TERKINI :

Wednesday, December 11, 2013

Ayuh kita Doakan yang terbaik untuk BOB LOKMAN...!!!


Adun Pas puji tindakan Ahmad Said agih roti

OLEH: Tarikh: December 11, 2013

KUALA TERENGGANU - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menahan dua buah lori Gardenia untuk mengagihkan bekalan rotinya kepada mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini mendapat pujian pembangkang.

Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini, Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh) memuji tindakan Menteri Besar yang menahan kenderaan berkenaan di kawasan Chendor, Pahang minggu lalu.

Hishamuddin berkata, Menteri Besar tidak sanggup melihat rakyat kelaparan akibat terperangkap dalam banjir selepas laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.

"Saya kira, jika saya berada di tempat Menteri Besar ketika itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama atas faktor kemanusiaan," katanya.

Tindakan Ahmad itu mendapat pujian ramai dan berita tentangnya tersebar luas di laman sosial Facebook dan beberapa blog. - Bernama

Muzakarah: 'Kami belum terima pelawaan minum teh'

SHAH ALAM - Selepas beberapa hari Perhimpunan Agung Umno berlalu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff bagaimanapun masih belum menerima apa-apa pelawaan 'minum teh' sepertimana yang dinyatakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita Muslimat, tak dapat apa-apa pelawaan daripada dia (Shahrizat), kita sentiasa terbuka untuk muzakarah.

"Kami tak akan tunggu macam itu saja pelawaan itu, kami tak akan membazirkan masa kami.

"Tapi kalau itu setakat nak gimik politik... kami banyak kerja lain nak buat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Siti Zailah berkata demikian ketika ditanya sama ada Dewan Muslimat ada menerima sebarang pelawaan daripada Wanita Umno, yang sebelum ini mahu menjadi pemangkin kepada muzakarah pertama Umno-Pas.

Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu menyatakan, Wanita Umno bakal memulakan langkah pertama muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno kali ini selesai.

"Wanita Umno menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.

"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung Umno ini tamat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Zailah berkata, Muslimat Pas kini menumpukan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat banjir.

"Kita sekarang ini, daripada tunggu untuk muzkarah, kita sedang sibuk tolong mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.

"Lebih elok kita lakukan apa yang perlu dahulu," katanya.

SPAD menafikan kata menteri yang benda lain takan naik..

Spad: Semakan harga tambang mungkin 3-6 bulan lagi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menyatakan bahawa bahawa badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusakan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambah, susulan kenaikan tarif elektrik.

Kajian untuk menyemak semula harga tambang bas dan teksi itu difahamkan sedang berlangsung dan akan siap menjelang suku pertama tahun depan.

Spad juga difahamkan baru sahaja mempertimbangkan kenaikan harga tambang untuk sistem LRT dan perkhidmatan tren KTM.

Ini bermakna, keputusan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan lalu.

"Mungkin ada kenaikan tahun depan tetapi kuantumnya masih belum ditetapkan. Kita perlu memastikan agar perbincangan dilakukan dengan semua pengendali dan membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan mengenai apa-apa perubahan harga tambang," kata seorang jurucakap Spad yang enggan dinamakan.

Kenyataan jurucakap tersebut selari dengan pandangan pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Syed Hamid Albar yang dilaporkan berkata, Spad akan mencari penyelesaian menang-menang dalam menangani isu kenaikan harga itu.

Katanya, langkah itu bagi memastikan kos pengangkutan awam itu mampu ditanggung oleh pengguna dan juga kelestarian industri pengangkutan rel.

Menurut Spad, tambang bagi pengangkutan LRT dan monorel tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu.

Tambang LRT, monorel pula naik?


Syed Hamid Albar SHAH ALAM - Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik pada tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.

"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.

Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?

 - Aspan Alias

December 11, 2013

Tidak berapa lama dahulu ada rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang dalam satu majlis keramaian yang saya hadiri. Semasa itu isu pertemuan sulit di antara Najib dengan Anwar sedang heboh diperkatakan ramai. Ada seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu.

Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.

Sahabat saya berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor.” Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.

Tetapi Sabtu lepas jenaka di antara kami di majlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menelefon dan berkata: “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan lebih daripada beliau sendiri. Isterinya lebih hebat. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya.”

Desas desus tol naik: BN tambah bebanan rakyat

SELANGORKINI

 

SHAH ALAM: Kerajaan pusat diingatkan tidak sesuka hati menaikkan kadar tol selepas kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh singkat.

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.

Katanya, pakar ekonomi dan rakyat dapat menilai kewajaran tindakan kerajaan itu dengan adanya pendedahan perjanjian konsesi daripada pihak terbabit.

