Kisah derita mangsa banjir
KEMAMAN – “Dah empat hari makcik tak mandi dan apabila nak buang air kecil, makcik mengengsot perlahan-lahan ke birai longkang.

"Buang air kecil di situ dan basuh dengan air mineral,” kata warga emas yang kudung kaki kiri, Indon Mek Pahang Husain, 75.

Indon menghadapai kesukaran berikutan ketiadaan bekalan air di pusat pemindahan di SK Seri Geliga, Chukai.

Kesusahan itu bukan sahaja dialami Indon, malahan ribuan mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh Kemaman berikutan bekalan air dan elektrik terputus, manakala talian telefon terganggu sejak beberapa hari lalu.

Musibah banjir besar membuatkan pusat pemindahan yang tidak didaftar terpaksa dibuka, justeru kemudahan tersedia serba kekurangan dengan tiada bantuan makanan dan keperluan harian pada peringkat awal.