TERKINI :

Saturday, December 7, 2013

Hadapi Banjir sambil kita mengenali UMNO..!!

HADAPI BANJIR SAMBIL KITA MENGENALI UMNO
- wfauzdin, 


TEMPAT membodek pemimpin buat parti Umno, tentunya di PWTC. Waktu himpunan mereka ada banyak masa untuk kipas bos mereka termasuk sekali bodek bini bos. Bukan mudah dapat peluang bodek pemimpin di depan pemimpin itu sendiri, masakan pemimpin itu sanggup turun ke hulu kampong kamu untuk mendengar kamu nak mengampu?

Maka, sewaktu di PWTC lah gunakan sebaiknya untuk jilat dari atas sampai ke bawah pemimpin 47% saja yang rakyat sokong, termasuk dari para pendatang itu. Bayangkan hujah nak jaga keselamatan bik mama, maka ada perwakilan yang boleh jadi bodoh menghalalkan jutaan ringgit wang rakyat untuk pesawat peribadi? Atas alasan keselamatan kononnya, ertinya bini pemimpin dunia luar yang lebih hebat dan maju seperti bini Obama, bini pemimpin Singapura, bini pemimpin Jepun, dan banyak lagi bini-bini pemimpin dunia maju dan kaya termasuk Brunei sekalipun, mereka tidak pentingkan keselamatan kah? Bini PM negara ini saja yang fikir tentang keselamatan? Dan, dengan jet peribadi saja yang boleh menjamin keselamatan? Kapalterbang lain tidak selamat?

ZAHID dah terlajak cakap, JAMIL KHIR pun macam taknak terlibat jadi tunggu saman dari MAT SABU je lah..!!

Nampaknya inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa... dok berucap syok2 last pergi sentuh MAT SABU SYIAH, selepas tu suruh JAMIL KHIR pulak pergi ambil tindakan...

Tengok macam hebat, tengok cakap macam bagus... sekarang tunggulah saman dari MAT SABU... sebab MAT SABU dengan jelas menafikan yang dia SYIAH....

Dan mai petang JAMIL KHIR pula main play safe taknak terlibat dengan mulut bacul ZAHID.... sampai siap suruh tanya ZAHID & POLIS sendiri bab MAT SABU SYIAH nie...

Nasih hang la ZAHID.. siapa suruh terlajak perahu... mintak-mintak MAT SABU saman bagi banyak sikit.. boh la 100juta kaa bagi gempak alang-alang mau saman...


Rosmah dapat ‘lesen besar’ untuk terus guna jet kerajaan

- Shahbudin Husin


Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas Umno ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.

Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.

Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.

Syiah: Mat Sabu kaji tindakan saman Ahmad Zahid

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya berhubung kenyataan Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Dok Kalut MAT SABU yang tak ngaku Syiah tu, nie manusia yang siap ngaku KETUA SYIAH KEDAH awat tak ambil tindakan..??



Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

mat sabu
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Zahid Hamidi tuduh Mat Sabu syiah, bersedialah kamu untuk di saman

PKR dakwa Zahid Hamidi cuba gagalkan rekonsiliasi Najib
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

PKR mendakwa kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh Mohamad Sabu (gambar) mengamalkan fahaman Syiah sebagai satu percubaan menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan dialog nasional dan rekonsiliasi dengan Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak adil kerana menjatuhkan hukuman walaupun Timbalan Presiden PAS itu tidak pernah menjalani perbicaraan terlebih dahulu.

“Tatkala Perdana Menteri dan Presiden Umno cuba menghulurkan tangan terbuka kepada Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib. Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini,” katanya.

Ahmad Zahid hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Jangka pendek kena kat hang la Najib, rumah hang takpa la bayaq pakai duit rakyat

PM: Naik elektrik sakit jangka pendek saja

Radzi Razak & Farah Noor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

"Penting untuk ada keutuhan kewangan bila kewangan utuh, kita boleh buat lebih banyak untuk rakyat. Mereka (rakyat) perlu faham proses ini. Ini kesakitan jangka pendek tapi tak sakit teruk, sakit ringan sahaja tapi dalam jangka masa panjang baik untuk rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan akan terus menambah bantuan dan menawarkan jaringan keselamatan sosial.

