TERKINI :

Thursday, December 5, 2013

Nik Aziz: Banjir satu ujian walau pahit

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, mengingatkan mangsa banjir supaya sentiasa bersabar dengan ujian tersebut, kerana baginya ujian daripada ALLAH itu kadang-kadang bertujuan untuk membersihkan dosa dan mengangkat darjat.

Jelas Nik Aziz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau sangat bersimpati dengan semua mangsa yang terlibat, dan berharap agar semua pihak dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terbabit, oleh yang demikian semua mangsa banjir diharap dapat bersabar sementara menunggu bantuan tiba.

"Saya membaca di dada akhbar bencana banjir di Kuantan,Pahang dan Kemaman Terengganu serta tempat-tempat lain, sangat-sangat simpati saya kepada semua mangsa yang terlibat.

"… apabila berlaku banjir, segala kepayahan terpaksa diharungi, bermula dari kemusnahan harta benda sehinggalah kepada kehilangan ahli keluarga.

"Harapan saya agar semua mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan ujian ALLAH SWT. Semua pihak juga saya sangat-sangat harapkan agar dapat menghulurkan bantuan dalam kemampuan yang ada kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

"…sesungguhnya banjir adalah ujian daripada ALLAH SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Memetik laporan baru-baru ini, banjir luar biasa telah melanda negeri Pahang dan Terengganu yang mana telah banyak mencatatkan kerosakkan harta benda.

Dituduh ejen pembangkang, guru bidas Pemuda Umno

SHAH ALAM - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno Melaka, Zali Mat Yasin yang membidas sikap sesetengah guru yang sanggup menjadi ejen pembangkang hanya kerana tidak puas hati dengan sistem pendidikan negara.

Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang juga pengendali akaun Facebook 'Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan' menepis dakwaan tersebut.

"SGMM menyelar kenyataan Ketua Pemuda Melaka, Zali Mat Yasin kerana menuduh guru sebagai ejen politik pembangkang.

"Untuk pengetahuan semua, saya dapat sahkan secara rasmi bahawa akaun Facebook ini telah menyatukan semua pihak, daripada pihak BN atau PR kerana ini adalah masalah pendidikan kepada generasi kita bukan masalah politik.

"Kepada Ketua Pemuda Melaka, lebih baik fikirkan cara nak membantu mangsa banjir di Kuantan daripada tuduhan melulu kepada guru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zali Mat Yassin berkata pendidik yang tidak berpuas hati dengan bebanan kerja, penukaran silibus pelajaran sanggup menyebarkan anasir buruk mengenai kerajaan.

Depa kata Tol pulak nak naik 40 sen hingga 80 sen?

Semalam MalaysiaGazette melaporkan tiga lagi kenaikan dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu tol, tepung dan gas selepas siri kenaikan harga petrol dan diesel, gula dan tarif elektrik.

Hari ini, sumber yang terlibat dalam kajian kenaikan tol pula mengesahkan syarikat-syarikat konsesi tol dalam keadaan terdesak untuk menaikkan caj yang dikenakan bagi pengguna lebuh raya.

Kenaikan itu bukan sekadar mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani tetapi turut melibatkan perbelanjaan dan pengurusan syarikat lebuh raya yang terbabit.

Sumber berkata, syarikat-syarikat konsesi yang terlibat telah mengemukakan cadangan untuk menaikkan kadar tol antara 40 sen sehingga 80 sen berdasarkan terma dan syarat perjanjian konsesi.

"Kita fahami beberapa kenaikan yang diumumkan kerajaan membebankan pengguna tetapi syarikat konsesi akan terbeban jika kenaikan tol tidak dilaksanakan.

"Ini kerana ada syarikat yang tidak pernah menikmati kenaikan tol sejak beroperasi, malah terdapat syarikat lain yang tidak dapat menaikkan tol pada kadar yang sepatutnya sejak 2010," katanya ketika bercakap dengan MalaysiaGazette.

Di Malaysia terdapat 29 syarikat konsesi tol di Semenanjung Malaysia.

Beliau memberitahu, jika kenaikan tol tidak dapat dilaksanakan, kerajaan tiada pilihan lain kecuali terpaksa membayar konsesi kepada syarikat-syarikat berkaitan.

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan mungkin terpaksa berbelanja RM400 juta jika terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi seandainya tidak menaikkan kadar tol.

Sumber itu berkata, pada tahun 2014 ada beberapa syarikat konsesi sepatutnya menaikkan kadar tol, lantaran itu syarikat-syarikat konsesi menaruh harapan kenaikan tol boleh dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini. - MalaysiaGazette

'Sudahlah untung, naikkan tarif elektrik lagi'

Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan keadaan.

