TERKINI :

Tuesday, December 17, 2013

Kalau BN tak atasi masalah kenaikan harga...adakah rakyat akan mula tolak mereka..??


bn

SHAH ALAM  - Beberapa bulan selepas berakhirnya PRU13,  rakyat menyaksikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan satu demi satu.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ).

Terbaru, pengumuman semakan semula kadar gas, tambang LRT dan monorel serta kadar tol membabitkan 13 lebuh raya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat tindakan kerajaan yang mengurangkan subsidi itu sebagai satu usaha untuk menangani bebanan kewangan kerajaan namun ia tetap meninggalkan kesan.

Al fatihah - Azean Irdawaty meninggal dunia

Azean Irdawaty

[DIKEMASKINI] PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Kaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, ia berat sebelah

– Aspan Alias

Buat pertama kalinya, saya ingin membuat komen yang disebut oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tentang kenaikan tol, isu yang sangat menyakitkan rakyat ini. Wahid mempertahankan kenaikan tol yang dibuat oleh “concessionaire” lebuh raya kerana kenaikan itu adalah perkara yang sudah termasuk di dalam perjanjian “concession” yang ditandatangani dengan kerajaan.

Sememangnyalah begitu. Apa yang telah dipersetujui dahulu dan ditandatangani pula perjanjian itu, maka ia terpaksa dilaksanakan mengikut lunas-lunas perjanjian itu. Elok kita beritahu Wahid yang semuanya itu difahami rakyat kerana rakyat bukan lagi buta huruf seperti dahulu.

Tetapi seperkara yang Wahid mesti tahu ialah rakyat sedang menghadapi kos kehidupan yang terlalu tinggi dan memeritkan kerana harga barang keperluan dan perkhidmatan seperti membayar tol ini amatlah tinggi. Pemimpin kita bercakap yang semua pihak perlu berkorban untuk mempastikan negara kita melalui zaman susah ini dengan sabar dan perlu berkorban untuk negara.

Nah, rakyat telah berkorban dengan pengurangan pelbagai subsidi seperti subsidi bahan bakar dan pelbagai lagi. Oleh demikian, tidak kah terfikir dan terdetik di dalam fikiran pemegang konsesi lebuh raya yang banyak ini untuk bersama-sama dengan rakyat untuk berkorban? Tidak bolehkah kerajaan berunding dengan pemegang konsesi ini untuk mengurangkan sedikit tol ini dan bersama-sama menunjukkan sikap ingin bersama berkorban dalam keadaan ekonomi rakyat yang sangat memeritkan sekarang ini.

Isu PIL KUDA, sampai sekarang Presiden PAS belum kemukakan bukti..!!

Adakah Hj Hadi setaraf Zahid Hamidi? Buktikan atau mohon maaf! 
– Che’GuBard

:: Video Rakaman Ceramah Tersebut ::

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Saya Badrul Hisham bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.

PKR: Syarikat tol untung besar, tidak perlu naikkan kadar

Tidak perlu kenaikan kadar tol kerana syarikat konsesi sudah kaut untung, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Tidak perlu kenaikan kadar tol kerana syarikat konsesi sudah kaut untung, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Putrajaya harus mengadakan rundingan semula berhubung cadangan kenaikan tol kerana syarikat pemegang konsesi tol sudah pun menikmati keuntungan yang besar, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Jika Barisan Nasional pandai, mereka boleh turunkan kadar tol dan naikkan jumlah kenderaan. Lebih pun kedua-duanya adalah berkaitan," katanya.

Rafizi berkata, analisis keuntungan syarikat tol adalah seperti berikut:

Plus Bhd operator tol di Lebuhraya Utara-Selatan, menerima keuntungan sebanyak 61% dalam 2011.
Litrak Bhd, yang menguruskan Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sprint, menerima keuntungan RM180 juta tahun lalu daripada jumlah pungutan tol sebanyak RM369 juta.

Rafizi berkata:"Tidak banyak syarikat di dunia boleh mencapai kadar keuntungan sebelum cukai seperti Plus. Harga penyelenggaraan mereka hanya 6% daripada jumlah pendapatan tol. Ini menunjukkan kadar tol hari ini masih terlalu tinggi."

Standard menteri dalam sistem Umno sama

oleh Mohd Sayuti Omar,
SUSUPAN PETANG

Menteri atau ahli politik yang disistemkan oleh Umno mempunyai pandangan dan pola pemikiran yan sama, streotype. Tidak kira walaupun mereka itu dari latar belakang mana, iktisad atau profesionalisme bila masuk dalam kepok Umno mereka menjadi sama dan serupa. Ruang fikir mereka menjadi sempit sesempit lubang 'jebul'. Sempit dan penuh dengan colestrol rasisme, fasisme dan ortodoks.

Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat Phd akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.

Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.

Begitu juga kalau mereka berpendidikan ekonomi tahu pengurusan ekonomi dan sebagainya, tetapi bila sudah menjadi ahli politik mereka tidak lagi mempergunakan ilmu itu sebagai pandauan corak pemikiran mereka.

Misalnya perhati sahaja kepada jawaban-jawaban atau pun alasan diberikan menteri mengenai sesuatu tindakan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hasil polisi dan dasar diperkenalkan kerajaan. Contohnya dalam menangani kenaikan harga barangan seperti ayam, gula, bahan bakar, kenaikan tol, cukai pintu, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagaimana jawaban mereka? Perhatikan mereka menggunakan sifir atau formula yang sama untuk menjawab bagi meredahkan keresahan rakyat.

Dengan PANTAS YB Rafizi menerima perlawaan PEGUAM NEGARA untuk periksa akaun bank beliau.

Saya teruja pelawaan Peguam Negara - Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan dan menghargai keterbukaan Peguam Negara yang mengeluarkan kenyataan semalam menjemput beliau mendapatkan surat kebenaran untuk meneliti semua akaun-akaun di dalam dan luar negara.

“Saya teruja dengan pelawaan tersebut kerana ini satu contoh teladan baik yang telah ditunjukkan oleh seorang penjawat awam tertinggi yang perlu diikuti oleh pimpinan-pimpinan lain termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Saya mengalu-alukan dan menghargai keterbukaan Peguam Negara yang mengeluarkan kenyataan semalam menjemput saya mendapatkan surat kebenaran beliau untuk meneliti semua akaun-akaun beliau di dalam dan luar negara.

Saya teruja dengan pelawaan tersebut kerana ini satu contoh teladan baik yang telah ditunjukkan oleh seorang penjawat awam tertinggi yang perlu diikuti oleh pimpinan-pimpinan lain termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu Syiah: Mat Sabu saman Zahid

Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan beliau dengan fahaman Syiah.

Mohamad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada panel peguam Pas untuk tindakan selanjutnya ke atas Ahmad Zahid yang menuduhnya terlibat dengan fahaman Syiah, satu ajaran sesat yang mengancam keselamatan negara.

"Saya telah ambil keputusan untuk menyerahkan kepada peguam untuk ambil tindakan mahkamah terhadap Ahmad Zahid saja.

"Pada masa ini peguam saya akan failkan saman ke atas Ahmad Zahid saja kerana bagi saya Ahmad Zahid adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan beliau ke atas saya didasari niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Lebuhraya di bina dengan menggunakan duit siapa.. Rakyat atau Konsesi..??


KEY POINT SEKARANG:

KERAJAAN NAK BUAT HIGHWAY..
DIA SURUH SYARIKAT KONSESI BUAT..
SYARIKAT NIE BUAT GUNA LOAN KERAJAAN
DALAM BAHASA KOPERAT DIA PANGGIL
SOFT LOAN..
SOAF LOAN NIE DUIT YG KERAJAAN BERI PINJAM
DENGAN KADAR BUNGA YANG RENDAH...

Rafizi : Menteri yang tak tahu bekerja untuk rakyat baik berhenti


Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis


 Dr Mohammad Agus Yusoff SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol.

Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat.

“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa.   

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.

Akhirnya Hadiah Untuk Rakyat : Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan


Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

KRONOLOGI Kerajaan BN Najib sedang memperbodohkan rakyat untuk menaikkan TOL

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1502482_238086433026695_872524990_n.jpg 
14/12/2013 - MAI HARI NIE UMUM NAK NAIK..!!

17/12/2013 - MENTERI SIAP UGUT RAKYAT..!!

KLIK LINK NIE UNTUK SAMBUNGAN

Kesian mangsa banjir PEKAN, nak harap ahli parlimen sibuk kerja di luar negara..!!

Jumlah tertinggi mangsa banjir masih di Pekan

Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,073 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,263 orang pada 9 malam tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 995 orang daripada 243 keluarga di 11 pusat pemindahan berbanding 1,098 orang daripada 272 keluarga di 11 pusat pemindahan pada sebelah malam.

Di Kuantan, masih kekal dengan hanya tinggal 27 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 51 orang daripada 13 keluarga berbanding 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan.

