TERKINI :

Saturday, December 14, 2013

Syiah.. Syiah... Syiah... Last Sana Naik Sini Naik....

Baru hangpa ada akai....

Meniaga dengan menyedut keringat rakyat

Semua nak buat prepaid... Bayar dulu guna kemudian....

Bayangkan jika seorang wajib minima 20 inggit dan dok simpan tak guna dalam tuu.. Jika dah berjuta rakyat topup 20inggit...

Bayangkan berapa depa dapat kumpol modai free buta jaa tanpa ada interest dan keuntungan untuk kita...

Inilah kaedah menghisap darah rakyat.....

Rupa-rupanya itu tujuan Umno-BN Dok kalut dengan Syiah

Oleh HAMBALI AKRAM

Hari ini saya, keraguan saya tentang usaha-usaha kerajaan "menyerang" syiah mula kelihatan. Jelas, dalam akhbar kerajaan Umno-BN melalui menteri KDN memulakan serangan fasa kedua iaitu mengaitkan secara langsung pimpinan PAS dengan syiah.

Sedari awal saya agak curiga dengan kesungguhan Umno-BN untuk membantera ajaran syiah di Malaysia. Setahu saya Umno-BN bukanlah bersungguh-sungguh mengambil peduli sesuatu ajaran itu sesat atau tidak – yang penting bagi mereka ialah bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang ada.

Seperti yang dijelaskan oleh Mursyidul Am PAS bahawa pegangan kebangsaan yang dianuti oleh Umno itu sendiri tidak selari dengan Ahlul sunnah wal jamaah. Jadi, ada mereka kisah tentang syiah sama ada sesat atau tidak.

Namun, sebaik menyedari bahawa isu syiah ada keuntungan politik, mereka dengan tangkas menjadi juara untuk menanganinya. Umno-BN memang bijak dalam hal ini. Jika mereka benar-benar juara dalam mempertahan akidah umat Islam di Malaysia, kenapa sepanjang menerajui kuasa lebih 50 tahun masih ramai umat Islam yang jahil – hatta dalam perkara asas Islam!

Oleh itu, saya meragui keikhlasan Umno-BN menangani isu syiah ini, bahkan lebih kepada kepentingan kuasa politik mereka. Apatah lagi dalam PAU baru-baru ini, dengan jelas menterinya menghalakan sasaran kepada PAS!

Kata MALAYSIA JAGUH RASUAH pun wakil BN berang...

Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang

DEC 13, 2013 | HARAKAHDAILY

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sekali lagi menyaksikan pertikaman lidah antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (gambar). Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".

Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita. "Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim.

Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun. "Dari segi per kapita macam mana kita boleh tandingi China, India, dan Mexico sebab penduduk (Malaysia) tak ramai, tapi top ten (10 teratas).

Malaysia apapun tak ada jaguh, tapi jaguh rasuah," kata Lim lagi. (Laporan GFI itu menyenaraikan China di kedudukan pertama, diikuti Rusia, Mexico, Malaysia dan India). Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendorong Jahara bangun mencelah dan mempertikaikan tindakan Lim mengaitkan perkara tersebut dengan BN.

Ini kerana katanya GFI menyenaraikan tiga faktor utama sebagai penyumbang aliran keluar wang haram iaitu aktiviti jenayah, lari dari cukai dan rasuah. "Mengapa nak bebankan perkara seperti ini ke atas bahu BN, walhal kebanyakannya berlaku mungkin berkaitan dengan jenayah komersial, berlaku adil lah ketika menuduh," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Tawar itu.- Bernama

Bila Khir Toyo nak kena sumbat masuk penjara nie..?

NAK TANYA SIKIT NIE.....
BILA LAGI MAMAT NIE NAK KENA
SUMBAT MASUK PENJARA...

KATA HUKUMAN PENJARA
TAPI SAMPAI SEKARANG TAK MASUK LAGI PON
AWAT HEBAT SANGATKAH MAMAT NIE??

Takyah habaq la kata perjanjian, sebab itu kami lantik hangpa suruh pikiaq..!

Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi

KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini hari ini.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Polis Syariah bagussss... Tapi perkasakanlah dulu polis yang dok ada nie...!

Cadangan tubuh 'polis syariah' diperhalusi

OLEH: Tarikh: December 13, 2013

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi.

Terdahulu dalam program itu, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan Jakim untuk membendung penularan ajaran sesat, namun ini perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dulu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang bahaya sikap taksub terhadap seseorang pemimpin kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan tidak wajar.

Beliau turut menyentuh tentang penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) bulan lepas.

"Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu Jakim dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya," tambahnya. - Bernama

Beri Tumpuan Jenayah Berat Sebelum Ajaran Sesat

Wartawan:Nizam Zain, Suntingan: One Shah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya memberi tumpuan kepada usaha membendung jenayah berat khususnya penularan gengsterisme terlebih dahulu sebelum mencampuri bidang kuasa kementerian dan jabatan kerajaan lain dalam memerangi jenayah syariah khususnya ajaran sesat di negara ini.

Ada KETUA SYIAH MALAYSIA rupa-rupanya... KDN & Zahid tak tahu nie..


 
TU DIA SIAP ADA KETUA SYIAH MALAYSIA LAGI... BARU KAMI TAU.. RASANYA KDN & ZAHID TAK TAU NIE... YANG DEPA TAU HANYA MAT SABU SEORANG JA YG SYIAH....

Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz  
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz

SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

"Mat Sabu usah buang masa saman Zahid" - Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya bahawa Mat Sabu merupakan pengamal Syiah.

Zaid berkata menerusi laman Twitternya, lebih baik beliau menumpukan perkatian kepada isu rakyat.

Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!

– Shahbudin Husin

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sesi 2013-2015

http://img707.imageshack.us/img707/6528/kedahpas.jpg
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bertarikh Sabtu,14 Disember 2013 telah menetapkan ketetapan berikut : -Lantikan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sesi 2013-2015
Pesuruhjaya : YB Dato’ Haji Mahfuz Omar
Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah
Timbalan Pesuruhjaya 2 : Dato’ Dr Ismail Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 : Dr Ustaz Fakhruddin Fakrurazi
Setiausaha : Ustaz Musoddak Haji Ahmad
Bendahari : Haji Mohd Sobri Osman
Ketua Penerangan : Haji Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah Pilihanraya : Sr Haji Che Had Dhali
Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Aizat Zakaria
Penolong Setiausaha 2 : YB Mohd Nasir Mustafa
Ketua Dewan Ulamak : Sheikh Ismail Khamis
Ketua Dewan Muslimat : YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ahli Jawatankuasa :
YB Ustaz Ahmad Yahaya
Dato’ Dr Mohd Hayati Othman
Dato’ Ustaz Abu Kassim Abdullah
YB Sen.Dato’ Yusof Husin
Taufik Baharom
Ustaz Mohd Izzat Shauki
Siti Rasazah Razak

Penduduk Lembah Bertam balas jasa MP Kuantan YB Fuziah Salleh

Program LIP-LAP Bakaq Bunga Api MUKHRIZ di Langkawi nampaknya orang situ tak suka.. betoi ka????

MUKHRIZ ZALIMI RAKYAT LANGKAWI


Dah lama HP tak tulis blog..yang ada pun hari tu tentang syiah..sebelum tu hampir 5hari HP tak menulis..ialah..HP bukan blogger kejar ranking..keh keh..

Tapi yang ni bukan nak gebang hal blogger..

HP nak cerita berkenaan luahan hati rakyat langkawi yang minta HP hebahkan..bukan apa,depa cakap benda ni depa dah ngadu banyak kali..tapi tetap takda tindakan..

Ini berkenaan dengan event baru di langkawi..nama pa dia pun tak tau..ada gambaq kat bawah.
Program yang libatkan event management kl..yang di promosikan LADA ni dikatakan mencecah kos RM5juta..betoi ka? kalau betoi,memang terukla mukhriz ni..
Bayangkan la..untuk mangsa banjir,mukhriz cuma sediakan dana puluhan ribu..tapi untuk bunga api..mukhriz sediakan rm18juta..18juta beb..bukannya sikit..

