TERKINI :

Tuesday, December 10, 2013

[SYAHDU] Masa BERSIH baju BIRU bantai baju MERAH, bila musibah baju MERAH bantu baju BIRU...


NAK BUAT CAMNA PAKCIK OI INILAH DIKATAKAN HIKMAH DAN TAKDIR ALLAH
JADI BILA DAH TAHU HAKIKAT SEBENAR TU FAHAM FAHAM LAH PERJUANGAN
YANG MANA HARUS DIIKUTI....

BAB LAMBAT BANTUAN TU MAU TAU LA... STICKER TAK SIAP LAGI....

Memandangkan YB PEKAN sibuk, maka YB KUANTAN terpaksa pergi bagi bantuan...!


Malaysia sekadar mampu menang 2-0 keatas Brunei

Sukan SEA Myanmar: Malaysia tewaskan Brunei 2-0

NAY PYI TAW 10 Dis. - Malaysia sekadar meraih kemenangan 2-0 ke atas Brunei Darussalam pada perlawanan pertama Kumpulan B bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar ke-27 di sini petang ini.

Turun selaku juara bertahan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar memperoleh gol menerusi Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-30 dan Ashri Chuchu pada minit ke-70.

Ini merupakan perlawanan pertama Malaysia dan kedua bagi Brunei yang dibelasah Vietnam 7-0 semalam. - UTUSAN ONLINE

Bantuan bencana alam masuk poket siapa?

Dec 10, 2013
HAMBALI AKRAM

Yang terbaharu, Khazanah Nasional Berhad akan menyumbang RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis perasmian Hotel Traders, Puteri Harbour.

Sebelum ini sudah beberapa syarikat korporat yang turut menyumbang untuk membantu mangsa banjir. Sehingga kini belum ada jumlah rasmi keseluruhan sumbangan ini. Saya percaya jumlah yang diterima tentunya besar, maklumlah keuntungan tahunan syarikat-syarikat ini bukan sedikit jumlahnya. Malah TNB juga memperoleh berbillion ringgit.

Namun, saya sedikit musykil tentang dana yang dikumpulkan ini. Setiap kali kali berlaku bencana alam – banjir, tanah runtuh dan sebagainya – bantuan yang diterima berjumlah jutaan ringgit. Namun soal pengagihan tidak pernah didedahkan kepada umum.

Rupanya Ini Cerita Sebenar Rosmah Di Sebalik Pengakuan Najib?

Posted by Addin Deen

Kenyataan PM yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosmah pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka.

Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib. ~wasukalu

Debaran Che Ta untuk perkahwinan kedua lagi terasa..

Nikah esok, Che Ta akui berdebar

OLEH: AQMAR MUSTAZA Tarikh: December 10, 2013

TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.

Tak ambil hati

Sementara itu, dalam kemeriahan dan debaran perkahwinan Che Ta dan Zain, majlis pasangan ini turut di cemuh dan ada sesetengah pihak menganggap kedua-dua selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk persiapan perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.

Bagaimanapun ujar Che Ta, dia dan Zain tidak mengambil hati dengan kata-kata orang lain dan menganggap ia adalah rezeki mereka.

"Soal tajaan itu, pada saya, masing-masing ada pandang. Tapi pada saya, saya sangat berterima kasih pada penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami dari baju, katering, lokasi, spa dan sebagainya.

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang orang hendak katakan," katanya yang akan kembali bekerja selepas pulang dari bulan madu, " katanya.

Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek', Guan Eng kepada Jahara

Maaf kerana panggil nenek tetapi dia tetap rasis, Guan Eng kepada Jahara

December 10, 2013

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) bertegas bahawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah seorang yang rasis, namun menarik balik kenyataan yang menggelarnya seorang nenek.

"Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.

"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian kaum dan agama melalui pembohongannya," kata Lim, merujuk kepada Adun Teluk Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid.

Lim membariskan beberapa pembohongan yang dibuat oleh Jahara.

"Konon saya telah meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak menjadi Pulau Mazhu (seorang dewa Cina) kerana saya telah meluluskan tokong Mazhu.

"Pembohongan ini memainkan sentimen agama sedangkan pulau Mazhu ini tidak wujud pun," katanya.

Tentera merah dan bantuan bencana kembar siam

 - Dr Riduan Mohamad Nor

December 10, 2013

 

Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga Kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir.

Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Mahkamah Rayuan berpihak MP Shah Alam dalam kes saman terhadap Hamidah Osman

December 10, 2013

Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad (gambar) terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.

Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.

"Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan," kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim.

Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah.


Nik Abdul Aziz Nik 
 
SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. 
 
Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
 
Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? 
 
Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT? 
 
Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?
 
Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. 
 

Banjir - Siapakah budak-budak baju merah itu..???

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir
December 09, 2013

 Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal."I really salute ini budak-budak baju merah. 

Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Tolonglah, bukan salah Rosmah!

- Shahbudin Husin

December 10, 2013

Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isterinya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang.

Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.

Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.

Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.

Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.

Pengurusan bencana negara - Majlis Keselamatan Negara

December 10, 2013

Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu. Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.

Penulis menyatakan kehairanan beliau terhadap tahap ketidaksiagaan badan-badan kerajaan tertentu sedangkan Malaysia menghadapi situasi banjir saban tahun. Luahan beliau, hanya apabila Ahli Parlimen Kuantan membawa perkara mengenai banjir di Kuantan ke Dewan Rakyat barulah ia mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Hal ini memperlihatkan bahawasanya kedua-dua penulis dan Ahli Parlimen Kuantan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Banjir yang berlaku di Kuantan bermula pada 2 Disember 2013 dan Ahli Parlimen Kuantan hanya membawa perkara ini ke Dewan Rakyat pada 4 Disember 2013. Pada waktu YB Fuziah Salleh mengutarakan usul berkenaan, anggota tindak balas sudah pun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di Kuantan sahaja. Pemindahan seluruh negara setakat jam 12.00 malam 4 Disember 2013 melibatkan 21, 253 mangsa. Sebenarnya, Puan Nur Adilla dalam tulisan ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir di kawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili.

U-Turn : Selepas Zahid & Najib, hari nie Shabery Cheek pulak.. isu khemah..!!

Shabery: Khemah sesuai untuk mangsa banjir

Beberapa prosedur operasi standard (SOP) lama membabitkan kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata SOP lama seperti penyediaan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan perlu digantikan dengan pengagihan tilam nipis atau beg tidur pada masa hadapan bagi memastikan keselesaan mangsa yang ditempatkan di situ.

"Saya tak nafikan ada perkara yang boleh dipertingkatkan pada masa hadapan seperti sediakan tilam nipis yang boleh digulung, toto dan beg tidur dilihat amat praktikal dalam menggantikan SOP lama yang memberikan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan.

Khir Toyo pulak tunduk pada cina DAP Teresa Kok.. siap bayaq duit lagi tuu...!!

Khir Toyo minta maaf pada Teresa Kok
 
Bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo meminta maaf kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (bawah) atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.

Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.

Sebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya.

Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.

Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

"Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa memasukkan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan."

"Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos."


Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.

Dungun - Air naik semula

Beberapa jalan mungkin ditutup di Dungun


ini suasana di Kuantan..
KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Hujan lebat sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan khususnya di sekitar Dungun mulai dinaiki air sehingga menyebabkan ada jalan yang terpaksa ditutup untuk laluan kenderaan ringan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri memaklumkan, sehingga pukul 10 pagi ini, laluan utama dari Paka menghala ke Kerteh mungkin terpaksa ditutup untuk laluan kenderaan.

Katanya, beberapa kawasan di Kemaman termasuk Kampung Baru Kemasik, Kampung Gong Chengal, Kampung Bukit Kukuran kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan air mulai naik.

Dengan berlakunya Banjir di Kuantan maka Rosmah memiliki jasa yang ke 3..

Gambar2 Rosmah Membantu Mangsa Banjir Tersebar [Jasa Rosmah Yang Rakyat Tidak Tahu].

Tahniah Rosmah Mansur sebab membantu mangsa banjir baru2 ini. 

Sorry la aku sebagai rakyat tak berapa tahu sebab paper tak laporkan hal tersebut. TV pun haram lapor. Mana la kami nampak kebaikan ko bila semua media memihak untuk boikot membuat liputan mengenai hal neh kan. Mungkin juga kerana Rosmah Mansur tidak mahu jasa2 dia di war2kan secara berleluasa oleh media2 tempatan. Almaklumla. Benda ikhlas kan. Yang beria2 nak dapatkan liputan media tue nak buat apa. Janji dapat bantu rakyat sudah la. 

