TERKINI :

Monday, December 16, 2013

Antara jadi barua DAP dan jadi LEMBU UMNO!!!!!

Rayu kerajaan berhati perut, umpama kejar fatamorgana

Dec 16, 2013
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Jawapan di atas persoalan 'mengapa semua kenaikan berlaku secara bertindan' kerana BN bertahan dan terus berkuasa.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, sesungguhnya, kesusahan rakyat adalah kesenangan bagi pemimpin BN kerana bila rakyat susah, maka mudahlah digula-gulakan.

“Saya dengan ini menyeru kepada semua, khususnya anak muda dan golongan pekerja, bangunlah dari tidur yang lena, bangun dan lawan, kerana rakyat sedang ditindas dan negara sedang dijarah di atas nama bangsa,” ujar beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Isnin. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'monday blues'.

Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya. Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat-semangat 5-0.

Peringatan kepada Zahid Hamidi: KDN bukanlah tanah subur untuk bermain politik

 - Shahbudin Husin

Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden PAS yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali. Selain mahu menghancurkan PAS dan memastikan sokongan Melayu luar bandar kekal milik Umno, ia juga dipercayai mahu meningkatkan lagi reputasi Zahid yang kini memegang jawatan Naib Presiden Umno.

Di sebalik 10 bukti yang didedahkan, tidak ada satu pun yang menjurus kepada mengancam keselamatan negara. Sejak dua penggal menjadi orang nombor dua dalam PAS, tidak pernah sekali pun aksi atau perbuatan ke arah militan yang diketuai oleh Mat Sabu dalam parti itu. Beliau hanya dilihat hebat berceramah dengan menentang Umno dan kerajaan dengan hujah dan fakta yang mudah diterima oleh orang ramai sehingga ceramahnya tidak pernah ketandusan hadirin.

Dalam masa yang sama, jika benar Syiah itu bahaya dan mengancam, kenapa penyebarannya secara menyeluruh tidak dibanteras. Sementara Zahid berbangga memberitahu Perhimpunan Agung Umno bahawa Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan Majlis Syiah Malaysia, tetapi orang yang mahu mendaftarkan pertubuhan itu tidak pula disoal atau ditahan.

Sekoq Lagi menteri #macai dilahirkan Umno BN.. Tol naik Pengguna boleh guna jalan biasa

Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri


Datuk Seri Abdul Wahid Omar (tengah) memberi ucapan mengenai keadaan macro ekonomi negara di Putrajaya Convention Centre hari ini. 

Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Kerajaan ada kuasa untuk tidak menaikkan tol

Dec 16, 2013
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Alasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung kenaikan tol adalah dangkal terutamanya apabila sebahagian besar dari pemegang konsesi lebuhraya utama di negara ini dikuasai oleh anak-anak syarikat milik kerajaan.

Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang merujuk kenyataan Abdul Wahid yang dilaporkan mengesahkan kenaikan tol yang akan berlaku pada 2014 kerana ia sebahagian dari perjanjian konsesi yang dimeterai oleh kerajaan.

“Oleh kerana pemegang konsesi adalah anak-anak syarikat milik kerajaan, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Saya merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang dilaporkan mengesahkan kenaikan tol yang akan berlaku pada 2014 kerana ia sebahagian dari perjanjian konsesi yang dimeterai oleh kerajaan.

Alasan yang diberikan oleh beliau itu dangkal terutamanya apabila sebahagian besar dari pemegang konsesi lebuhraya utama di negara ini dikuasai oleh anak-anak syarikat milik kerajaan.

Akhirnya negeri PERLIS haramkan daun Ketum, Kedah bila lagi..?

J'kuasa fatwa Perlis haram daun ketum

http://1.bp.blogspot.com/-NQ_9fx9PdIs/TfoP9yeFiPI/AAAAAAAAACI/n0fQuvBvQOQ/s1600/Ketum.png
Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Okt lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.

Menjawab Persoalan: Mengapa Kenaikan Bertindan Dalam Tempoh Singkat?

Isnin. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'monday blues'.

Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya. Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat - semangat 5-0.

Pagi ini juga saya terlihat muka depan akhbar Sinar Harian yang agak mencuri perhatian. Muka depan yang terpampang perkataan "Tolonglah Jangan Naik" di semua edisi Sinar Harian seluruh negara, dengan berlatar-belakangkan lebuhraya yang penuh sesak dan juga satu gambarajah berfakta mengenai 'rasionalisasi subsidi'.

Tajuk muka depan akhbar tersebut mencerminkan sesuatu yang lahir dari marhein. Ia satu rayuan rakyat seolah-olah merayu supaya janganlah terus menambah beban. Apakah yang dirayu itu?

Jika rayuan itu memohon supaya kerajaan lebih berhati perut, saya percaya rayuan tersebut umpama mengejar fatamorgana.

Anwar ingatkan Jakim jangan jadi boneka


Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) supaya tidak membenarkan agensi itu dijadikan boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).

