TERKINI :

Monday, December 9, 2013

Akhirnya penembak pegawai JAIP berjaya ditahan.. Tahniah PDRM

Polis: Penembak pegawai Jaip antara 15 ditahan

OLEH: HASNIZA HUSSAIN Tarikh: December 9, 2013

SHAH ALAM - Polis mengesahkan seorang suspek yang menembak mati Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu adalah antara 15 individu yang ditahan sebelum ini.

Terdahulu, polis menahan 15 pengikut Ajaran Harun termasuk ketua kumpulan tersebut Harun Mat Saat, 47.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau bagaimanapun tidak boleh mendedahkan identiti suspek tersebut.

"Dia (suspek) dah dikenal pasti dan ditahan sebelum penahanan terbaru dibuat ke atas dua pengikut Ajaran Harun di Kampung Tagasan, Semporna, Sabah pada 2 Disember lalu.

"Tunggulah..bila tiba masanya kita akan beritahu siapa dia," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia (APAC) ke 25, di sini, hari ini.

Menurutnya, ujian balistik yang dibuat ke atas pistol yang dirampas sebelum ini, turut mengesahkan bahawa senjata itu adalah senjata yang digunakan sewaktu kejadian.

Katanya, kesemua yang ditahan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan sama, Khalid turut menegaskan terdapat perkara-perkara tertentu yang diajukan media, tidak boleh dijawab oleh pihaknya.

"Ada perkara yang tidak perlu ditanya seperti motif sesuatu kejadian kerana itu adalah kerja mahkamah.

"Jika kita bagi kenyataan dan ia salah, kita boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah. Perkara itu hanya boleh dirungkai oleh mahkamah semasa perbicaraan," katanya.

Pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut ditembak jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Susulan itu, polis mengedarkan 27 keping gambar ketua dan pengikut Ajaran Harun yang dikehendaki pada 15 November lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Polis kemudiannya, menahan Harun, isterinya, Nor Azida Mohd Zol, 30, serta pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, di Tangkak, Johor, pada 20 November lalu.

Dalam tempoh 10 hari siasatan dibuat, polis menahan 10 lagi individu dan merampas senjata yang digunakan sewaktu kejadian.

Polis kemudiannya mengedarkan gambar 10 lagi pengikut kumpulan tersebut, sebelum menahan dua daripada mereka di Sabah pada Sabtu lalu.

Amaran kenaikan paras sungai di Besut dan Setiu

KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Hujan lebat yang dicatatkan di beberapa stesen hujan di daerah Setiu dan Besut menyebabkan sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaan 16.92 meter melepasi 0.52 meter daripada paras waspada.

Turut mencatatkan kenaikan paras air ialah Sungai Chalok di Jambatan Chalok yang mencatatkan bacaan 8.15 meter melebihi 0.55 meter daripada paras waspada.

Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu dalam kenyataan awal malam ini memberitahu, kenaikan air sungai secara berterusan disebabkan hujan sekitar 65 milimeter (mm) hingga 102 mm yang berlaku di sebelah hulu sungai.

Jika sekiranya hujan lebat berterusan, beberapa tempat yang rendah boleh dinaiki air terutamanya Kampung Gong Terap dan jalan dari Permaisuri ke Hulu Seladang. - UTUSAN ONLINE

Beranikah Mat Sabu saman Zahid?

Zabidi Saidi

PETALING JAYA: Ramai yang menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi angkuh apabila mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwanya mengamalkan ajaran syiah.

Hari ini Zahid berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar "orang nombor dua" PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

"Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa "orang nombor dua" itu berfahaman Syiah.

Dalam pada itu Pas menegaskan dakwaan terhadap Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu adalah serangan terbuka dan bersifat peribadi.
Menurutnya, Mohamad atau Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap kementerian tersebut.

"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu.

"Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak dan ambil tindakan terhadap menteri itu," katanya .

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu… Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno semalam menyebut nama pemimpin PAS itu secara tidak langsung apabila mengaitkan "orang nombor dua" parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu yang mahu tindakan dikenakan ke atas Mohamad Sabu.

Ahmad Zahid juga berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan ke atas Mohamad Sabu atas dakwaan tersebut.

"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu," katanya lagi.

Soalnya beranikah Mat Sabu menyaman Menteri Dalam Negeri itu? Sebagai menteri yang jaga polis, sudah tentu cawangan khas (SB) mengikuti perjalanan Mat Sabu.

Sudah tentu Zahid ada bukti yang kukuh berdasarkan laporan SB yang menyebabkan Zahid berani mendedahkan pemimpin PAS yang mengamalkan ajaran Syiah dalam perhimpunan agung Umno.

Sama-samalah kita tunggu tindakan Mat Sabu ini.
-freemalaysiatoday-

Inilah kelaku umno, dari pemuda sampai ke pesara pro.Umno, asyik mintak jawatan jaa..!