Terbaek ah Rosmah Mansur. 

Jom kita amek tahu jasa2 Rosmah Mansur dan seterusnya hargai kewujudan dia kat negara neh..

Lihat gambar2 kat bawah ;



Mat Sabu tak gentar dilabel anut Syiah

Wartawan Sinar Harian

mat sabu SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, beliau tidak gentar dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan dirinya dengan fahaman Syiah.

Malah kata Mohomad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu.

Ujarnya, sejak beliau menyertai parti Islam itu pada awal 1080-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya kepada sebuah portal.

Tambah Mat Sabu, peguam yang dilantiknya kini sedang menunggu tindakan lanjut Ahmad Zahid.

“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya.

Pelantikan pemimpin menurut Islam

IBRAHIM ABDULLAH

DARIPADA Abu Musa r.a katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah.

Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu Baginda bersabda : “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.”

Hadis di atas menjelaskan satu kaedah yang penting dalam pelantikan sesuatu jawatan kepimpinan atau kuasa tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan daripada yang memintanya atau tamakkan kuasa.

Ini kerana jawatan dalam Islam adalah amanah dan ia diterima dengan tanggungjawab serta perasaan takutkan ALLAH SWT, sedangkan mereka yang meminta atau tamakkannya adalah tanda golongan yang berasa besarnya tanggungjawab di hadapan ALLAH.

Oleh itu menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamak akan kuasa.

Al-Qadhi al-Baidawi dalam menghuraikan persoalan meminta jawatan kepimpinan berkata: “Tidak sewajarnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan penyesalan.”

Al Fatihah.. Anak lelaki bekas KPN meninggal dunia jatuh longkang

http://gotabligh.com/wp-content/uploads/2012/07/surat_al_fatiha.png
SHAH ALAM 10 Dis. - Anak lelaki bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Hanif Omar meninggal dunia selepas dilaporkan tertajuh di dalam longkang di Jalan Catur 11/1C Seksyen 11 di sini pukul 6.25 pagi ini.

Ahmad Jamal Omar, 40, dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. - UTUSAN

Surat Terbuka Dewan Pemuda PAS Kedah kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi - Isu pemimpin No. 2 PAS Syiah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Kedah Darulaman

Kepada

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno Malaysia
Pejabat UMNO
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur

TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATO SERI

Dato Seri,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten Dato Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Dato Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Dato Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam pas, pas ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana pas memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam pas". Video. 


Pada hari berikutnya Dato Seri bersilat lidah mengatakan Dato Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi org kedua dalam PAS.

Apa lagi yang Umno mahu

NURUL IZZAH

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/04/nurul-izzah-putrajaya1.jpgPERHIMPUNAN Agung Umno empat hari mengingatkan saya cerita rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu, tentang bagaimana mereka dipau (peras ugut) semasa berada di Kuala Lumpur.

Nampaknya, perangai pemimpin-pemimpin Umno tak ubah seperti kaki-kaki pau, yang berbeza adalah darjatnya. Nampaknya, perhimpunan yang sepatutnya menjadi medan perbincangan isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, menjadi medan perbincangan tentang bagaimana untuk mengekalkan kuasa dalam tangan mereka.

Sebelum pilihan raya dulu, Presiden Umno pernah berkata mereka prihatin dengan peningkatan kos sara hidup.

Tetapi setelah menang, gerakan “pau” rakyat bermula tanpa belas kasihan. Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.” Bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian pemotongan subsidi gula, pengenalan GST pada 2015 dan yang terbaharu, pengumuman kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

Mungkin Umno boleh mencanangkan Agensi Penarafan Antarabangsa Moody’s menaiktarafkan kredit Malaysia kepada A3, tetapi kenapa langsung tidak ada yang mempersoalkan tentang ketirisan dan keborosan, serta gejala rasuah berleluasa yang menyebabkan taraf ini diturunkan terlebih dahulu? Nampaknya, mereka cuma berminat untuk mengambil langkah singkat untuk memenuhkan kembali kewangan negara dengan “pau” duit rakyat.

Ini dikatakan “orang lain boros belanja berhutang, rakyat kena ‘pau’ bayarkan.”