Kata Anwar, jika kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, maka pendakwaan sepatutnya terus dilakukan.

Mohamad atau Mat Sabu ujarnya perlu diberi ruang untuk membela diri di atas tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“…sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
 

Dedah.. Kenapa UMNO BN masih setia di sokong oleh penyokong depa..!!


DEDAH..!!! setelah disiasat serta disokong oleh bukti2 gred A aku merumuskan beberapa sebab mengapa masih ada melayu yang jadi penganut umno dan sangat taksub dengan kerajaan 47%, antaranye ialah; 

1. rumah mereka tiada kemudahan letrik jadi kenaikan tarif letrik tak jadi kudis pun bagi mereka. 

2. keperluan seharian mereka terlalu asas..kutip pucuk2 kayu di belakang rumah dan tangkap ikan di baruh sudah cukup sebagai hidangan seharian..

Kalau sebut GST diorang akan tanya balik "nate gapo ji..es..ti tu awe..racun padi ko?" 

3. anak2 mereka tidak bersekolah..kalau ada pun takat darjah 3 ja..sebut PTPTN depa kata "ni nama baru RISDA ke..?" 

4. dapat hadir ke majlis2 yang melibatkan menteri atau pemimpin umno adalah satu keseronokan yang tidak terhingga walaupun sekadar tukang tepuk tangan kerana berpeluang dapat makan free, dapat t'shirt dan topi percuma dan yang paling tidak dapat dilupakan mereka akan disajikan dengan janji2 seperti puluhan tahun yang lalu "pakcik akan dapat rumah baru taklama lagi, nama dah ada dalam senarai.." 

5. bukti2 lain akan didedahkan pada masa yang sesuai..bukti gred AAA (cam bateri daaa..) 

sekian..

Agus : Isu Mat Sabu Syiah, Bukti dikemukan bukan saja Gred A atau B tapi...........!!

Persepsi..!!

Apabila KDN mendedahkan bukti tentang Mat Sabu, pemimpin nombor 2 PAS sebagai pengikut Syiah, reaksi pertama saya ialah ‘bukti’tersebut tidak kukuh. Dan sama sekali tidak menyakinkan.

Apabila mendengar pula adanya bukti gred A, hati saya bertanya lebih jauh. Apakah kita boleh mengawal akidah rakyat? Saya tidak berfikir kita boleh mengawal akidah rakyat kerana amalan itu adalah bersifat peribadi.

Yang boleh kita kawal ialah aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Setakat ini, kita tanyalah diri kita, adakah aktiviti Mat Sabu mengancam keselamatan negara? Jawapan saya tentunya tidak kerana Mat Sabu adalah seorang pemimpin sebuah parti politik yang sah mengikut undang-undang negara.

2014 Tahun Mencabar & Tahun Naik..!!

2014 tahun mencabar
TAHUN 2014 akan menjadi masa paling mencabar kepada masyarakat terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana kerana harga barang serta perkhidmatan di negara ini, naik serentak.

Selepas PRU13, kerajaan mengumumkan satu demi satu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, atau pengurangan serta pemansuhan subsidi, berselang dalam tempoh sebulan, sejak September lalu.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan kadar tol membabitkan 13 lebuh raya  seolah-olah membentuk satu siri kenaikan harga.

Semua pengumuman yang dilakukan secara ‘bertindan’ itu membuatkan rakyat tidak senang duduk, malah ada pihak menganggapnya sebagai peningkatan harga paling buruk sejak negara merdeka, 31 Ogos 1957.

Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan


Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan  

SEREMBAN - Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya membantah perkara itu dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Mohd Nazree, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.

“Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kerajaan juga perlu berjimat demi rakyat


Wan Saiful Wan Jan  
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM – Kerajaan disaran melakukan penjimatan dalam urusan perbelanjaan jika mahu mengurangkan subsidi barangan  serta perkhidmatan.

Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pemimpin kerajaan digesa  melakukan perkara itu demi keadilan rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga barangan secara mendadak disebabkan tindakan itu menjelang 2014.

“Rakyat memang ada hak  yang sangat kuat untuk rasa tidak senang hati dengan kenaikan harga barangan disebabkan pengurangan subsidi berkuat kuasa tahun depan.

“Pastinya rakyat marah dan kecewa dengan tindakan itu yang pada masa sama pemimpin sendiri tidak berusaha untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.
   
Menurut Wan Saiful, kerajaan boleh mengambil inisiatif mengurangkan perbelanjaan dengan penjimatan kos guna elektrik di semua jabatan kerajaan termasuk kos perjalanan pemimpinnya.

Dua Ustaz UMNO kata Zikir Imam Syafie Karut..!!

 

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga


SHAH ALAM - Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.

“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Angola tidak iktiraf Islam: Benar atau palsu?


Angola tidak iktiraf Islam: Benar atau palsu?
MINGGU lalu, negara Afrika Selatan, Angola mengundang kritikan dunia selepas kebanyakan media antarabangsa melaporkan negara itu mengambil keputusan mengharamkan Islam. Jika benar, maka negara tersebut menjadi negara pertama di dunia memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.     