Beliau turut mengulas jawatankuasa menyiasat laporan ketua audit negara telah pun memulakan tugas dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang terlibat.

"Ya, KSN (ketua setiausaha negara) telah buat pengumuman, beberapa tindakan telah diambil terhadap mereka yang mengingkari arahan khususnya dalam penggunaan dana.

KJ juga yang mampu bawa suara seiring dengan PR perjuangkan...

KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan audit...

Radzi Razak 3:43PM Dis 7 2013

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan kepentingan menarik sokongan anak muda.

Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.

Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.

"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.

"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.

Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.

Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.

Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.

"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau.

Pemuda 'tulang depan'

Dalam soal sama, Khairy menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.

Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.

"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.

"Kita mesti hukum dan ambil tindakan ke atas mereka yang ambil rasuah ini," kata beliau.

Beliau turut berseloroh dengan para perwakilan apabila memberi komen ditujukan kepada Wanita Umno.

"Pemuda Umno tak payah gelaran tulang belakang Umno kerana kita telah menyumbang tulang-tulang depan Umno yang besar," kata beliau disambut sorakan perwakilan.

Jika betul Mat Sabu syiah, dipersilakan tangkap dan dakwa beliau dengan bukti yang ada...!

Isu Syiah: KDN beri kuasa bertindak pada Mat Sabu

Abdul Rahim Sabri 4:33PM Dis 7 2013

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.

"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini. Mohamad ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

"Tak boleh komen. Saya tak dngar sendiri," katanya ringkas melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

Tepati Janji Bawa TPPA Ke Parlimen Atau Berhadapan Demonstrasi Besar

Mesyuarat Peringkat Menteri berhubung TPPA dijadualkan akan diadakan di Singapura bermula hari ini, 7 hingga 10 Disember, di mana ramai pemerhati menjangkakan 21 Perkara Perjanjian Perdagangan ini akan dimeterai oleh negara-negara terlibat.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memperingatkan rejim Pemerintah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar tidak melayan sebarang agenda, tekanan atau paksaan daripada kuasa-kuasa besar diketuai Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian berat sebelah ini. Selagi mana segala klausa perjanjian yang akan menghancurkan kedaulatan negara tercinta ini tidak dikeluarkan daripada perjanjian tersebut, selagi itu tiada kewajaran untuk terus berbincang.

Rejim Pemerintah juga harus menepati janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2013 yang lalu dalam sesi dialog Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2013 di Bali bahawa Kerajaan komited membentangkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada ahli Parlimen.

Sekiranya rejim Pemerintah ingkar terhadap janji-janji yang telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri ini dengan menandatangani perjanjian ini tanpa dibahaskan di Parlimen, SAMM tidak teragak-agak untuk menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebagai isyarat jelas penolakkan rakyat terhadap sebarang bentuk tindakan yang menghancurkan kedaulatan negara dan memangsakan rakyat.

SAMM akan terus menunjukkan ketegasan anak muda mempertahankan kedaulatan dan maruah negara Malaysia yang merdeka ini daripada dirobek oleh kumpulan 600 kapitalis gergasi Amerika Syarikat yang tidak henti-henti dalam cubaan penjajahan ekonomi mereka ini. Anak muda tidak akan benarkan nasib masa depan Negara ditentukan oleh kumpulan kapitalis tamak yang hanya memikirkan untung semata-mata. Tanahair tercinta ini harus dibela dan dipertahankan setiap inci daripada kegelojohan kapitalis dan bonekanya.

Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Banjir: Pemuda PAS kumpul sumbangan RM40,300

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih atas sumbangan bertali arus dari masyarakat yang prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor beberapa hari ini.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, setakat hari ini, DPPM telah menerima sejumlah RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan orang ramai dan jumlah tersebut terus meningkat setiap hari.

Katanya, hasil dari misi pertama pasukan Jabatan Amal Malaysia di dua daerah terlibat teruk dengan musibah ini, kerja-kerja misi pengagihan bantuan sedang giat dijalankan.

