TERKINI :

Thursday, December 12, 2013

KDN FITNAH - Mat Sabu contact Peguam dah, kita tunggu tindakan selanjutnya...

KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.
"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Gempar : Mat Sabu & Datuk Saifuddin Abdullah ngaku kagum Khomeini

Makin celaru dah puak nie...

ISU SYIAH : MENTERI & KDN mula dipermainkan oleh mantan menteri

Entah lah nak kata apa pon tak tahu dah... Jika sesiapa boleh tolong jawab soalan Datuk Saifuddin nie dipersikanlah jawab yee...!

Gempar : Tun Mahathir & Muhyiddin juga didapati Syiah..!

Berdasarkan apa yang dikatakan KDN, dimana Mat Sabu kagum dengan Khomeini dan berjumoa Hassan Nussrullah iaitu pimpinan Syiah.. Jadi dengan ini dari sumber gambar ini didapati dua pimpinan negara pun Syiah lah jugak kan...!


dari http://infopanaz.blogspot.com

Lagi tulisan blogger UMNO marahkan kerajaan BN


Pertamanya Mc nak ucapkan terima kasih pada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh PM tercinta Najib Tun Abdul Razak. Kerana mengekalkan Malaysia masih aman dan sesuai untuk kami mencari rezeki.

Paling terima kasih kerana Najib berjaya memimpin BN hingga menang majoriti mudah pada PRU yang lepas. Maknanya, nak tunggu kemenangan tu pun, para penyokong BN berpeluh dahi dan ketiak jugala melihat, satu demi satu kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang.

Kemudian BN pun menang dan menubuhkan kerajaan..

Selepas menang, kami penyokong kerajaan merasa nikmat kehidupan yang sediakala dan serupa macam biasa. Kami bersyukur, kerana Malaysia masih aman dan mampu untuk kami mencari rezeki.

Kami tak harapkan kerajaan mampu menghasilkan projek mega untuk kayakan kami rakyat marhein ni. Kami juga tak harapkan jatuhnya emas dan perak dari langit untuk kami hidup senang lenang. Cuma apa yang kami harapkan sedikit perhatian dari kerajaan yang memerintah untuk melihat taraf kehidupan rakyat pada masa ini.

Mat Sabu kagum pun KDN dah cop SYIAH, nie mamat PENDANG.. hangpa tengok saja video RTM nie....!!




Ideologi 'Awang Liku' mana selepas Syiah?






Sejak saya bersekolah pada tahun 1961, kita mula ingat dengan pelbagai peristiwa sejak darjah 3, 4, 5, 6 dan seterusnya ke sekolah menengah, hinggalah ke institut pengajian tinggi.

Cerita yang popular pada waktu itu ialah kejahatan komunis, buruknya ideologi komunis, iaitu komunis kerjanya membunuh orang ramai, menjahanamkan infrastruktur kerajaan, tidak percaya kepada Tuhan, pengganas dan amat ganas.

Melawan komunis merupakan jihad kerana pada waktu itu British dan kuasa Barat menghadapi pemberontakan komunis di Eropah, Rusia dan Malaya.

Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan berusaha menghalau mereka daripada Malaya dan tanah jajahannya.

Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan atau penentangan daripada komunis yang berterusan.

Manakala, di luar Malaya pula berlaku peperangan Vietnam, Vietnam Utara dengan ideologi komunis.

Misi kemanusian PKR Negeri Selangor di Kuantan Pahang

Rakyat, Pencuci Dosa Kebejatan Urus Tadbir Pemerintah


Laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung aliran keluar wang haram negara tidaklah mengejutkan ramai. Ukuran kemampuan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan l, Najib Tun Razak sepanjang menggalas tugas ini sememangnya boleh diduga. Negara terus mengalami peningkatan defisit drastik dalam tempoh ini malahan, aliran keluar wang haram negara juga begitu tinggi semenjak beliau menerajui negara. Peningkatan dari USD 34.51 billion (2009) kepada USD 64.51 billion (2010) dan USD 54.18 (2011).

Negara juga telah menggubal dan menguatkuasakan Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act - AMLA) semenjak tahun 2001. Tetapi mengapa kadar aliran keluar wang haram ini terus berlaku malah semakin drastik untuk tahun 2010 dan 2011 berjumlah USD 118.69 billion iaitu bersamaan RM 356 billion. Jumlah aliran wang haram ini melebihi peruntukan Bajet Persekutuan 2014.

Kagum dengan Khomeni & Hassan Nasrullah Mat Sabu di cop Syiah..!!

