TERKINI :

Friday, December 6, 2013

Banjir : Ini yang sepatutnya wakil rakyat seperti @mykinabatangan dan sewaktu dengannya fikirkan...!!

1. Pinjaman rumah dan kenderaan. Yang teruk. Kenderaan ko rosak. Then ko ada hutang bank. Yang hutang tiap2 bulan tue nak kena bayar ke apa? Tak sure la bencana alam neh termasuk dalam insurans claim ke apa tetapi sekalipun insurans cover benda tue, tak bermaksud mereka mereka ada duit nak bayar loan memandangkan priority mereka sekarang neh ialah betulkan hal rumah dulu.

2. Bagi yang tidak tahu, ada rumah yang air banjirnya sampai tahap bumbung. Yang melepasi bumbung rumah pun ada. Habislah barang2 dalam tue. Dokumen jangan cakap la. Buku2 pun sama. Benda2 yang macam kertas apa seme confirm dah ranap habis. TV? Peti ais? Alatan2 elektrik? Perabot? Hancur bhai.

3. Baju? Karpet? Yang tenggelam, tenggelam la, yang hilang lagi. Yang rosak lagi. Itu tak masuk lagi bab duit2 yang tersorok kat sana sini. Itupun dah lebur agaknya akibat banjir.

Ingatlah semua, itu bantuan untuk mangsa banjir bukan untuk hangpa bawak balik simpan rumah..!!

Rakyat tanya, apa lagi naik lepas ini, kata perwakilan Umno Kedah

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
December 06, 2013

Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Osman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun.

Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik.

Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.

Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.

"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas.

Dulu boleh la ko temberang dan cakap belit @mykinabatangan oi, skrg zaman youtube...!

Bung: Saya tak persenda usul darurat

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden tidak mengaku mempersendakan rakan sejawatnya di Kuantan Fuziah Salleh ketika membuat usul melaksanakan darurat di Kuantan Rabu lalu.

Malah, ahli Majlis Tertinggi Umno dari Sabah itu turut mahu Fuziah "bertaubat" kerana menipu dan sengaja mahu mendapatkan simpati.

"Kenapa beliau ada di Dewan Rakyat sedangkan rakyat memerlukan beliau (di kawasan banjir). Dulu masa Lynas, beliau sanggup berminggu-minggu duduk di Kuantan untuk berdemo," kata beliau ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut Bung Mukhtar, Ahli Parlimen Paya Besar, Abdul Manan Ismail yang sepatutnya membentangkan usul pada hari sama telah terus pulang ke Kuantan untuk membantu rakyat di situ.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) turut menafikan tidak memperdulikan nasib mangsa banjir tersebut.

"Sebelum Fuziah buat usul, Felcra dah hantar bantuan makanan di Kuantan saya arahkan hantar makanan tapi saya terlupa menyentuh

"Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," katanya.

Portal Harakahdaily melaporkan hari ini yang Bung Mokhtar seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

"Berdasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," Suhaimi dipetik sebagai berkata.

Lebih 24k biji telor diguna untuk jamu geng umno di PWTC..!

24,200 telur diguna dalam PAU 2013

Sebanyak 24,200 biji telur diguna dalam menyediakan makanan kepada hampir 20,000 tetamu sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn.Bhd (Putrade) Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata pihaknya menyajikan makanan lima kali sehari kepada 19,850 tetamu terdiri daripada perwakilan, tetamu kenamaan, kakitangan Putrade, anggota keselamatan dan petugas media.

Beliau berkata bahan utama lain termasuk 5,720 kilogram (kg) beras, 5,400 kg daging lembu, 6,050 kg daging ayam, 4,950 kg jenis ikan, 3,410 kg sayur dan 880 kg tepung gandum.

"Pihak PWTC turut bekerjasama dengan Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk menyediakan buah-buahan tempatan kepada semua tetamu bagi menggalakkan rasa cintakan buah-buahan tempatan dalam diri tetamu," katanya kepada Bernama di PWTC di Kaual Lumpur, hari ini.

Maxson berkata untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, pihak PWTC turut mengambil 1,200 warga kerja sambilan dengan kebanyakannya bertugas di bahagian dapur.