Di daerah Kemaman, ujarnya pasukan Amal bersama Alternative Riding Club (ARC) seramai 70 orang keseluruhannya bertungkus lumus mengagihkan bantuan berupa makanan dan peralatan termasuk pakaian, ubat-ubatan, selimut dan bantal di pusat pemindahan banjir di stadium, sekolah dan juga masjid.

Beliau berkata, Bilik Gerakan telah dibuka 24 jam untuk membantu kawasan terjejas teruk seperti Air Puteh, Chukai, dan Kemasek.

"Dalam beberapa jam kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda hujan semakin reda dengan ada mangsa yang telah kembali ke rumah dan misi menghantar bantuan ke rumah juga dilakukan oleh pasukan Amal," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, misi seterusnya di kawasan terbabit adalah untuk pembersihan dan ia akan mula dilakukan pada hari Ahad bersama anggota Jabatan Amal seluruh negara yang akan berkampung di sana.

Di Kuantan pula, katanya kawasan yang terjejas teruk adalah di Sungai Isap dan Tanjung Lumpur.

Tambahnya, Pasukan Amal seramai 30 orang tempatan berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan.

Katanya, misi mengagihkan bantuan dijalankan 24 jam melalui sumbangan orang ramai di pusat pemindahan serta rumah-rumah yang tidak terjejas.

"Operasi pembersihan rumah terjejas juga akan mula dilaksanakan pada hari Ahad bersama pasukan bantuan Amal dari seluruh negara," katanya lagi.

Sehubungan itu, ujar beliau DPPM memohon agar seluruh masyarakat sama ada individu, NGO, persatuan mahupun parti politik turut sama membantu menghulurkan bantuan semampu boleh bagi meringankan bebanan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir.

DPPM juga masih menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk disalurkan ke keluarga yang terlibat melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100 atau hubungi Sdr Yusapiza Ya'acob di talian hotline: 017-2692944.

"DPPM juga memohon umat Islam seluruh negara agar mengadakan solat Hajat dan bermunajat agar musibah ini akan segera berakhir," ujarnya.

Pengerusi SPR tuduh parti politik dalangi kekacauan PRK

HARAKAHDAILY

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin terdapat pihak tertentu melatih sekumpulan orang untuk membuat kacau semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Beliau berkata kumpulan itu juga bergerak dari satu PRK ke PRK dengan tujuan tertentu bagi memperlihatkan perjalanan PRK tidak bersih.

"Kita melihat muka-muka sama iaitu orang luar berada di Sungai Limau, semasa pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri itu berlangsung baru-baru ini.

Muka-muka ini juga dilihat semasa PRK Kuala Besut berlangsung.

"SPR bagaimanapun tiada kuasa mengambil tindakan terhadap mereka kerana ia di bawah bidang kuasa polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada para petugas PRK Sungai Limau dalam jamuan malam di sini, malam tadi.

Beliau berkata keadaan sama berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) dan lebih tertumpu di kawasan tertentu namun PRK lebih ketara kerana menjadi tumpuan ramai.

Abdul Aziz berkata SPR juga mendapati badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik pihak tertentu bertindak di luar bidang kuasa terutama dalam PRU iaitu menahan kenderaan dan orang tempatan yang rupanya seperti rakyat asing.

Beliau berkata tindakan NGO tersebut seolah-olah membantu parti politik tertentu kerana pemerhati dan pemantau yang dilantik oleh SPR hanya membuat catatan bertujuan menambah baik perjalanan pilihan raya.

Menurutnya masalah lain yang sukar diatasi ialah budaya rakyat Malaysia enggan mematuhi peraturan waktu berkempen yang tamat pada pukul 12 tengah malam kerana mereka terus berkempen pada hari mengundi.

"Mereka seharusnya balik selepas waktu itu namun masih lagi datang pada hari mengundi untuk merayu pengundi dengan membawa poster calon. Mereka member alasan bukan kempen tetapi meraih dan merayu namun bagi SPR ia adalah kempen.

"Saya ingin menegaskan SPR sentiasa bertindak profesional. Kami tidak membantu kemenangan atau kekalahan calon. Kita layan semua pihak sama rata," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata PRK Sungai Limau baru-baru ini berjalan dengan baik kecuali satu kes seorang jentera Pemuda PAS menumbuk seorang petugas Wanita Barisan Nasional yang mencemarkan PRK itu.

