TERKINI :

Wednesday, December 18, 2013

Siapa yg berbohong - Biarlah MP UMNO BN mempermainkan saya tapi warga KUANTAN yang menjadi saksinya..!!

Siapa yg berbohong????
Fuziah Salleh

Warga Kuantan yg telah melalui trauma mengharung air dlm gelap dimana arusnya deras dan melihat tiada bot yg mahu berhenti atas alasan tiada arahan di keluarkan untuk mengambil mangsa lebih mengetahui.

Warga Kuantan yg lapar tak dpt makanan atau sengsara melihat ibu terketar2 kelaparan maupun anak kecil menangis kerana makanan tak cukup sedangkan beras bertimbun di pusat pemindahan lebih mengetahui.

Warga Kuantan yg kesejukan dlm keadaan sehelai sepinggang dan basah tatkala sampai ke pusat setelah menyabung nyawa menyelamatkan diri. Yg ketika itu ada anak kecil. Menjaga orang tua yg sakit dan ibu yg dlm pantang yg terpaksa tidur di atas lantai beralas simen berturut2 selama 3 atau 4 mlm. Mereka lebih mengetahui .

"Awak cuba trick saya" - Pengarah Besar Felda

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini gamat dengan ketawa hadirin apabila Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad (gambar) yang tidak tahan dengan asakan peguam defendan Mohamed Hanipa Maidin lantas menuduh peguam itu cuba 'memerangkap' beliau.

"Awak cuba 'trick' saya," katanya kepada Hanipa membuatkan mahkamah gamat dengan ketawa.

Hanipa ketika menyoal balas Faizoull inginkan jawapan sama ada beliau bersetuju bahawa Felda memang mempunyai hubungan dagang dengan Israel memandangkan anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd mempunyai hubungan perniagaan dengan Bunge Agribusiness Singapore Ptd Ltd.

Menurut Hanipa, sebuah syarikat perkapalan antarabangsa, DGS Foreign  Trading (Shipping) Ltd  dalam laman webnya telah menyenaraikan Bunge sebagai syarikat pembekal kepada Israel.

Biarlah nak naik apa pun yang pasti kita kena menang Bn untuk tak bagi DAP kuasa..!!

BIARLAH NAK NAIK APA PUN
BIARLAH NAK MAHAL APA PUN

YANG PASTI KITA KENA PASTIKAN

DAP TAK MEMERINTAH KITA
DAP TAK JADIKAN NEGARA KITA NEGARA CINA
DAP HAPUSKAN HAK SULTAN
DAP GADAI TANAH RIZAB MELAYU
DAP HAPUSKAN MASJID DAN SURAU
DAP TAK BAGI ORANG ISLAM AZAN/BANG DAH
DAP TUKAQ SEMUA AJARAN ISLAM JADI SYIAH
DAP.. DAP.. DAP...
SEMUA SALAH DAP
[Macai Merangkap Pengundi Bodoh Bangang Negara]

#RPDM31D - Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka

Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka


Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat.

Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

Barang naik: Angkara penasihat atau tanda lemahnya Najib?

- Shahbudin Husin

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini?

Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuh raya bermula tarikh yang sama, mungkin adalah hadiah tahun baru paling menyedihkan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, janji pengurangan tol antara bandar adalah antara janji BN yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Dengan pengumuman kenaikan tol semalam bermakna kerajaan ‘membakulsampahkan’ janjinya sendiri kepada rakyat sehingga dilaporkan kandungan manifesto itu sudah pun dipadamkan daripada laman web BN. Ia menunjukkan satu lagi bukti janji dicapati, bukannya ditepati.

Sebelum ini, walaupun hanya mencapai kemenangan paling buruk dalam sejarah BN, kerajaan juga sudah mengumumkan kenaikan harga minyak, penghapusan subsidi gula, kenaikan cukai pintu DBKL dan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April 2015.

Kos sara hidup naik tanda negara berada di landasan salah

Kos sara hidup naik tanda negara berada di landasan salah, lapor kajian
Oleh Md Izwan

Kenaikan harga minyak juga menjadi petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin tidak stabil. Gambar fail.
Kenaikan harga minyak juga menjadi petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin tidak stabil.