Kelab pesara pro-Umno minta jawatan dalam GLC

Ahmad Fadli KC 2:50PM Dis 9 2013

Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan meminta agar perdana menteri memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk terus berkhidmat melalui pelantikan ke jawatan utama dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Presiden kelab tersebut Tan Sri Aseh Che Mat dalam ucapan di satu majlis bersama Datuk Seri Najib Razak berkata, golongan itu bersyukur sekiranya dilantik untuk memimpin anak syarikat GLC.

"Yang mana-mana boleh masuk GLC itu bagilah masuk. Tak jadi chairman (pengerusi), jadi board of director (ahli lembaga pengarah) pun OK.

"Tak syarikat induk, anak syarikat pun tak apa," kata Aseh disambut dengan ketawa kecil dan tepuk tangan daripada hadirin majlis.

Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu turut mengalas tuntutan tersebut dengan menyatakan kesediaan kelab itu untuk berkempen bagi parti BN dalam pilihan raya.

Katanya, prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu akan lebih baik jika bekas pegawai kanan kerajaan diajak untuk turut sama berkempen serta terlibat dengan lebih aktif dalam Umno.

Aseh berkata, beberapa kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu mempunyai jumlah pesara yang ramai dan mereka sepatutnya boleh dikerah untuk berkempen bagi pihak BN.

"Kalau kita gembleng tenaga pesara sepenuhnya di banyak tempat, BN tak boleh kalah.

"Isunya sekarang adakah kita boleh guna pesara untuk bergabung dengan BN dan Umno agar lebih mantap?

"Tak patut kita kalah (Parlimen) Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak, tak mungkin kita kalah kalau kita gerakkan pesara," katanya di Putrajaya, pagi ini.

Tadi Zahid U-Turn, kini Najib pulak U-Turn..bab negara bangrap tanpa GST

Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

gerakan egm 261013 najib 3Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.

Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.

Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.

"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.

Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Aduhai Najib - Antara PAU2013 dengan PAU Rosmah..!!

PAU 2013: Antara cinta dan jasa

- A Kadir Jasin



Dalam banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir Sabtu, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak curahkan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara. Baca di sini.

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara.

Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

PAS: Mat Sabu wajar bertindak pada Zahid


Beberapa pemimpin PAS menyokong Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu wajar bertindak termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyebut "pemimpin nombor dua" PAS berfahaman Syiah.

Pemimpin PAS itu berpendapat kenyataan Zahid itu satu serangan terbuka dan bersifat peribadi sekaligus memburukkan imej PAS.

pas secretary general mustafa ali 1Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Mohamad wajar mengambil tindakan terhadap Zahid dan menegaskan parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan oleh pemimpin mereka termasuk Mohamad.

"Itu adakah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. Kita tidak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak terhadap menteri itu.

"Kita di peringkat PAS pusat, memang tidak pernah terima apa-apa laporan setakat ini," kata Mustafa seperti yang dilapor Sinar Harian hari ini.

Sudah la Najib, samakan UMNO dengan Mandela.. nak bagi BRIM pun cadang puak hang jaa..!!

PKR: Najib 'tak tahu malu', samakan parti dengan Mandela

Naib presiden PKR N Surendran berkata tindakan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mengumpamakan usaha parti tersebut seperti perjuangan tokoh anti perkauman, mendiang Nelson Mandela, adalah perbuatan yang “tidak tahu malu”.

Katanya, beliau pada mulanya terkejut apabila membaca kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan Mandela memerangi apartheid di Afrika Selatan dengan tindakan Umno.

Tambahnya, kenyataan itu tidak membantu Umno tetapi mendedahkan kelemahan parti tersebut.

Jelasnya, usaha parti Umno mencerminkan dengan tepat tindakan Parti Nasional kaum kulit putih di Afrika Selatan, yang memaksa pemisahan kaum di negara itu.

“Kita semua tahu tentang perjuangan Mandela. Malah, Mandela sendiri berkata usahanya yang paling besar adalah menentang perkauman,” kata Surendran kepada Malaysiakini.

Bangla membuat Rusuhan di Singapura


SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.

Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.

Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu AFP.

“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.

“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.

Isu Syiah : Zahid Hamidi dah mula buat komidi maharajalawak mega dah..!!


Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu
 
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Inilah projek besar yang akan dibina di PAHANG yang mana ramai orang ISLAM belum tahu.





ADAKAH DENGAN SEBAB INI ALLAH HANTARKAN TENTERANYA SEBAGAI PESANAN KEPADA KITA SEMUA... FIKIR-FIKIRKANLAH...

Bantuan Banjir PAS Kuala Kedah selamat di sampaikan.