- Bernama

Ustaz Asri ulas bab salji turun di Mesir, beliau katakan itu bukan tanda kiamat


Tudia bangganya dengan BN, dah ada iklan JUDI di RTM..!!

Photo: Iklan pusat perjudian TERBESAR kat asia..  iklan yang menjadi keBANGGAAN rakyatnya.

Cai cai tak bangga ke Ownership Las Vegas Malaysia ni ialah Perdana Menteri dan Sepupunya? 

Bangga siot!!!

Kalau bangga.. sebarkan.. 
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/554222_456461027737361_906676459_n.jpg

Orang Alor Setar memang sengaja cari nahas


Memang sengaja cari nahas  
Kelihatan penunggang motosikal menggunakan laluan bertentangan.

ALOR SETAR - Meskipun simbol ‘dilarang masuk’ sudah jelas terpampang, nampaknya kesedaran sesetengah penunggang motosikal mengenai peraturan jalan raya masih rendah apabila didakwa tidak mematuhi papan tanda lalu lintas.

Malah, sesetengah pengguna lalu lintas dilihat tidak mempedulikan keselamatan mereka mahupun pihak lain apabila menunggang motosikal arah bertentangan di terowong bawah jambatan berhampiran bandar raya Alor Setar dekat sini, semalam.

Melalui tinjauan, sesetengah menunggang motosikal mahupun basikal melalui jalan bertentangan dengan alasan ingin cepat mahupun mengejar masa.

Sedangkan laluan sibuk kemungkinan menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan masing-masing, sekali gus boleh mengundang risiko kemalangan.

Depa Kata TNB bagi bonos 5 bulan kat kakitangan dia.. betoi ka???

BN buat Manifesto PEMOHONG - Janji kurangkan TOL berperingkat tapi sebaliknya berlaku.

 

kan dah kata otak penyokong UMNO BN dia cuma aktif 24jam sahaja...bila terpaksa guna sampai 7 lebih maka mereka akan lupa...

bukti nie dia...cuba tgk depa pemohong camna... tahun lepas canang kata KITA TAK NAIK...tapi mai hujung TAHUN NIE UMUM KATA NAIK...

Kenapa tak dakwa saya Syiah - Anwar

Dec 16, 2013
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak lebih sebagai agenda Umno BN untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Lebih malang katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) juga dilihat cuba dijadikan boneka oleh pemimpin politik BN bagi mencapai matlamat itu.

Menurut Anwar, sekiranya kerajaan sudah cukup bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.

"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Adakan ini sebahagian JANJI-JANJI MANISMU di Sg Limau tempohari

Buat kerja separuh jalan

Buat kerja separuh jalan  
Fatimah terpaksa membasuh baju di luar rumah berikutan pembinaan tandas masih tergendala.

YAN - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Daun Tengah dekat sini, mendakwa terkilan dengan kerja pembinaan tandas kediaman mereka yang dikatakan tidak disempurnakan sebaiknya.

Mohd Anuar Kassim, 30, berkata, kerja pembinaan tandas kediamannya seakan-akan hanya melepaskan batuk di tangga.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui siapakah kontraktor dan pihak mana yang seharusnya bertanggungjawab dalam kerja pembinaan tandas berkenaan.

“Namun, kami sekeluarga agak kecewa kerana tandas terbabit dibiarkan dalam keadaan tidak siap seperti cermin dan paip tidak dipasang,” katanya.

Hanya buah-buahan keluaran negeri Kedah dihidang


ALOR SETAR - Mulai tahun depan, hanya buah-buahan yang dihasilkan di Kedah yang akan dijadikan bahan pencuci mulut dalam majlis rasmi kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Suraya Yaacob berkata langkah itu adalah untuk mempromosi hasil tanaman Kedah di peringkat tempatan dan luar negara.

"Kedah merupakan negeri pertanian yang banyak mengeluarkan hasil tanaman seperti betik, pisang dan nanas yang boleh dipasar dan diperkenal kepada pasaran luar.

"Sebelum itu rakyat Kedah perlu merasai hasil tanaman Kedah sendiri sebelum diromosikan di peringkat tempatan dan pasaran luar," katanya selepas merasmikan seminar teknikal pertanian di sini hari ini.

Katanya buah seperti epal dan strawberi yang sering digunakan dalam upacara rasmi termasuk di hotel di negeri ini perlu ditukar bagi membantu mengetengahkan hasil tanaman Kedah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...