Rakyat menyifatkan kenaikkan kos sara hidup sebagai isyarat negara berada di landasan salah, menurut kajian terbaru Merdeka Center.

Sebanyak 49% responden yang ditinjau bersetuju Malaysia berada di landasan salah berbanding 41% yang menyokong.

Daripada jumlah tersebut, 30% responden menyifatkan kenaikan harga minyak, inflasi dan kenaikkan kos sara adalah isyarat utama ke arah itu.

Sebanyak 35% masyarakat Melayu bersetuju, diikuti 78% masyarakat Cina dan 43% masyarakat India.

Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan November 2013 meningkat kepada 2.9% selepas Jabatan Statistik mengeluarkan data terkini hari ini.

Populariti Najib menjunam

Merdeka Center: Populariti Najib menjunam

Satu tinjauan baru oleh pusat kajian Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember berbanding Ogos tahun ini.

Menurut Merdeka Center, tinjauan itu dibuat di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India di semenanjung Malaysia di antara 4 hingga 12 Disember 2013.

"Masa culaan ini dibuat adalah selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang dijangka bermula pada Januari 2014," kata Merdeka Center dalam kenyataannya.

Wakil Pesawah & beberapa Kump. terlibat Industri Pertanian bertemu Pelapor Khas Bangsa-Bangsa Bersatu

Dr Azman Ismail
AHLI PAR,IMEN KUALA KEDAH
 
Perjumpaan Kali Pertama Antara Wakil-Wakil Pesawah Dengan Pelapor Khas Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada Isnin 9 hb Disember 2013 baru-baru ini telah berlangsung satu perjumpaan khas antara wakil pesawah dan beberapa kumpulan yang terlibat dalam industri pertanian di Malaysia dengan Pelapor Khas Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak mendapatkan makanan (rights to food) iaitu Dr Olivier Schutter dari Belgium.Perjumpaan berlangsung di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur.

Kumpulan yang mewakili pesawah Malaysia ini secara kebetulan berasal dari Parlimen Kuala Kedah. Diketuai oleh Tuan Haji Fuad (Padang Hang), Hj Abdul Halim (Alor Biak) dan Sdr Ziyadi (Alor Ibus).Saya berusaha mengatur pertemuan ini dari minggu terakhir November lagi dan bertindak sebagai penterjemah.

Turut hadir juga adalah penanam sayur dari Cameron Highlands, pengusaha padi organik dari Sik (sawah di Sik tapi pengusahanya; Kapten Zakaria, juga dari Parlimen Kuala Kedah), kumpulan yang mewakili masyarakat orang Asal Sabah dan Sarawak serta beberapa orang ahli akademik dari IPTA serta ISIS dan NGO Tenaganita.

Isu ‘Jabatan Facebook Negara’: Rakyat diseru jangan cepat melatah

 Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin

Sebelum membuat sebarang ulasan atau pun komen terhadap sesuatu isu, rakyat disarankan untuk membuat semakan terhadap sumber maklumat tersebut dan juga memastikan maklumat lengkap dan bukannya separuh masak.

Apabila sesuatu isu dibahas berbekalkan dengan maklumat yang 'separuh masak', maka ulasan atau komen terhadap isu tersebut akan menjadi lebih rendah tarafnya daripada 'separuh masak'.

Saya terpanggil untuk menjawab isu ini. Sesetengah pihak cuba memalitkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia seolah-olah beliau memcadangkan untuk menubuhkan Jabatan Facebook Negara.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga dipalitkan dengan isu untuk mengenakan bayaran kepada penguna laman sosial seperti Facebook. Ini adalah satu pembohongan (jika bukan putar belit) yang secara sengaja cuba memberi imej negatif kepada kerajaan.

Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh beliau adalah menjawab kepada gesaan sesetengah pihak untuk mewajibkan semua pengguna Facebook untuk mendaftar dengan kerajaan.

Bagi menjawab gesaan ini, beliau mengeluarkan fakta dan angka iaitu jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah kira-kira 15 juta iaitu suatu angka yang cukup besar dan tidak praktikal untuk menguatkuasakan pendaftaran pengguna Facebook.

