TERKINI :

Sunday, December 15, 2013

Bestnya.. Lepas nie bas sekolah pulak tambang diselaraskan ke 40%

Pengusaha bas sekolah mahu kenakan surcaj 40%
Koh Jun Lin
 
Kesatuan pengendali bas sekolah mengumumkan bahawa anggota akan mengenakan surcaj tambahan 40 peratus ke atas kadar tambang apabila penggal persekolahan bermula bulan depan, sekiranya kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.

Gabungan Persatuan Bas Sekolah (GPBS) meluluskan usul tersebut dalam mesyuarat agung tahunannya semalam ekoran kegagalan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjalankan semakan semula tambang.

Langkah itu juga dijalankan selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi harga disel pada September lalu yang menurut GPBS menyebabkan pengusaha bas tertekan untuk meneruskan operasi.

Presien GPBS Amali Munif Rahmat ketika dihubungi semalam berkata, Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial kali terakhir membuat semakan harga tambang pada Ogos 2009.

Lembaga tersebut, yang kini dikenali sebagai Spad, sepatutnya membuat semakan setiap tiga tahun atau apabila berlaku langkah drastik seperti kenaikan harga bahan api, katanya.

"Sekarang sudah lima tahun tanpa semakan harga tambang walaupun sudah beberapa kali harga bahan api naik," katanya ketika Malaysiakini.

Dalam tempoh itu, harga disel dinaikkan tiga kali – yang menyebabkan kenaikan harga dari RM1.70 seliter kepada RM2.

Kerajaan yang pembohong semata-mata mempertahankan kuasa

Lihat..demi kuasa mereka lembut gigi dari lidah sebelum pru13 tapi hakikatnya mereka rakus dan zalim kepada rakyat sendiri....

Mesin ATM pun asyik dok kena rompak saja sekarang nie, latest RM270,000

Perompak larikan RM270,000

KUALA LUMPUR - Tiga penjenayah melarikan wang tunai RM270,920 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Taman Cheras Utama, Batu 9, Cheras di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan, yang berada pada jarak 15 meter antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang penyelia pengawal keselamatan pasar raya berkenaan pada 7.10 pagi.

KDN macam meniaga 'teloq'

Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'

Datuk Mahfuz Omar  
Datuk Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.

Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.

Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred".

Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat?

 - Aspan Alias


Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.

Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.

Mat Sabu: KDN yang perlu bukti tuduhan

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab mengemukakan bukti kerana mendakwa beliau sebagai pengikut Syiah dan bukan sebaliknya.

Beliau mengulas gesaan oleh pegawai agama KDN, Zamihan Moat Zain yang mahu Mohamad mengemukakan bukti bagi menadikan tuduhan tersebut.

"Beban bukti di tangan mereka (KDN) kerana mereka yang menuduh saya.

"Sepanjang pengetahuan saya, itu caranya undang-undang berjalan di Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan the Star Online.

Zamihan semalam menggesa Mohamad agar berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin.

Untuk Makluman Adnan Yaakob, ia bukan kerana roti tapi kerana hati..!!

Mangsa banjir kecil hati

Laporan Akhbar Semalam
KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini.

“Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.

Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.

Website Porno : kenapa Kerajaan kurang berahi untuk sekat seperti website politik pembangkang.

KEJADIAN anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun amat meluluhkan perasaan kita.

Apatah lagi, hanya baru dua bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.

Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.

Senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan sesi 2013-2015

[admin] YAB Ustaz Dato Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan pada petang ini di dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dengan persetujuan mesyuarat telah mengumumkan perlantikan-perlantikan sebagaimana berikut :

Timbalan Pesuruhjaya (1) : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya (2) : YB Dato Dr Johari Mat
Timbalan Pesuruhjaya (3) : YB Dato Haji Husam Musa

Setiausaha : YB Tuan Haji Zulkifli Mamat
Pen. Setiausaha (1) : Tuan Haji Nasir bin Daud
Pen. Setiausaha (2) : Ustaz Asri Mohd Zain
Bendahari : YB Dato Haji Hanifa Ahmad
Pengarah Pilihanraya : YB Dato Haji Takiyuddin Hassan
Ketua penerangan : YB Dato Haji Nasaruddin Daud

AJK Badan Perhubungan :
1. YB Dato Dr Fadzli Hassan
2. Ybrs Wan Nik Wan Yussof
3. YB Dato Haji Abdullah Mat Nawi
4. Ybrs Tuan Nik Baharum Nik Abdullah
5. YB Puan Mumtaz Nawi
6. YB Dato Haji Abdul Fatah Mahmood
7. YB Dato Haji Abdullah Yaakob

Kantoi Beromen Dalam BAS



MANA HILANGNYA SIFAT BERBUDI BAHASA DAN PEMALU DALAM HIDUP ANAK REMAJA KITA.

JIKA DAH TAK TAHAN SANGAT SILALAH LAKUKAN DENGAN JALAN YANG HALAL.

DAN YANG PALING UTAMA ORANG YANG AMBIL GAMBAR NIE APA KATA ANDA SENDIRI YANG PERGI MENEGURNYA...ITU YANG SEBAIKNYA UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN TERSEBUT...

Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah berkenaan KUIN

Assalamulaikum dan salam sejahtera…

Y.A.B. Datuk,

Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. Begitu jugalah isu KUIN yang selama ini menjadi masalah besar dalam Pemerintahan Pakatan Rakyat-PAS sehingga tersungkurnya kerajaan tersebut kerana kuasa yang ada pada rakyat. Kini kakitangan KUIN berasa tenang dengan pemerintahan baru yang membela nasib warganya. Namun terdapat dua perkara yang sedang dinanti-nantikan oleh warga KUIN iaitu :

1. Status KUIN sebagai Badan Berkanun Negeri

- Umum mengetahui bahawa kedatangan Y.A.B. Datuk ke KUIN tempohari telah mengumumkan 6 penambahbaikan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh warga KUIN. Salah satunya adalah menjadikan KUIN sebagai sebuah badan berkakun di bawah kerajaan negeri. Malangnya, sehingga kini tiada langsung kedengaran tentang perkara tersebut. Yang ada hanyalah ura-ura untuk menaikkan yuran pelajar dan sebagainya. Kita khuatir sekiranya KUIN tidak dijadikan badan berkanun negeri, isu lama seperti pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada kroni, kemasukkan ahli keluarga yang bekerja tanpa prosedur pengambilan yang sah, penubuhan anak syarikat yang lintang pukang dan kenaikkan yuran pelajar tidak munasabah akan berlaku sekaligus akan memberikan imej yang buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Y.A.B Datuk. Sekiranya KUIN diletakkan di bawah badan berkanun negeri, pemantauan oleh pihak SPA negeri akan berlaku dan segala permasalahan akan dapat selesaikan. Jesteru itu, besarlah harapan warga KUIN agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

Rekod dunia: Suntik semangat pertahan pingat emas




YANGON - Kejayaan skuad hoki wanita mencipta rekod dunia dengan menghasilkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan kedua pusingan awal semalam memberikan suntikan semangat untuk mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar.

Kapten pasukan Nadia Abdul Rahman berkata kejayaan skuad kebangsaan itu adalah hasil kerjasama sepasukan yang tidak pernah mengambil mudah dalam setiap perlawanan dan mahu pasukannya tetap fokus mencari mata kemenangan pada saingan seterusnya nanti.

"Memang satu kejayaan buat pasukan, dulu kami pernah dibelasah 18-0 dengan Australia, kekalahan itu memberi pengajaran kepada kami untuk beraksi dengan lebih baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu pemain hoki wanita kebangsaan Noor Hasliza Md Ali yang menjaringkan tujuh gol pada perlawanan semalam berkata beliau berazam untuk menghasilkan lebih banyak gol pada perlawanan ketiga menentang Singapura esok.

Syiah : Betul ke Bohong, Ketua kata ada 1juta, Jakim kata 1500...!!

 

aduhai pening dok tengo kelaku puak ini uruskan KES SYIAH..
macam-macam jenis kenyataan dilakukannya....

MANA SATU BETUL PUN TAK TAHU...
http://my.astroonthego.com/marketing/assets/public/images/whats-showing/may/betulbohong5.jpg


Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah

Mohd Sayuti Omar, 
RENCANA AHAD


Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno.

Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu.

Isu Syiah sebagai tanda aras kebejatan sendiri


Ramai orang berpendapat isu Syiah ditimbulkan sebagai usaha untuk mengheret perhatian rakyat daripada isu kenaikkan harga barangan dan servis di Malaysia.

Adakah ini bermakna isu Syiah adalah isu yang terpencil, dan tidak perlu atau tidak mendapat tempat untuk diperbahaskan? Walaupun penyelesaiannya boleh membawa impak positif kepada pemikiran rakyat?

Isu Syiah sebenarnya menjangkaui lebih dari banjaran pemikiran ortodoks di Malaysia. Ia menjadi antara faktor yang bakal mempengaruhi pembawaan agama Islam di masa hadapan.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat pengaruh politik di dalam kekalutan isu ini. Dua parti yang amat sinonim dengan agama Islam, membawa watak pemangsa dan mangsa dengan matlamat untuk meraih kepentingan politik.

Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno BN

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

“Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN,” ujarnya.

Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Nak habaq bagi kat BN..KAMI BUKAN AHLI NUJUM.... TAPI KAMI TAHU LAA !

KAMI BUKAN AHLI NUJUM.... TAPI KAMI TAHU LAA !

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

Kami dah kata, harga barang akan naik. Hangpa takmau caya. hangpa kata kami main politik keji. Sekarang sendiri mau lihat.

Bukan itu saja, sebelum PRU13, kami dah kata, jika BN menang:
- Harga petrol akan naik (Terbukti)
- Harga gula akan naik (terbukti)
- Tarif Letrik akan naik (terbukti)
- Tol akan naik (terbukti)
- GST akan dilaksana (sudah dululuskan)
- Cukai taksiran akan naik (Terbukti)
- Harga rumah akan naik (terbukti)
- Harga kereta takkan turun (terbukti)
- BR1M akan tinggal nama (terbukti, jumlah dikurangkan, belum diterima rakyat)
- Negara akan bankrupt (Najib sudah umum jika tiada GST Negara bakal bankrup)

TAHNIAH.. TOL NAIK.. TOL NAIK.. TOL NAIK.. TOL NAIK.. TOL NAIK.. TOL NAIK.. TOL NAIK..

Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi

KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini hari ini.

Salam Subuh dari MP Kuantan..!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...