[DEDAH] Lokasi Pusat Syiah Kedah di Kg Berala Tobiar Pendang Kedah, KDN tidak #KAGUM kah..??

ini dia ketua SYIAH KEDAH
INI PULA LOKASI RUMAH YANG DIDEDAHKAN OLEH SAHABAT

Makin Bengong CyberTropper UMNO Selepas Ini

Respon Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.

Beliau berkata ini antara rombakan yang akan dibuat terhadap modul pengkaderan Umno supaya seiring dengan peredaran zaman.

Kalau KSU Kementerian Dalam Negeri jadi bodoh dalam isu Syiah untuk memenuhi cakap celupar seorang menteri saya tak pasti bagaimana cybertropper UMNO nanti di bawah kendalian menteri ini??

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini malam tadi.

Macam ada yang tak kena je program PENCETUS UMMAH..???

entah laaa... apa pada pandangan hangpa??

Hallo KDN : Lu TUDUH gua Lu la cari bukti, apahal Lu suruh gua bagi bukti...!!


KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan Syiah

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Syiah - Awas..!! Ada UDANG dalam MEE akan muslihat UMNO

A'uuzubillah Himinasyaitan Nirajeem
 oleh Aspan Alias

Saya sudah ada kecenderugan untuk mempercayai yang UMNO mahu melihat Syiah berkembang di negara ini tetapi ia tetap berada di dalam hati masing-masing dan tidak ditunjukkan. Malahan diluaran mereka (UMNO) bercakap mempertahankan ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) tetapi jika Syiah berkembang ia boleh dijadikan modal untuk melemahkan PAS kerana PAS adalah parti yang amat ditakuti oleh UMNO.

Mohamad Sabu, seorang pengamal ASWJ, tetapi sengaja isu ini diisukan sebagai pengamal Syiah. Mohamad Sabu merupakan seorang pemimpin PAS yang tahap kekuatan dirinya begitu kental. Mat Sabu telah di jadikan ‘punching bag’ oleh UMNO sejak beberapa lama dahulu tetapi Timbalan Presiden PAS ini tetap menjadi pemimpin yang ber 'consequence' yang membuatkan Zahid melakukan apa yang sedang beliau lakukan sekarang ini.

Mat Sabu tetap unggul setidak-tidaknya dikalangan majoriti ahli PAS. Setakat mana perjuangan ASWJ mereka (UMNO) itu benar-benar jujur sama-sama kita nilai kerana mereka sarat dengan kesalahan-kesalahan yang di cegah oleh Ahli Sunnah Waljamaah itu sendiri. Katakan kepada mereka melakukan rasuah itu bukan ikutan ahli Sunnah. Itu ikutan syaitan yang di rejam.

KWSP dalam pakej "Bantuan Kematian"

http://1.bp.blogspot.com/-thyBPO_zBF8/Uh8J8xkrLqI/AAAAAAAAAdk/dpCbV1fTNe0/s1600/kwsp_logo.jpg
PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP!

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda mempunyai dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar untuk anda KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).

KWSP tidak pernah memberitahu kepada kami tentang ini, saya menghitung keluarga sangat sedikit orang tidak benar-benar menerima RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini.

Di manakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket seseorang?? Kita tidak tahu!

Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati keluarganya beliau. Jangan biarkan ini RM 2500 pergi ke poket seseorang!

Ketua Syiah Kedah pun tak tahu yang Mat Sabu syiah atau tidak?

Pening negara dek kerana Zahid Komidi & KDN punya kerja.... Orang yang ngaku Ketua Syiah dan habaq kata tak tahu pulak yang Mat Sabu itu syiah...

Tapi dek kerana kehebatan Zahid & KDN maka Mat Sabu di katakan Syiah....

Anggota sindiket seludup kereta mewah Vellfire curi ditahan di Bukit Kayu Hitam

Anggota sindiket seludup kereta mewah curi ditahan

Anggota sindiket seludup kereta mewah curi ditahan  
Shaik Alaudin (dua, kanan) dan Baharim Kamis (kanan) memeriksa kereta jenis Toyota Alphard Vellfire yang dicuri ketika ditemui di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini. - Foto Bernama

BUKIT KAYU HITAM - Unit Pencegahan Penyeludupan Kedah menahan seorang lelaki yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan kereta mewah curi ketika cuba membawa keluar sebuah kenderaan ke Thailand awal hari ini.