Bagaimana kerajaan Angola berani mengambil keputusan luar biasa dan boleh mengharamkan agama kedua terbesar dunia di zaman moden ini?

Selepas laporan itu tersebar, kerajaan mengeluarkan kenyataan negaranya tidak mengharamkan Islam tetapi belum mengharamkannya. Walaupun fakta itu mampu diputar belit namun secara logiknya, negara itu kini menjurus untuk mengurangkan pengaruh Islam. Ianya terbukti selepas lebih 60 masjid dirobohkan dan ratusan al-Quran dibakar.

Rakyat Malaysia cari makan dah tak memikirkan halam haram dah... Salah siapa ini berlaku?

Rakyat bagi sembang bab SYIAH, Umno BN rakus naik harga

Sudah berbuih mulut beritahu, jaga tektik umno bn, mereka suka melekakan rakyat dengan isu lain dan dlm masa yang sama mereka zalim pada rakyat..

Dan nak bagus lagi orang PAS sendiri berbincang senada seirama dgn lagu musuh...

Biarkan mereka sembang syiah, kita terus sentuh isu barang naik.. Biarkan mwreka nak tangkap mat sabu..yg nak kena dia seorang tapi bab barang naik semua akan terlibat...

Berita gembira daripada Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar. (Taubah: 20-22)

Ibnu Jarir berkata: Orang yang beriman membenarkan dengan tauhidnya. Berhijrah dan berjihad menentang orang Musyrikin pada agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Itulah sebesar-besar darjat dan setinggi-tinggi kedudukan berbanding dengan hanya pemberi minum bakal haji, pemakmur Masjidil Haram daripada kalangan Musyrikin.

Sayyid Quthub berkata: รข€œSelepas pengumuman pemutusan hubungan dengan kaum Musyrikin, maka tidak ada apa-apa keuzuran dan alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu berperang dengan kaum Musyrikin. Begitu juga di sana tidak ada sebab yang membuat mereka teragak-agak untuk menafikan kaum Musyrikin daripada mengunjungi Baitullah dan mengimarahkannya walaupun kerja-kerja ini telah dilakukan oleh kaum Musyrikin pada zaman Jahiliah.

KIPA bantu promosi Kedah

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

HAZRITA Mohd. Hatta (kanan) memberi penerangan mengenai tempat-tempat menarik dalam negeri Kedah kepada sebahagian jurugambar dari Singapura yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Fotografi Antarabangsa Kedah di Alor Setar, semalam

ALOR SETAR 15 Dis. - Anugerah Fotografi Antarabangsa Kedah (KIPA) yang berlangsung sejak Julai lalu menarik minat lebih 2,900 penyertaan jurugambar tempatan dan luar negara dalam usaha menyemarakkan industri pelancongan negeri ini.

Menurut Pengarah Penajaan KIPA, Hazrita Mohd. Hatta, pertandingan fotografi itu turut menerima penyertaan kira-kira 40 jurugambar profesional dari Singapura, Thailand, India dan Asia Barat.

"KIPA bukan pertandingan biasa yang sekadar memaparkan lokasi menarik tetapi landasan untuk menjadikan negeri ini destinasi utama pelancongan yang harus dilawati terutama oleh pelancong luar.

Tak sempat buat kenduri apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran


Tak sempat buat kenduri  
Bakri (kiri) dan isterinya tinggal sehelai sepinggang.

ALOR SETAR - Malang tidak berbau, begitulah nasib dialami sebuah keluarga di Kampung Gunung Sali dekat sini, apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Abdullah Man, 44, mengalami kecederaan di muka dan kedua belah lengan selepas terkena api ketika bertindak membuang tong gas yang berada di dapur kediamannya.

Isterinya, Minah Deraman, 47, berkata, sebenarnya dia bersama lima penduduk kampung lain sedang bergotong-royong memasak di dapur untuk  mengadakan kenduri kecil-kecil demi meraikan anak dan anak saudara bersunat.

“Namun, secara tiba-tiba api menyala dari dapur terus membakar semuanya. Jadi, tak sempat nak ambil apa-apa.

Syiah & Zahid : Dok asyik tunjuk Mat Sabu akhirnya kembali ke lubang hidung sendiri..!!

Syiah: Zahid Hamidi Kantoi Lagi..


Baca betul-betul apa yang Zahid Hamidi ucapkan dalam PAU13 sepertimana yang telah dilaporkan di atas,.. Merasakan dirinya sangat berkuasa, Zahid memberikan kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana amal Syiah.

Setelah 10 bukti yang kononnya kaitan antara Mat Sabu dan Syiah didedahkan menjadi bahan ketawa majoriti rakyat, hari ini keluar lagi laporan kononnya KDN ada bukti 'Gred A' pula.

Dah jadi macam berniaga telur ayam pulak dah.. ada berbagai gred..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...