Tambahnya, ia sekaligus membebankan rakyat.

"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.

"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.

Ahmad juga berkata, keadaan itu juga mempengaruhi persepsi rakyat ekoran ia pengumumannya dibuat selepas pilihan raya umum dan dalam keadaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat keuntungan.

"Sudahlah untung, naikkan tarif pula," komen rakyat.

Menurutnya lagi, kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat, maka tidak wajar mereka dibebani dengan masalah kewangan sebegitu.

Nurul Izzah minta perwakilan Umno bangkit tiga isu penting


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap perwakilan Umno membangkitkan tiga isu penting dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini iaitu isu pulau Batu Puteh, perjanjian Kerjasama Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) dan pencerobohan asing.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai sogokan wang yang didakwa melibatkan Peguam Negara sehinggakan keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia di dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007 adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya Barisan Nasional.

"Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Umno sebagai sebuah parti yang menggembar-gemburkan hasrat ingin menjadi parti harapan rakyat, pembela keselamatan dan kedaulatan negara mesti membangkitkan isu ini di Perhimpunan Agung Umno 2013 yang sedang berlangsung sekarang.

Tu dia YB BN suruh buang habih dah ASTRO, BEROKBAND DLL untuk cover kenaikan tariff air..

LU MEMANG BEST BRO..!!!

Banjir : Malaysia terbaik tengkorak chee hang menteri oi..!!



Anggota Umno kini 3.4j...

Ku Nan: Anggota Umno kini 3.4j
 
 Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR - Umno kini mempunyai 3,430,750 anggota dengan Sabah kekal sebagai negeri dengan keanggotaan paling ramai iaitu 518,773 orang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu mempunyai 21,208 cawangan di seluruh negara kecuali Sarawak.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Umno Silam di Sabah merupakan Umno bahagian dengan bilangan anggota tertinggi iaitu 49,880 orang.

"Suka juga saya umumkan Kampung Tinusa di Libaran, juga di Sabah, merupakan cawangan paling ramai anggota iaitu 1,855 orang," katanya ketika membentangkan laporan tahunan parti dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kalut ADUN Selangor penaik gaji, sekarang ahli PARLIMEN pulak dicadangkan naik sekali ganda

Panel Parlimen cadang gaji ahli Parlimen naik sekali ganda
OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
December 05, 2013

Gaji baru ahli Parlimen dijangka dibentangkan hari ini. Gambar fail.Gaji baru ahli Parlimen dijangka dibentangkan hari ini. Gambar fail.Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.

Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

[GEMPAR] Punca banjir di PAHANG sudah dapat dikesan....!!




Alhamdulilah... syukur kami duduk di Malaysia

Isteri Perdana Menteri kami yang di sayangi masih menyanyikan lagu melayu tanpa sedikit pelat pun ketika kami bertungkus lumus menghadapi banjir.

Terhibur dan tenang juga rasa hati sambil meredah banjir yang sedang mengila. Sayang mama ketart-ketart.

Hidup Umno... Hidup Umno... Hidup Melayu...

Kedah pertaruhkan import England, Sepanyol & Australia

SKUAD KENARI PERTARUH PEMAIN IMPORT DARI ENGLAND, SEPANYOL DAN AUSTRALIA

 
5 Dis: Empat pemain import dari England, Sepanyol dan Australia akan memperkuatkan pasukan Kedah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan. Billy Mehmet, 29, dari England dan Andriano Pellegrino, 29, dari Australia bakal menjadi penggempur utama Skuad Hijau Kuning. 

Manakala Adam Griffiths, 34, dari Australia dan Jose Franco Gomez, 25, dari Sepanyol akan memperkukuh posisi pertahanan dan tengah. Penolong pengurus pasukan Kedah, Amirulnizam Mahdir berkata, keempat-empat pemain terbabit telah menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bolasepak Kedah, KFA. 

Isu gaji Selangor, PR makin tersilap arah...!!

Timmy Say

ISU kenaikan gaji Selangor masih tidak lenyap. Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat telah memutuskan agar Menteri Besar Selangor mengkaji semula kadar kenaikan yang diberi.

Pada masa yang sama, PR juga mengakui ada keperluan untuk menaikkan gaji.

Apakah kadar yang bakal memuaskan hati rakyat dan PR? Tiada. Sebab apa-apa kadar sekalipun ada yang akan merungut.

Setelah bersetuju untuk Adun mendermakan lebihan gaji, tiba-tiba keputusan berubah lagi kini menuntut jumlah kenaikan dikurangkan.