Timbalan Komandernya, Noor Mohamad Shaik Alaudin berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam pada pukul 5.45 pagi.

"Ini kali kedua dia membawa keluar kereta mewah. Minggu lepas dia dikesan membawa keluar sebuah Toyota Alphard," katanya dalam sidang media di sini.

Siasatan mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah itu kemudian diserahkan kepada seorang lelaki di Danok, Thailand, katanya.

MBAS tawar Kereta percuma buat pembayar cukai


Kereta percuma buat pembayar cukai  
Mat Noh (kiri) merasmikan hadiah utama cabutan bertuah.

ALOR SETAR - Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu’. Itulah gambaran terbaik diberikan kepada individu bertuah sekiranya mereka berjaya membawa pulang kereta Proton Saga Super (SV) melalui cabutan bertuah.

Buat pertama kalinya, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan hadiah utama berkenaan Sempena Kempen Bayaran Cukai Taksiran Tahun 2014 kepada mana-mana pemilik premis yang membayar 100 peratus untuk tempoh setahun dan tidak mempunyai tunggakan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, sebanyak 62 hadiah cabutan bertuah disediakan mereka termasuk Proton Saga SV, televisyen LED, telefon pintar, tablet, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik, seterika dan pemain DVD.

“Jadi, mana-mana penduduk tempatan yang mempunyai milikan di Alor Setar, berkelayakan untuk menyertai cabutan bertuah ini, namun sekiranya masih mempunyai tunggakan mereka dikategorikan tidak layak.

Papan iklan haram bakal dirobohkan oleh MBAS


Papan iklan haram bakal dirobohkan  
Mat Noh (kanan) turut melancarkan Tabung Bencana Banjir 
Pantai Timur 2013 di perkarangan Pejabat MBAS, semalam.

ALOR SETAR - Mana-mana papan iklan didapati tidak mempunyai permit, manakala paparan visual yang masih tidak memiliki lesen sehingga 1 Januari 2014 akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meminta kedua-kedua jenis pemilik terbabit mengemukakan permohonan lesen mahupun permit berstruktur sebelum 31 Disember 2013.

“Ia berikutan, kami mendapati banyak papan iklan didirikan secara haram tanpa kebenaran pihak MBAS, yang mana dikhuatiri menyebabkan ancaman keselamatan dan membahayakan nyawa penduduk tempatan.

“Jadi, pihak kami menjalankan pemeriksaan semula semua papan iklan yang terdapat di bawah pentadbiran majlis, sekali gus berusaha melakukan pemutihan papan iklan haram,” katanya dalam sidang media di pekarangan Pejabat MBAS, semalam.

Jitra - Tertarik bacaan Al-Fatihah


Tertarik bacaan Al-Fatihah  
Azman Khor bersyukur dengan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Kanan: Azman Khor bersama isteri (belakang, tengah) dan empat daripada 10 anak mereka.

JITRA - Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama nenek moyangnya, namun, jiwanya masih terasa kosong dan perlu diisi bagi memenuhi ruang dalam nalurinya.

Selepas melihat kepercayaan nenek moyangnya itu tidak dapat diikuti, jiwanya mula mencari-cari hinggalah beliau berpindah bersama bapanya dari Kuala Lumpur ke Kemaman, Terengganu bergaul dengan rakan baru yang kebanyakan berbangsa Melayu.

Di sinilah kehidupan Azman Khor Abdullah, 57, mula berubah apabila tinggal di sebuah perkampungan Melayu yang banyak mengubah corak kehidupannya.

"Pada masa itu umur saya baru 10 tahun dan kehidupan banyak dipengaruhi oleh adat istiadat orang Melayu.

"Di kampung ini juga saya bertemu dengan seorang rakan baik, Noor Faiz Ahmad Din hingga keluarganya itu sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...