Katanya menjadi tradisi SPR mengadakan post-mortem setiap PRK selepas sebulan ia berlangsung untuk mengkaji setiap maklum balas daripada kumpulan petugas terbabit kecuali parti politik.

Abdul Aziz berkata setiap maklum balas bermula daripada proses penamaan calon, kempen, hari mengundi, pengiraan undi dan pengumuman keputusan dikaji dengan teliti supaya kesilapan sama tidak dilakukan pada masa akan datang.

Mesyuarat post-mortem itu berlangsung hari ini di sini turut dihadiri semua pegawai kanan SPR. -Bernama

Ada video hina "MP Kuantan" kata dia fitnah dan tak turun tolong mangsa banjir..!!




Mana Kak Jat tak nampak lagi pun dia dok main air musim banjir nie...seteru dia dah sampai nie..???

NURUL IZZAH TURUN MENJENGUK KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR KUANTAN UNTUK HULURKAN BANTUAN... TETAPI MANA SHAHRIZAT DAN KETUA PUTERI UMNO !!!!


Bukan nak puji tetapi ini adalah realiti ... dari jauh YB Nurul Izzah datang bukan terbang naik jet eksekutif maupun helikopter TUDM tetapi dengan kereta melalui darat redah tengah hujan lebat semata-mata mau bersama-sama dengan YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan untuk meninjau keadaan rakyat yang ditimpa bencana banjir di sebuah Pusat Pemindahan Banjir di Sek Chung Ching, Kuantan, Pahang.

27 pemimpin Umno Kepong tetap mahu letak jawatan

umno KUALA LUMPUR - Seramai 27 daripada 33 pemimpin Umno Bahagian Kepong mengulangi pendirian untuk meletak jawatan sekiranya pemilihan jawatan timbalan ketua bahagian itu tidak dilakukan semula.

Ketuanya, Datuk Rizuan Abd Hamid berkata, tindakan itu bukan satu ugutan tetapi penetapan pendirian mereka agar pemilihan dilakukan lebih telus.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat mengenainya beserta tandatangan sokongan 27 pimpinan tinggi bahagian itu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin.

"Bukti mengenai pengesahan kertas undi rosak juga ada pada kami yang diserahkan sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemantau, Ab Wahab Said.

"Oleh itu, dari mana pula Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dapat pengesahan pengerusi pemantau yang bersetuju undi rosak itu boleh diguna semula," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Pemilik tanah tuntut pampasan pada MADA


ZAINOL menunjukkan pelan tanah yang didakwa diambil alih bagi projek pengairan di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Seramai 40 pemilik tanah di Tobiar, Pendang dekat sini mendakwa tidak menerima sebarang pampasan selepas tanah mereka diambil untuk projek membina dan menaik taraf skim pengairan pinggir Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Wakil pemilik tanah, Zainol Awang, 59, dari Kampung Gelong Gajah, Pendang berkata, projek itu bermula sejak tahun 2009 dan telah siap 80 peratus namun pampasan daripada pengambilan tanah itu belum diberikan.

DAP Kedah semakin bercelaru..

ROS sahkan jawatan Guan Aik
ROSLINDA HASHIM

Lee Guan Aik ALOR SETAR - Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Lee Guan Aik masih Pengerusi DAP Kedah yang sah, selain tidak mengiktiraf Jawatankuasa Interim yang dipengerusikan oleh Zairil Khir Johari Abdullah.

Guan Aik turut mendedahkan surat daripada ROS, bertarikh 4 Disember yang mengesahkan kesahihan beliau sebagai pengerusi yang diiktiraf, apabila dilantik menerusi Mesyuarat Agung Tahunan 2010.

“Berdasarkan surat ROS, setelah siasatan dijalankan terhadap aduan saya enam bulan lalu, ROS mengesahkan saya pengerusi yang sah mengikut perlembagaan parti. Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak mempunyai kuasa untuk lantik Zairil, kerana saya masih pengerusi,” katanya pada sidang media, semalam.