Polemik Kenikan Kadar TOL dan Kerajaan Negeri Selangor dengan keuntungan LITRAK BERHAD

Polemik Kenaikan Kadar Tol.
oleh ZulHazmi Sharif

Kadar Tol yang diwar-warkan nak dinaikkan bermula 2014 kebanyakkannya bagi laluan sekitar lembah Kelang seperti LDP, KESAS, NPE, BESRAYA, SPRINT, AKLEH.

Salah satu janji manifesto Pakatan Rakyat ialah MENGHAPUSKAN TOL bukan mengurangkan kadar tol. Bila diwar-warkan bahawa KESAS, LDP & SPRINT juga akan menaikkan kadar tol dan dikhabarkan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik Kerajaan negeri Selangor seperti PKNS mempunyai saham di dalam KESAS dan LITRAK, maka aku bukan saja nak tengok kadar tol KESAS, LDP & SPRINT tidak dinaikkan, malah aku nak tengok tol-tol di KESAS, LDP & SPRINT jika boleh dimansuhkan terus. Paling kurang, kalau tak boleh mansuh, dikurangkan.

Pakar strategi PKR sendiri YB Sdr Rafizi dah dedahkan bahawa KESAS & LITRAK dah untung berkali ganda, maka secara langsung PKNS juga mendapat keuntungan. Sebagai Pakar strategi aku cadangkan cari lah strategi untuk ambil alih saham2 dalam KESAS dan LITRAK untuk hapuskan tol.

Selangor bantah kenaikan tol menerusi saham dalam syarikat konsesi

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Pakatan Rakyat akan guna saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya untuk bantah kenaikan tol, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Disember, 2013.Pakatan Rakyat melalui kerajaan negeri Selangor akan menolak cadangan kenaikan kadar tol melalui saham yang dimilikinya dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan negeri Selangor memiliki 30% saham dalam Lebuhraya Kesas melalui PKNS manakala 20% dalam Lebuhraya Sprint serta Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP) melalui Kumpulan Perangsang.

Pada sidang medianya hari ini, Anwar berkata, beliau berbincang dengan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mereka mencapai kata sepakat untuk menggunakan saham minoriti itu bagi membantah kenaikan tol.

"Saya difahamkan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Exco hari ini dan arahan akan dikeluarkan kepada wakil kerajaan dalam konsortium berkenaan untuk membantah kenaikan tol ini," katanya.

Puak menteri nie pikiaq sampai nak tubuh Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara..!!

Tiada keperluan wajib pendaftaran pengguna Facebook, kata Shabery Cheek
OLEH DIYANA IBRAHIM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.

Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.

Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.

“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Shabery berkata, setakat ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.

"SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi.

"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.

Seloka Duka UntukMu Pemerintah Malaysia

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

Anak Nik Aziz tegah menantu Pak Lah ambil tindakan populis

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar diminta tidak mengambil tindakan populis untuk membela golongan belia tetapi segera menjawab keresahan rakyat susulan daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata, apabila sudah berlaku kenaikan harga, baru Khairy mengeluarkan kenyataan hendak berbincang dan kononnya membela nasib golongan belia.

Katanya, ramai ahli Dewan Rakyat yang bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk senator yang sedang bermesyuarat hari ini menyuarakan hasrat hati belia namun, setakat ini tidak diketahui apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini.

Rakyat Malaysia kini menghadapi pelbagai masalah daripada kemelut hutang peribadi, pengangguran, gejala sosial, pemilikan harta, akses pendidikan kualiti hingga teras jati diri.

Mat Sabu Syiah...?

- Nazir Sufari

Sedang penulis berkemas untuk pulang ke rumah setelah menyelesaikan tugasan fotografi di sidang media Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau popular dengan gelaran Mat Sabu di ibu pejabat PAS berhubung pelantikannya sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan isu tuduhan syiah, deringan telefon bimbit kedengaran. Rupa-rupanya tiga sahabat berfahaman politik pembangkang dan duduk setaman mengajak penulis minum teh atau 'ngeteh' di restoran mamak, jam 6 petang.

Penulis bergerak membelah kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur menuju ke Kajang. Mujur menunggang motosikal, kalau pandu kereta alamatnya sangkut di jalan raya. Ditambah pula dengan bayaran tol, amat menyiksakan. Apatah lagi jika kadarnya nanti akan naik. Akhirnya penulis sampai ke restoran seperti yang dijanjikan.