"Jika benar telus, dedahkan berapa kos pembinaan sesuatu lebuh raya dan jumlah kutipan yang dibuat sepanjang ia beroperasi.

"Jangan mudah bebankan rakyat tetapi syarikat kroni kenyang dengan hasil yang dikaut berlipat ganda sejak bertahun lamanya,” kata Wong Chen.

Rakaman Lawatan Presiden & Timb Presiden PAS ke lokasi banjir




Zahid Hamid, Hisham sibuk buru Syiah tapi sembunyi misteri pembunuhan anggota TLDM?

Ini adalah gambar Allahyarham Asruf, seorang anggota TLDM yang berasal dari Tenom Sabah.
Keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati lemas ketika sedang menjalani latihan sedangkan menurut keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan dan wajah mangsa seolah-oleh didera.
Pihak keluarga ingin menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang jelas amat meragukan. 
Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan unsur kes penderaan.
Mohon penjelasan pihak tertentu samada perkara ini benar atau tidak... - King Reformasi via Facebook

[Panas] Kira-kira 30 ekor lembu dicuri dari ladang..!!

Perompak bersenjata larikan 30 ekor lembu

http://4.bp.blogspot.com/-c3bdRe007fI/UoCvcRMUVnI/AAAAAAAARO8/wUaQ5rQpGxU/s400/IMG-20131111-WA0002.jpgMELAKA: Kira-kira 30 ekor lembu bernilai RM75,000 dilarikan dalam satu rompakan bersenjata di sebuah ladang lembu milik seorang penduduk tempatan berhampiran Taman Bukit Rambai di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, lima pekerja ladang warga Nepal yang sedang nyenyak tidur di rumah pekerja didatangi beberapa lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Budiman, 40, berkata dia diacukan parang malah lehernya turut terluka dalam kejadian itu.

"Pintu rumah kami ditendang dan beberapa lelaki bersenjata pistol dan parang masuk ke dalam rumah dan mengarah kami supaya tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya dia dan empat lagi rakannya kemudian diikat sebelum penjenayah melarikan telefon bimbit dan wang tunai kesemua berjumlah RM8,000 milik mereka selain lembu ternakan terbabit.

Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik

OLEH DIYANA IBRAHIM
December 10, 2013

Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.

Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.

Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.

Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.

Bersih Banjir : Selangor hantar lori MPAJ bantu bersih sampah di Kuantan


Banjir : Mai naik bot mewah pusing sana sini sambil angkat tangan lepas tu belah pie Jepun

 

Najib adakan lawatan ke tokyo

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai Khamis hingga Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta pegawai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.

Sidang kemuncak pada Sabtu itu dianjurkan untuk memperingati hubungan dialog antara Asean dan Jepun yang terjalin sejak 40 tahun lepas.

Jika betul syiah ada.. tangkap, tak payah main wayang

Tangkap jika serius basmi Syiah

OLEH: SAPINAH AB GHANI Tarikh: December 11, 2013

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan sepatutnya tangkap sahaja ketua atau pengikut Syiah di negara ini dan tidak perlu berdolak dalik jika mereka benar-benar serius mahu membasmi fahaman itu.

"Jika betul nak basmi Syiah, tangkap! Tak perlu berdolak dalik lagi. Masyarakat sudah bijak menilai bahawa bukan Syiah yang mahu diserang tetapi parti lawan (pembangkang) yang semakin dapat sambutan," kata Mursyidul Am Pas itu menerusi laman Facebooknya semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri sokong jika fahaman Syiah langsung tidak wujud di negara ini.

"Peranan ulamalah untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah," ujarnya.

Dalam kenyataan lanjutnya, Nik Abdul Aziz berkata, jika seorang pemimpin politik menyebut bahawa ciri utama Syiah adalah menipu, nasionalis sekular pun juga tidak kurang menipu berbanding Syiah.

"Tidakkah menipu namanya apabila meuar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT?

"Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid?" katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah dalam banyak penulisan.

"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz lagi, memerangi Syiah dengan alasan supaya umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.

"Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam, bukan seruan kebangsaan," katanya.

Banjir Pahang, Johor, Terengganu kian reda


banjir

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Terengganu semakin reda petang ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.  

Di KUANTAN, hampir separuh mangsa banjir yang direkodkan di Pahang pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan jumlah berkurangan kepada 7,582 orang petang ini, berbanding 12,579 orang.

Menurut Jucucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, terdapat 1,791 keluarga yang ditempatkan di 110 pusat pemindahan dari 96 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,243 orang di 36 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...