Kenapa peniaga dan penjaja di Kedah tak mahu mendaftar..!

Hanya 10 peratus penjaja berdaftar di Kedah

ALOR SETAR - Hanya 10 peratus daripada kira-kira 7,000 orang penjaja dan peniaga di Kedah mendaftar dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah.

Yang Dipertua persatuan, Abdul Ghani Hassan berkata bilangan yang amat sedikit itu mungkin kerana mereka tidak mengetahui kewujudan persatuan yang ditubuhkan bagi membela golongan ini.

"Untuk mendedahkan kewujudan persatuan, kami menganjurkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri Kedah selama empat hari di Dataran Darul aman Jitra bermula 12 Dis ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata sambutan itu juga bagi memberi peluang penjaja dan peniaga kecil merapatkan hubungan selain sebagai landasan memperkenalkan produk masing-masing.

Persatuan berharap sepanjang sambutan berlangsung, sebanyak 3,000 hingga 4,000 penjaja dan peniaga di negeri Kedah mendaftar menjadi ahli, kata Abdul Ghani.

Beliau mensasarkan 10,000 pengunjung menghadiri program itu yang menyediakan 40 gerai menjual pelbagai produk keperluan harian serta informasi berkaitan yang berguna untuk mereka. - Bernama

Petisyen Dun Klias : Calon BN kena bayar kepada Lajim Ukin RM50k sebab petiayen di tolak

Mahkamah tolak petisyen BN di Dun Klias

KOTA KINABALU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasneh bagi membatalkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Lajim Ukim di kerusi Dewan Undangan Negeri Klias pada PRU13.

Hakim Datuk Yew Jen Kie juga memerintahkan Isnin membayar kos RM50,000 kepada Lajim.

Dalam penghakimannya, Yew berkata tidak ada bukti bahawa Lajim tahu atau membenarkan pengagihan wang tunai RM50 dan kupon bernilai RM100 sebagai insenrif untuk mengundi beliau di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias pada PRU13.

Sejurus selepas keputusan diumum, Isnin memaklumkan pemberita bahawa beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Sementara itu, Lajim yang kelihatan terharu dengan keputusan berkenaan, menerima sorakan daripada penyokongnya di luar mahkamah - Bernama

#PAU2013 - Rupa-rupanya dalam ramai-ramai di PWTC tu ada seorang yang otak dia boleh dipakai..


Banjir Kuantan: Detik Katrina Najib dan Muhyi

– Sakmongkol

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1477461_10153573399080529_1422889197_n.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-j7roGi7aws8/UNuPDR7f9pI/AAAAAAAACqw/Frlw563M0ag/s1600/najib+tinjau+banjir.jpg
tak tau mana satu yg Najib pie semalam.. dia punya pegawai
media kalut di PAU2013, sampai nak tunjuk gambaq mana tak sempat 
Other than the horrific loss of life and property which Hurricane Katrina wreaked on parts of America in 2005, the severity of the natural disaster was eclipsed by the monumental insensitivity of Bush Junior.
Najib dan Muhyidin dengan hanya terbang di ruang udara Kuantan tanpa singgah, melakukan monumental insensitivity seperti Bush. Seperti biasa Zahid Hamidi menunjukkan keangkuhan dan kedunguannya.

Saya hairan bagaimana pembelajaran yang tinggi sehingga peringkat PhD tidak sedikit pun mengukir kehalusan dalam conduct Zahid. Bila ditanya oleh pemberita adakah banjir di Kuantan akan mendedahkan penduduk Kuantan kepada Lynas – Zahid seperti biasa menunjukkan sikap membuli orang. Takkah dia tahu bagaimana hendak menjawab soalan?

Setelah satu hari Kuantan banjir saya mendapat sms daripada seorang mangsa banjir - Di SMK Bkt Ranging - air, letrik xda, mknan x cukup, yb xda.

Mana YB nak ada – mereka sibuk di Perhimpunan Agung Umno (PAU). Kepada Bani Umno, PAU adalah acara terpenting dalam kehidupan orang Melayu.