KDN miliki 10 fakta dan maklumat sahkan Mat Sabu cenderung Syiah

KDN miliki 10 fakta dan maklumat sahkan Mat Sabu cenderung Syiah

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk " Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Ini je yang hang kata Mat Sabu SYIAH tu ZAHID... kesian KDN !!!


Laaa tulis camtu ja dah SYIAH he he he...
baru CENDERUNG bukan ngaku lagi pun...
nuu mamat PENDANG siap ngaku lagi SYIAH
relax jaa tak ada apa tindakan pun....

KAGUM dengan perjuangan KHOMEINI pun dah kata SYIAH dah..
habih kagum dengan PARTI KOMUNIS CHINA tu kira camna?

HANG PA MEMANG POYO..!!!

Senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015

PENGUMUMAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DPPM SESI 2013-2015
(12 Disember 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 11 Disember 2013, beberapa portfolio penting berjaya diisi. Sdr Mohd Nasaie bin Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya sebagai Bendahari, Ustaz Zaharuddin Mohamad sebagai Ketua Penerangan, manakala Pengarah Pilihanraya adalah Sdr Mohd Sany Hamzan. Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan Lajnah serta Jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:-
Pengerusi tetap : Ustaz Kamal Ashaari

Timbalan Pengerusi tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail

Bekas Calon KP PAS cadangkan BANK beri potongan untuk mangsa banjir..

Zul Hazmi..

http://4.bp.blogspot.com/-Y7pPGL4VGMU/UqGAHJGnhcI/AAAAAAAAANY/53OM1crvD2I/s400/image.jpg
BANJIR......

Musibah banjir yang berlaku sekarang ni byk memberikan kesulitan dan kerugian kpd mangsa. Kerugian yang pelbagai spt kelengkapan rumah, harta benda dan sebagainya..... Banyak sumbangan yg diberikan oleh pelbagai pihak samada secara persendirian, persatuan, parti politik dan juga kerajaan..... aku tak mau komen sgt bab sumbangan2 tu.... bagi aku sumbangan mmg banyak walau pun masih ada yg tidak mencukupi....

Aku cuma nak komen bab kerugian harta benda lain spt kenderaan. Ada mangsa yang kenderaan2 mereka tenggelam dlm banjir... ada kereta ada motorsikal ada van dan mcm2 jenis kenderaan. Ada kenderaan baru ada yg lama. Semua kenderaan yg terendam dlm banjir bagi aku pasti rosak habis. Kalau nak perbaiki pun rasanya tak berbaloi.

Aku kesian kpd yg mempunyai kereta baru yg tenggelam. Baru beli setahun dua dah rosak ditenggelami air banjir. Insurans pulak tak tanggung bg bencana alam mcm banjir nie.. Apa nak buat? Insurans tak boleh claim tp ansuran bulanan masih kena bayar.

Banjir: Senator terkilan menteri perlekeh Unit Amal

 

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.

Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.

"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan  bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.

"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.

Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.

Apabila ANWAR beri bola tanggung kepada MACAI.. satu tindakan bodoh rasanya..!!

 

Panas - Adakah ini Pimpinan SYIAH yang Zahid akan dedahkan..



[GEMPAR] AHLI PARLIMEN 'KUANTAN' hilang sewaktu rakyat dilanda banjir


MAAFLAH YB.. SAJA NAK BUAT POYO.. BUKAN APA NAK TENGOK APA KATA MACAI-MACAI BILA TAJUK BUAT CAMTU...
 
NASIB ANDALAH PENGUNDI PEKAN OI.. PATUT LAA SAMPAI YB KUANTAN KENA MASUK TOLONG DI KAWASAN PEKAN SANA...

UNDI JANGAN TAK UNDI...

Punca Masjid Tidak Tenggelam Dalam Banjir Besar Di Kuantan Tersebar..


Heboh di perkatakan di media sosial berkenaan masjid tidak tenggelam semasa banjir. Memang umat Islam wajib percaya setiap kejadian adalah atas ketentuan Allah SWT. Namun setiap kejadian ada penjelasannya dari segi naqli ataupun aqli.


Dalam pemerhatian Addin page FB artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Izzue Islam juga publish gambar masjid ini.

Dalam kejadian banjir di Kuantan baru-baru sebuah masjid di Sungai Isap tidak tenggelam (gambar di atas) walaupun seluruh kawasan di sekitar ini di tenggelami air banjir.

[PANAS] Petang ini Zahid akan dedahkan siapa pemimpin PAS yang Syiah...