Dari jauh penulis melihat kerancakan tiga sahabat berbual. Seperti sedang berdebatkan sesuatu isu yang serius. Setelah memberi salam, belum sempat penulis melabuhkan punggung ke atas kerusi, salah seorang daripada mereka bertanya: " Mat Sabu tu Syiah ke?". Penulis terpinga-pinga seketika. Mungkin mereka ingin mengetahui lebih lanjut sidang media Mat Sabu menjawab isu berkaitan Syiah tadi. Menyedari penulis bekerja dengan sebuah portal berita di Bangsar, mereka rasa mungkin penulis tahu segala maklumat. Tidak, penulis tidak tahu semua.

Ayuh Sambutan Tahun Baru 2013 kita pakat TURUN ke DATARAN MERDEKA

Penganjur: Himpunan TURUN di Dataran Merdeka

Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup, Gerakan TURUN memutuskan untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gerakan TURUN, Azan Safar berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama NGO terlibat - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Aktivi berkenaan bagaimanapun menjelaskan, acara tersebut tiada kena mengena dengan satu lagi perhimpunan yang dipromosi sebagai Himpunan Guling Kerajaan, juga di Dataran Merdeka.

Tegasnya, TURUN tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu.

“Kalau ada pun gerakan sebegitu, kami tidak akan bersama. Tujuan kita bangun nak bangkitkan amarah rakyat, bukan nak gulingkan kerajaan.

Tarif lektrik dan bonus lima bulan kakitangan TNB

 - Dr Azman Ibrahim

Khabarnya kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal terima durian runtuh. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah atas rezeki yang bakal mereka terima.

Mereka juga warga dan rakyat seperti kita, punya tanggungan dan beban kewangan. Mereka juga bekerja untuk memberikan khidmat kepada majikan dan negara.

Mungkin ada perkiraan tertentu yang mewajarkan anugerah bonus ini diberikan kepada mereka.

Semoga dengan bonus yang dikira agak besar ini, kakitangan TNB akan melipatgandakan lagi kecemerlangan hasil kerja.

Kenaikan tarif elektrik yang bakal dinikmati bermula tahun hadapan bukan salah kakitangan TNB. Mereka adalah pekerja, bukannya pembuat dasar dan polisi. Yang menentukan dasar dan polisi sesebuah GLC seperti TNB adalah kerajaan yang memerintah. Kenaikan tarif elektrik bukannya ditentukan oleh CEO TNB, tetapi ditentukan oleh kerajaan BN setelah dibincangkan dalam Kabinet dan diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab.

Kerajaan Najib macam Sayang Jer Macam Suka hubungan dengan Vatican..!!

ABIM gesa M'sia tamatkan hubungan dengan Vatican

NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Putrajaya agar menamatkan hubungan diplomatik dengan Vatican susulan laporan tentang spekulasi badan itu untuk melantik ketua biskop baru di Malaysia yang lebih keras bersuara dalam isu kalimah Allah.

Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan dalam kenyataannya berkata, hasrat itu boleh mencetuskan "pertembungan tajam" yang seterusnya akan mencetuskan konflik di antara penganut Islam dan Katolik di negara ini.

"Sikap Vatican dalam kes ini amat dikesali, kerana ia sama sekali tidak menghormati sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Berdasarkan kepada kenyataan ini, ABIM menggesa sebarang hubungan diplomatik antara Malaysia serta Vatican ditamatkan serta merta," kata Amidi.

Ketua Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam meletakkan jawatan pada hari ulang tahun beliau ke-75, 6 Disember lalu, selaras dengan Canon Law.

Dikait Syiah, Mat Sabu tetap 'cool'

JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.

Buat jalan raya berkualiti, rakyat tak perlu bayar tol

KUALA LUMPUR: PAS berpandangan kerajaan tidak perlu menaikkan kadar tol pada tahun hadapan sekiranya syarikat konsesi berjaya mencapai kadar pulangan pelaburan (IRR) yang lebih tinggi.

Lebih-lebih lagi, perjanjian konsesi itu dimeterai berpandukan andaian jumlah kereta yang melalui lebuhraya tersebut, yang menentukan angka peratus kadar pulangan pelaburan itu dipilih.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata beberapa lebuhraya sekitar Lembah Klang seperti Akleh dan NPE di tengah-tengah bandar yang mendapat 'traffic volume' yang tinggi.