Yahooo... Nak bawa keluaq duit EPF yang dalam Saham Amanah akan kena tax 20% selepas ini...


[PANAS] Utusan wajib kena bayar RM250,000 kepada Bekas MB Perak sebab mahkamah tolak rayuan

Isu fitnah: Mahkamah tolak rayuan Utusan Melayu

mahkamah
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan ia membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung artikel berita memfitnah dalam isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.
  
Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman sivil Mohammad Nizar terhadap syarikat akhbar itu.
  
Dalam keputusannya, Hakim Zaharah berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar telah berjaya membuktikan dakwaannya terhadap Utusan Melayu.
    

“Sultan zalim wajib disanggah”: Bekas CEO Johor Corp diminta beri penjelasan

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meminta Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) memberi penjelasan berhubung artikel tulisannya 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'.

Disiarkan sebuah akhbar tempatan Isnin lepas, artikel itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor.

"Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Baharu, kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor.

"Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada Raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap Raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini semalam.

Macai UMNO & Berita Harian sanggup edit berita lama nak tunjuk kata pemimpin BN turun harungi banjir..!!

Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama

Klik untuk lebih jelas

Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir. Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru. Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13".

Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan.

Ibu tunggal nie akai dia lebih cerdik dari @MyKinabatangan and the gangs

Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjir

Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjir  
Hanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.

JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

Jom...Siapa nak ikut PEMUDA PAS KEDAH untuk Misi Banjir

Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh

Bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD) kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang.

"Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam.

"Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam."

Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita penuh]

Najib BN sekadar melalak nak bermuzakarah, bila Anwar ajak terus diam menyepi

Anwar ulangi kesediaan muzakarah bersama BN

SHAH ALAM - Sementelah isu muzakarah Pas dan Umno terus menjadi hangat tanpa tahu penghujungnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengulangi kesediaannya untuk berdialog dengan kerajaan BN.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Anwar turut memetik kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno 2013 yang membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mana-mana parti termasuk Pas.

"...parti ini (Umno) tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik."

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, PKR sentiasa mengambil sikap terbuka seperti yang diputuskan sebelum ini.

"PR pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan BN dan ini seiring dengan kenyataan Najib dalam ucapan dasar beliau, semalam.

"Jadi kita ulangi pendirian, kita sentiasa terbuka untuk berdialog dengan BN," katanya.

"Walau kita dicemuh, walau kita disindir, walau Umno dibentak-bentak namun parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik demi, melihat umat Islam kembali bersatu," ujar Najib.

Mula-mula video, lepas ini Anwar pula dibawa masuk Dewan Merdeka

- Shahbudin Husin

Secara umumnya, ucapan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno di perasmian Perhimpunan Agung Umno tahun ini tiada apa-apa yang menarik dan baru.

Intipati ucapannya adalah ulangan kepada perkara yang telah dilakukannya dan sudah banyak kali diucapkannya sebelum ini.

Stail dan gayanya berucap juga masih seperti yang lama, bermadah dan banyak berperibahasa serta terlihat sedikit menjerit-jerit sehingga kadangkala nadanya seperti mengada-ngada.

Sudah banyak kali rungutan kedengaran bahawa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau tidak perlu menjerit dalam ucapannya tetapi nampaknya Najib mengulanginya lagi.

Sepertimana perhimpunan tahun-tahun sebelumnya di mana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi sebutan dan tidak lekang dari bibirnya, kali ini sekali lagi nama Ketua Pembangkang itu menjadi sebutan dan sasarannya.

Dan oleh kerana nama Anwar telah disebut oleh Najib, maka sudah tentunya perwakilan yang mula berucap petang ini turut juga menyebut dan mengulang-ulangnya sehingga hari terakhir perhimpunan nanti.

Sekali lagi, dalam sebuah perhimpunan Umno, nama Anwar yang menjadi Ketua Umum PKR disebut dan menjadi popular.