Surat yang ditandatangani Pendaftar, Mohammad Razin Abdullah itu menyatakan, Guan Aik dilantik secara sah sebagai pengerusi berdasarkan peruntukan perlembagaan dan peraturan parti, setelah mengambil kira kedudukan CEC DAP yang kini masih belum diiktiraf menyebabkan mereka tidak mempunyai kuasa melantik Zairil sebagai pengerusi baru.

Kemalangan Jalan Raya hanya 3 biji kereta namun kerugian mencecah RM7.2 juta

Oleh RAIS YEOP JOHARI


PIHAK berkuasa menyiasat sisa-sisa kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta Lamborghini milik orang Singapura yang terbakar dekat Seremban semalam.


SEREMBAN - Tiga buah kereta mewah Lamborghini model Aventador dan Gallardo yang nilainya mencecah RM7.2 juta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.55 pagi itu, lima buah kereta mewah milik warga Singapura berkonvoi dari republik itu ke Kuala Lumpur.

Sebuah Lamborgh ini model Gallardo bernilai RM1.2 juta manakala model Aventador pula berharga RM4.8 juta.

BANJIR - Unit Amal membantu hulurkan makanan untuk POLIS KEMAMAN


Mangsa banjir di Pahang meningkat semula kepada 39,177


Mangsa banjir di Pahang meningkat semula  
Anggota Tentera menunggahkan bantuan makanan dari trak untuk dimasukkan ke helikopter sebelum dihantar ke Pusat Pemindahan Banjir yang tidak dapat sampai melalui jalan darat, dekat Kuantan, hari ini. - Foto Bernama

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang yang sebelum ini dilaporkan menurun, kembali meningkat kepada 39,177 berbanding 32,808 orang petang tadi.
  
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 9 malam ini membabitkan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Jerantut dengan bilangan mangsa banjir meningkat, Rompin dan Maran menurun manakala Lipis dan Bera kekal dengan jumlah sama.
  
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 34,504 orang yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   

Baling - Terpaksa tinggal dalam dewan


Terpaksa tinggal dalam dewan  
Ibrahim (kanan) bersama keluarganya terpaksa tinggal di dewan orang ramai

BALING - Gara-gara tanah mendap disebabkan musim hujan, sebuah keluarga di Kampung Ulu Tawar Tengah terpaksa tinggal di dewan orang ramai sejak tiga minggu lalu.

Ibrahim Resat, 42, berkata, struktur rumah yang mendap dan runtuh memaksa dia sekeluarga nekad berpindah ke dewan orang ramai berdekatan dengan kediamannya.

Menurutnya, dia bersyukur setelah penduduk sepakat memberikan kebenaran kepada keluarganya untuk menetap di dewan itu.

“Kami tak ada pilihan, kalau terus tinggal di rumah lama, kemungkinan ia akan membahayakan keluarga saya.

“Namun begitu, saya faham, sampai bila kami harus ada di dewan ini, sebab ini dewan orang ramai, penduduk mahu gunakan dewan untuk pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat,” katanya yang juga bapa kepada enam cahaya mata.

Luar cantik, dalam 'seram'.. MBAS duk buat apa tak selenggara..??


Wartawan Sinar Harian

Luar cantik, dalam 'seram'
Luar cantik, dalam 'seram'

ALOR SETAR - Walaupun di kelilingi persekitaran cantik, namun sayangnya kemudahan awam di Taman Persisiran Sungai Kedah, dekat sini didakwa seakan-akan disia-siakan individu tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, bumbung gazebo kian usang, cat dinding mulai pudar, manakala tandas awamnya berada dalam keadaan menyeramkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai untuk menggunakannya.

Pengunjung, Mawardah Arshad, 33, berkata, kemudahan awam tertentu tidak terpelihara sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan kepada dia sekeluarga.

Siapa Bangsat? Shahrizat atau Fuziah Salleh?

Siapa Bangsat? Shahrizat atau Fuziah Salleh?.. Gambar-gambar ini sebagai jawapannya...


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas... "Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

Tapi... Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Ia suatu perkara yang tidak diduga, katanya, justeru itu beliau mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberi stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.. laporannya di SINI

Muhyiddin mohon maaf kerana bantuan lambat.. yang mengeluarkan kenyataan bangsat disini ialah Shahrizat sendiri..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...