Dakwaan Syiah pemimpin PAS hari ini

Penglibatan pemimpin kanan PAS dalam aktiviti Syiah akan didedahkan dalam sidang media khas di Kuala Lumpur pada petang ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Zahid hanya menjawab akan mengumumkan "penglibatannya".

"Oleh kerana dia mahu melihat bukti, kita akan tunjukkan bukti," kata Zahid dalam sidang media di ibu pejabat polis di Pulau Pinang hari ini.

Zahid berkata, pihaknya tidak bermain politik dan hanya memfokuskan kepada isu.[malaysiakini]

PROTON: Pengeluar kereta atau "punching bag"?

Norzafry Norhalim

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra pada Rabu. --fotoBERNAMA

Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

Hudud: 'PAS Pusat keliru, Kelantan dibiar sendiri'

Jimadie Shah Othman & Farah Noor Samat [malaysiakini]

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-PAS-Malaysia.jpg 

Kelantan meluluskan undang-undang hudud pada 1993 dan selepas 20 tahun tiada apa-apa yang berlaku. Alasan yang biasa digunakan, ia tidak boleh dilakukan kerana halangan kerajaan BN.

Bagaimanapun, bagi pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, masalah lain yang tidak kurang pentingnya, apabila terdapat kekeliruan dalam kepimpinan pusat PAS sendiri berhubung pelaksanaannya.

Katanya, walaupun menteri besar sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan, masih terdapat pemimpin PAS yang beranggapan sebaliknya,

"Apa yang saya lihat PAS pusat keliru dan PAS Kelantan dibiarkan bersendirian," kata anggota jawatankuasa teknikal kerajaan negeri bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu.

Katanya, beliau difahamkan PAS negeri "ada mindanya sendiri" dan apa yang berlaku menunjukkan kelemahan pimpinan pusat, seperti peranannya dalam pentadbirannya di Kedah sebelum ini.

DAP dengan ROS nie macam anjing dengan kucing.. berkelahi memanjang..!!

ROS jangan campur urusan DAP

ROS jangan campur urusan DAP  
Tony (berdiri) ketika hadir di perjumpaan dan 
dialog tertutup bersama ahli-ahli DAP Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalam sesebuah parti kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.

Beliau berkata, ROS menyalahgunakan kuasa sekiranya mereka mencampuri urusan dalam parti itu seperti dikemukakan oleh bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu, parti itu menubuhkan jawatankuasa sementara untuk menggantikan jawatankuasa sedia ada dan sah di sisi perlembagaan parti.

“Selepas pemilihan semula CEC baru-baru ini, kita sekali lagi mengesahkan pengambilalihan jawatankuasa DAP Kedah yang diketuai Zairil Khir Johari Abdullah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Interim.

“Tindakan ini sah kerana CEC mempunyai kuasa untuk menentukan jawatankuasa di peringkat negeri,” katanya ketika berucap sebelum mengadakan dialog tertutup antara ahli Dap Kedah, di sini.

Tengku Abdullah saran kerajaan kaji guna khemah untuk beri privasi


Guna khemah beri privasi 
 Pemasangan khemah di pusat pemindahan banjir di dewan 
sekolah itu menarik perhatian Tengku Abdullah.

CHENOR - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah meminta kerajaan mengkaji cadangan penggunaan khemah di pusat pemindahan banjir di negeri ini pada masa akan datang demi keselesaan mangsa.

Beliau berkata, pemasangan khemah dalam bangunan pusat pemindahan tersebut kini dilihat sebagai satu kaedah baharu yang perlu dipertimbangkan kerajaan.

Menurutnya, saiz khemah mesti bersesuaian dan memadai dengan kawasan pusat pemindahan bagi mengelak kesesakan.

“Penggunaan khemah bagus kerana boleh memberi privasi kepada mangsa yang dipindahkan terutama kaum wanita.

“Dimaklumkan kaedah guna khemah ini sudah dipraktikkan di Jepun ketika negara itu ditimpa bencana.

[Video] Ada kejadian kemalangan Lori langgar berpuluh buah kereta sewaktu banjir di Pahang


Sykt Roti Gardenia enggan terima bayaran roti yang Mat Said rampas tempohari

Syarikat roti Gardenia enggan terima bayaran, Ahmad Said rasa terharu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

"Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia," katanya.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.

Lori terbabityang  turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .

Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.

Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.

Polis Kedah yang meninggal dunia itu akibat tiroid, bukan H1N1

Meninggal dunia akibat tiroid, bukan H1N1

KUALA LUMPUR - Pegawai awam wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disahkan meninggal dunia kerana komplikasi daripada penyakit Tiroid dan bukannya dijangkiti Influenza A.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S. Jeyaindran berkata, perkara itu disahkan selepas semakan dan kajian semula dibuat oleh pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap rekod perubatan hospital swasta yang merawat mangsa berusia 48 tahun itu.