Najib nie dia reti dan faham ka apa itu kemiskinan..!!

https://sphotos-a-mia.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/p480x480/1239670_505989196152693_1411692484_n.jpg
Mana lah Najib hendak faham masaalah raayat.Ia kan datang dari golongan Aristokrat. Dari kechil hingga besar ada amah jaganya.tidak bisa mandi ayer telaga,tidur dalam bilek aircondition,Pergi sekolah chauffer bawa kereta.Dari kechil pergi belajar di England....

Najib boleh bercakap soal kemiskinan tapi dia tidak tahu bagaimana kah pedih nya hidup sabagai saorang miskin, Menjadi penjaja dan burok kasar,anak ramai,dudok rumah setinggan,anak tidak ka sekolah atau jika ka sekolah kena berjalan berbatu batu.

Sama lah juga dengan khairy ketua Pemuda dan Sharizat ketua wanita. Semua mereka datang dari keluarga yang kaya dan senang lenang....

Mereka tidak akan faham apa itu kemiskinan......

Kedah hilang 1 DUN jika candi digazet, kata perwakilan Umno


OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Candi nombor 11 berhampiran Sungai Batu yang telah dirobohkan.Candi nombor 11 berhampiran Sungai Batu yang telah dirobohkan.Candi nombor 11 berhampiran Sungai Batu yang telah dirobohkan.Kedah akan hilang satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya kawasan yang mempunyai candi-candi lama digazetkan sebagai tapak warisan, kata perwakilan Umno Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Candi-candi lama jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai itu begitu banyak dan bertaburan di Kedah.

"Candi-candi lama terlalu banyak, ada di tepi sungai, bawah rumah, dan sebagainya.

"Satu DUN akan hilang jika semua kawasan yang mempunyai candi ingin digazetkan," katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Nelson Mandela meninggal dunianih

JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95.

Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

"Pengasas demokrasi negara kita, telah pergi secara aman.

"Negara kita telah kehilangan seorang insan yang sangat berharga.

Rakyat kita kehilangan seorang ayah," kata Zuma.

Mandela mula jatuh sakit Jun lalu dan sejak dimasukkan ke hospital, keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Media melaporkan, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Benarkah Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini...

Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?

A Kadir Jasin

MUTAKHIR - LIMA ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku Peguam Negara, Abdul Gani Patail, oleh Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mat Zain Ibrahim yang, antara lain, mengaitkan Abdul Gani dengan kekalahan kes Pulau Batu Puteh. Soalnya adakah perwakilan Umno berani membahaskan isu ini atau mereka akan mengutuk pembangkang kerana membuat laporan berkenaan?


Posting Asal

TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi “Najib: We must be the people’s party”. Dalam bahasa Melayu “Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat”. “Kita” dalam ayat di atas merujuk kepada Umno.



Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini.




Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?


Banjir, oh banjir, di mana parti “pembela rakyat”..?

- Soraya Salim


Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"?

Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?

Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)?

Polis cari petunjuk baru kes tiga beradik


Polis cari petunjuk baru kes tiga beradik  
Khalid menunjukkan bakat menggoreng mi ketika melawat gerai 
makanan di Majlis Rumah Terbuka Deepavali PDRM Pulau Pinang.
 - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Selepas hampir seminggu berlalu, kes kematian tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, masih menjadi misteri yang tidak terungkai.

Malahan sehingga kini, pihak polis juga tidak mempunyai petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan, bagaimanapun polis tetap meneruskan siasatan dan akan mengstruktur semula kejadian bunuh itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk baru berhubung kejadian tersebut termasuk suspek yang terlibat.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenalpasti punca pembunuhan dan percaya dapat merungkai kejadian bunuh tersebut.

“Tiada perkembangan lanjut berhubung kes ini dan harap bersabar kerana kita sedang menjalankan siasatan bagi mencari pentunjuk untuk merungkai bagaimana kejadian berlaku.

Perwakilan UMNO di #PAU2013 ingat duit BRIM duit mak bapak UMNO..!!

Kaji pemberian BR1M supaya penyokong pembangkang tidak dapat, kata perwakilan Umno

http://1.bp.blogspot.com/_7XAJcXkNkS0/S9P-bRWSPnI/AAAAAAAAAa8/vxgBWOhNGe4/s320/LOGO-BARU1.png
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut.

"Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil.

"Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...