 
 

Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara

 - Nur Adilla Abd Rahim

December 09, 2013

Keadaan banjir yang berlaku di Pahang dan negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini begitu mendukacitakan. Melibatkan 40,920 orang mangsa dengan dua mangsa yang terkorban, bencana alam yang disebabkan hujan berterusan tanpa henti ini seperti tidak terurus dengan baik.

Setelah dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang memohon agar Kuantan diisytihar darurat, isu banjir ini mula mendapat perhatian oleh pemimpin tertinggi negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akhirnya turun padang sampai mengakui dan memohon maaf atas kelewatan bantuan bekalan dan kelemahan pengurusan banjir ini.

Di sinilah timbul satu persoalan baru. Malaysia bukan sebuah negara yang tidak biasa dihantar Tuhan dengan bah. Setiap hujung tahun, dari bulan November hingga Mac angin monsun Timur Laut akan bertiup membawa hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Timur.

Hal ini berlaku setiap tahun – SETIAP TAHUN – lantas ketidaksiagaan badan kerajaan tertentu sebelum, semasa dan selepas bencana alam ini berlaku amat menghairankan.

Sifar rasuah mustahil? Jawapannya…

- G Manimaran

Tidak ada duit kopi, tiada layanan di hospital. Untuk padam api juga perlukan sogokan. Ia kelihatan mengejutkan!

Itu keadaan empat dekad yang lalu. Ia tinggal sejarah. Ini sebahagian daripada mesej yang disampaikan menerusi muzium interaktif Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong yang akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-40 Februari depan.

Sempena lawatan sambil belajar ke Hong Kong, rombongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapati pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif dengan kerjasama ICAC, mendidik warga yang berhijrah dari tanah besar China ke Hong Kong, tentang kepentingan menjauhi rasuah.

Golongan sasaran adalah isteri dan kanak-kanak yang bersatu dengan suami atau bapa mereka di Hong Kong. Golongan muda yang dilatih pula menjadi 'jurulatih' dalam waktu yang singkat untuk menyampaikan mesej memerangi rasuah.

Ada elemen kesinambungan dalam usaha menyampaikan mesej itu. Dan, kunjungan ke satu lagi NGO memberi gambaran tentang pentingnya menyampaikan mesej menghapuskan rasuah daripada peringkat sekolah.

Coretan RM3, marhaen dan menteri

- Danial Razali
December 09, 2013

http://4.bp.blogspot.com/_rbbFii2U5Vc/TGQr_ViEFRI/AAAAAAAABTE/nwSVO0XEJI0/s1600/nasi+putih.jpg
Ahad, 8 Disember 2013, saya bersama seorang sahabat menuju ke MIECC, Mines, Seri Kembangan. Niat asal adalah untuk ke kenduri seorang teman namun terpaksa dibatalkan kerana tersilap tarikh kenduri. Di MIECC, serigala-serigala gemuk dan jahat sedang berkeliaran mencari mangsanya untuk dibaham. Murah! Bukan setakat serigala, pasti dubuk pun tidak akan melepaskan peluang memborong berjuta-juta judul buku yang hebat dan murah ini!

Oleh kerana pelan asalnya bukan untuk memborong buku, jadi saya tidak mampu menyediakan bajet yang besar untuk pesta Big Bad Wolf Books 2013 (BBW13). Bajet saya seorang marhaen tidaklah besar setiap bulan. Namun sebagai seorang pelajar doktor falsafah, pasti ada bahagian tertentu yang saya akan peruntukkan untuk membeli buku. Oleh kerana ingin memperuntukkan sedikit bahagian untuk adik di kampung yang baru sahaja habis SPM, maka saya hanya keluarkan RM200 sebagai peruntukan di BBW13.

Bekas calon PKR saman Hadi Awang isu Pil Kuda

Mohd. Shamsul Mat Amin (kanan) ketika hadir bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam, bagi memfailkan saman malu sebanyak RM2 juta terhadap Abdul Hadi Awang yang didakwa menfitnahnya semasa kempen PRU-13, April lalu.

KUALA TERENGGANU 5 Dis. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Mohd. Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Desas-desus kadar tol naik


SEBANYAK 13 lebuh raya dikatakan akan terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan.

Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.

Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.

Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.

Mangsa banjir di Pahang, Terengganu kini lebih 63,000 orang



BEBERAPA buah kereta selepas tersadai dan rosak akibat banjir di Kemaman, Terengganu semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di negeri Pahang dan Terengganu semakin buruk apabila mangsa yang berada di pusat pemindahan di kedua-dua negeri itu kini berjumlah 63,501 orang.
Di Pahang, mangsa yang berada di pusat pemindahan mencecah 40,399 orang berbanding 39,580 orang petang kelmarin.

Sebaliknya, keadaan banjir di negeri Kelantan dan Johor bertambah baik apabila jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, hingga pukul 6 petang semalam, Kuantan menjadi daerah tertinggi bilangan mangsa banjir melibatkan 34,090 orang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...