"Maka Average Daily Traffic (ADT) adalah tinggi sekaligus meletakkan lebuhraya seperti Akleh dan NPE mampu mencapai IRR yang lebih tinggi dari yang diberikan dalam konsesi.

"Kalaulah mereka boleh mencapai, contohnya IRR 12 peratus lebih awal lagi, maka konsesi tidak perlu dilanjutkan dan kenaikan juga adalah tidak perlu," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Dr. Dzulkefly, terma konsesi sesetengah lebuhraya memang menetapkan seandainya projek IRR dapat dicapai lebih awal maka konsesi tidak disambung.

Justeru, katanya kerajaan perlu bersikap adil dan telus berhubung IRR yang diperolehi syarikat konsesi terbabit.

"Sebab itu juga mereka mesti diaudit dan mendedahkan prestasi syarikat dan angka-antara Ramalan vs Sebenar atau 'Forecat vs Actual'," tambahnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tu dia aihh.. Gula-Gul untuk bagi rakyat lupa dah mai dah..!!

Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember

KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Tokey TOL sebenarnya sudah mewah

Rafizi: Pemegang konsesi tol sudah mewah
NIZAM ZAIN

PETALING JAYA - Pemegang konsesi tol di negara ini telah pun menikmati keuntungan 'luar biasa' sehingga mencecah 61 peratus keuntungan bersih sebelum cukai dan kadar tol tersebut dipercayai antara yang tertinggi di dunia.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi yang dikuasai kerajaan itu seolah-olah 'lupa' terhadap pertambahan kenderaan di lebuh raya setiap tahun yang menyumbangkan keuntungan berlipat ganda itu.

"Dalam perjanjian konsesi telah menetapkan sasaran kenderaan yang perlu menggunakan lebuh raya, apabila jumlah kenderaan meningkat, keuntungan juga meningkat.

"Apabila kerajaan mahu menyemak semula kadar tol itu, ia menghina rakyat di kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah terlalu tinggi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut cadangan dan alasan kenaikan tol seperti mana yang dipertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar semalam sambil mengatakan pengguna jalan raya boleh membuat pilihan jika kenaikan tol terlalu tinggi, Rafizi menyifatkan ia sebagai kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Menurutnya, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya meningkat saban tahun.

Hanya rumah ibadat dapat diskaun bil elektrik

OLEH: Tarikh: December 17, 2013

KUALA LUMPUR - Diskaun 10 peratus untuk bil bulanan elektrik hanya akan diberi kepada rumah ibadat yang berdaftar dengan kerajaan pusat atau negeri, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rumah ibadat yang tidak berdaftar tidak layak menerima diskaun khas itu kerana dikategori sebagai pengguna komersial.

Walaupun dapat diskaun, kerajaan berharap premis berkenaan dapat melaksanakan penjimatan elektrik dan menjadi contoh kepada masyarakat, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, di sini.

Beliau menjawab celahan Senator Firdaus Abdullah.

Diskaun itu dinikmati oleh sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi, rumah ibadat dan rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan, selain institusi pendidikan yang ditaja sebahagiannya oleh kerajaan, serta hospital universiti di bawah Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata sebanyak 1,251 syarikat dan 4,090 anggota lembaga pengarah telah disenarai hitam atas pelbagai kesalahan berhubung projek perumahan di seluruh negara setakat 31 Mei lalu

Katanya daripada jumlah itu, 118 syarikat disenarai hitam kerana projek terbengkalai dan 250 lagi kerana 'projek sakit'.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah menimbulkan masalah dalam menyiapkan sesuatu projek perumahan tidak akan dapat lari daripada disenarai hitam.

"Kalau nama syarikat boleh ditukar tetapi nama anggota lembaga pengarah yang telah disenarai hitam tidak akan berpeluang lagi untuk terlibat dalam industri tersebut," katanya kepada celahan Senator Datuk Noriah Mahat yang ingin tahu jumlah syarikat hartanah itu yang telah disenarai hitam. - Bernama

Tu dia dengar kata menteri cadang nak buat JABATAN FACEBOOK NEGARA !!!

 

Koi nk mengarut dah lepa ni...sampai semua nak tutuh..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...