Beliau berkata mangsa sebelum itu sakit dan demam sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk menjalani rawatan.

Ketika dirawat di hospital itu, dalam proses kajian darah yang dibuat, 'title' H1N1 ditemui pada pesakit berkenaan positif, oleh itu pesakit terbabit disyaki mengalami jangkitan H1N1.

"Bagaimanapun, KKM telah menghantar pakar bagi mengkaji dan menyemak semula laporan perubatan mangsa dan selepas meneliti rekod berkenaan sehingga hari ini, pakar mengesahkan mangsa mati akibat Tiroid dan bukan disebabkan H1N1," katanya kepada Bernama hari ini.

Khemah @Banjir : Menteri kata tak perlu tapi Tengku Mahkota kena sediakan

Sediakan khemah kepada mangsa di pusat pemindahan - Tengku Mahkota Pahang

MARAN 11 Dis. - Kerajaan dicadang mencontohi amalan di Jepun yang menyediakan khemah untuk kegunaan mangsa bencana di pusat pemindahan bagi memberi keselesaan dan privasi kepada penduduk terlibat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penggunaan khemah sangat relevan di kawasan terbuka terutama yang membabitkan wanita, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.

Titah baginda, selain itu, bencana banjir di negeri ini khususnya di daerah Kuantan memberi banyak pengajaran terhadap aspek pengurusan dan tahap bersiap sedia dengan keperluan mangsa.

"Mangsa banjir wajar diberi kemudahan lebih baik seperti khemah. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kerajaan kita yang disokong pelbagai agensi sangat prihatin terhadap keperluan mangsa banjir di seluruh negara.

"Di samping itu, bencana alam yang berlaku di negara ini juga tidak seteruk negara jiran seperti ribut taufan di Filipina atau tsunami di Aceh dan ini satu anugerah Allah yang sangat berharga," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat 236 mangsa banjir bersama Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Sultan Iskandar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Baginda turut menitahkan pihak berkuasa khususnya Pejabat Daerah memastikan kawasan penempatan banjir semasa dan selepas bencana sentiasa dalam keadaan bersih.

Titah Tengku Mahkota Pahang, sampah-sarap juga mesti diangkut segera sebelum ia menjadi tempat pembiakan nyamuk, tikus dan lalat bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.

"Saya bimbang dengan keadaan kediaman selepas banjir seperti di Sungai Isap, Kuantan, jika tidak diselenggarakan dengan baik boleh menyebabkan penyakit selepas banjir.

"Pada masa sama, mangsa banjir pula perlu berwaspada dan mengutamakan kebersihan diri, keluarga dan kawasan daripada impak penyakit bawaan air," titah baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Abdullah bertitah, situasi di Pekan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air Sungai Pahang meningkat berikutan limpahan air dari hulu sungai.

Titah baginda, pihak berkuasa juga telah mewujudkan 18 pusat penempatan banjir sebagai persediaan jika berlaku gelombang kedua banjir di daerah itu.

Ada dana PPB, Lembah Bujang tak dilindungi?

Kes seperti di Lembah Bujang apabila candi abad ke-8 dirobohkan boleh dielakkan dengan pembentukan jawatankuasa untuk melindungi tapak bersejarah, kata Persatuan Hindraf Malaysia (PHM).

Pengerusinya P Waythamoorthy berkata, jawatankuasa pemandu tapak warisan patut dianggotai pegawai daripada Jabatan Warisan Negara, kerajaan negeri dan persekutuan dan pakar bebas.

Katanya, pihak-pihak itu perlu bekerjasama untuk mewartakan kesemua kawasan warisan sejarah dan mengambil langkah sesuai mengelakkan kejadian yang tidak diingini di Candi 11 berulang kembali.

"Jawatankuasa pemandu tapak warisan patut meliputi semua aspek rancangan pengurusan tapak, pelaksanaan dan membuat cadangan relevan.

Ini termasuk memperkenalkan perlindungan sesuai dalam dasar perancangan sebagai reaksi terhadap ancaman seperti perubahan kegunaan tanah, pembangunan rumah dan aktiviti lain," kata Waythamoorthy.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga berkata, timbul tanda tanya kenapa tiada usaha dibuat bagi melindungi Lembah Bujang walaupun mendapat dana daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Jabatan Warisan Negara.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...