Anjing Liar berkeliaran di Alor Setar

Bimbang kehadiran anjing liar di jalan

Bimbang kehadiran anjing liar di jalan  
Anjing liar berhampiran taman permainan berkenaan mencetuskan ketidakselesaan.

ALOR SETAR - “Bukan seekor sebaliknya dipercayai adakalanya lebih empat ekor,” demikian luahan pengunjung, Nur Aliya Hamid, 22, mengenai ketidakselesaan dirinya ketika bersiar-siar di taman permainan berhampiran Menara Alor Setar, dekat sini.

Aliya berkata, dia turut bimbang jika kejadian tidak diingini berlaku.

“Bayangkan, kami sekeluarga datang mahu berseronok, tetapi terbantut apabila sekumpulan anjing liar melalui kawasan ini.

“Haiwan terbabit kelihatan sentiasa berkeliaran di sekitar kawasan taman permainan ini,” katanya.

Manakala, pengunjung hanya ingin dikenali Zabedah, 45, berkata, walaupun kehadiran kumpulan anjing liar di kawasan terbabit tidak menentu masanya, namun kehadirannya secara tiba-tiba pastinya mengejutkan orang awam terutamanya kanak-kanak.

Ingatkan zaman MUKHRIZ dah tak ada orang tebang hutan dah..!!!???

Hutan Bukit Perangin terus diceroboh

Hutan Bukit Perangin terus diceroboh 
Hutan Bukit Perangin terus diceroboh 
Papan tanda yang terdapat di Hutan Simpanan Kekal Bukit Perangin melarang pencerobohan tanah

ALOR SETAR - Beberapa pegawai Jabatan Perhutanan Kedah dihantar untuk meninjau keadaan Hutan Simpanan Kekal Bukit Perangin, Perik, Kuala Nerang yang diceroboh pihak tertentu minggu lalu.

Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, mereka akan melihat keadaan sebenar kawasan yang diceroboh dan membuat laporan mengenainya.

“Saya sudah hantar wakil ke sana untuk tinjau keadaan. Tetapi saya belum menerima laporan penuh berhubung kejadian itu.

"Kita memandang serius isu pencerobohan tanah hutan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mana MB KEDAH nie.. takan rakyat kawasan anda rumah sampai nak reban nie..??

Tak berani duduk dalam rumah

Tak berani duduk dalam rumah  
Che Lian Yahya bersama anaknya, Siti Radhiah Ahmad dan cucunya, Mohd Shahrul Nizam terpaksa tinggal di rumah yang buruk selepas gagal mendapat sebarang bantuan bagi membinanya semula.

JERLUN - Seorang ibu tunggal merayu kepada pemimpin di sini supaya dapat memberi bantuan selepas rumahnya dikatakan semakin reput hanya menunggu masa runtuh.

Che Lian Yahya, 65, dari Kampung Pida 14 Lama, Mukim Sanglang, Kubang Pasu berkata, dia sudah beberapa kali memohon bantuan perumahan sejak suaminya, Ahmad Yakob masih hidup tetapi sehingga sekarang masih belum ada jawapan.

Menurutnya, dia kini yang tinggal bersama seorang anak yang menghadapi sindrom down dan seorang cucu terpaksa berteduh di rumah usang itu walaupun semakin reput kerana kayunya sudah dimakan anai-anai.

Bukan keluar duit KWSP yang dikenakan cukai 20% tetapi duit SIMPANAN PERSARAAN SWASTA

 

CUBA TENGOK BETUL-BETUL TAJUK VIDEO TUU...
BUKANNYA KELUAR DUIT KWSP TAPI KELUAR SIMPANAN
PERSARAAN SWASTA YANG DIKENAKAN CUKAI 20%

SIMPANAN PERSARAAN SWASTA NIE SEPERTI MEMBELI
AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, MEMBELI SAHAM PRUDENTIAL, CIMB
DAN SEWAKTU DENGANNYA. ANDA BELI SAHAM-SAHAM INI
DENGAN MENGAMBIL RISIKO SENDIRI DENGAN HARGA NAIK TURUN
MENGIKUT PASARAN SEMASA..

DENGAN HASIL YANG DIPEROLEHI DARI SIMPANAN LUAR
MENGGUNAKAN WANG KWSP INILAH YG AKAN DIKENAKAN
CUKAI 20% OLEH KERAJAAN...

FAHAM TAK NIE..?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...