Reaksi PR hari ini menunjukkan ia makin tersilap dalam mengendalikan hal gaji. Setelah sidang Dun Selangor sudah berakhir barulah saranan rasmi ini dikeluarkan?

Pada awalnya, Anwar tidak sepatutnya menyerang isu kenaikan gaji di Selangor. Tindakan itu silap dari segi politik.

Cover line Anwar menyebabkan situasi kini terumbang-ambing ditambah dengan suara Azmin yang tidak bersetuju di luar dewan.

Mengapa dua orang tertinggi PKR sahaja bersuara? Mana orang-orang besar Pas dan DAP ketika itu – mengapa mereka senyap?

Grand design hancurkan KeADILan sedang di rancang Najib

ZULKIFLI YAHAYA

TIADA pilihan raya kecil di Sabah atau mana-mana tempat di negara ini berlaku sekarang. PRK Sungai Limau pun sudah berlalu. Begitu juga pilihanraya umum, hampir pasti ia tidak akan berlaku dalam masa kurang dari tiga tahun dari sekarang. Maknanya lambat lagi PRU akan berlaku.

Tiba-tiba media melaporkan pemimpin 11 cabang KeADILan Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional. Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang KeADILan Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Mereka hadir mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Pengerusi BN itu, akan berlaku gelombang kedua di mana lebih ramai anggota KeADILan keluar parti menyokong BN. Katanya, dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa KeADILan di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah. Hebat juga perang saraf Najib.

Kazim beri 3 alasan untuk menolak tawaran UMNO

Tiga alasan Kazim tolak tawaran MT

Mohammad Kazim Elias 
IPOH -  [kemaskini] Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

ATM gerak Op Murni bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

"Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

"Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," kata kementerian dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

#PAUMNO : Ucapan KJ & Kenaikan Tarif Elektrik

Mohammad Agus Yusoff


Kelmarin, persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung. Saya mendapat jemputan khas dari Ketua Wanita UMNO untuk hadir. Saya juga mendapat permintaan dari Ketua Puteri supaya menjengok persidangan Puteri, tetapi kerana lewat sampai ke tempat persidangan, maka saya sekadar menonton ucapan dari luar Dewan sahaja. Semuanya hebat dan penuh semangat.

Begitupun, yang mengujakan saya ialah ucapan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin. Pemuda UMNO tidak menjemput saya, tetapi isi ucapan Ketua Pemudanya relevan di hati saya. Apa yang relevannya?

Yang relevannya ialah kesediaan (jikapun tidak keberanian) KJ untuk membawa aspirasi rakyat dengan meminta kenaikan tarif eletrik dikaji semula. Ucapan KJ ini banyak mendapat reaksi. Mereka yang skeptikal menyatakan ini adalah lakonan dan sandiwara sahaja. Skripnya sudah siap diatur. KJ menentang kenaikan tarif elektrik bagi menunjukkan kerajaan BN prihatin kerana selepas perhimpunan ini, kenaikan tarif elektrik dibatalkan.

Sg. Limau - kes tumbuk Wanita Umno, bon jaminan dilanjut


Tumbuk Wanita Umno, bon jaminan dilanjut  
Afif (kiri) dan Mohd Azam (depan, tengah) di pekarangan Mahkamah Majistret Yan, kelmarin.

YAN – Mahkamah Majistret Yan, kelmarin melanjutkan bon jaminan ke atas seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka, di sini pada 4 November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu.

Insiden itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, di sini pada hari mengundi PRK Dun Sungai Limau yang lalu.

Tertuduh diwakili peguam, Muhamad Afif Abdullah dan Ahmad Taufiq Baharum.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat turut hadir untuk melihat sendiri proses perbicaraan tersebut berlangsung.

Apa sebenarnya kesiapsiagaan hadapi banjir?

Datuk Seri Muhammad Safian Ismail  
Datuk Seri Muhammad Safian Ismail

KUANTAN - Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya bukanlah sesuatu yang tidak boleh diramal atau dijangkakan seperti Malaysia yang saban tahun menghadapi ancaman banjir.

Di negara-negara maju, mereka bersiap sedia dari awal lagi bagi mengurangkan kerugian harta benda dan nyawa.

Banjir di Pahang ketika ini yang melumpuhkan hampir keseluruhan bandar Kuantan sejak semalam bukanlah sesuatu yang baharu. Pernah berlaku sebelum ini, namun apa natijahnya?

Media sebelum ini telah pun melaporkan bahawa semua agensi berkaitan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi banjir.

Pada 15 November lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan Pahang sudah bersedia menghadapi banjir, yang dijangka melanda negeri ini bermula hujung November.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...