangan laluan yang sempit, penghantaran yang efisen dan tepat pada masanya serta keadaan jalan raya yang tidak baik adalah faktor kritikal lain yang menghalang penggunaan jalan-jalan alternatif, katanya.

Soh berkata proses liberalisasi perdagangan kerajaan telah membuka industri besi dan keluli serta menjadikannya cekap dan berdaya saing.

"Bagaimanapun, daya saing, kemampanan industri dan margin keuntungan yang rendah akan terhakis dengan ketara berikutan kos yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata industri itu menghadapi persaingan sengit dari produk keluli yang diimport dari seluruh dunia dan terdapat kemasukan yang banyak besi import dan bahan-bahan keluli ke negara ini.

"Segala usaha kami untuk menembusi pasaran eksport setelah melalui penat lelah selama beberapa tahun ini juga hilang begitu sahaja," kata Soh. - Bernama

Rakyat tertekan kenaikan harga pemimpin dok kalut Mat Sabu Syiah...

Nik Aziz: Isu Syiah satu perangkap

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: December 19, 2013

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu hanya dendam politik untuk memerangkap pemimpin dan parti berkenaan semata- mata.

Dakwanya, pemimpin parti lawan sanggup membuat dakyah baharu kerana mahu memburukkan imej parti Islam itu pada pandangan umum.

"Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap," katanya dipetik Harakahdaily.net, semalam.

Nik Abdul Aziz mendakwa, parti lawan sebenarnya tiada modal baharu untuk dibangkitkan bagi menarik sokongan sehingga memaksa untuk 'memerangkap' orang nombor dua Pas kononnya terlibat dengan fahaman Syiah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu dan tindakan undang-undang yang bakal diambil pemimpin tersebut.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang nyata membebankan hidup mereka.

"Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan kepada rakyat," katanya.

Najib lidah bercabang, pemohong & kencing rakyat....

Mula muka kata kat selangor mungkir janji...
Selepas tu merayu bukan main mintak kuasa...
Mai skrg dia pulak mungkir janji....
Kira skrg rakyat pulak nak habaq kat hg najib oi...

Linangan air mata mangsa banjir

ABD SHUKUR HARUN
Banjir sudah surut, hujanpun berhenti, cuaca cerah, matahari mulai bersinar, keluar dari tempat persembunyiannya, seperti memberikan harapan kepada mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan.

Selepas surut, mangsa banjir merenung kemusnahan harta benda mereka di mana-mana. Ada yang menitiskan air mata, namun kehidupan mesti diteruskan. Inilah ujian Allah s.w.t. yang hebat. Bagi mereka yang beriman ujian ini dihadapi dengan sabar dan tabah.

Ketibaan hujan dan banjir besar selama seminggu di Pahang, Terengganu dan Johor itu tidak dijangka oleh ramai orang, walaupun mereka memiliki segala kecanggihan ilmu kaji cuaca dan sebagainya.

Banjir itu menghantar natijah dan hikmah yang besar, menyerlahkan betapa puluhan ribu banyaknya warga PAS dari hampir seuruh negara - dari Presiden hingga ahli cawangan, khususnya dari Unit Amal - telah bertungkus lumus menolong mangsa banjir sejak mula hujan hingga banjir melimpah.

Kinipun mereka terus bertugas membersihkan sampah saraf dan kemusnahan yang diakibatkan oleh banjir di samping memberi bahan makanan, pakaian dan sebagainya.  

Demokrasi: Prinsip atau sekadar alat?

– Hasbullah Faudzi

Demokrasi, apakah dilihat sebagai suatu prinsip yang dibiaskan melalui sikap atau semata-mata menanggapinya sebagai alat demi sebuah cita-cita politik dan kekuasaan?

Demokrasi yang dilihat sebagai prinsip, akan terrefleks melalui sikap manusia dalam menyantuni manusia lain. Bahkan, segala elemen yang mengundang pada kecelaruan prinsip demokrasi, akan jelas-jelas ditolak. Mereka tidak akan kecewa apabila sahabatnya berbeza pandangan dengannya serta berbeza pilihan calon dalam pemilihan politik kepartiannya. Mereka akan tetap menghormati keputusan yang diambil oleh sahabatnya, kerana soal kefahaman tentang perjuangan itu berbeza-beza menurut intepretasi dan pengalaman individu terbabit.

Sedangkan, apabila demokrasi dilihat sebagai alat untuk sebuah pemerintahan, maka, demokrasi dilihat sebagai sebahagian daripada alat untuk mencapai tujuan. Bahkan, sekiranya perlu melakukan persekongkolan dengan penguasa, sebagaimana cubaan yang dilakukan oleh Machiavelli dalam penulisannya "The Prince" untuk mengiktiraf keluarga de Medici untuk kepentingan politiknya, maka mereka akan lakukan.

Seperti harus kita tanyakan kembali, demokrasi apakah ini, andai penyempadanan kawasan tetap akan memihak kepada golongan yang kalah? Pabila demokrasi itu dilihat hanya pada nama pilihan raya dan pemilihan secara terbuka, begitulah jadinya. Demokrasi hanya dilihat sebagai alat, seperti alat untuk melegakan hati semua pihak, dengan mengadakan rundingan meja bulat, walhal telah dipersetujui oleh sekalian menteri untuk menaikkan harga gula, petrol, listrik dan kenakan cukai barangan.

Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini!

– Shahbudin Husin

December 19, 2013

Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.

Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.

Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.

Ingatkan dah tak ada dah orang BN sedaq yang depa buat manifesto nak turun TOL..

Reezal Merican: Ingat semula akujanji kadar tol

Reezal Merican

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol.

Menurutnya, ia adalah kerana BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat.

"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.

"Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya, semalam.

Perbuatan biadap! Puluhan al-Quran dibuang


Perbuatan biadap! Puluhan al-Quran dibuang
Puluhan al-Quran ini ditemui di dalam saluran sistem pembetungan di bandar Taif.

RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.        

Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.

Penyokong KEDAH bantah KFA tukar logo pasukan bolasepak dari Kenari ke Helang



PAGE FACEBOOK DIWUJUDKAN


Gempar - Paksi Bumi Sedang Beralih Arah



Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. 

Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...